Wednesday, December 29, 2010

Daurah Ilham Cinta

Imran masih menulis nota walaupun kelas sudah tamat. Dia khusyuk menulis sambil menukar-nukar pen yang pelbagai warna. Entah mengapa hari ini hatinya begitu tenang. Merasa tidak perlu ada yang mahu dirisaukan. Senyumannya lebar terlukis di wajah. Sehinggakan sahabat-sahabatnya hairan. Apabila ditanya, dia juga tak mengerti. Jawapannya, mungkin Allah nak uji. Apapun jawapannya, sahabatnya tahu Imran pandai mengurus hal dirinya meskipun kekadang nampak pelik di mata mereka.

“Assalamualaikum, err..tumpang tanya ?” sapa seorang gadis di depan pintu kelas kuliah. Terkejut Imran. Dia istighfar berkali-kali. Namun senyuman mesra diberikan kepada gadis itu.

“Waalaikumussalam, ye ?” jawab Imran.

“Sini kelas pengajian syariah ke ?” soal gadis bertudung litup tadi.

Imran mengangguk. Setelah itu, gadis tadi mengucapkan terima kasih. Lalu pergi meninggalkan Imran. Seperti pernah melihat gadis itu. Wajahnya seperti biasa hadir di matanya. Ah, mainan syaitan andai dia terusan membayangi gadis tadi. Dia istighfar panjang.

…………………………………………………………………………………………

Balik dari kelas, Imran terus membersihkan dirinya. Solat Maghrib kemudian membuka Kalamullah yang sudah menjadi kewajipannya untuk membaca dan merungkai isi Alquran itu. Selesai membaca, Imran meneliti pula tafsirannya. Hatinya berdetak laju membacakan ayat 34 surah An-Nisa`. Entah mengapa dia merasakan berdebar selaju itu. Bibirnya menutur lagu zikir, cepat-cepat mengingati Allah sambil mengharap memberikannya jawapan atas benak persoalan yang bermain di mindanya.

Imran mengambil posisi duduk di kerusi meja belajarnya. Perlahan membuka laci, malam ini seakan mahu menulis diari. Dia mengambil diari yang lama tidak dijenguk apatah lagi mahu mencoret. Imran terlihat sehelai kertas lukisan yang telah terlakar wajah seorang hamba Allah. Ya, hamba Allah yang telah bertamu ke dalam mimpinya. Bersama senyuman yang tak tergambar sebarang kesulitan. Mesra dan ceria. Imran membentangkan kertas lukisan yang telah terlakar wajah seorang gadis. Gadis anugerah Allah yang dihadirkan dalam mimpi lenanya meskipun tak pernah berjumpa. Lukisan itu sudah berusia setahun. Punya tarikh ’23 December 2009’ di bawahnya. Dan hari ini adalah 23 Disember 2010, genap setahun usia lukisan itu. Jua tarikh dia berjumpa dengan seorang gadis hanya beberapa saat sahaja. Sungguh membuatnya lebih berdebar, wajah gadis yang terlakar di atas sehelai kertas itu seakan mirip dengan gadis yang baru menyapanya di kelas tadi. Ya Allah, siapa dia yang telah Kau hadirkan di dalam mimpiku jua di alam nyataku ini ? Bisik hatinya. Imran tunduk, mencari tenang. Dia tekad, meneruskan qurbah Lillah.

‘Ya Allahu Fattah, andai engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukku dalam agamaku dan duniaku dan akibatnya di dunia dan di akhirat, takdirkanlah ia untukku dan berkatkanlah aku di dalamnya. Justeru senangkanlah ia untukku. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusanku ini buruk bagiku dalam agamaku, duniaku dan akibatnya pada dunia dan di akhirat, maka palingkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah ia daripadaku. Jua takdirkanlah kebaikan di mana saja aku berada’

Istikharah di kelam malam jagaan Allah. Imran memohon diberi jawapan pengakhiran hidup sendirian yang baik.

…………………………………………………………………………………………….

Sebaik memasuki kelas di awal pagi yang masih lagi banyak kekosongan tempat duduk, Imran memberi salam perlahan. Ada sahabatnya yang datang awal juga menyahut salamnya. Jua dijawab seorang gadis bertudung krim susu, gadis yang ditemuinya semalam. Imran hanya memandang sekali, kemudian menunduk sambil mengambil posisi beberapa langkau di belakang gadis tersebut. Hatinya kini pasrah dan tawakal hanya pada Allah semata. Semua kerana Allah !

“Assalamualaikum, kaifa halukum ?” sapa pensyarah kepada pelajar.

“Waalaikumussalam ya mualimah ! Bikhoir daeman.” Sahut para pelajar.

“Baik, today we have new student. Ha, you ! Sweet, can you introduce who are you ?” tunjuk pensyarah pada gadis tadi. Gadis itu bingkas bangun ke hadapan.

“Assalamualaikum semua.” Salam gadis tersebut dijawab dengan sambutan yang mesra. Kemudian dia menyambung semula. “Ana diberi nama Aisyah Humaira` binti Hakimi. Ana dibesarkan di negeri Serambi Kota Mekah, Kelantan. Habis STAM, ana apply untuk terbang ke Yaman meneruskan pengajian dalam bidang studies banking in Islam. Kemudian ana lanjutkan sarjana ana dalam bidang Syariah. 2 tahun di sana, dan ana ambil 2 tahun di sini. Salam ukhwah fillah..” terang Aisyah, gadis yang hadir dalam mimpi Imran.

“Syukran jazilan ya Aisyah Humaira`. Ukhti boleh ambil tempat ukhti semula. Baiklah, hari ini kita sambung pembelajaran seperti biasa ya ? Bukak…” hanya suara pensyarah yang berkelola. Imran sesekali mencuri pandang gadis yang bernama Aisyah tadi. Namanya juga seperti biasa dia mendengarnya. Entah, mungkin perasaannya sahaja. Selebihnya dia hanya berserah pada Allah.

……………………………………………………………………………………………

Sudah sebulan Aisyah menuntut di institusi pengajian tinggi bersama-sama Imran. Namun belum satu pun salam taaruf Imran beri. Tanda apa ? Tanda hatinya sudah yakin Aisyah adalah pilihan yang Allah pilihkan untuknya. Hari ini, Imran tekad. Dia mahu menyampaikan salam taarufnya pada gadis pilihan melalui orang tengah iaitu pensyarahnya.

Sebaik habis kuliah, cepat-cepat dia mengambil langkah menuju ke bilik pensyarahnya. Belum sempat tombol pintu pensyarah mahu di pegang, telefon bimbitnya berdering. Terkejut, sudah hatinya berdebar-debar. Ada pula yang masih memerlukannya. Dilihat skrin telefon bimbitnya. Umi. Tanpa lengah, dia menjawab panggilan dari ibunya.

