Tuesday, January 18, 2011

Setelah Semuanya Berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaykumullah ana ucapkan kepada muhadhir blog ana "tinta untuk kekasih" ni. Ana hargai kalian dalam hidup ana. Syukur kepada Allah, hari ni ana masih lagi dipanjangkan umur untuk bernafas di atas bola bumi Allah yang hanya pinjaman semata. Sementara ana menunggu masa abadi yang bakal tiba. Ana lanjutkan kata dan bicara ana hanya di hujung jari si pena cinta :) aiseh ! bersastera pulak ana.

Sebenarnya, tidak ada apa yang istimewa ana nak posting kat sini pon. Cumanya nak berkongsi sedikit cerita kisah mahupun ilmu :) Setelah berhari-hari ana berkhidmat, akhirnya tugas ana telah diserahkan kepada pendidik baru mendidik khalifah muda :) Semoga khalifah muda didikan ana suatu masa dulu, dapat belajar lebih baik bersama pendidik baru :)

Ana sudah melalui kisah hidup yang indah. Walaupun kelat, tapi ia tetap menjadi yang indah. Ana tak pandai berbicara panjang. Nak berpuitis pun, tiada terkesan. Cuma mahu mencoret kata hati sedikit. Terimalah ana tuju khas buat kesayangan ana, teman-teman ana, dan orang yang paling rapat dengan ana. Tak kiralah ia rapat di sisi, mahupun di hati..

This about us,
Kita bermula dari dunia yang kecil,
Dari alam yang sempit,
Untuk melangkah syurga yang luas seluasnya,

This is about us,
Kita bertemu dalam ukhwah yang sekejap,
Dalam mahabbah yang seketika,
Untuk menggapai syahidullah yang panjang sepanjangnya.

Aku dan Kau
Kita pernah sama-sama bertatih dari tangga yang bawah,
Mahu mendaki sampai ke puncak,
Adakala kita pernah tergolek ke bawah,
Aku atau Kau pasti sama-sama membantu.

Aku dan Kau kini bersatu,
Di puncak mencari puncak yang lebih tinggi,
Kadang-kadang ada yang mengeluh,
Semangat hilang mengundang derita,
Akulah yang menjelek,
Kerana jejak yang ditinggalkan ku anggap sia-sia,
Namun kau mengingatkan aku dengan cintaNya,
Jua cinta keranaNya.

Diamku bukan bermakna ku tidak menerima,
Namun ku malu untuk berada di sisimu teman,
Kau tidak pernah puas menemani aku,
Menjemput diriku untuk terus bersama,
Menjelajah landasan syuga,
Yang tak pernah tamat dalam rangka usia.

Pimpinlah diriku teman,
Akanku genggam erat padu tanganmu,
Masih lagi mahu bersama,
Tak bosan dalam meraih cintaNya,
Yang tinggi tak terkata,
Mencecah langit 7 petala.

Terima kasih teman,
Setelah semunya berlalu,
Meskipun pahit, meskipun kelat,
Bila ditelan ia menjadi manis,
Menjadi ubat jua penawar,
Aku tersenyum puas,indah kau sudi di hatiku.

Sambutlah salam seindah ukhwahku ke syurga Allah,
Temanku :)


Ma'assalamah wa ilalliQa'
Kullu hubb malikullah ~

Saturday, January 8, 2011

Pendidik Khalifah Muda

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam ini ana panjangkan untuk antum yang sudi menjadi muhadhir nukilan ana. Ana harap ia jauh sekali dari perasangka atau domba dusta antum semua. Titipkanlah ia sebagai tatapan penyejuk mata, sekadar luahan jiwa dan rasa. Ana hanya sekadar bercerita di risalah hujung jari. Bukan risalah di atas kertas.

Apalah ana merepek kat atas tu..huhu..sebenarnye, ana nak santai je ni.. berat kalau kite buat bahase yg ala2 dbwah bulan purnama,kite bcengkerama..hahaha..xpyah la..sebab ana dh mulai bz..eh, salah..BZ dah mndatangi ana, so ana pon kne rush timing je la..

So, how job ? ramai tanya, watpe sekarang ? pasni sambung mana ? n bla,bla,bla soalan. Ana xpening pon, just mgalami headeache cket.. huhu.. yela, btul jgk..kite sebenarnye watpe sekarang..n how next ? n next..n next.. oh Allah, ana berserah saje padenye. look, if u refer Allah, Allah refer u. bkn waktu tu je..tp bile2 Allah tu ade. Tak macam manusia yg sgt2 kite harapkan dy..time dy takde la kite tercarik-carik dy..but dy tak muncul pon..wat penat je tunggu..hehe..xde la..Ana gurau je..Abes STAM ni, ana just will tolong ayah yang bertungkus lumus nak bukak gerai dy tu..n dlm mse same, mmg nak job pon..bpe ary lagi sebelum sekolah..yeah ! Allah listen me ! Dy jodohkan ana pulak dgn pkerjaan yg mmerlukan ksabaran yg tinggi tetapi sgt2 mulia ! wahhhh ~ hebat tak ?

