Monday, December 26, 2011

Kalau Cinta Itu Masih Jauh, Maka Aku Pilih Engkau

Assalamualaikum,
Salam seindah ukhwah, sebaris senyuman yang manis, ana hadiahkan untuk antum kalian muhadhir blog ana yang update slow-slow ni. :)

Sihat anggota badan ?
Sihat anggota iman ?
Ana berharap sihat seluruhnya ^^

Pernahkah kita belajar untuk beristighfar semasa ditimpa masalah ? Ah, seringkali kan ? Kalau kita ditimpa bala, baru sedar ? Jangan begitu sahabat. Sentiasalah zikrillah daeman :) Hatikan menjadi tenang.

Ini pemerhatian ana.

CINTA

Banyaknya orang berbicara mengenai cinta. Ramainya insan yang berkata-kata mengenainya. Cinta, cinta, cinta dan cinta. ada yang dok berkapel, luah rasa sayang, luah rasa rindu, luah rasa benci dan marah. ada yang nak kahwin dah, islamik la ana katakan. berkata-kata cinta dan perkahwinan. pernikahan. serta yang sewaktu dengannya.

Ana terdiam.

Mahu senyumkah ? Mahu sedihkah ? ana simpan rasa-rasa itu semua di wajah ana. ada waktu ana akan senyum, ada waktu ana akan sedih. Namun ana percaya., Allah tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya yang meminta pertolongan darinya semata-mata.

SERINGKALI,
ana melihat ada cinta yang akan mendekati, ada cinta yang akan menghampiri. ana mula memasang niat dalam hati setiap apa yang mungkin datang dalam diri. Seandainya dia jodohku, aku menerima dia dengan cinta. Seandainya dia bukan untukku, jangan rendamkan ada lebih dari sekadar meminatinya. Namun seandainya aku sudah mencintainya, tetapi dia bukan untukku, semoga ada insan lain yang akan menanamkan cintanya lebih dari cinta itu. Semoga cinta yang lebih itu, tidak melebihi cinta Allahku :)

Kini,
My heart was empty from anyone.
Kalau cinta itu masih jauh untukku, maka aku memilihnya dahulu.

Dia halal untukku, dia indah padaku.
Dia usrah cintaku, dia merendam sayang yang tidak pernah reput.

Ini untuk dia, kamu, bakal teman hidupku.
Aku tidak pernah kenal siapa kamu,
Aku tidak pernah tahu wajah rupamu,
Aku tidak pernah rasa ada mencintaimu.
Namun aku sudah rindu dirimu.
Rindu imam solatku.
Rindu babah kepada anak-anakku.
Rindu pemimpin tanganku.
Rindu engkau sebagai khalifah keluargaku.
Merinduimu sebagai teman ke syurga, bersama cita tertinggiku.

Kamu bakal teman hidupku,
Semoga kamu yang hadir adalah insan pilihan Allah.

Pilihan Allah itu baik.
Pilihan Allah itu yang terbaik.
Jadi, aku percaya bahawa kamu bisa mencintai ibubapaku, ibubapamu.
Aku yakin kamu bisa mencintai keluargaku, keluargamu.

Kamu bakal teman hidupku,
Destinasimu cuma satu sebelum kau memilikiku,
Destinasimu, keredhaan Allah dan restu ayah umiku.
Ku akan cari fikrahmu, sepandan dengan fikrahku.
Menerima usrahku, menerima semua usrahku.

Semoga kamu bakal teman hidupku,
Sihat tubuh dan sihat iman :)

Salam Alayk
Ma'assalamah Wa Ilalliqa' ~
Semoga dia dan aku tidak pernah putus, tidak akan Allah putus hingga ke syurga InsyaAllah.

Thursday, December 22, 2011

Selesai Dan Masih Jauh

Assalamualaikum

Salam seindah ukhwah buat para muhadhir blog ana :) semoga kalian sihat di sisi orang tersayang mahupun yang disayangi. Dan semoga iman kalian Allah menambahkan lagi ^^ InsyaAllah.

Alhamdulillah, hari ini ana selesai menghabiskan tugas ana di Petronas. Tak lama kan ? Ye, memang tak lama pun sebab ana ada sebab lain. InsyaAllah, apa yang ana dapat katakan. Pengalaman di Petronas amat berharga dan ana hargainya :)

Itu tentang selesai.

Yang MASIH JAUH ?

emm. .ada yang masih jauh.

Wallahualam. .

Thursday, December 8, 2011

Sesiapa Pon Boleh Baceee ^^,

Bismillahirrahmanirrahim
Ana mula dengan tinta senyuman, mengaharap ada kemanisan iman bersamanya. Salam si gelita buat sang pencerah iaitu sang muhadhir ana. Kalianlah sebenarnya pencerah dalam blog ana.

Ah, PENCERAH !

Menarik dan ana sendiri merasa segan dengan pandangan dan komen seorang sahabat atas blog ana ni. Allah. . .ana malu kerana blog ana tidak seperti orang lain. Ana hanya bertinta mengikut hati ana. Geraknya mengikut suara jiwa. Apapun itu semua tidak akan terjadi seandainya Allah tidak mengilhamkan itu pada minda warasana ini, InsyaAllah :)

Feedback dari seorang sahabat yang cantekkk ^^ syukran ye adeekk. Dia umurnya, ana rasakan masih dalam remaja 16 tahun dan bakal menjejaki tingkatan 5 pada tahun hadapan. betul ? InsyaAllah betul. .hehe :) Dia telah mengongsikan sebuah artikel berguna dan bermanfaat pada ana dan beberapa orang sahabatnya yang lain. Artikel yang berbicara tentang memanfaatkan blog sambil memuhasabahkan diri. Alhamdulillah, benar apa yang ditulis olehnya. Blog itu perlu ditulis kerana Allah. Dan ana merasakan ianya WAJIB kerana Allah. Nak dapat pahala x ? ;P

Dalam artikel berkenaan, ada SISI PUTIH dan SISI HITAM berdebat sedang SISI KELABU ALI yang cemburu blog orang lain itu lebih ramai follower. Hmm. .ana pun tidak ramai follower, kadang-kadang dulu tu ada lah jugak rasa macam tak best je. yelah, sebab tak ada siapa nak baca blog ana ni kan.. Tapi Alhamdulillah sekarang ana berasa seronok kerana ana tidaklah mengharap sangat orang membacanya. Bagi yang nak baca, baca. Tak mahu, ana tidak paksa kerana seperti yang ana katakan, blog ana apa yang ana bicarakan dari tinta hati dan jiwa.


Blog ana kacang jee ! Nak kata berbentuk dakwah, alim-alim pun, tidaklah macam tu. Itu dah tahap soleh solehah dah. Ana hanya insan biasa yang tidak punya banyak modal untuk berkata-kata. Ana lebih banyak senang menggunakan ibrah sekeliling ana. Apa yang perlu, ana kena yakin dengan Allah. Sekali lagi ana tekankan, YAKIN DENGAN ALLAH !

Tahukah apa itu YAKIN DENGAN ALLAH ?