“Assalamualaikum, ye umi ? Sihat ? Ada apa umi telefon Im ?” bertalu soalan yang ada di benak hatinya dikeluarkan sahaja. Seingatnya, baru malam tadi dia menelefon ibunya menyatakan hasratnya untuk membina mahligai ke syurga.

“Waalaikumussalam.. Umi sihat-sihat je Im. Baba pun sihat. Ni, pasal malam tadi tu. Baba kata, dia dah ada pilihan yang baik dan sempurna untuk Im. Dia suruh Im balik sabtu ni, Baba nak bincang dengan Im sekaligus kalau Im setuju, kita boleh pergi merisik sekali. Baba dan umi tak menghalang kehendak Im, tapi umi nak Im fikirkan masak-masak. Imran Nasyeet, umi nak anak umi bahgia dengan kehidupannya nanti. Baba pun sama. Kalau Im tak keberatan, Im baliklah ye ?” ulas ibunya.

Pilihan Baba dan Umi ?

Hatinya luruh seluruhnya. Apakah ini ujianMu Tuhan ? Ya Allah, jagalah hatiku ya Rabbi. Jauhkanlah ia dari perkara yang tidak Engkau redhai. Ku mohon ya Allah. Pinta hati Imran. Air matanya terus berjurai mencecah lantai. Kakinya meluncur laju meninggalkan kampus.

……………………………………………………………………………………………..

Sabtu petang yang damai. Imran masih mencuba untuk mendamaikan hatinya meskipun sudah menjejakkan kaki ke rumahnya di Ipoh. Burung-burung yang berkicau dan beterbangan di dada langit menambah kesyukurannya pada Pencipta Alam.

“Imran…” sapa Baba. Mengejutkan lamunannya.

“Oh, baba..” Imran menyambut dengan senyumannya. Keliru sama ada senyuman itu terpaksa atau sebaliknya. Baba turut mengukir senyuman. Dia tahu anaknya sedang memikirkan segala macam hal.

“Im dah tahu apa yang baba nak bincangkan ni kan ? Umi dah bagitahu kan ?” soal Baba. Posisinya betul-betul menghadap Imran yang duduk di meja batu halaman rumahnya.

Imran hanya mengangguk. Tangan kirinya berpaut pada tangan kanan. Mencipta kekuatan hati.

“Baba dah kenal keluarganya semenjak dari sekolah menengah lagi. Kami dah berukhwah erat kerana Allah dan inginkan segalanya abadi sehingga ke syurga Allah. Baba tahu Im dah ada pilihan hati. Tapi baba nak Im fikirkan baik-baik ye ? Dulu Im pernah main sama-sama dengan dia. Cumanya Im dah hilang ingatan semenjak kemalangan dulu. Imran, can you try this ?” pinta baba.

Imran lemas, seperti paksaan. Namun dia tetap mencuba cari jawapan yang dapat memberi kesenangan pada hati babanya. Imran membetulkan posisinya, merenung mata baba.

“Hmm..baba, macam ni la.. Its your friend right ? And I`ve lost my mind. Kita pergi lawat kawan baba tu, niat pertama hanya untuk lawat k ? Then, Imran kena tengok dulu how ‘my future wife’ tu.. Baru Im boleh bagi jawapannya k ?” Imran mencipta rancangannya. Baba kelihatan terkejut. Imran sudah membuat muka rayunya. Baba diam, memikirkan seketika.

“Fine. You do what you want right ? Okey, tomorrow kita bertolak ke Kelantan.” Ujar baba.

“Tomorrow ? Kelantan ?” terkejut sungguh Imran tak menyangka babanya lebih pantas membuat keputusan.

……………………………………………………………………………………………..

Kelantan, negeri Serambi Kota Mekah. Kekuatan Islam boleh ditemui di dalam negeri itu. Jua negeri ini mengingatkan Imran pada seorang gadis yang selalu hadir dalam mimpinya.

“Maafkan aku Aisyah Humaira`…” bisik hatinya.

Setelah setengah jam bertolak dari rumah penginapan mereka di Bachok, kini kenderaan Proton Jebat Imran diparkingkan di hadapan banglo mewah yang terletak di Machang. Baba dan umi lah yang paling semangat. Sebaik turun dari kereta, mereka cepat sahaja disambut oleh tuan rumah. Meriah, Imran dapat merasakan mereka sememangnya rapat dari dulu seperti yang dikhabarkan oleh baba. Imran jua merasakan pernah bertemu dengan rakan baba dan umi. Cuma kemalangan yang menyebabkan ingatannya hilang, Imran tidak bias mengingat dengan sendiri. Baba dan umilah yang paling banyak memberi dorongan. Imran turut menyalaminya. Mereka dijemput masuk.

“Hakimi, inilah anak ana. Lepas SPM, dia belajar di Morocco. Dan insiden berlaku waktu akhir pengajiannya, Allah nak menguji kami sekeluarga. Syukur sangat pada Allah sebab masih selamatkan dia. Sebab tu, pengajiannya dilanjutkan di Malaysia saja.” Panjang baba menerangkan serba serbi diri Imran. Imran hanya tersenyum simpul. Dia menunduk malu.

“Itulah. Ana pun tak sangka Imran dah besar. Dah macho lah !” En. Hakimi, sahabat baba. Terhurai tawa mesra mereka.

“Saya biasa-biasa je, pakcik.” Ujar Imran.

“Umur Imran sekarang dah berapa, ye ?” soal Pn. Aqmar. Daripada yang terzahir di matanya, Pn. Aqmar kelihatan tersenyum dan ceria walaupun berpurdah.

“Imran tahun ni masuk 26.” Senyuman terukir di bibirnya.

“Oh, haah ! Lupa pulak yang Ecah setahun muda dari Imran.” Terang Pn. Aqmar.

“Oh, ye..cakap pasal Ecah, mana dia ?” soal umi. Imran semakin berdebar. Ecah ? Seperti pernah dia mendekati orang itu.

“Ada, kat dapur.” Jawab En. Hakimi.

“Waled,umi,Cik Zul dengan Cik Is, jom ! Jemput ke meja makan.” Panggil seorang gadis dari arah dapur. Kemudian meluru ke ruang tamu. Bersalaman dengan umi.

Imran terkedu, terkaku, terbisu, terkelu dan segala macam ter lagi.

……………………………………………………………………………………………..

Imran masih gugup untuk menuturkan patah bicaranya. Insan yang di hadapannya sekarang bukanlah insan yang biasa. Seperti yang dikhabarkan umi dan baba, dia adalah insan yang selalu bersamanya ketika waktu dahulu. Jua akan menjadi insan yang sentiasa bersamanya dan disisinya kelak.

Aisyah Humaira` Binti Hakimi. Hatinya berdetak laju. Imran dan Aisyah masih berdiri di halaman taman landskap rumah En. Hakimi. Kehijauan yang mendamaikan tidak bisa menenangkan hati yang dalam debar perasaan.

