Saturday, July 24, 2010

Lupakah Aku?

Assalamualaikum,

Apa khabar Kawan,Saudaraku?Ana harap semuanya dalam keadaan yang khoir2 sahaja ye?Lama tak menjelma..Ana makin sibuk dengan masa yang sering kunjung tak pernah serik menziarah diri ni.Almaklumlah,ana ni sering lalai dan leka.Maka dengan itu ana asyik digesa dengan masa yang selalu mengejar ana.Apapun~doakan ana moga berjaya ye?Doa kalian amat ana hargai..Sayang Kamu<3

Kali ni,
POSTING ana tak lah panjang(tak pernah panjang pon)hehe..Tapi cuma ana nak ingatkan pada teman2,dan pada ana sendiri. Ya ALLAH,diri ana ni masih jauh jahil..Jahil dan hina untuk berada di sisiNYA.

Lupakah Aku??
Ya Allah,bila masih ana diberi kesedaran ni..ana sukar sangat nak bangun sendiri.Beratnya!Berat ape?Dosakah yang membebankannya Ya Maulaku..?Ku mohon maghfirahMu,ku tunggu..

Lupakah Aku??
Dhaif dan naif aku.Masih lagi mahu memohon dan meminta.Tak malunya aku ya Allah!Tapi Kau tetap setia,mendengar dan memberi.Kau tidak pernah lepas hambaMu lapar dari kasih sayangMu.Kau sentiasa ada.Kau begini Ya Latif,syumul!

Lupakah Aku??
Memori dan kenangan.Bagi aku,ianya hadiah dariMu.Mendidik jiwa dan nurani ini sentiasa taat padaMu.Iktibar untukku,agar bisa ku tinggalkan kejahilan melampau ku itu.Kemana aku,di sini Lah!

Lupakah Aku??
JalanMu sentiasa di sampingku kini.Kau pertemukan aku dengan teman sempurna untuk bawaku ke syurgaMu.Kau bisikkan hatinya menerimaku seada.Aku malu Ya Rabbi.Dia yang kau hadirkan,bantu aku bangun.Dia habibatiku~

Lupakah Aku??
MalamMu cukup panjang.Inilah hikmahnya!Nikmat dan sedap berada di kedekatanMu.Inilah rahsiaMu,untuk mencapai cinta dan kasihMu.Mengapa saja masih ku lepas dan ku biar ia terbang berciciran di udara,ruang hati.Kosong!Temukanlah aku,ya Rahim..

Kalian,ana cukup bahgia dapat menyinsing papah lenganmu saudara.Ukhwah ini sentiasa terbuka.Moga pautannya sampai ke syurga~

ma`a hubbil mustaQ wa haninah~
salam alaikumullah.....