Wednesday, December 29, 2010

Daurah Ilham Cinta

Imran masih menulis nota walaupun kelas sudah tamat. Dia khusyuk menulis sambil menukar-nukar pen yang pelbagai warna. Entah mengapa hari ini hatinya begitu tenang. Merasa tidak perlu ada yang mahu dirisaukan. Senyumannya lebar terlukis di wajah. Sehinggakan sahabat-sahabatnya hairan. Apabila ditanya, dia juga tak mengerti. Jawapannya, mungkin Allah nak uji. Apapun jawapannya, sahabatnya tahu Imran pandai mengurus hal dirinya meskipun kekadang nampak pelik di mata mereka.

“Assalamualaikum, err..tumpang tanya ?” sapa seorang gadis di depan pintu kelas kuliah. Terkejut Imran. Dia istighfar berkali-kali. Namun senyuman mesra diberikan kepada gadis itu.

“Waalaikumussalam, ye ?” jawab Imran.

“Sini kelas pengajian syariah ke ?” soal gadis bertudung litup tadi.

Imran mengangguk. Setelah itu, gadis tadi mengucapkan terima kasih. Lalu pergi meninggalkan Imran. Seperti pernah melihat gadis itu. Wajahnya seperti biasa hadir di matanya. Ah, mainan syaitan andai dia terusan membayangi gadis tadi. Dia istighfar panjang.

…………………………………………………………………………………………

Balik dari kelas, Imran terus membersihkan dirinya. Solat Maghrib kemudian membuka Kalamullah yang sudah menjadi kewajipannya untuk membaca dan merungkai isi Alquran itu. Selesai membaca, Imran meneliti pula tafsirannya. Hatinya berdetak laju membacakan ayat 34 surah An-Nisa`. Entah mengapa dia merasakan berdebar selaju itu. Bibirnya menutur lagu zikir, cepat-cepat mengingati Allah sambil mengharap memberikannya jawapan atas benak persoalan yang bermain di mindanya.

Imran mengambil posisi duduk di kerusi meja belajarnya. Perlahan membuka laci, malam ini seakan mahu menulis diari. Dia mengambil diari yang lama tidak dijenguk apatah lagi mahu mencoret. Imran terlihat sehelai kertas lukisan yang telah terlakar wajah seorang hamba Allah. Ya, hamba Allah yang telah bertamu ke dalam mimpinya. Bersama senyuman yang tak tergambar sebarang kesulitan. Mesra dan ceria. Imran membentangkan kertas lukisan yang telah terlakar wajah seorang gadis. Gadis anugerah Allah yang dihadirkan dalam mimpi lenanya meskipun tak pernah berjumpa. Lukisan itu sudah berusia setahun. Punya tarikh ’23 December 2009’ di bawahnya. Dan hari ini adalah 23 Disember 2010, genap setahun usia lukisan itu. Jua tarikh dia berjumpa dengan seorang gadis hanya beberapa saat sahaja. Sungguh membuatnya lebih berdebar, wajah gadis yang terlakar di atas sehelai kertas itu seakan mirip dengan gadis yang baru menyapanya di kelas tadi. Ya Allah, siapa dia yang telah Kau hadirkan di dalam mimpiku jua di alam nyataku ini ? Bisik hatinya. Imran tunduk, mencari tenang. Dia tekad, meneruskan qurbah Lillah.

‘Ya Allahu Fattah, andai engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukku dalam agamaku dan duniaku dan akibatnya di dunia dan di akhirat, takdirkanlah ia untukku dan berkatkanlah aku di dalamnya. Justeru senangkanlah ia untukku. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusanku ini buruk bagiku dalam agamaku, duniaku dan akibatnya pada dunia dan di akhirat, maka palingkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah ia daripadaku. Jua takdirkanlah kebaikan di mana saja aku berada’

Istikharah di kelam malam jagaan Allah. Imran memohon diberi jawapan pengakhiran hidup sendirian yang baik.

…………………………………………………………………………………………….