“Tak sangka kita rupanya kan ?” mula Aisyah. Dia seperti memahami situasi Imran. Meskipun wajahnya dihijab kain purdah. Imran merasa ada senyuman di sebalik hijab itu.

“Hmm..there’s no accident, ya ukhti.” Tenang Imran berbicara. Mata masing-masing melihat makhluk ciptaan Allah yang sedang berenang-renang di dalam kolam.

“Na`am. Ana ingat lagi, akh Im lah yang ana jumpa di bilik kuliah hari tu. Dari hari tu, ana rasa macam pernah lihat akh. Dan hari ini, baru ana ingat segalanya. Akh Imran inilah yang pernah menjadi teman sepermainan ana masa kecik dulu.” Cerita panjang Aisyah. Sayangnya, Imran langsung tidak ingat akan memori dan nostalgianya dulu. Mukanya muram tiba-tiba.

“Asif….ana tak bermaksud nak..”

“La ba`say a ukhti.” Imran senyum. “Ana memang tak ingat apa-apa. Dan sebab itulah ana nak mengingatnya kembali.” Sambung Imran.

Aisyah turut tersenyum. Dia akui, teman ketika kecilnya ini jua pernah singgah di dalam lena tidurnya. Adakah angan ? Bukan. Semenjak Umi dan Walednya mahu kebahgiaan bahtera rumahtangga dibina di dasar hati Aisyah, dia mula membuat Istikharah. Mimpi yang menghadirkan wajah seorang pemuda yang dia tidak kenali. Sulit. Hanya mengharapkan jawapan dan terus menunggu daripada Allah. Inilah taqdir Allah. HakNya, kebenarannya jua janjinya. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Imran Nasyeet telah dihadirkan Allah untuk menjadi pilihan hatinya ke syurga.

……………………………………………………………………………………………..

Saat lafaz sakinah bermula. Saat dan ketika En. Hakimi meletakkan amanah menjaga anak gadisnya pada seorang hamba yang dipilih Allah untuk menjaga anaknya kini. Seindah ukhwah ke syurga, dahi Aisyah Humaira` dicium Imran Nasyeet. Tangan Imran pula dikucup Aisyah. Mekarlah hubungan mereka hingga ke Jannatullah. Cinta yang ditemukan dalam ilham Istikharah.

“Waled harap, kalian dapat bersama dalam susah senang. Setia dalan suka dan duka. Korbankan kepentingan diri untuk kepentingan bersama. Waled dan umi doakan kalian bahagia bersama mengemudi bahtera. Kalianlah nakhoda bahtera yang kalian bina ini.” Ucap En. Hakimi sambil menitiskan air mata kebahgiaannya memeluk Imran. Imran jua menumpahkan air matanya.

“Waled, Im akan jaga Aisyah Humaira` dengan sepenuh tanggungjawab Im. Im akan didik dia menjadi wanita syurga untuk menjadi bidadari Im nanti.” Ujar pula Imran. Tangan En. Hakimi dan Pn. Aqmar dikucupnya. Tanda restu dan keredhaan yang diharapkan.

……………………………………………………………………………………………

“Aisyah, bidadariku. Abang tidak mengharapkan janji-janji kerana abang jua tak dapat memberikan janji yang pasti. Abang hanya mengharapkan kita kemudi bahtera kita sama-sama ye ? Bersama zuriat yang bakal menyerikan mahligai kita.” Pinta Imran dalam hening malam yang dingin di atas tikar sejadah.

“Abang, seperti abang menerima Aisyah seadanya. Aisyah jua menerima abang seadanya. Tiada janji, hanya Allah yang dapat memberikan kepastiannya. Aisyah mahu menjadi bidadari syurgamu, ya Akhi Habibi.” Senyum Aisyah. Kini tawa dan senyum jua tangis sedihnya, Imran bisa tatapi halal dari bening matanya.

“Dan bantu abang untuk mengingat semula memori kita masa kecik-kecik dulu ye ?” pinta lagi Imran. Kali ini lebih kepada gurauan sepasang merpati.

“Oh, kenangan dulu ye ? Ingat tak pasal epal cinta ? Aisyah ingat lagi…” sahut tawa mereka.

Hari-hari mereka yang bakal dilalui penuh ranjau. Panjang dan masih panjang. Semoga kekal sehingga ke Syurga Allah………

Monday, December 20, 2010

Warkah Sirrul Qalbi

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tidak pernah berhenti memalapkan siang,
Menumpahkan embun pada sang tumbuhan,
Menghamparkan kedinginan mahkluk Allah ini.

Aku masih terpaku dengan kebesaran serta penciptaan Pencipta,
Meskipun kelam suria malam,
Yakin pasti ada sinar di balik kegelapan,
Yang disangka penuh dengan pancaroba.

Tertunduk si pencetak warkah,
Merasakan debar di hati semakin berkocak !
Apakah yang ada di dalamnya,
Penuh menuturkan kalimah yang tidak dapat dilihat jua di fahami.
Sukar sekali.

Menitis dari kelopak mata di pena,
Gugur di medan risalah cinta,
Ah ! Hanya muslihat semata,
Mengatakannya namun tetap dusta,
Di mana janji yang diucap dulu kala ?

Itulah karya rahsianya yang lama,
Masih tersimpan rapi di laman jiwa,
Terkadang ia melihat dan terus melihat,
Mendamba rahsia hati akan tercipta,
Dan kekal untuk selamanya.

Berdekad-dekad langkah sudah mencari resam diri,
Mencari personaliti menjadi yang terbaik,
Untuk cinta si Khaliq dan keranaNya,
Semoga sampai ke syurga.

Rahsia Cinta.

Wednesday, December 8, 2010

Ukhwah Kami, Syahid Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Ukhwah yang disulamkan dengan sebuah senyuman :)

Harap-harap para penziarah blog ana semuanya sihat-sihat belaka hendaknya. Hmm..lama sangat rasanya ana tak post apa2 blog kan ? Almaklumlah, sibuk dengan peperiksaan dan yang paling menjadi satu hal, tak ade bende nak diperkatakan. Apapun, ana cuma nak berkongsi kisah ataupun cerita. Benar dan membawa memori ingatan setiap saat dalam hidup ana dan mungkin jua rakan-rakan. Jadikan kisah ini kisah yang membawa semangat baru kepada kalian mungkin, dan semestinya kepada ana yang serba serbi kekurangan ini.

Terlebih dahulu, sedekahkan Al-Fatihah pada insan yang telah dipilih Allah untuk dijadikan watak utama di dalam kisah ini....

Fatimah Az Zahra`,

Ya Allah, tempatkannya bersama para Syuhada`Mu ~
................................................................................................