Iaitu, redha dengan segala ketentuannya sambil itu kita masih berusaha. Ingat, seperti kata Hilal Asyraf "takdir itu di hujung usaha hambanya". Bila senang yang datang kepadanya, dia bahagia. Bila susah dan derita datang kepadanya pula, dia sabar. Dan dia yakin, dia tahu Allah menguji imannya. redha itu kan tandanya bersyukur :)

Ana sediakan ibrah daripada cakna minda ana. Bagi ana lah yang agak-agak syok sendiri ni, InsyaAllah ana menulis untuk semua membacanya. Sesuai utk sesiapa menatapnya. Brutal-brutal pon, luar je. .dalam ada taman ^^ jadi, bolehlah bagi atuk nenek antum membaca blog ana ni. .hehehehe :D

Okeh, last but not least i hope. .

kepada sesiapa yang membaca, terbaca blog ana ni. I need some feedback from u'all. komen je ape-ape yang tak puas hati atau, mengharap ana membuka topik yang kalian suka. Contohnya, nak bukak topik cinta, atau tentang ukhwah, ataupun tentang Asking Alexandria ? hahaha :D ana hanya insan biasa, apa yang di suka, itu yang ana suka. Tapi kalau ia melalaikan dan sia-sia, sama-sama kita usaha meninggalkannya :)

Aiwah, sampai sini sahaja posting ana :) esok, insyaAllah ana membuka posting baru dan istimewa. Menggembirakan mungkin, cuma belum pasti. InsyaAllah walaupun sikit, ibrahkan semoga menjadi ilmu pada kita ^^

Ma'assalamah wa Ilalliqa',
Salam 'alaykumullah ~

Tuesday, December 6, 2011

Kerja Dan Kerja

assalamualaikum

semoga sihat buat muhadhir blog ana, semoga bertambah keimanannya pada hari ini dan yang akan mendatang.

posting kali ini tidaklah berisi motivasi atau apa-apa yang berbaul artikel kerana ana tidak bersedia untuk mencatit sebarang bicara dan tinta.


Alhamdulillah, kini ana sudah bekerja di sebuah stesen petrol pam sebagai cashier. sedikit sebanyak agak mencabar. yelah, tak lain mesti ada shot, ada over. ana tertunggu jugak bilalah dia nak seimbang. huhu:) jadi apa yang perlu ada lagi adalah fokus dan cekap. dan tak boleh lupa, hehe. .ana ni pelupa sikit orangnya. huuu ~

Dan lagi beberapa hari saja lagi untuk kesayangan ana pencen dari SPM. haha :D tak sabar rasanya ! entah kenapa, bukannya ana yang pekse kan ..hihi. .

oke lah, sampai sini je ana posting cerita hari ini. .maaf, sibuk sikit ^^

ma'assalamah wa ilalliqa'
salam alaykumullah ~

Tuesday, November 29, 2011

Bukan Aku, Bukan Dia

Tidak aku,
kerana bukan aku,
dan yang terbaik bukan aku,

Tidak dia,
kerana bukan dia,
dan yang istimewa bukan dia.

Mungkin lain,
aku yang sendiri pilih,
bukan sendiri-sendiri,
tapi Allah yang membolak-balikkan hati.

Suka,
itu senang pada lafaznya,
itu mudah pada penzahirannya,
tapi kalau CINTA,
sukar dan sulit,
ia bukan datangnya dipaksa,
ia bukan hadirnya disogok sukma,
ia tidak selaju nova.

SAYANG pula,
terdedah pada sekelian hamba,
bebas pada sekelian mahlukNya,
hanya pada hak-hak dalam jiwa,
MAHU atau TIDAK,
bila ianya terpaut,
ia tidak reput untuk dipatahkan.

Kita tidak sama,
aku yakin aku yang berubah,
jika kau mencariku kerana menjumpai aku sefikrah denganmu,
maka aku belum menjumpai dirimu sefikrah denganku,
dan aku lihat,
jiwamu bukan pada hala tuju tujuanku.


Maafkan aku,
jika ini rugi buatmu,
namun aku mengharap ia bukan rugi untukku,
kerana Allah masih menjaga,
kerana Dia masih ada :)


Friday, November 11, 2011

Adindaku : Nur Hanani Huda

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, salam seindah ukhwah buat muhadhir blog ana J semoga dalam keredhaan Allah hendaknya. Alhamdulillah, hari ini indah. Jumaatun mubarakah !

Hari ini, posting ana tidaklah panjang mana. Cukup sekadar mengutarakan ucap syukur amat-amat pada Allah. Kerana apa ? haa. .ni ana anak cerita ni. Ana jarang sangat nak cerita tentang adik-adik ana ni kan ? Tapi hari ni, ana buka sedikit tentang adik bongsu ana. Kejayaan yang telah dia miliki, semoga Allah redha atas apa yang dianugerahkan olehNya J

Selepas beberapa minggu, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun sekolah rendah telah keluar. Keputusan periksa adik bongsu ana, Huda Alhamdulillah, kebanyakannya ‘A’ . Dan tidak lama selepas tu, keluarlah report card. Balik je dari rumah, datang segera mendekati ana.

“Kak, aku dapat kelas 3 Bestari. Hishh. .aku nak telefon umi ni ! cepat, cepat. Tak sabar. .”

Ana terpana. Dapat naik kelas ? Alhamdulillah, suatu rahmat dari Allah ! Dalam ramai-ramai ahli keluarga ana, sememangnya ana nampak dia seorang yang cepat belajar dari sesuatu. Dian i pemalas sikit, tu la lainnya. Cakap petah, tapi kalau minta tolong. Alahai. . . .kedekut tenaga. Hehe J tapi apa pun, mungkin dia masih kecik lagi kan. InsyaAllah satuhari nanti, dia akan jadi macam ana jugak kot. Ataupun, jadi yang lebih baik dari ana. Kejayaan yang dibawanya pada hari ini, akan menjadi kejayaan juga pada hari esok. Dan semoga tidak hanyut dan lalai dalam kejayaannya.

Biodata Bongsu ~

Nur Hanani Huda Bt Ismail

24 September 2003 (darjah 2)

Suka bercakap, makan, membaca, main.

Agak gemok sikit, tinggi nak sama dah macam abangnya. .haha :D rambut kerinting ikal (nyamuk boleh sesat)

Hmm. .kalau ada sesiapa berkenan dekat adik ana ni, bolehlah daftar segera. Hehe ~ takde lah. Gurau je. . apapun, dia kebanggaan keluarga. Semoga tidak leka. J

Salam `Alaykumullah,

Ma’assalamah Wa Ilalliqa’ ~

Monday, November 7, 2011

Alhamdulillah !



Syukur Alhamdulillah !

Sekiranya ada yang tersilap dariku, ku mohon ampun maaf.

Aku tidak sempurna dan aku jua tidak seperti solehah yang lain.

Aku tidak pandai untuk menjadikan itu yang terbaik.

Namun andai Allah telah ada takdirNya

Aku terima

Aku tidak berharap jua

Kerana harapanku hanya pada Dia

Setelah ini, aku tahu ada lagi ujianNya

Menanti ?

Ya, aku hadapinya !

Kau

Telah ku letakkan padaNya

Dia Maha Menentukan

Kau

Kau

Kau

InsyaAllah. . .