Sebaik memasuki kelas di awal pagi yang masih lagi banyak kekosongan tempat duduk, Imran memberi salam perlahan. Ada sahabatnya yang datang awal juga menyahut salamnya. Jua dijawab seorang gadis bertudung krim susu, gadis yang ditemuinya semalam. Imran hanya memandang sekali, kemudian menunduk sambil mengambil posisi beberapa langkau di belakang gadis tersebut. Hatinya kini pasrah dan tawakal hanya pada Allah semata. Semua kerana Allah !

“Assalamualaikum, kaifa halukum ?” sapa pensyarah kepada pelajar.

“Waalaikumussalam ya mualimah ! Bikhoir daeman.” Sahut para pelajar.

“Baik, today we have new student. Ha, you ! Sweet, can you introduce who are you ?” tunjuk pensyarah pada gadis tadi. Gadis itu bingkas bangun ke hadapan.

“Assalamualaikum semua.” Salam gadis tersebut dijawab dengan sambutan yang mesra. Kemudian dia menyambung semula. “Ana diberi nama Aisyah Humaira` binti Hakimi. Ana dibesarkan di negeri Serambi Kota Mekah, Kelantan. Habis STAM, ana apply untuk terbang ke Yaman meneruskan pengajian dalam bidang studies banking in Islam. Kemudian ana lanjutkan sarjana ana dalam bidang Syariah. 2 tahun di sana, dan ana ambil 2 tahun di sini. Salam ukhwah fillah..” terang Aisyah, gadis yang hadir dalam mimpi Imran.

“Syukran jazilan ya Aisyah Humaira`. Ukhti boleh ambil tempat ukhti semula. Baiklah, hari ini kita sambung pembelajaran seperti biasa ya ? Bukak…” hanya suara pensyarah yang berkelola. Imran sesekali mencuri pandang gadis yang bernama Aisyah tadi. Namanya juga seperti biasa dia mendengarnya. Entah, mungkin perasaannya sahaja. Selebihnya dia hanya berserah pada Allah.

……………………………………………………………………………………………

Sudah sebulan Aisyah menuntut di institusi pengajian tinggi bersama-sama Imran. Namun belum satu pun salam taaruf Imran beri. Tanda apa ? Tanda hatinya sudah yakin Aisyah adalah pilihan yang Allah pilihkan untuknya. Hari ini, Imran tekad. Dia mahu menyampaikan salam taarufnya pada gadis pilihan melalui orang tengah iaitu pensyarahnya.

Sebaik habis kuliah, cepat-cepat dia mengambil langkah menuju ke bilik pensyarahnya. Belum sempat tombol pintu pensyarah mahu di pegang, telefon bimbitnya berdering. Terkejut, sudah hatinya berdebar-debar. Ada pula yang masih memerlukannya. Dilihat skrin telefon bimbitnya. Umi. Tanpa lengah, dia menjawab panggilan dari ibunya.

“Assalamualaikum, ye umi ? Sihat ? Ada apa umi telefon Im ?” bertalu soalan yang ada di benak hatinya dikeluarkan sahaja. Seingatnya, baru malam tadi dia menelefon ibunya menyatakan hasratnya untuk membina mahligai ke syurga.

“Waalaikumussalam.. Umi sihat-sihat je Im. Baba pun sihat. Ni, pasal malam tadi tu. Baba kata, dia dah ada pilihan yang baik dan sempurna untuk Im. Dia suruh Im balik sabtu ni, Baba nak bincang dengan Im sekaligus kalau Im setuju, kita boleh pergi merisik sekali. Baba dan umi tak menghalang kehendak Im, tapi umi nak Im fikirkan masak-masak. Imran Nasyeet, umi nak anak umi bahgia dengan kehidupannya nanti. Baba pun sama. Kalau Im tak keberatan, Im baliklah ye ?” ulas ibunya.

Pilihan Baba dan Umi ?

Hatinya luruh seluruhnya. Apakah ini ujianMu Tuhan ? Ya Allah, jagalah hatiku ya Rabbi. Jauhkanlah ia dari perkara yang tidak Engkau redhai. Ku mohon ya Allah. Pinta hati Imran. Air matanya terus berjurai mencecah lantai. Kakinya meluncur laju meninggalkan kampus.

……………………………………………………………………………………………..