"Najah, aku rasa hang lagi cantik kalau hang pakai tudung labuh," ujar seorang sahabat yang tidak pernah jemu dlm menasihati sahabat-sahabatnya. Ana yang tengah sebuk dok mengapai, terhenti. Memandang Fatimah dengan pandangan yang berbaur resah bercampur tidak senang. Sahabat-sahabat lain juga turut memandangnya. Dia hanya mengukir senyuman.
"Aku tau tu.. Faza,sori la ek kalau aku ckp ni hang trasa.. Terima kasih sbb ko dh tegoq aku naa.. Tp aku tak suka la cara hang tegok aku.. aku leyh trime, cumenye.."
"Takda la.. aku nampak gmbaq hang kat Fb tu kan pakai tudung tutt je kan. Bukan tak lawa, lawa Najah.. Tapi lagi ayu kalau hang pakai tudung labuh, lagi org respek hang.." Fatimah memotong percakapan ana agar tidak disalah fahamkan pengertiannya. Ana tetap rasa tak puas hati. Namun ana tahu ana salah, jadi ana diamkan diri.

"Faza, ko takleyh jugak ckp camtu. It depends kat seseorang la nak pakai tudung macam mana. Pakai tudung labuh, tapi kalau perangai tu buruk ? Hipokrit kan tu namanya ??" Kata salah seorang lagi sahabat ana. Huh ! Nasib baik ada orang backing.. Lega ana. Tapi Fatimah tetap senyum.

"Tak, aku cuma nak sahabat-sahabat aku dpt sesuatu yang lebih baik daripada sekarang. Mulalah dari pakaian. Najah, aku caya hang boleh berubah. Hang dah elok dah, tapi apa kata hang tambah baik lagi. Allah tu kan Pengampun." ujar Fatimah lagi. Kali ini tangan kanannya bersentuh pada bahu ana. Ya Allah, ana rasa tak tahu untuk berkata apa. Dialah sahabat ana, ana sayang dia. Kata-katanya semua itu betul. Bernas ! Tapi kenapa hati ana ni keras ??

Masa terus berlalu.......

Bulan peperiksaan makin hampir. Raya sudah seminggu ana dan semua umat Islam lalui. Nak kata seronok, Alhamdulillah. Cukuplah apa yang termampu. Bersederhana. Cuti-cuti raya hari tu pulak, ana sempat menghantar mesej kata-kata dengan sahabat-sahabat. Tak terkecuali Fatimah. Ana suka bila dia hantar mesej. Kata-kata yg banyak, cukup indah. Hehehe :) Ana pernah minta, dia bagi. Sengaja mahu meminta lagi, ana katakan "tak sedap la ayat ko tu, hanta la yang sedap2 sikit..kalau tak sedap gi,aku nak lagi smpai sedap" huhu..nakal x ana ? Tapi dia tak merungut pun. Dia hantar jugak. Kami saling bertukar-tukar kata. Hanya Allah sahaja tahu betapa eratnya ukhwah ini. Dia sudah ana anggap sbg sahabat yang bisa memahami, melindungi dan sehidup semati.

Jumaat,24September2010...
Pagi Yang Indah :)

Sahabat ana, Zakiah tak sekolah hari tu. Demam... Ana ke sekolah berdua bersama kak Kautsar. Macam biasa. Tak rasa boring pula hari ni..(ari laen boring ke ?) hehehe.. Sebaik kami melangkah ke kelas, ana lihat Fatimah sudah berada di posisi belajarnya. Sambil duduk diam menongkat dagu seperti biasa. Selepas bagi salam, ana terus becerita mengenai Zakiah. Dia yang beriya-iya ajak Fatimah sekolah, tengok2 dia yang tak ke sekolah. Beginilah jawapan yang ana sangka akan keluar dari mulut Fatimah.

"La..yeke ? Ha..ni hangpa berdua nak pi pekan(outing kdai dpan jep) kan kejap lagi
? Nah, ambik dua ringgit ni, belikan dia susu. Dia suka susu apa ? coklat ka stoberi ka.." Fatimah menyerahkan wang kertas seringgit dua keping kpd ana.

Dalam hati ana, huih ! Baiknya dia.

"haah, dia suka susu..nanti kami belikan.."
Ana mengangguk.

Di dalam kelas, Fatimah rajin tersenyum hari ini. Makan coklat yang peminatnya bagi. Kongsi lagi. Katanya, ucapkan terima kasih pada pemberi. Dia mohon jangan ana lupakan pesannya. Ana angguk2. Waktu rehat, dialah yang beriya-iya mahu ke kantin. Tapi tiba-tiba mengaduh kepalanya pening. cuma memesan air dan kerepek kesukaannya.

Kelas ustaz hari ini berakhir lambat. Mahu ke pekan, aduhai... rasa seperti sudah terlambat pula. Namun, mesti kena pegi. Duk asrama takdak makan. Sebelum ke pekan, perlu pulang ke asrama untuk menulis nama dalam buku keluar masuk.

"Faza,tolong hantar Najah jap leh tak ?" Kak Kautsar meminta Fatimah menghantar ana ke asrama bagi memudahkan dan mempercepat masa.

Ana hanya diam. Memandang mukanya. Kalau ikutkan hati, memang bagus kalau dia hantar. Tapi tak teragak pulak mahu menyuruhnya. Ana paham dia nak pulang cepat ke rumah, kakaknya sudah menanti. Jua dia sebernarnya paling menanti.

"Jom lah !" Tanpa rungutan, Fatimah terus setuju. Ana apa lagi, seronok ! Naik motosikalnya :)

"Ingat Najah, sampaikan salam dan terima kasih kat dia. Dan jangan lupa beli susu tu !" pesan Fatimah sebelum beredar pergi selepas menurunkan ana di sisi kak Kautsar berdiri. Motosikalnya meluncur laju. huishhh, lagu betol minah ni ! kata hati ana.

Hati ana rasa mahu balik cepat. Sedang berjalan, ana terserempak dengan kereta cikgu. Ada cikgu Marina dan cikgu Ira. Ana memandang tak berkalih. Ingin mengharap cikgu memandang ana, hampa. Cikgu fokus dengan jalanraya simpang tiga tu. Ana dan kak kautsar terus berlalu.

"Kak Kosa, tengok langit tu. Mendung. Hitam !" ana menunding jari ke arah langit hitam. Ya, hitam ! Kak Kautsar hanya sempat mengangguk.

"Kautsar ! Kautsar !" terdengar cikgu Ira menjerit memanggil Kak Kautsar.

Ana turut tersenyum memandang cikgu. Huishh, apa cikgu ni jerit2 nak panggil orang sampai keluar kereta.

"ha..ada apa cikgu ?" soala Kak Kautsar. Muka cikgu, keduanya ana dapat isytiharkan sungguh rumit. Tapi tetap mahu mengukir senyum pada mereka, ana tak memikirkan apa.