Semoga perjalanan sabar ini menjadi titik tolak keikhlasan kita

Ameen. . .

Wednesday, November 2, 2011

Anugerah Allah (first edition)

Bismillahirrahmanirrahim. .

Assalamualaikum, salam seindah ukhwah bersulam kasih sayang yang dipohon semoga tersemai dalam hati-hati setiap jiwa yang sedang hadir ke blog ana ni. Semoga jiwa-jiwa itu hidup dalam hatinya ^^ Allahuakbar !

Subhanallah ~ comel sungguh bayi yang di atas ni kan ? Nama dia, Ana Safiah. Kalau tak silap ana lah. Hehe :) yang sebenarnya ni bukan baby ana tau, ni adalah baby abang sepupu ana & isterinya. Alhamdulillah, tak lama selepas mereka menikah, mereka telah menimang pun seorang puteri. Itu cerita tentang mereka. Ana nukilkan untuk posting ana kali ini subjekanugerah Allah” iaitu baby ^^ Jangan tanya ana suka baby ke tak. Ya Allahu Rabbi, kalau dah namanya bayi memanglah tersangat-sangat eksaited ! Ana rasa nak pegang, nak kucup, nak peluk-peluk baby tu. Ana tak dapat bayangkan betapa happy seluruh jiwa raga motosikal ana bila dapat baby sendiri. Hee ~ InsyaAllah, ana harap Allah kurniakannya.

Mendidik anak zaman laa ni memang susah. Sebab banyak pengaruh yang ada kat sekeliling kita kan. Persekitaran yang cepat sangat berubah dapat mengajar dan merangsang minda anak-anak. Especially, television. Rata-rata rumah, bukan takat rumah, sekolah, tadika pon ada kotak magic tu. Kotak yang boleh gambo macam-macam. Yang sangat berkesan peransang otak anak-anak. Lebih-lebih lagi sekarang ni, dekat Astro pon ada channel tv khusus untuk bayi. Astaghfirullahal’azim ~ memang barat nak merosakkan anak-anak lah sekarang ni. Lebih-lebih lagi anak orang Islam. So, please attent about this issue. Kepada ibubapa, bakal yang menjadi ibu, bakal yang menjadi ayah dan kepada diri ana jua yang bakal satuhari nanti menjadi umi ^^ (INSYAALLAH. . . .), setelah anak itu lahir, jagalah anak itu. Jaga pandangannya, jaga pertuturannya, jaga perlakuannya dan jaga hati budinya. Bagaimana ? Jagalah diri kita dahulu seboleh-bolehnya. Kerana anak itu ibarat kuih yang mana ia sedap atau tidak, cantik atau buruk, semuanya daripada acuan kita. Bagaimana kita mengacu diri kita sebenarnya. Don’t look your children if you want to know who are you. Its too late, friend ! So, make yourself kindly. You will get your kindly soon. Jangan risau, semua tu aturan Allah. Yakin denganNya, itu yang penting.

InsyaAllah, anakku sayang (yang bakal wujud). .umi (gelaran ana nanti) akan mendidikmu penuh kasih sayang. Umi akan berikan anakku sayang dengan sahabat yang paling setia iaitu Al-Quran. Peluklah ia, berbicara dengannya agar satuhari anak umi akan menjadi seorang yang unggul di penghadapan Allah. Umi tidak meminta anak umi menjadi penolong umi ketika umi sudah tiada, tetapi itu janji Allah kalau anak umi soleh serta solehah. Umi akan mengajar anakku sayang dengan perkataan untuk menjadi tuturan yang paling baik dan sempurna. Umi akan menyebutkan nama Allah, dan menyuruh anak umi menutur kembali sehingga “Allah” itu lancar di lisanmu wahai anakku sayang. Semoga Allah meredhai setiap tuturan itu sebelum anak umi menyebutumidanbabah” (err, masok sekali. .) :) Umi akan melihatkan anakku sayang dengan pemandangan indah yang boleh anak umi mengagumi kebesaran Allah. Umi akan cuba sedaya upaya umi untuk menyembunyikan segala pemandangan yang kotor dan jahil pada penglihatanmu anakku sayang. Seandainya ada, umi akan memesan supaya menjadikan itu sesuatu pedoman dan tauladan buat anak umi agar satuhari nanti, anak umi boleh menjadipenukarpemandangan yang batil itu kepada pemandangan yang sungguh indah. Anak umi, seandainya umi merotanmu, mencubitmu, memukulmu, memiat telingamu, itu bukan maksud umi untuk sengaja mengasari dirimu. Itu hanya salah satu dari kasih sayang umi untuk membentuk dirimu menjadi seorang yang taat. Taat pada Allah, taat pada ibubapa selagi umi dan babah tidak mengajarmu yang tidak-tidak. Ingat itu, sesungguhnya umi sangat menyayangimu anakku sayang :)

Isk,isk,isk. . . .

Warkah apakah yang ana sedang nukilkan di situ ? hehe. .sebenarnya, jikalau antum semua perhatikan dari segi rawak, mungkin ia hanya seperenggan pesan pada anaknya. Namun cuba antum muhadhir blog ana, perhatikan isinya. Harap ia membantu antum untuk mendidik anak :)

Alhamdulillah, ana berterima kasih kepada ibunda ana Rafidah Hj Sulaiman serta ayahanda ana Ismail Hj Hanan yang selama ini banyak menumpahkan kasih sayang mereka pada ana. Jatuh bangun ana, mereka ada bersama. Daripada ana kecik sampai la dah besar gedabak ni, ana akan ingati setiap segala tarbiyyah yang mereka didik untuk ana as their eldest children. Beruntung ana dapat menjadi anak mereka berdua. Walaupun susah, mereka tetap berusaha memberi kesenangan pada anak-anak. Anak-anaknya !!!! tolonglah hargai jasa dan bakti mereka. Hehe. .(ana laa tuu. .) tak lupa adik-adik ana ! InsyaAllah, umi ayah. .kami sedaya upaya akan membalas jasa dan baktimu walaupun kami tahu ia sungguh tak terbalas :’)

Ana suka baby, ana cakap sekali lagi ! Suka sangat. InsyaAllah selepas ikat pernikahan nanti, semoga Allah memberi rezki awal. Takde masalah rasanya kalau time belajar nak jaga anak. Bila niat kita baik, kita tolong agama Allah, InsyaAllah Allah tolong kita. Ana sentiasa menanti saat mendidik zuriat generasi Rasulullah ^_^ Kepada babah (ayah kpd anak ana nanti), bantu umi sama-sama ye ? Kita bina baitul muslim hingga ke syurga. Semoga menjadi pemimpin keluarga, pemimpin ummah seperti Rasulullah :)

Anda !

Pon macam tu tau. .cita-cita dan matlamat hanya kerana Allah :)

Salam ‘alaykumullah,

Ma’assalamah wa Ilalliqa’ ~

Tuesday, November 1, 2011

Lebih Baik Terasa Dari Tak Merasa Apapun. . .