Sabtu petang yang damai. Imran masih mencuba untuk mendamaikan hatinya meskipun sudah menjejakkan kaki ke rumahnya di Ipoh. Burung-burung yang berkicau dan beterbangan di dada langit menambah kesyukurannya pada Pencipta Alam.

“Imran…” sapa Baba. Mengejutkan lamunannya.

“Oh, baba..” Imran menyambut dengan senyumannya. Keliru sama ada senyuman itu terpaksa atau sebaliknya. Baba turut mengukir senyuman. Dia tahu anaknya sedang memikirkan segala macam hal.

“Im dah tahu apa yang baba nak bincangkan ni kan ? Umi dah bagitahu kan ?” soal Baba. Posisinya betul-betul menghadap Imran yang duduk di meja batu halaman rumahnya.

Imran hanya mengangguk. Tangan kirinya berpaut pada tangan kanan. Mencipta kekuatan hati.

“Baba dah kenal keluarganya semenjak dari sekolah menengah lagi. Kami dah berukhwah erat kerana Allah dan inginkan segalanya abadi sehingga ke syurga Allah. Baba tahu Im dah ada pilihan hati. Tapi baba nak Im fikirkan baik-baik ye ? Dulu Im pernah main sama-sama dengan dia. Cumanya Im dah hilang ingatan semenjak kemalangan dulu. Imran, can you try this ?” pinta baba.

Imran lemas, seperti paksaan. Namun dia tetap mencuba cari jawapan yang dapat memberi kesenangan pada hati babanya. Imran membetulkan posisinya, merenung mata baba.

“Hmm..baba, macam ni la.. Its your friend right ? And I`ve lost my mind. Kita pergi lawat kawan baba tu, niat pertama hanya untuk lawat k ? Then, Imran kena tengok dulu how ‘my future wife’ tu.. Baru Im boleh bagi jawapannya k ?” Imran mencipta rancangannya. Baba kelihatan terkejut. Imran sudah membuat muka rayunya. Baba diam, memikirkan seketika.

“Fine. You do what you want right ? Okey, tomorrow kita bertolak ke Kelantan.” Ujar baba.

“Tomorrow ? Kelantan ?” terkejut sungguh Imran tak menyangka babanya lebih pantas membuat keputusan.

……………………………………………………………………………………………..

Kelantan, negeri Serambi Kota Mekah. Kekuatan Islam boleh ditemui di dalam negeri itu. Jua negeri ini mengingatkan Imran pada seorang gadis yang selalu hadir dalam mimpinya.

“Maafkan aku Aisyah Humaira`…” bisik hatinya.

Setelah setengah jam bertolak dari rumah penginapan mereka di Bachok, kini kenderaan Proton Jebat Imran diparkingkan di hadapan banglo mewah yang terletak di Machang. Baba dan umi lah yang paling semangat. Sebaik turun dari kereta, mereka cepat sahaja disambut oleh tuan rumah. Meriah, Imran dapat merasakan mereka sememangnya rapat dari dulu seperti yang dikhabarkan oleh baba. Imran jua merasakan pernah bertemu dengan rakan baba dan umi. Cuma kemalangan yang menyebabkan ingatannya hilang, Imran tidak bias mengingat dengan sendiri. Baba dan umilah yang paling banyak memberi dorongan. Imran turut menyalaminya. Mereka dijemput masuk.

“Hakimi, inilah anak ana. Lepas SPM, dia belajar di Morocco. Dan insiden berlaku waktu akhir pengajiannya, Allah nak menguji kami sekeluarga. Syukur sangat pada Allah sebab masih selamatkan dia. Sebab tu, pengajiannya dilanjutkan di Malaysia saja.” Panjang baba menerangkan serba serbi diri Imran. Imran hanya tersenyum simpul. Dia menunduk malu.

“Itulah. Ana pun tak sangka Imran dah besar. Dah macho lah !” En. Hakimi, sahabat baba. Terhurai tawa mesra mereka.

“Saya biasa-biasa je, pakcik.” Ujar Imran.

“Umur Imran sekarang dah berapa, ye ?” soal Pn. Aqmar. Daripada yang terzahir di matanya, Pn. Aqmar kelihatan tersenyum dan ceria walaupun berpurdah.

“Imran tahun ni masuk 26.” Senyuman terukir di bibirnya.