"Kawan kamu, Fatimah meninggal !" ujar tekan cikgu Ira memberitahu. Ana mengerut dahi. Fatimah mana ?

"Fatimah mana cikgu ?" soal lagi Kak Kautsar. Dia juga nampaknya tidak pasti.

"Fatimah STAM, kawan kamu tu.."

Allahuakbar !! Bagai berdentum guruh, sesuatu yang berat menimpa diri ini. Ana umpama hilang segala nyawa. Sahabat, kau kah itu ?

........................................................................................................................

"Najah, aku rasa hang lagi cantik kalau hang pakai tudung labuh,"

Hmm :) Pergimu sahabat meninggal pesan, bukan hanya kosong ! ana hargai ini. Ana cukup memahaminya, dalam maksudnya, indah lagi kalau masih bersama. Mesti dia suka ana sekarang. Tak pun lebih suka :) Bukan kerana dia, tapi kerana DIA semata. Alhamdulillah wa syukrulillah ! Allah lah yang telah memilih dirinya untuk menjadi penjagaku. Penjaga kehormatanku sebelum dirinya dipilih Allah untuk dijaga dengan Wildan Syurga.

Kini, ana rasa aman :) Meskipun tidak sepenuhnya ana istiqamah, sedikit sebanyak ana mahukan pendirian ini berterusan. Di luar, ana cuba mencari kekuatan. Ana igt pesannya, ana di bantu kesayangan ana, ana pinta Allah teruskan penghijrahan ini.

Buatmu Sahabat,
Pemergianmu sentiasa tidak pernah pergi dari ingatanku.. Engkau sentiasa hidup dalan hati ini sahabat.. Engkau sahabat pertama ku ketemu di perjalanan baru ku.. Moga kau di tempatkan di sisi Allah :)




Sayang Sahabatku, Fatimah Azzahra` Binti Jaafar.

Wednesday, September 15, 2010

Lebaran Syawal 1431 Hijriah

Assalamualaikum..

Salam sejahtera untuk semua. Ana rindukan blog ni,tapi ana tak tahu nak post ape dah. Hehe :) Tahu-tahu dah raya, dah abez pose pon kan.. Rindu Ramadhan yang lalu. Ana rindu sangat sebab Ramadhan 1431 ni ana rasa berada dekat dengan kesedapan Allah~ Ana pun tak tahu nak habaq macam ne gi.. Maaf ye sebab bahasa Ana selamber da sekarang.. malas kot takde topik banyak sangat ni. :) Tapi ape pon ana ade cerita nak di kongsi. mungkin tak penting pon dekat antum semua.. seperti ana katakan tadi,cuma mahu berkongsi :))

Pernah tak dengar,terbaca pos ana atau apa2 tentang kesayangan ana..?mesti ada kan?hmm..kita tinggalkan dulu pasal tu..hehe..

Asif,ana hanya insan biasa yang selalu melakukan khilaf di mata kalian..di pandangan Allah apatah lagi..Sempena syawal ni,ana pohon kemaafan yang teramat dalam dan panjang kepada sahabat2 ana dan sesiapa yang mengenali ana. Lagi kepada seorang insan tu....ade la orang tu.. :) saudara,maafkan ana ye ?
Ana tahu ana tak pantas untuk dimiliki..ana hanya insan kerdil mahu di bandingkan dengan peribadi saudara yang indah..ana harap Allah yang mengawasi kita..InsyaAllah~Biarlah kita tidak bersua,tidak berbicara dan tidak merasakan dekat pada ukhwah ini..ana harap dan doakan moga Allah yang suakan,bicarakan dan mendekatkan melalui cintaNya..Hanya Dia penyusun segala,penentu Taqdir..

Saudara,ampun maaf zahir batin dari sekecil zarah sehingga sebesar alam ini..
Ma`a Hubbil Musytaq :)

Saturday, July 24, 2010

Lupakah Aku?

Assalamualaikum,

Apa khabar Kawan,Saudaraku?Ana harap semuanya dalam keadaan yang khoir2 sahaja ye?Lama tak menjelma..Ana makin sibuk dengan masa yang sering kunjung tak pernah serik menziarah diri ni.Almaklumlah,ana ni sering lalai dan leka.Maka dengan itu ana asyik digesa dengan masa yang selalu mengejar ana.Apapun~doakan ana moga berjaya ye?Doa kalian amat ana hargai..Sayang Kamu<3

Kali ni,
POSTING ana tak lah panjang(tak pernah panjang pon)hehe..Tapi cuma ana nak ingatkan pada teman2,dan pada ana sendiri. Ya ALLAH,diri ana ni masih jauh jahil..Jahil dan hina untuk berada di sisiNYA.

Lupakah Aku??
Ya Allah,bila masih ana diberi kesedaran ni..ana sukar sangat nak bangun sendiri.Beratnya!Berat ape?Dosakah yang membebankannya Ya Maulaku..?Ku mohon maghfirahMu,ku tunggu..

Lupakah Aku??
Dhaif dan naif aku.Masih lagi mahu memohon dan meminta.Tak malunya aku ya Allah!Tapi Kau tetap setia,mendengar dan memberi.Kau tidak pernah lepas hambaMu lapar dari kasih sayangMu.Kau sentiasa ada.Kau begini Ya Latif,syumul!

Lupakah Aku??
Memori dan kenangan.Bagi aku,ianya hadiah dariMu.Mendidik jiwa dan nurani ini sentiasa taat padaMu.Iktibar untukku,agar bisa ku tinggalkan kejahilan melampau ku itu.Kemana aku,di sini Lah!

Lupakah Aku??
JalanMu sentiasa di sampingku kini.Kau pertemukan aku dengan teman sempurna untuk bawaku ke syurgaMu.Kau bisikkan hatinya menerimaku seada.Aku malu Ya Rabbi.Dia yang kau hadirkan,bantu aku bangun.Dia habibatiku~

Lupakah Aku??
MalamMu cukup panjang.Inilah hikmahnya!Nikmat dan sedap berada di kedekatanMu.Inilah rahsiaMu,untuk mencapai cinta dan kasihMu.Mengapa saja masih ku lepas dan ku biar ia terbang berciciran di udara,ruang hati.Kosong!Temukanlah aku,ya Rahim..

Kalian,ana cukup bahgia dapat menyinsing papah lenganmu saudara.Ukhwah ini sentiasa terbuka.Moga pautannya sampai ke syurga~

ma`a hubbil mustaQ wa haninah~
salam alaikumullah.....

Monday, June 14, 2010

Rabiatul Adawiyah :: Serikandi Pilihan



Assalamualaikum..