Assalamualaikum,

Salam seindah ukhwah buat para muhadhir blog ana. Wah, ramai yang tersenyum hari ini. Tapi mengapa ada yang menunduk tu ? Resah wajahnya, muram jiwanya, sepi hatinya. Mengapa begitu wahai saudaraku ? Marilah sama-sama kita ukirkan senyuman. Walaupun dalam keadaan yang pahit.

Senyumlah !

Syukran lillah kerana telah memberikan senyuman itu. Diharapkan semoga ia ikhlas meskipun hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita :) Terasakah dengan bicara ana ? Seandainya ana tidak mengingatkan antum muhadhir blog ana untuk tersenyum, maka sekalian kita tidak mendapat faedah darinya. Semua atas kehendak dan qudrat Allah ta'ala. Jadi, terasa kalian itu mmendapat faedah daripada apa yang telah Allah taqdirkan bukan ? InsyaAllah ~

Dan alqesah pun bermulalah. . .

(ana dah terlebih skema kah ?)hihi :D saudara/i sekalian ,para hadirin hadirat yang drahmati Allah sekalian. hermm, senangnya para antum yang sempat menyinggah dan membaca penuh isi blog ana ni lah. .

PERNAH TAK MERASA TERASA DENGAN PERKATAAN SAHABAT KITA KERANA MENEGUR KITA ATAS KESALAHAN YANG KITA BUAT ?


Jadi apa reaksi korang ? (lepak laa derr. .santai dulu. .) selalunya, reaksi tidak boleh menerima kata-kata sahabat kita tu kan ? Pedih sungguh kata-katanya sehingga menerobos ke dalam atma. Mencucuk-cucuk dada, panas telinga walaupun kadang-kadang teguran bukan datang dari mulut. Sekadar di atas helaian kertas cuma. Itupun sudah kita merasa pedih. Bukan pedih ulu hati tau. .ini pedih perasaan di hati. Jadi tak payah nak minum gaviscon la ape laa. .merepek semua tu. Yang perlu adalah ?

Cara ana, dan bolehlah diikuti kalau ianya baik bagi korang. Kalau rasa macam buruk dan jelek je cara ana ni, takpe. Ana tak kesah. Gunalah cara kalian yang mana baik. Semoga baik juga dipertimbangan Allah nanti :) Ana pernah merasa ini. Ana mempunyai seorang sahabat yang sangat-sangat ana cinta iaitu dia. Dia sahabat ana yang banyak terlalu banyak membantu dan mendorong ana mencari cinta agung. Iaitu CINTA ALLAH. Dan itu kisahnya sewaktu ana berada dalam "kampus tarbawi". Apa pula kisahnya sewaktu ana sudah menghabisi zaman kampus tarbawi ana ? Ana sudah terpisah darinya. Ana terpisah dari kesayangan ana. Kehidupan luar sudah banyak merubah ana. Selepas ana menyaksikan diri ana keluar daripada kejahilan, dengan bantuannya ana dapat mengimpikan menjadi wanita solehah. Namun apabila ana jauh darinya, ana merasakan ana jauh juga dari Tuhan. Astaghfirullahal'azim ~ Hakikatnya ana tak mampu tempuh hidup sendiri, namun jiwa ana meronta mahu bersendiri. Setelah kami sememangnya jarang contact, apatah lagi berjumpa. Ana mahu pula meninggalkan dia. Bermaksud ana mahu meninggalkan tarbiyyah itu. Ana bersekitar di daerah apa, ana pun tak tahu. Dilemma ana tidak masuk akal. Impian ana untuk menjadi wanita solehah, terkoyak. Ana katakan "aku tak boleh. .". Cepatnya ana putus asa. Sedangkan kesayangan ana tidak mengetahui itu, ana sangka.

Setelah bulan berganti bulan, mungkin ana dah terkandas. Mungkin tak jauh lagi. .(mungkinlah, mungkin. .) Sahabat kesayangan ana mewarkahkan 3 helai surat. Dalamnya banyak menegur diri ana. Sedang ana mahu melupainya, yang hakikatnya ana tidak mampu untuk melupainya. Isinya tidak pernah ada yang kosong. Kosong untuk ana hayati, maka apabila ana hayati. Ana merasa terasa yang amat-amat terasa. Dalam menusuk ke dalam hati ni. Brutal2 ana, dalam hati ade taman derr ~ hee. . Tak tahu ana nak cakap apa lagi.

Cara ana bila dah terasa, ana diam. Ana bukan diam sebarang diam, tapi ana cuba muhasabah balik apa yang sedang ana lakukan. Apakah Allah itu hanya di kampus tarbawi ? apakah Allah itu tidak berada di sisi kita ? apakah Allah itu hanya memilih kasih ? TIDAK ! Benar kata-katanya, jiwa ana yang lemah dan cepat berputus asa. Ana akuinya, dia tidak pernah tinggalkan ana. Apatah lagi DIA ! Ya Allah ~ Sesungguhnya Engkau memberi lidah manusia ini tidak bertulang. Untuk berkata-kata menegakkan kebenaran, itu adalah amanahmu. Biar membuat hati ini terasa. Ya, biarkan hati ini terasa sedalamnya daripada tidak merasa apapun ! Seterusnya membuatkan ukhwah kami semakin erat. Benar, apa guna sahabat andai tidak menjaga sahabatnya sendiri. Sahabat, sayangilah sahabat. Bukan dengan membiar sahabat itu terkandas di dalam dunianya sendiri. Hulur tanganmu sahabat, capai tangannya sahabat, dakapinya sahabat, jaga dia sahabat. Semoga dia sentiasa bersamamu, jua bersama-sama Allah dan sabilNya. Sahabat ke syurga :) Ya, itulah yang namanya sahabat ke syurga.

Jadi ?

Jangan merasa terasing andai tegurannya membuat kita terasa. Dia sebenarnya menjaga kita, mahu menjadikan kita terbaik menjadi sahabatnya. Agar, kita juga mampu untuk menegurnya menjadikan dia terbaik buat kita :) Terasalah dari kau tak merasa apapun ! Ingat tu ^^

Aiwah, setakat ini mungkin. .(mungkinlah. .mungkin. .) semoga apa yang kita dapati adalah daripada qudrat Allah, yang sentiasa membawa hikmah dan faedah :) semoga apa yang diperkatakan, kita perkerjakan :) Semoga bermanfaat ~


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(Assoff :: ayat 1 & 2)

Salam alaykumullah,
Ma'assalamah Wa ilalliqa` ~

Perancangan Allah Terbaik !!!

Bismillahirrahmanirrahim. .

Assalamualaikum, salam seindah ukhwah bersulamkan kasih sayang yang telah Allah anugerahkan. Syukrulillah atas cinta dan sayang yang telah Allah peruntukkan pada setiap manusia untuk terus disemai pada makhluk-makhluknya yang lain. Yakni tidak khusus hanya pada seorang, tapi semua. Insan, haiwan, binatang, flora dan fauna ataupun tumbuh-tumbuhan. eh ? mcm same je tu . .hehe :) mana-mana je lah !

Alhamdulillah !