“Oh, haah ! Lupa pulak yang Ecah setahun muda dari Imran.” Terang Pn. Aqmar.

“Oh, ye..cakap pasal Ecah, mana dia ?” soal umi. Imran semakin berdebar. Ecah ? Seperti pernah dia mendekati orang itu.

“Ada, kat dapur.” Jawab En. Hakimi.

“Waled,umi,Cik Zul dengan Cik Is, jom ! Jemput ke meja makan.” Panggil seorang gadis dari arah dapur. Kemudian meluru ke ruang tamu. Bersalaman dengan umi.

Imran terkedu, terkaku, terbisu, terkelu dan segala macam ter lagi.

……………………………………………………………………………………………..

Imran masih gugup untuk menuturkan patah bicaranya. Insan yang di hadapannya sekarang bukanlah insan yang biasa. Seperti yang dikhabarkan umi dan baba, dia adalah insan yang selalu bersamanya ketika waktu dahulu. Jua akan menjadi insan yang sentiasa bersamanya dan disisinya kelak.

Aisyah Humaira` Binti Hakimi. Hatinya berdetak laju. Imran dan Aisyah masih berdiri di halaman taman landskap rumah En. Hakimi. Kehijauan yang mendamaikan tidak bisa menenangkan hati yang dalam debar perasaan.

“Tak sangka kita rupanya kan ?” mula Aisyah. Dia seperti memahami situasi Imran. Meskipun wajahnya dihijab kain purdah. Imran merasa ada senyuman di sebalik hijab itu.

“Hmm..there’s no accident, ya ukhti.” Tenang Imran berbicara. Mata masing-masing melihat makhluk ciptaan Allah yang sedang berenang-renang di dalam kolam.

“Na`am. Ana ingat lagi, akh Im lah yang ana jumpa di bilik kuliah hari tu. Dari hari tu, ana rasa macam pernah lihat akh. Dan hari ini, baru ana ingat segalanya. Akh Imran inilah yang pernah menjadi teman sepermainan ana masa kecik dulu.” Cerita panjang Aisyah. Sayangnya, Imran langsung tidak ingat akan memori dan nostalgianya dulu. Mukanya muram tiba-tiba.

“Asif….ana tak bermaksud nak..”

“La ba`say a ukhti.” Imran senyum. “Ana memang tak ingat apa-apa. Dan sebab itulah ana nak mengingatnya kembali.” Sambung Imran.

Aisyah turut tersenyum. Dia akui, teman ketika kecilnya ini jua pernah singgah di dalam lena tidurnya. Adakah angan ? Bukan. Semenjak Umi dan Walednya mahu kebahgiaan bahtera rumahtangga dibina di dasar hati Aisyah, dia mula membuat Istikharah. Mimpi yang menghadirkan wajah seorang pemuda yang dia tidak kenali. Sulit. Hanya mengharapkan jawapan dan terus menunggu daripada Allah. Inilah taqdir Allah. HakNya, kebenarannya jua janjinya. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Imran Nasyeet telah dihadirkan Allah untuk menjadi pilihan hatinya ke syurga.

……………………………………………………………………………………………..

Saat lafaz sakinah bermula. Saat dan ketika En. Hakimi meletakkan amanah menjaga anak gadisnya pada seorang hamba yang dipilih Allah untuk menjaga anaknya kini. Seindah ukhwah ke syurga, dahi Aisyah Humaira` dicium Imran Nasyeet. Tangan Imran pula dikucup Aisyah. Mekarlah hubungan mereka hingga ke Jannatullah. Cinta yang ditemukan dalam ilham Istikharah.

“Waled harap, kalian dapat bersama dalam susah senang. Setia dalan suka dan duka. Korbankan kepentingan diri untuk kepentingan bersama. Waled dan umi doakan kalian bahagia bersama mengemudi bahtera. Kalianlah nakhoda bahtera yang kalian bina ini.” Ucap En. Hakimi sambil menitiskan air mata kebahgiaannya memeluk Imran. Imran jua menumpahkan air matanya.

“Waled, Im akan jaga Aisyah Humaira` dengan sepenuh tanggungjawab Im. Im akan didik dia menjadi wanita syurga untuk menjadi bidadari Im nanti.” Ujar pula Imran. Tangan En. Hakimi dan Pn. Aqmar dikucupnya. Tanda restu dan keredhaan yang diharapkan.

