Sunday, May 23, 2010

Insan Pilihan Anugerah Allah

Ya Allah..
Tika ini aku hanya mahu mengucup bumi ciptaanMu..
Mengungkapkan syukur padaMu..
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
Hatiku menanti kebahgiaan..
Jiwaku menanti ketepatan..
Diriku menanti insan pilihan..

Assalamualaikum..

Apa khabar Kawan,saudara? Semoga sihat hendaknya. Macam mana ye ana nak katakan di sini.. Sebenarnya ana tak mahu panjang lebar dalam mengungkap patah2 bicara ni.. Segalanya telah ana terjemahkan di dalam hati ini.
Ana sayang semuanya. Ana terpaksa simpan rasa ni sebenarnya. Ana menahan perasaan yang boleh tercemar ini untuk satu hari yang pasti.. Tapi selalu ana diingatkan bersedialah menghadapi saat yang entahkan pasti dia pada kita ataupun tidak. Memang ana tak cukup kuat untuk menghadapinya. Ya Allah,andai saat itu berlaku..apakan dayaku untuk menghalang. Apatah lagi untuk ku tempuhinya.

Dialah yang telah memaut hatiku. Tapi adakah pautannya masih bersandar pada cintaMu ALLAH. Aku masih khuatir. Adakah perjalanan ini masih dalam keredhaanMu. YA ALLAH,percepatkanlah masa ini. Aku tidak mahu menimbunkan rindu yang boleh membuat ianya suatu murka terhadapku. Ya Allah,jagalah diriku dan dirinya. Elakkan kami dari bahana maksiat. Jauhkan kami dari fitnah dunia. Kekalkan kami sehingga ke syurgaMu. Pimpinkan kami mendidik diri kami menjadi hambaMu yang akur dan tidak mudah alpa. Kadangkala diriku dan dirinya leka,sedarkanlah kami. Ingatkan kami dengan kudratMu. Ku pohon Ya ALLAH. Dia yang Kau anugerahkan untukku,semaikan iman di dadanya. Jangan Kau goyahkan taqwanya.

ma`a hubbil musytaq daiman abadan~

1 comment:

  1. sesungguhnya di saat aku tidak mahu mengingatinya, ada yang menerpa menjadi ingatan kepadanya. Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana prihatin ye ^^