Dalam rentetan sejarah Islam, ramai serikandi yang telah dipersebutkan. Di sini, ana cuma mahu berkongsi apa adanya tentang serikandi pilihan ana. Iaitu Rabiatul Adawiyah. Sebagai Hamba Allah, ana juga berkeinginan mahu mengongsi impian sepertinya. Mencintai Allahu Rabbi. Aduhhh! Suungguh ana katakan, cantik sangat peribadi yang digambarkan, indah jiddan cinta yang dihamparkan kepada Kekasih Agung.




Ana tertarik dengan Doa Rabiatul Adawiyah ::


Banyak lagi doa-doanya yang menambat hati ana dan juga solehah. InsyaAllah moga-moga kita juga ditempatkan bersama para syuhada` dan serikandi-serikandi Islam ini.

Ma`aSSaLamah wa iLaLLiqa`
Ma`a hubbiL musytaQ~

Wednesday, June 9, 2010

Warkah Dari Seorang Lelaki

Asslamualaikum..

Kaifa halukum?ana harap sihat2 la ye..

hmm,kat sini ana nak kemukakan warkah dari seorang teman..

teman yg ana tak kenal pun,tapi kata2 nye mampu mendidik jiwa..

>>>

sekadar renungan wahai ukhti yang saya hormat..
mudahan dengan ini manfaat kita peroleh bersama-sama
dalam mencari keredhoan Allah semata-mata..
cubalah kita sama-sama lihat sejauh
mana kasih sayang Allah pada kita..
tafakurlah kita memikirkan kelembutan dan
kasih sayang Allah...
“ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda : Ketika Allah
menciptakan makhluk, Allah menulis di dalam
kitabNya, Dia (Allah)
menulis atas diriNya, lalu Dia swt meletakkan
di sisi Nya pada Arasy :
"Sesungguhnya rahmat Ku mengalahkan
kemurkaan Ku”. ( Shahih Al Bukhari)

“Kelembutan dan kasih sayang-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku”

Maksudnya
apa? yaitu setiap hal yang dimurkai Allah, bukan tidak ada
hal yang
dimurkai Allah, banyak hal yang dimurkai Allah jika kita
perbuat ,
namun Allah memberi kejelasan pada setiap para pendosa bahwa
Allah
akan bersabar dan mengampuni serta menyayangi jika mereka mau
bertobat
dan kembali kepada kelembutan-Nya.

Demikian
indahnya Allah , ingin memperkenalkan kepada kita inilah
(Aku)
Rabbul ‘alamin yang mempunyai sifat murka , tapi kasih sayang-Ku
jauh
lebih besar daripada kemurkaan-Ku. Maka mereka yang memilih jalan
kemurkaan
Allah itu salah mereka sendiri, namun jika ia terjebak dalam
kemurakaan
Allah sebab perbuatannya, maka ketahuliah bahwa kasih
sayang-Nya
lebih besar dari kemurkaan-Nya.


Allah subhanahu wata’ala
berfirman kepada malaikat di dalam hadits
Qudsy : “ Ketika hamba-Ku
berniat ingin berbuat dosa maka janganlah
terlebih dahulu ditulis
dosanya, dan jika ia telah berbuat dosa maka
tuliskan satu dosa
baginya. Dan jika hamba-Ku berniat untuk berbuat
baik maka tulis
baginya satu pahala sebelum ia melakukannya , dan jika
ia
melakukannya maka lipatgandakan pahalanya sepuluh kali hingga tujuh
ratus
kali lipat”.( Shahih Al Bukhari)
Begitulah Allah subhanahu wata’ala
memanjakan kita ,
adakah yang lebih memanjakan kita melebihi Allah ,
adakah yang lebih berlemah lembut dan menginginkan cinta kita
melebihi Allah?! .
Allah tidak memerlukan pada setiap hambaNya,
namun
Allah meminta kita untuk mencintaiNya ,
Allah melamar kita untuk
menjadi hamba yang yang dicintai-Nya .
sabda nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari :

“Sesungguhnya
apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia
akan memanggil
Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku mencintai fulan
maka cintailah
dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia menyeru para
penghuni
langit: Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah
dia! Para
penghuni langitpun mencintainya”

Limpahan puji kehadirat
Allah Yang Maha berhak atas segala pujian .
Semakin seseorang
memahami hakikat kehidupannya dan merenungkan
darimana ia datang dan
bagaimana ia memulai kehidupannya, dan ia
mendengar tuntunan Ilahi
bahwa Allah yang menghidupkannya.
Dialah (Allah ) pemilik diri kita ,
pemilik nafas kite,
pemilik panca indera kita ,
Dialah ( Allah ) Maha berhak
untuk dipuji
dan memang paling layak dipuji
dan tiada yang lebih
terpuji daripada yang paling banyak memuji Allah.
Manusia yang paling
banyak memuji Allah adalah sayyidina Muhammd ,
makhluk yang paling
banyak memuji Allah adalah sayyidina Muhammad ,
makhluk yang paling
banyak dipuji Allah adalah sayyidina Muhammad s.a.w,
makhluk yang paling banyak pengikutnya yang memuji Allah
adalah
sayyidina Muhammad s.a.w,
pemimpin orang-orang
yang memuji Allah adalah Sayyidina Muhammad s.a.w ,
Inilah semulia-mulia idola kita , maka jangan memilih
idola yang lain ,
karena idola kita yang lain, apalagi orang yang
tidak pernah sujud
kepada Allah ,
jika kita menjadikannya idola maka
itu akan menjadikan
musibah kelak di hari kiamat ,
di dalam Atsar
sahabat dijelaskan bahwa:
“Walaupun seorang hamba beribadah ratusan
tahun di hadapan Ka’bah,
tetap ia tidak akan dikumpulkan kecuali
bersama dengan orang yang ia cintainya
Semoga Allah subhanahu
wata’ala menaungi kita dengan cahaya
keterpujian Ilahi dalam setiap
nafas kita ,
dalam hari-hari kita ,
dan dalam kehidupan kita .
Allah
Yang Maha Dermawan melimpahkan kedamaian
sepanjang waktu dan zaman ,
genggaman kedermawanan Ilahi tiada pernah
tertutup kecuali
dilimpahkan ke barat dan timur dari generasi ke
generasi , memberi
dan terus memberi , meminjamkan dan terus
meminjamkan , mengampuni
dan terus mengampuni , menyeru dan terus
menyeru itulah Allah
subhanahu wata a'la
ya ukhti fikirlah selagi kte mampu berfikir...
dan
mohonlah rahmat allah..
mdh2an kte semua dalam payung rahmatnya
sll..
dan fikirlah yg terbaik wat diri mu..
selamat maju jaya..
asalamualaik!!

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam 'Alaykumullah ^^



Sunday, May 23, 2010

Selepas SYAHADAH

ana dan athirah :: shes got UIA in cos IRK..miss her

kak Kautsar and Athirah :: Kak Kautsar tak jdik pindah coz semangat STAM..wakakaka

Semua siswi STAM, SYAHADAH hari akhir Arud Qafiah

ana dan faza :: Rajen ke ni??Boleyh la..