……………………………………………………………………………………………

“Aisyah, bidadariku. Abang tidak mengharapkan janji-janji kerana abang jua tak dapat memberikan janji yang pasti. Abang hanya mengharapkan kita kemudi bahtera kita sama-sama ye ? Bersama zuriat yang bakal menyerikan mahligai kita.” Pinta Imran dalam hening malam yang dingin di atas tikar sejadah.

“Abang, seperti abang menerima Aisyah seadanya. Aisyah jua menerima abang seadanya. Tiada janji, hanya Allah yang dapat memberikan kepastiannya. Aisyah mahu menjadi bidadari syurgamu, ya Akhi Habibi.” Senyum Aisyah. Kini tawa dan senyum jua tangis sedihnya, Imran bisa tatapi halal dari bening matanya.

“Dan bantu abang untuk mengingat semula memori kita masa kecik-kecik dulu ye ?” pinta lagi Imran. Kali ini lebih kepada gurauan sepasang merpati.

“Oh, kenangan dulu ye ? Ingat tak pasal epal cinta ? Aisyah ingat lagi…” sahut tawa mereka.

Hari-hari mereka yang bakal dilalui penuh ranjau. Panjang dan masih panjang. Semoga kekal sehingga ke Syurga Allah………

Monday, December 20, 2010

Warkah Sirrul Qalbi

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tidak pernah berhenti memalapkan siang,
Menumpahkan embun pada sang tumbuhan,
Menghamparkan kedinginan mahkluk Allah ini.

Aku masih terpaku dengan kebesaran serta penciptaan Pencipta,
Meskipun kelam suria malam,
Yakin pasti ada sinar di balik kegelapan,
Yang disangka penuh dengan pancaroba.

Tertunduk si pencetak warkah,
Merasakan debar di hati semakin berkocak !
Apakah yang ada di dalamnya,
Penuh menuturkan kalimah yang tidak dapat dilihat jua di fahami.
Sukar sekali.

Menitis dari kelopak mata di pena,
Gugur di medan risalah cinta,
Ah ! Hanya muslihat semata,
Mengatakannya namun tetap dusta,
Di mana janji yang diucap dulu kala ?

Itulah karya rahsianya yang lama,
Masih tersimpan rapi di laman jiwa,
Terkadang ia melihat dan terus melihat,
Mendamba rahsia hati akan tercipta,
Dan kekal untuk selamanya.

Berdekad-dekad langkah sudah mencari resam diri,
Mencari personaliti menjadi yang terbaik,
Untuk cinta si Khaliq dan keranaNya,
Semoga sampai ke syurga.

Rahsia Cinta.

Wednesday, December 8, 2010

Ukhwah Kami, Syahid Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Ukhwah yang disulamkan dengan sebuah senyuman :)

Harap-harap para penziarah blog ana semuanya sihat-sihat belaka hendaknya. Hmm..lama sangat rasanya ana tak post apa2 blog kan ? Almaklumlah, sibuk dengan peperiksaan dan yang paling menjadi satu hal, tak ade bende nak diperkatakan. Apapun, ana cuma nak berkongsi kisah ataupun cerita. Benar dan membawa memori ingatan setiap saat dalam hidup ana dan mungkin jua rakan-rakan. Jadikan kisah ini kisah yang membawa semangat baru kepada kalian mungkin, dan semestinya kepada ana yang serba serbi kekurangan ini.

Terlebih dahulu, sedekahkan Al-Fatihah pada insan yang telah dipilih Allah untuk dijadikan watak utama di dalam kisah ini....

Fatimah Az Zahra`,

Ya Allah, tempatkannya bersama para Syuhada`Mu ~
................................................................................................