Setelah berjuta-juta saatnya ana menanti, akhirnya apa yang dipinta dah nak sampai.(yg sebetulnya belum sampai. .) Semoga Allah susurkan pintaan ana ini ke jalan yang sebenar-benarnya jalan. Wallahualam. Benarlah apa yang orang cakap (kebanyakannyee laa. .) , yang patah itu berganti. Wallahualam. Ana tidak mengharap, namun mengapa ia seperti ada yang menyakini hati ini.

Semoga ia tidak menjadi sesuatu perasaan yang menjauhkan ana dari Allah. Sehebat mana perancangan kita sebagai manusia menyusunnya, hebat lagi perancangan Allah. First class lah ! Seandainya musibah yang berlaku, perancangan kita tak menjadi, doa kita tak dimakbulkan, Allah ada menyusun keindahan yang sangat indah untuk kita. Yang langsung kita tak ketahuinya. Berdoalah selalu, semoga apa yang Allah peruntukkan itu senang bagi kita, dan semuanya dalam keadaan yang khair ~ InsyaAllah :)


Apakah dia datang membawa cinta ?

Tidak. Dia hanya datang membawa wasilah untuk berpadu menuju ke matlamatnya itu. Cinta itu tidak akan bertali pada kami, tidak akan dihubungkan antara ana dan dia seandainya Allah tidak mengizinkan. Bilakah Allah akan mengizinkan ? Semasa Allah memberi hari kepastian itu pada kami, InsyaAllah :) Yakin, perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Jadi ana juga mesti jadi baik untuk mendapat yang baik. Janji Allah ^^

Macam mana dengan tinta dan bicara ibubapaku ?

Sebagai orang yang berhak ke atas ana, mereka bertanyakan ana. Sebagai pendirian diri, ana menolak kerana takut dengan masalah hati. Tapi sebagai anak, ana diam seterusnya serah segalanya pada umi ayah ana seterusnya kepada Allah. Apa yang penting sekarang ana kena yakin dan redha seandainya apa-apa yang Allah taqdirkan :)

Salam Alaykumullah
Ma'assalamah wa Ilalliqa` ~

Friday, October 28, 2011

Kerinduan Yang Teramat Untuknya

Assalamualaikum buat muhadhir blog ana. Lamanya ana tak meniti lalu menukilkan apa-apa pada wajah blog ana ni. Sunyi sepi sungguh walaupun sebenarnya memang sunyi selalu. Ana lah penterjah tetap blog ana sendiri. hehehehe :D

Alhamdulillah, buat awwalan ana kembali ke dunia blogging ni. Syukur ana panjatkan pada TUHAN ana, Tuhan sekelian makhluk kerana telah masih memberikan ana nafas untuk terus hidup dan menyiapkan diri sebagai seorang hambaNya. Ini bermakna ana masih ada ruang lagi untuk mengislah diri yang makin lama makin ana rasa kosong. InsyaAllah, masih ada ruang lagi.

TAPI,

Yang sebenarnya ana tak mampu sendiri dalam menempuh ranjau-ranjau hidup ni. selepas ana mengenalinya, ana tak sanggup berpisah dengannya. Cinta ana dalam untuknya. Rindu ana amat teramat untuknya. Dan ana pohon cinta dan rindu ini, ana susurkan untuk meraih cinta Allah.

Tanggal 26 Oktober 2011,
Ana berangkat utk meninggalkan Ehya Asshariff. Bukan Ehya Asshariff yang sedih sangat ana nak tinggalkan. Tapi ukhti kesayangan ana sorang ni "si kechit". huhuhu. . .sepatutnya ana habis STAM pd 19 Oktober haritu. Kemudian, cadangnya ana nak la jalan-jalan ke Bukit Merah. Dalam waktu sama, sekolah ada buat rombongan ke Kedah dan Perlis. Ukhti pergi rombongan, ana pergi Bukit Merah. Hmm, ana rawan nak meninggalkan dia sebenarnya. Jadi ana amek decision, ana sertai rombongan, biarlah kali terakhir dapat ana jalan-jalan dengan dia. Ana tak dapat bagi apa-apa macam orang lain bagi kat pasangannya. Cukup apa yang ada pada ana, iaitu sesuatu yang memberi kesan dalam hatinya iaitu sebuah memori yang tak mungkin sama dengan orang lain.

Alhamdulillah, sepanjang berjalan memang ana dengan dia je. Berpaut ke mana-mana dengan dia. Ana rasa ia terisi. Kami ziarah ke Padang Besar, membeli-belah. Beli blouse sama-sama. Beli key-chain sama-sama. Key-shain bukan key-chain yg comel2 gambar teddy bear ke ape ke. Dia pilih patung tali yang kepala besar tu, watak ahli sihir pegang penyapu. Muka tentu-tentu la comel. Tertarik jugak, tapi ana lagi tertarik dengan gelagat dia. yelah, bila lagi ana nak jumpa zaman dia budak-budak kan. Rindu ~ Dan hari mahu pulang ke asrama semula dari rombongan, sayang ana dah muram monyok. Sebab ana nak balik hari Isnin (time tu Ahad), dia yang kekal kat sisi ana, diam membisu. Aduhai sayang, ana tak tenang bila dia membisu. Apapun, ana cuba untuk menceriakan suasana, hidupkan mood dia balik.

Dan mulalah Isnin yang mencerah, memang cadang ana nak balik. Tapi ana dah tukar plan, sejak malam tadi. Ana khabarkan pada sahabat ana, ana tak jadi ikut mereka. Jadi ana mahu menginap di asrama untuk beberapa ketika. Niat utama, ana tak bersedia berjauhan dengan dia. Dan kemudian ana khabarkan pada semua, ana pulang ke rumah hari Selasa. Wah, semua duk sibuk percaya. Niat ana bukan sengaja nak kelentong yee. .ana buat sengaja nak bagi suprise kat dia yang sebenarnya ana balik Rabu sebab ada sebab. :) Untuk hari-hari terakhir yang mereka sangkakan ana pulang, kami macam tak nak berpisah. Mana-mana, dia kawal ketat diri ni. Bukan tak bagi ke mana-mana, tapi untuk ana tetap bersamanya. Bukan baru tahu dia sayang ana, tapi ana terharu dia masih menyayangi ana. Rasa nak nangis waktu-waktu dia tarik tangan ana macam budak kecik tarik kakak dia suruh temankan dia nak pergi ke mana-mana. Kalau ikutkan hati ana, biar ana dakap pulak dia. Tak longgar sikit pun. Tapi sengaja ana tak buat, sebab ana tak nak ana yang nangis depan dia. Kalau ana tak kuat, siapa lagi yang nak kuatkan dia ? Jadi analah yang kena tabah. . .