Semangat nak habis SYAHADAH..Hip2 horey!

ana dan faza, dia masih setia bersama STAM

"ustazah,kitorang sambung belajar kat UMEA.." Ana habaq kat Ustazah MAizul.

Puteri STAM Universiti Maahad Ehya Asshariff(UMEA) Tahun Akhir

Ukhwah kami Abadan abadan Lillahi Taala

Putera STAM Universiti Maahad Ehya Asshariff(UMEA) Tahun Akhir

Siswa Dan Siswi STAM 2010 Bersama Ustazah Maizul

























Insan Pilihan Anugerah Allah

Ya Allah..
Tika ini aku hanya mahu mengucup bumi ciptaanMu..
Mengungkapkan syukur padaMu..
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
Hatiku menanti kebahgiaan..
Jiwaku menanti ketepatan..
Diriku menanti insan pilihan..

Assalamualaikum..

Apa khabar Kawan,saudara? Semoga sihat hendaknya. Macam mana ye ana nak katakan di sini.. Sebenarnya ana tak mahu panjang lebar dalam mengungkap patah2 bicara ni.. Segalanya telah ana terjemahkan di dalam hati ini.
Ana sayang semuanya. Ana terpaksa simpan rasa ni sebenarnya. Ana menahan perasaan yang boleh tercemar ini untuk satu hari yang pasti.. Tapi selalu ana diingatkan bersedialah menghadapi saat yang entahkan pasti dia pada kita ataupun tidak. Memang ana tak cukup kuat untuk menghadapinya. Ya Allah,andai saat itu berlaku..apakan dayaku untuk menghalang. Apatah lagi untuk ku tempuhinya.

Dialah yang telah memaut hatiku. Tapi adakah pautannya masih bersandar pada cintaMu ALLAH. Aku masih khuatir. Adakah perjalanan ini masih dalam keredhaanMu. YA ALLAH,percepatkanlah masa ini. Aku tidak mahu menimbunkan rindu yang boleh membuat ianya suatu murka terhadapku. Ya Allah,jagalah diriku dan dirinya. Elakkan kami dari bahana maksiat. Jauhkan kami dari fitnah dunia. Kekalkan kami sehingga ke syurgaMu. Pimpinkan kami mendidik diri kami menjadi hambaMu yang akur dan tidak mudah alpa. Kadangkala diriku dan dirinya leka,sedarkanlah kami. Ingatkan kami dengan kudratMu. Ku pohon Ya ALLAH. Dia yang Kau anugerahkan untukku,semaikan iman di dadanya. Jangan Kau goyahkan taqwanya.

ma`a hubbil musytaq daiman abadan~

Saturday, April 17, 2010

Bila Jalan Ku Ini Haq....

Ya Allah,

Apakah agaknya aku ini leka dengan nikmatMu..

Adakah nikmatMu itu pula ujian buatKu..

Aku takut Tuhan..

Meskikah aku menafikan sedangkan ianya benar..

Tiada yang batil..

Tiada yang menipu..

Tiada yang dusta..

Aku hanya mahukan kepastian yang nyata..

Mampukah aku pejamkan mata..

Dan berjalan sendiri..

MAMPUKAH?


Ya Rahman,

Bila jalanku ini benar..

Yakinkanlah aku..

Pasrahkanlah dan redhailah..

Restuilah hidupku ini..

Bukan asa ku kan terhenti..

Hanya mengadu padamu wahai Pencipta Cinta..


Ya Fattah,

Buktikanlah sesungguhnya aku..

Dan dia adalah benar..

Bukan dusta berkalang noda..

Halangi rabitah kami dari fitnah dunia..

Ampuni kekhilafan kami..

Jauhi kami dari maksiat khofi..

Maghfirah kami sesungguhnya tulus Tuhan..


Ikatkanlah kami dengan cintaMu...........................

Akanku Genggam

Akanku Peluk

Akanku Cium

ERAT-ERAT cinta dan anugerahMu

Amin Ya ALLAH..

Moga ini HAQ dan SADIQ


Hubbil MusytaQ wa Hanin~

Wednesday, March 17, 2010

RESULT SPM

Salam aLaikum!!

ana tak banyak nak tulis di sini kerana kesempitan masa..Nak cakap pasal result SPM,ya ALLAH..inilah ujian..dan ana tahu ada hikmahnya..Allah dah dekatkan doa ana supaya teruskan STAM,ilmunya insyaALLAH..

Doakan kejayaan ana ye..??

Ma`a hubbil mustaQ wa hanin wa iLLaLLiqa`~

Thursday, February 18, 2010

Riadah,apa salahnya..

Assalamualaikum wbt..
Kabare,waras??hehe..ana bilkhoir..cume dr malam tadi ana didatangi selsema yg menyakitkan hidung.Dan pula,ana terasa lemah badan hari ni..ya ALLAH,kenapa lah ea..bila difikirkan semula,rupanya inilah sebenarnya nikmat dan ujian. Alhamdulillah~ Mungkin jua masa tu ana bercuti bersama keluarga.

Ha..pasal bercuti ataupun dengan bahasa yang lebih romantik lagi 'riadah',ana ada cerita nak dikongsi.Lucu,tapi sesungguhnya membawa pengajaran dan kenangan.Teringat semula waktu hari ahad bersamaan 14.Feb.2010, di atas permintaan adik2 ana yang ramai kat rumah tu,ayah sudi membawa kami keluar makan angin. Pada mulanya,ayah mahu bercadang membawa kami ke lata. Tetapi disebabkan adik2 ana teriak sakan bersama anak buah mahu ke WetWorld Pedas,N9(atas cerita ummi),ayah 'terpaksa' turutkan. Dalam perjalanan yang patutnya boleh sampai dalam waktu yang singkat,terus menjadi tegang(ayah) dan jalan jem membuatkan kami sampai lambat.Dan sepanjang waktu itu juga ayah masam mencuka.Ana pon tak suka sebenarnya(xsuka ayah mcm tu n pegi tempat tu)..hehe..bg ana,tak ori la kalu camtu..
Lepas tu,hari isnin..kami kemas rumah nenek yang dah berapa tahun tak diduduki..ayah cadang nak buat homestay..ana taktau..selepas itu,ayah rupanya masih mahu beriadah ke tempat impian kot..sebab ayah bawak kami ke lata Pertak,Kuala Kubu Bharu. Seronok..ana suke sbb dapat ciblon..hehe..