"Najah, aku rasa hang lagi cantik kalau hang pakai tudung labuh," ujar seorang sahabat yang tidak pernah jemu dlm menasihati sahabat-sahabatnya. Ana yang tengah sebuk dok mengapai, terhenti. Memandang Fatimah dengan pandangan yang berbaur resah bercampur tidak senang. Sahabat-sahabat lain juga turut memandangnya. Dia hanya mengukir senyuman.
"Aku tau tu.. Faza,sori la ek kalau aku ckp ni hang trasa.. Terima kasih sbb ko dh tegoq aku naa.. Tp aku tak suka la cara hang tegok aku.. aku leyh trime, cumenye.."
"Takda la.. aku nampak gmbaq hang kat Fb tu kan pakai tudung tutt je kan. Bukan tak lawa, lawa Najah.. Tapi lagi ayu kalau hang pakai tudung labuh, lagi org respek hang.." Fatimah memotong percakapan ana agar tidak disalah fahamkan pengertiannya. Ana tetap rasa tak puas hati. Namun ana tahu ana salah, jadi ana diamkan diri.

"Faza, ko takleyh jugak ckp camtu. It depends kat seseorang la nak pakai tudung macam mana. Pakai tudung labuh, tapi kalau perangai tu buruk ? Hipokrit kan tu namanya ??" Kata salah seorang lagi sahabat ana. Huh ! Nasib baik ada orang backing.. Lega ana. Tapi Fatimah tetap senyum.

"Tak, aku cuma nak sahabat-sahabat aku dpt sesuatu yang lebih baik daripada sekarang. Mulalah dari pakaian. Najah, aku caya hang boleh berubah. Hang dah elok dah, tapi apa kata hang tambah baik lagi. Allah tu kan Pengampun." ujar Fatimah lagi. Kali ini tangan kanannya bersentuh pada bahu ana. Ya Allah, ana rasa tak tahu untuk berkata apa. Dialah sahabat ana, ana sayang dia. Kata-katanya semua itu betul. Bernas ! Tapi kenapa hati ana ni keras ??

Masa terus berlalu.......

Bulan peperiksaan makin hampir. Raya sudah seminggu ana dan semua umat Islam lalui. Nak kata seronok, Alhamdulillah. Cukuplah apa yang termampu. Bersederhana. Cuti-cuti raya hari tu pulak, ana sempat menghantar mesej kata-kata dengan sahabat-sahabat. Tak terkecuali Fatimah. Ana suka bila dia hantar mesej. Kata-kata yg banyak, cukup indah. Hehehe :) Ana pernah minta, dia bagi. Sengaja mahu meminta lagi, ana katakan "tak sedap la ayat ko tu, hanta la yang sedap2 sikit..kalau tak sedap gi,aku nak lagi smpai sedap" huhu..nakal x ana ? Tapi dia tak merungut pun. Dia hantar jugak. Kami saling bertukar-tukar kata. Hanya Allah sahaja tahu betapa eratnya ukhwah ini. Dia sudah ana anggap sbg sahabat yang bisa memahami, melindungi dan sehidup semati.

Jumaat,24September2010...
Pagi Yang Indah :)

Sahabat ana, Zakiah tak sekolah hari tu. Demam... Ana ke sekolah berdua bersama kak Kautsar. Macam biasa. Tak rasa boring pula hari ni..(ari laen boring ke ?) hehehe.. Sebaik kami melangkah ke kelas, ana lihat Fatimah sudah berada di posisi belajarnya. Sambil duduk diam menongkat dagu seperti biasa. Selepas bagi salam, ana terus becerita mengenai Zakiah. Dia yang beriya-iya ajak Fatimah sekolah, tengok2 dia yang tak ke sekolah. Beginilah jawapan yang ana sangka akan keluar dari mulut Fatimah.

"La..yeke ? Ha..ni hangpa berdua nak pi pekan(outing kdai dpan jep) kan kejap lagi
? Nah, ambik dua ringgit ni, belikan dia susu. Dia suka susu apa ? coklat ka stoberi ka.." Fatimah menyerahkan wang kertas seringgit dua keping kpd ana.

Dalam hati ana, huih ! Baiknya dia.

"haah, dia suka susu..nanti kami belikan.."
Ana mengangguk.

Di dalam kelas, Fatimah rajin tersenyum hari ini. Makan coklat yang peminatnya bagi. Kongsi lagi. Katanya, ucapkan terima kasih pada pemberi. Dia mohon jangan ana lupakan pesannya. Ana angguk2. Waktu rehat, dialah yang beriya-iya mahu ke kantin. Tapi tiba-tiba mengaduh kepalanya pening. cuma memesan air dan kerepek kesukaannya.