Selasa menjelma, semua ingat ana dah balik kut. . .ana pun duk bilik diam je. Tak sangka pulak, lepas Zohor budak kechit tu mai bilik ana. Muka tak nampak terkejut pun, tapi tak tahu la hati dia. Apapun, ana tengok dia senang bila ana masih ada kat Ehya tu. :) Dan esoknya, terpaksa ana mengangkat kaki meninggalkan Ehya tu jugak. Sebelum tu, ana melangkah masuk ke biliknya. Matanya mengintai ana, lepas tu terus menekup muka ke meja study. Ana ingat sekejap je, rupanya tak angkat-angkat kepala tu. Tahulah ana bahawa hatinya luluh. Ana ambil posisi di sebelahnya. Ana angkat wajahnya, wajah yang bakal ana rindui sangat-sangat. Dia membisu, ana yang rawan. Ya, ana rawan dengan kebisuannya. Ana dakap tubuhnya, ana tahu ada bahasa jiwa dan bicara hati yang kami sedang ungkapkan. Ana tak dapat menahan air mata ni. Titis demi titis ia jatuh ke bahunya. Alhamdulillah, sehingga ana melangkah kaki ke dalam bas, dia sungguh menemani ana. Maka dari situ, ana merinduinya amat sangat-sangat !

Sekarang ni, Alhamdulillah. Allah taqdirkan dia masih mengingati ana, telefon ana. Ana rindu suaranya, malah lagi rindu dakapannya. Lagi beberapa minggu lagi, si kechit ana tu nak SPM. InsyaAllah, ana doakan semoga yang terbaik untukNya. Semoga tabah hidupnya. Ana tahu, kesulitan yang dia hadapi, Allah sudah sediakan ganjaran besar di akhir penantiannya. Menangislah sekarang wahai adindaku, esok kau pasti tetap tersenyum melihat hikmah Allah :)

Ya Allah, titipkanlah rasa senang serta bahagia kami terus menuju ke syurgaMu. Semoga ini jalan-jalan kami untuk terus berada di dalam agamaMu. Untuk terus kami yakin dengan cintaMu. Semoga dengan rabitah ini jua kami tidak akan terpisah dan terasing dari sisiMu.

Wahidatul Akmar Ahmad Kamal,
Ketahuilah bahawa engkau adalah sebahagian dari hidupku. Seandainya engkau tiada, maka aku kekurangan sesuatu dalam hidupku. Aku akan kekurangan cinta untuk mencintaiNya. Oleh itu, aku mengharapkan engkau terus berada bersamaku, bersama di dalam hati, berada terus menuju jalan redha Allah. Syurga Allah. Rindu ukhti amat sangat-sangat. <3

Sekian ini sahaja coretanku setelah lama tak mencoret :) sbg warm up utk yang seterusnya insyaAllah ^^

Salam alaykumullah,
Ma'assalamah wa Ilalliqa' ~

Tuesday, July 12, 2011

Pemuat Barisan Rakyat



Aku tidak pernah mencelah

Tentang langsung soal politik

Yang ku tahu hanya membenci

Susuk tampang yang tidak berhati

Memakan harta rakyat seperti duti


Ku ikuti sambil mulut membisu

Malas mencanang hal ehwal sang kutu

Masih dalam atma Nik Aziz yang ku mahu

Menjadi pemimpin penggerak Islam dahulu

Akanku langkah bangun bersamamu


Semakin hari semakin kelaparan

Simpati diri melihat mereka kebuluran

Kekurangan ketiadaan kerana harga dinaikkan

Aku benci ketidakadilan

Aku benci mereka ditindaskan


Sahutanku kali ini menggerak sasa

Menyiapkan segagah atma

Ilmu ku dokong sebagai perisai dada

Islam ku sanjung menjadi bendera

Allah ku taat , Dia penguat keyakinan cinta


Berdentum suara bak halilintar di langitan

Laungan rakyat meminta keadilan

Aku waja jalanan

Akulah pemuat barisan

Korupsi dunia , rakyat hancurkan !

Biar bersih negara , selamanya aman.


Biarpun diasak dengan tendangan kasar

Tidak menjauh bukan bermakna lebih besar

Tapi renjatan membuat tiada yang gusar

Memarak diulung meski ditembak kepedihan

Rakyat memantul masih ke depan.


Aku dan kau juga dia,

Adalah pemuat barisan rakyat !


TAHNIAH !

Sunday, July 10, 2011

Perjuangan Demi Keadilan [edisi huruf kecil]

salam seindah ukhwah buat muhadhir blog ana.

apa khabar antum sekalian ? harapnya sihat dan semoga sentiasa dibawah lindungan Maha Besar Allah. posting ana kali ini, semungkinnya pasti ada yang tidak bersetuju. pasti jua ada yang sedia menyokongnya. apapun, ana jua ada hak kebebasan bersuara sebagai rakyat walaupun diri ini belum layak mengundi. semoga posting kali ini sedia memberi banyak maksud pada antum sekalian.

untuk pertama kalinya, ana menyertai sebuah perhimpunan aman yang dimaksudkan oleh rakyat, namun haram yang diertikan oleh golongan yang senang. BERSIH 2.0 pada tanggal 9 julai 2011 sangat memberi sejarah pada ana.

ana ini bukanlah seorang yang mengambil kepentingan atas semua ini sebelum melalui pembelajaran di sebuah institusi barakah. namun kini ana merasainya, ana melaluinya bersama sahabat yang merupakan rakyat bernama rakyat. sebenarnya ana tidak kesah apapun tentang bersih 2.0 ni. ana pun merasakan tidak ada apa dalam bersih 2.0 ini. ana menyokongnya tanpa mengetahui apa yang diperjuangkan. dan ana langsung tidak mengetahui siapa dan siapa yang terlibat. semakin hari , jam dan saat detik berlalu terus berlalu. harga minyak naik, harga gula naik. polis semakin ganas meng'aman'kan rakyat. namun rakyat tidaklah merasa aman apabila berdepan dengannya walaupun tidak punya sebarang kesalahan.

ana mula meneliti sisipan bersih 2.0. melihat kepuncaan apa yang mereka mahukan sehingga mahu sekali lagi bersih ini dihimpunkan. 8 tuntutan didalam bersih. mantap dan sangat diperlukan rakyat. ana yang sedia tahu puak-puak BN UMNO ini adalah sebuah puak yang sangat tidak menyenangkan rakyat bernama rakyat. semakin hari, ana meminati dan tertarik pada bersih 2.0. ana melanjutkan cita-cita untuk bersama mereka menuntut keadilan. meskipun ada yang berkata keadilan boleh dituntut melalui musyawarah, tapi musyawarah sudah tidak releven pada mereka puak pengampu. semua yang didepan mata adalah pendusta.

mengenali DPP dan NISA' , ana menghadirkan diri meskipun sebenarnya amat pemalu untuk bersemuka dengan mereka. malu kerana sebelum ini ana tidak pernah menyertai perjuangan mereka. malu kerana selama ini ana hanya menyokong dibalik kesenangan. hanya bersama kata-kata yang tidak dikota. namun kehadiran ana sangat disambut baik oleh kakak-kakak NISA'. keramahan dan kelembutan mereka amat-amat menarik cinta kepada perjuangan mereka.

dan kisahnya bermula. . . . . . .

ana dan 6 orang lagi sahabat nisa' bergerak dari rumah seorang ukht nisa' , kak aimi. bersama 3 kenderaan, kami bergerak pada haluan yang berbeza. menyediakan strategi untuk memasuki kuala lumpur yang dikatakan sudah ditutup jalan-jalannya. alhamdulillah, akhirnya kami selamat memasuki ke bandaraya kuala lumpur bersama jalan-jalan yang sudah Allah persiapkan. melangkah ke pusat penginapan dengan segera meskipun ramai special branch berada di sekitar situ.

sebaik memasuki bilik penginapan, alhamdulillah sekali lagi kami selesa. tapi beringat kami, selesa ini adalah ujian untuk sukar esok. ingat Allah daeman. selepas maghrib, kami diberitahu kemungkinan polis akan membuat serbuan atau spotcheck bilik ke bilik. alhamdulillah untuk seinfinitinya, kami tidak punya unsur apa-apa tentang bersih melainkan headband. itupun, Allah menakdirkan ianya diletakkan di bawah katil. hehehe. .ana pun menunggu la kalau-kalau ada polis datang ketok-ketok bilik. dekat 11.30 malam, mata semakin ngantok. kakak-kakak nisa' yang mulanya mahu mengikuti rancangan di televisyen sudah lena mendamaikan diri di atas katil yang empuk. ana yang sedang memesej dengan pejuang bersih 2.0 juga ingin melelapkan mata.