Dengan itu,ana sertakan picture di sana~





Monday, February 15, 2010

Keindahan Haqiqi

Assalamualaikum
Kaifa Halukum?Ana bilkhoir.. Sesungguhnya Allah mahu menemukan ini sememangnya di saat kegembiraan mula tersinar. Dari kelemahan dan kejahilan yang batil, ana usaha bangun mencari seinfiniti redhaNYA. Alhamdulillah,di sini akhirnya.
Selepas ana menyudahkan blog ana yang lepas, ana kembali untuk menyampaikan sesuatu yang baru untuk pengetahuan kalian.
cewah!poyo tak ayat?xde la..sebenarnye ana nak cite sket..ana sekolah kat perak ni,dari penglihatan dan pandangan ana serta pengamatannya..ana dapat dua perbandingan antara sekolah ana di selangor dan di perak..ana cukup respect mereka di sana.
PERBANDINGANNYA::
  1. walaupun selangor(sebahagian) mempunyai kemajuan dari segi pelajaran,ramai yang berjaya dalam peperiksaan,dan walaupun perak xsehebat selangor,tp ape yang buat ana tertarik,mereka praktikkannya,mereka amalkannya..(contoh plajar sel tu ana la,haha)

Dan sampai situ je kot..

Itulah keindahan yang dapat ana carik daripada sekolah. Keindahan hati,ana terpaut dan dipaut lillahi taala. Ana mula sayangkan pautan ini. Mahu ana khabarkan insan yang pertama itu adalah insan istimewa. Ana tak pandai menzahirkan rasa hati. Tapi ana kian terpaut meskipun hati ini telah dipaut. Insan kedua ini ialah insan istimewa buat diri ana juga. Hia ukhti habibati fillah abada abadan. Bila hati sudah terpaut,ia akan berpaut untuk selamanya. Ana tak sanggup berenggang,berjarak mahupun berpisah. Hanya ajal maut yang boleh memisahkan ini. Dan moga bertemu kembali di syurga pasti!

ALHAMDULILLAH,INSYAALLAH

Kalian,antum sgt bermakna buat diri ini. Meskipun ada penghalang antara kita,ia bukanlah pemisah.Antum mula hadir,bawa seribu makna,sejuta bahgia,seinfiniti cinta. Jangan pergi dari ana dengan membawa semua memori. Jangan pisahkan,ana tak sudi..ana tak sudi ya habuki~

ILALLIQA` MA`ASSALAMAH

Saturday, January 30, 2010

Terbaru Dari Aku






Assalamualaikum~

Kaifa Halukum?Ana bilkhoir jiddan..Benarlah apa yang ana(sekarang berubah) cakapkan,semuanya ada hikmah. Ana kini sudah menjalani pembelajaran di dalam kelas STAM di dunia EHYA. Firstly,seronok! itu yang ana nak gambarkan. Ana rasa nak teruskan STAM ni. Walaupun ana selalu tidOq dalam kelas. Hahaha:) Ana banyak belajar tentang erti sebuah kehidupan yang berdikari. Hidup yang memerlukan kita seorang mengatur sebuah perjalanan. Ana akui,ana memang susah menghafal. Daif sangat dan ana malu. Tapi umi selalu pesan,ZIKRILLAH!.. Mengingati ALLah selalu membuat hati ana tenang dan gembira. Ana rasa ana tak perlu takut untuk hadapi semua. Ana belajar kerana ALLAH,insyaALLAH.....



STAM,dari situ ana mula berkenalan dengan sahabat baru. Mula-mula ana sampai kat EHYA tu,ana seorang saja. Ana nangis senyap-senyap. Ana rasa ana nak mengalah jew.. Tapi,selang berapa hari,ana dapat seorang kawan. Selang lagi berapa hari,ana dapat lagi kawan baru. Ana happy sangat. Mula-mula,ana ada sifat syak wasangka yang tak baik thadap depa nih. Tapi ana pikiaq balik,ASTAGHFIRULLAH....tak baik..! Sangkaan ana tu memang menyimpang jauh. Kawan ana yang ana sangkakan buruk tu rupa-rupanya BAIK GILERRR..memang gila lah!
hehe:)) Ana seronok jumpe depa. Hari ni ana balik rumah,ana dah rindu depa dah..ish,susah neh..ngee..

Kawan-kawan ana tu namanya::
kak KAUTSAR,ATHIRAH,WANI,ETON..
diorang memang best sangat..!

Selain tu,ana dapat kenal dengan rakan kelas lain. Laki perempuan,ana kawan. FAZA,ADIBAH,kak LIZA,abg KAMAL,abg SAFUAN,FIRDAUS,RAFIE,SHUIB,SAM,HAZWAN,AMIN,MIE,AKMAL,SAQIF,ABU..

Dan untuk seorang lagi,teman seperjuangan ana juga. PERJUANGAN ABADA ABADAN.. Moga ikatan persahabatan antara kami kekal selamanya,AMIN..
(ana dengan sodiqi)


Apapun,ana nak ucap syukran kasiran YA ALLAH!
Kau sudah membuat aku jatuh hati pada perjuangan sahih ini.
Kau sudah menemukan aku dengan sahabat yang sejati.
Kau juga telah meletakkan hakikat ini pada tempatnya.

SELAMATKANLAH DIRIKU DAN UMAT ISLAM DI DUNIA INI,YA ALLAH!



Thursday, January 7, 2010

STAM menunggu??

Assalamualaikum~

hyep!huhu..macam nak nangis dah aku ni. Ni la masalahnya... aku sebenarnya malas dah nak sekolah. Aku nak belajar,tapi bukan kat sekolah dah. Saje je aku tak isi borang STAM@sijil tinggi agama malaysia sebab malas dah..(walaupun dlu bercita2 nak pegi mesir)..

Tapi mak aku punya pasal,aku turutkanlah..Lagipun suruhan ibu ada hikmahnya. Betullah,ade hikmahnya. hmm.. Umi dah uruskan semua. Lantaklah,aku ikut je..

Apepon,doakan yang terbaik wOkkkk!!

STAM menantiku,INSYAALLAH.....
jumpe gi di laen hari..
ma`assalamah wa ilalliqa`~

Monday, January 4, 2010

Cinta Terakhir

Salam alaik~

Dah lame jugak tak coret2 blog. Hurm....actually aku tak tahu nak tulis apa. Dulu aku ada cakap yang aku nak terbitkan cerpen kan..tapi yang tu dah takde da.. so,sekarang aku try buat balek..ingat nak buat yang sama macam yang lama. tapi otak tiba2 tulis cerita lain lak..hua3..:)

Haaa....sekarang ceritanya dah siap!tapi malas nak taip pulak coz aku dah coret kat buku@kertas je..tapi pe pon insyaallah aku usahakan. Aku tak berjanji sebab takot tak jadi lagi. adOi~

Tajuk cerita tu ialah "CINTA TERAKHIR"..hehe,insyaALLAH akan akhir..sebenarnya cerita tu dari angan2 penulisnya sendiri..hahahaha..:D

(taken by me:wedding abg ujang)