Kelas ustaz hari ini berakhir lambat. Mahu ke pekan, aduhai... rasa seperti sudah terlambat pula. Namun, mesti kena pegi. Duk asrama takdak makan. Sebelum ke pekan, perlu pulang ke asrama untuk menulis nama dalam buku keluar masuk.

"Faza,tolong hantar Najah jap leh tak ?" Kak Kautsar meminta Fatimah menghantar ana ke asrama bagi memudahkan dan mempercepat masa.

Ana hanya diam. Memandang mukanya. Kalau ikutkan hati, memang bagus kalau dia hantar. Tapi tak teragak pulak mahu menyuruhnya. Ana paham dia nak pulang cepat ke rumah, kakaknya sudah menanti. Jua dia sebernarnya paling menanti.

"Jom lah !" Tanpa rungutan, Fatimah terus setuju. Ana apa lagi, seronok ! Naik motosikalnya :)

"Ingat Najah, sampaikan salam dan terima kasih kat dia. Dan jangan lupa beli susu tu !" pesan Fatimah sebelum beredar pergi selepas menurunkan ana di sisi kak Kautsar berdiri. Motosikalnya meluncur laju. huishhh, lagu betol minah ni ! kata hati ana.

Hati ana rasa mahu balik cepat. Sedang berjalan, ana terserempak dengan kereta cikgu. Ada cikgu Marina dan cikgu Ira. Ana memandang tak berkalih. Ingin mengharap cikgu memandang ana, hampa. Cikgu fokus dengan jalanraya simpang tiga tu. Ana dan kak kautsar terus berlalu.

"Kak Kosa, tengok langit tu. Mendung. Hitam !" ana menunding jari ke arah langit hitam. Ya, hitam ! Kak Kautsar hanya sempat mengangguk.

"Kautsar ! Kautsar !" terdengar cikgu Ira menjerit memanggil Kak Kautsar.

Ana turut tersenyum memandang cikgu. Huishh, apa cikgu ni jerit2 nak panggil orang sampai keluar kereta.

"ha..ada apa cikgu ?" soala Kak Kautsar. Muka cikgu, keduanya ana dapat isytiharkan sungguh rumit. Tapi tetap mahu mengukir senyum pada mereka, ana tak memikirkan apa.

"Kawan kamu, Fatimah meninggal !" ujar tekan cikgu Ira memberitahu. Ana mengerut dahi. Fatimah mana ?

"Fatimah mana cikgu ?" soal lagi Kak Kautsar. Dia juga nampaknya tidak pasti.

"Fatimah STAM, kawan kamu tu.."

Allahuakbar !! Bagai berdentum guruh, sesuatu yang berat menimpa diri ini. Ana umpama hilang segala nyawa. Sahabat, kau kah itu ?

........................................................................................................................

"Najah, aku rasa hang lagi cantik kalau hang pakai tudung labuh,"

Hmm :) Pergimu sahabat meninggal pesan, bukan hanya kosong ! ana hargai ini. Ana cukup memahaminya, dalam maksudnya, indah lagi kalau masih bersama. Mesti dia suka ana sekarang. Tak pun lebih suka :) Bukan kerana dia, tapi kerana DIA semata. Alhamdulillah wa syukrulillah ! Allah lah yang telah memilih dirinya untuk menjadi penjagaku. Penjaga kehormatanku sebelum dirinya dipilih Allah untuk dijaga dengan Wildan Syurga.

Kini, ana rasa aman :) Meskipun tidak sepenuhnya ana istiqamah, sedikit sebanyak ana mahukan pendirian ini berterusan. Di luar, ana cuba mencari kekuatan. Ana igt pesannya, ana di bantu kesayangan ana, ana pinta Allah teruskan penghijrahan ini.

Buatmu Sahabat,
Pemergianmu sentiasa tidak pernah pergi dari ingatanku.. Engkau sentiasa hidup dalan hati ini sahabat.. Engkau sahabat pertama ku ketemu di perjalanan baru ku.. Moga kau di tempatkan di sisi Allah :)




Sayang Sahabatku, Fatimah Azzahra` Binti Jaafar.