12.10 pagi , 9 julai 2011. pintu bilik kami diketuk ganas. seorang kakak nisa' mengintai siapakah gerangannya. "polis-polis. .cepat pakai tudung" ana yang terbangun bersama mamai-mamai terus mengambil tudung. kak zan , ukht nisa' segera mengelak sedikit pintu bilik. polis mula menyoal siasat kak zan DENGAN KASAR. tapi kak zan cuba selembut-lembutnya berhadapan dengan polis. diminta kad pengenalan, namun kak zan hanya memberikan tunjuk pada mereka. tidak diterima pada mereka. bila diminta kad kuasa, hanya beberapa polis yang menunjukkannya. yang lain sudah mencabutkan diri. yang tak boleh BLAHHHH nya apabila polis berkenaan berkalam seperti ini "saya polis, saya ada kuasa. samada awak nak beri atau saya bawak awak semua ke balai." tidak terkira bencinya ana pada sikap angkuh si polis. ana kira keangkuhan itu berada diatas nama "kuasa" yang mereka pula rasa lebih hebat daripada kuasa SANG PENCIPTA ! qunut nazilah serta ayat-ayat Allah kami bersama alunkan di bibir lestari, di hati nurani. Ihzimhum Ya Allah !!

selesai berbicara, polis perempuan masuk ke bilik untuk check beg-beg kami. alhamdulillah, polis tidak jumpa apa-apa yang mencurigakan. ucapan terima kasih diberikan, kami menerima dengan senyuman ikhlas. ana panjat setinggi-tinggi syukur pada Allah, tangisan ini bukan kerana gembira berjaya kaburi polis, tapi gembira kerana Allah menolong kami dari mulanya perjalanan kami sehingga malam itu. namun mungkinkah semasa berhimpun kami nanti selamat juga ? Allah bersama kami, bersama kami yang menjunjung erti kebenaran dan keadilan. kak zan yang bermati-matian memberi kekata pada rejim polis laknatullah akibat hasil kekejaman mereka, turut mencari tangis kesyukuran atas kudrat Allah yang membantu kudratnya. Juga buat semua akhwat nisa' di situ, bersujud syukur. tidak sampai 5 minit, polis datang semula mahu check kereta. alhamdulillah, sekali lagi rejim polis laknatullah akibat hasil kekejaman mereka kecewa tidak peroleh sebarang bukti.

pagi mula dicurahkan cahaya, kuala lumpur mula mencerah seperti biasa. yang tak biasanya hanyalah, kekosongan pada bandaranya yang sangat sibuk kebiasaannya menjadi luar kebiasaan. di luar pusat penginapan kami, polis beratur panjang. akan menahan sesiapa sahaja yang mereka syaki sebagai penuntut bersih 2.0. terutamanya muslimah. yang bertudung labuh inilah yang mereka syaki penuntut bersih 2.0. apa maksudnya ? ANDA PASTI PAHAM ! akhirnya kami diberi arahan oleh muslimin agar tidak keluar-keluar dari bilik. kerana special branch sudah menunggu di lobi hotel. kami bersarapan roti dan jam kaya. isi perut. alhamdulillah, masih hidup.

setelah mendapat arahan keluar secara berdua bertiga, ana dan kak zan memulai langkah bersama. dengan gaya yang ceria meskipun debar bergelora didada. masyaallah ! sungguh hebat bila nama Allah disebut, ketenangan menyerap-serap ke dalam diri. ada juga terlihat dua pemuda, dua pemuda. "kita ikut budak laki ni." kak zan berbicara seperti seorang penuntun yang baik. team nisa' yang lain mengikuti haluan yang berbeza. alhamdulillah, kami bersama kak faizah dan kak min dihadapan masjid jamek. terkilannya ana apabila masjid sudah dikunci oleh rejim polis laknatullah akibat kezaliman mereka mengurung sebahagian yang sedang solat didalamnya. MENGURUNG YANG SEDANG SOLAT DI DALAM MASJID, harap maklum ! kami terus mengikuti segerombolan penuntut bersih berjalan menuju ke jalan hang jebat bersama hujan. HUJAN, harap maklum ! alhamdulillah, hujan telah Allah limpahkan di kuala lumpur. kemudian kami bertemu semula bersama-sama. duduk seketika sambil menikmati aiskerim. agak popular lah pulak team nisa' kuala langat makan aiskerim dalam hujan, dalam walk for democracy. dengan keadaan yang ceria.

bersama dr hatta, bersama berarak sambil melaungkan reformasi ! REFORMASI ! menggegar seluruh ruang jiwa-jiwa insan yang menuntut keadilan rakyat. ke puduraya, walaupun kaki sudah penat. "Ya Allah, Kau sahaja yang memberi kekuatan. Maka kuatkanlah kakiku untuk terus berjalan bersama keadilan." sebelum sampai ke puduraya, kami sudah ditembak gas pemedih mata. ALLAHUAKBAR ! mata ana pedih, dan pastinya mata mereka penuntut bersih 2.0 pedih. apapun ana terus melintasi asap berkepul-kepul itu terpisah seketika dengan kak zan. garam menjadi penawar. lawak seketika, kak zan diberi garam. mungkin oleh kerana sudah tidak tahan kepedihan, disuap segenggam garam. hehehe. .ampun kak zan. kami terus bergerak ke stadium merdeka. penat, jangan dibicara. kerana bila mengadu penat, maka makin penatlah kita. ana diberitakan, air water cannon sudah disembur sebelum kami sampai di puduraya. FRU sangat kejam.




kemudian kami terus berarak ke KLCC. jauh, namun memaksa kegagahan kaki untuk terus berjalan. berhenti di KLCC, di kaki lima, kami menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. solat zohor dan berdoa agar rejim UMNO BN jatuh ! kemudian kami berhimpun dihadapan klcc, mendengar ucapan pejuang tertinggi bersih 2.0. amat malang sekali apabila rejim polis laknatullah akibat kezaliman mereka melegarkan helikopter agar rakyat tidak bisa mendengar ucapan pejuang tertinggi berucap. ZALIM LAKNATULLAH ! di situ sudah menampakkan mereka kecut ! Kemudian FRU dan polis datang menyerbu. kami berarak laju menuju ke tepi-tepi bangunan TANPA MENCACATKAN SEDIKIT PUN BANGUNAN TERSEBUT.

Singgah kemudian di kedai mamak, membeli minuman. sambil berkata "mak cik , banyak untung ?". "dari pagi kedai tak kosong." .ADA YANG NAK MENIPU KATA KEDAI ALAMI KERUGIAN ? penuntut bersih 2.0 yang menguntungkan. kemudian kami dipanggil semula muslimin untuk menunggu di bangunan evenue k, agak simpati muslimin yang menjaga kami. kami meninggalkannya jauh. huhu. kemudian mengambil jalan untuk pulang. secara berdua-dua. ana bersama kak faizah terus berada di belakang beberapa meter daripada kak zan dan kak aya. adalah jugak kehilangan mereka, di depan-depan FRU buat-buat selamba sumbu. hehehe. kemudian terus berjalan sehingga ke stesen monorel bukit nenas. menaikinya sehingga ke stesen monorel medan tunku. dan berjalan secara selamat ke hotel. walaupun dari jauh sudah kelihatan polis. alhamdulillah seinfinitinya kami selamat. SEMUA INI ATAS KUDRAT ALLAH !

syukran kepada team nisa' , kak zan , kak faizah , kak min , kak aimi , kak aya , kak lin dan sahabat ana naz juga buat muslimin@DPP yang sentiasa menjaga kam. bersama berjuang. semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah. Istiqamah, semoga kita terus ISTIQAMAH. InsyaAllah kalau ada lagi bersih 3.0 , ana nak turut serta. bukan sengaja, namun sedar sebagai rakyat bernama rakyat ! Takbir !
















InsyaAllah kita berjumpa lagi dalam perjuangan-perjuangan yang akan datang.

Ma'assalamah wa Ilalliqa',
Assalamualaikumullahi alayk ~

Thursday, July 7, 2011

Cuma Aku




Salam Seindah Ukhwah buat antum sekalian :)

Semoga hari ini bertambah tenang ada dalam diri , moga jua hari ini iman semakin bertambah dalam hati. Dan , dan , dan. . . .semoga hari-hari esok bakal bertambah-tambah ! Ameen ~

Sihat semua ? Ana sehat. .eh , antum xtanye ana dah jawab. .hehe :D Harapnya kalian sihatlah , ye ?

Nak cerita tentang 'SYOK SENDIRI' !


Eh ? Kenapa tiba-tiba lak ni en. Tak de udara , tak de angin , ade pulak helikopter muncul. (ape bondo ana merepek nih !).

Ha , takde la serius mana cerita ni. Ana nak bawak satu kisah benar. Benar yang agak-agak tipu sikit. hehe :) Terpulang nak percaya atau tidak. Ana tak kesah lah ! huhu. .

Macam ni, ana adalah berkawan dengan seorang tu. Cukup ana panggilnya sahabat. Sebab ana sayang dia , cinta dia , suka dia kerana dia sahabat ana. PAHAM ? Kalau ada yang tidak terang , meh ana suluhkan. Maksud ana di sini, ana mencintainya, menyayanginya dan juga menyukainya kerana atas nama sahabat. Bukan kekasih, atau berangkat-angkat atau melambung-lambung. Ceritanya (ana yang cerita) , ana sudah lama memerhati sahabat ini semenjak berabad lamanya. Ceh , takdelah ! Ana meminati wataknya, peribadinya semenjak ana menuntut di sebuah institusi istimewa (bagi ana la..). Tapi tak pernah tegur dia pun face to face , mahupun FB to FB. hehe. .Sehinggalah semenjak dua tiga empat menjak ni, dia telah menegur ana FB to FB. Eh , eh , eh ? :)


Mula-mula , terujalah jugak. Sebab orang yang kita dok perati lama, tegur. Tapi ana sebenarnya malas nak terjatuh hati ke, menjatuhkan hati ke ataupun dijatuhkan hati. Sebab ana tak sanggup dah untuk ke sejuta kalinya. Peh , macam betul pulak. hehe. .Jadi ana sekadar menganggapnya kawan, sahabat atau teman yang boleh bawak bicara. Asalkan tidak sampai melanggar tatasusila. Bukan tatasusila negara, tapi tatasusila maruah seorang perempuan. Sebulan , dua bulan , tiga bulan dan bulan-bulan yang akan muncul setiap malam dalam kehidupan ana, ana rasakan o.O ? ataupun kalau nak diterjemah dalam perkataan adalah "entahlah. . .". Ana sendiri tak tahu nak kata apa tentang ana sendiri. Ataupun tentang dia.


Dia ni okey la. .Sahabat ana ni ceria, Alhamdulillah. Tapi setahu ana dia ni mungkin dah takda 'awek' kot. Sebab dulu status sahabat ni, in relationship bersama seseorang. Tapi sekarang takde dah. Then, sahabat ana ni bagitau kat ana. Dia sebenarnya dah lama dah dengan 'awek' dia. Dekat 4 tahun.


4 TAHUN ????


Lama tu. .Ana dengar dengan hati terbuka. "oh. ." itu saja yang mampu ana katakan. Dia pun tak sanggup nak lepaskan. Sebab mereka menjarak hanya kerana si gadis mahu struggle dalam exam. Alamak , ana pulak yang tak menentu. Kenapa ana ? Mengapakah ? Oh TIDAK ! huhu. .Ana mula tak menghiraukan dia. Kesian sahabat ana. Ana dah kata takda simpan perasaan apa-apa, ana pulak yang over. huhu. .

Tak mengapalah. Mungkin cuma ana yang syok sendiri. Hari ni, ana akui memang ana pernah minat dia. Suka dia. Cinta dia ? Ahahaha. .yang itu ana nak simpan untuk suami tercinta. Biarlah ana. Cuma ana yang syok sendiri. Best jugak ! hehehe :) Sekarang, ana masih berhubung dengannya. Cuma makin senyap. Oh , lupa. Ana nak jadi penyenyap kan. Di atas pemergian cinta ana pada seorang insan yang sudah mendakap impian baru. Hmm. .ana hadiahkan untuk sahabat ana ini juga dengan senyuman. Ubat hatiku yang rawan. Cewah ayat !

Hmm , in fact. .this nothing. Tak ada apa pun, cuma merepek dari ana sahaja. Nak ibrah ? Ibrahnya, pendam je la kalau ada minat kat orang tu. Kalau tau dia ada teman lain ke, at least kita tau kita ni tak mengharap apa pun daripada dia. Cuma suka-suka je. Think positive :) U can do it. .(ceh , speaking. .) Ha , lupa pulak result MUET ana dah keluar. Eh , tapi rasa macam ana dah bagitau kat posting lepas. Em, apapun Alhamdulillah. ! Dah nama pun orang jawa kan. .hehehehe :D Okey , semoga berjumpa lagi di lain waktu. Ana sediakan lagu Heliza Helmi untuk santapan deria dengar antum ye. .Terimalah "Cuma Aku". .by clicking the word. .dengor kat utube jo lah ye yoep ! hehe. .


Ma'assalamah Wa Ilalliqa'

Salam alaykumullah ~