AlQesah ~
percaye tak kalau ana ckp, first2 msok skolah..i feel so down..yela..kite mane pnah praktikkan or blaja2 mende ni sume..nak tnye pun da tak sempat..so mnx tolong umi, "umi,tolong la..ajar ni..camne ni" pegang resit segala resit, fail 3 buah, besar2 lak tu..lepas tu datang skolah dgn bdebarnye..menyiapkan dlm muke yg relax la kononnye..padahal dah gabrah sgt da tu..ana melangkah masuk ke surau (coz kelas tak siap lg). so pendaftaran bg darjah dua kat situ la..mula-mula rasa ok..but ble dh nk rehat, makin ramai mak bapak datang nak wat bayaran..ya Allah,ana ni dah la pekak..mak bapak pulak ckp perlahan..yg si anak @ murid, dh mcm kat sarkas dah..ana baru lagi,baek la agaknye ataw dalam erti kata, xpandai lagi nak menegor..ana senyum setakat mampu..ana memang suke senyum pon..hehe..udahnye,ustazah dari kelas laen yg pmbayaran kelasnye selesai, tolong lah handle budak2 tu..ana sabar je..dalam hati 'ya Allah, boleh fobia aku' ana anggap dah macam2..huhu..jahil sikit la tu..Igt2 balek, Allah nak duga kita la..Istighfar ana......

Masok ari kedua, ana amek ringkasan. lupa nak amek semalam..ringkasan bukannye nipis, tp ni tebal wooo..rase mampukah saya membuatnye ? haha..satu soalan..macam mana la kan..hari kedua, kelas dah ade meja kerusi. tapi belum susun.. jadi dah menjadi tanggungjawab guru kelas utk mguruskan.. sblum budak2 datang.. ana kemas la ape yg patot.. APA YANG PATOT ? xde nye ape yg patot..sume patot..huhuhu..lap meja,kerusi..lantai takla..tp masih lagi takde papan hitam..susah la kan..anak muridnye dh byk kali tanye..suka sgt rupanye dowg ni kalau nak belajar..tapi kalau bg free mase sikit, jangan...macam stadium ! huhuhu..balek rumah..penatnye..ana mule fikir mcm2..ish,susah la.. bek aku ta payah keje..huhuhu..itu kate hati yg tak bsama akal..tp dy bsama nafsu..sengaja nak menjatuhkan ana.. Ana dah menangis-nangis dah.. Kenapa Allah bagi kerja ni, tapi susah je ? its one question. just one, but the simple khalas..kite tak hargai dan tak syukuri nikmat..bukankah setiap yg susah itu adalah hikmah ? Ana ? Ana lah org yg tak bersabar dgn ujian Allah..Astagfirullah..

Hari ketiga, ada rasa kemalasan. Tapi ana cuba betulkan niat dalam hati. Ikhlas dan sabar itu kuncinye..kite ni memimpin..nak mendidik memang payah. mereka ini kecil, memang umur mereka mencabar kesabaran. ya,inilah khalifah mude..bkn imam mude..hehe..jd ana lah yg kene bhadapan dgn semuanye tenang ~

Hari ini, jumaat. Seronok ! bile org tanye 'how job ?' apa malu ? cerita lah tentang mereka khalifah muda..mereka lah yg telah mmberikan ana byk cabaran untuk meningkatkan tahap kesabaran..Dan siapa pencipta mereka ? Allahu Rabbi ! Lebih hebat Allah kerana menjadikan dunia ini sebagai 'ibrah sesuatu perkara..



Kepada anak-anak muridku : belajarlah elok2..jgn nakal2 ye..hehehhe :D Afiq, Zarif, Haiziq, Izwan, Hamizan, Aliff, Mukhriz, Ikhwan, Fakarudin, haikal, aidil, ariff, irfan, amin, hafiy, firdaus, izzah, hamidah, aqilah, nazlin, izzryn, aina, auni, nisha, umairah, aisyah n kalau ade ustazah lupe sebut name kakak abang..ustazah suke sgt ajar kakak abang..nanty besar, jadi org yg soleh solehah ye :) sayang kakak abang..huhuhu..

Salam Seindah Ukhwah

Ma'assalamah wa ilalliqa' ~

Saturday, January 1, 2011

Pastiku Merinduimu.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdan lillah dapat lagi ana bersama-sama memposting untuk dikongsikan buat muhadhir blog ana yang tak berapa ni. Ana sebenarnya di saat ini terlalu sukar untuk mengungkap sesuatu. Hanya satu perkataan yang bisa ana huraikan.

RINDU !

Ya, ana rindukan semuanya pada tahun 2010 ni. Ana tak tahu la macam mana nak khabarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu hati ana bagaimana. Mungkinkah nisbahnya seumpama bintang di langit ? Ahh, lebih dari itu ! Yang ku yakin, cinta Allah itu lebih dari segalanya. Allah lah yang telah menemukan ana dengan dunia 2010. Tahun 2010 adalah tahun penghijrahan ana. Hijrah dari sekolah ke sekolah, hijrah dari cinta ke cinta jua hijrah dalam perlembagaan diri ana. Peribadi ana. Ana bertemu dengan kesayangan ana, yang Allah anugerahkan dia untuk ana. Ana tak mahu siakannya. Hargai pemberian Allah ini.

Hati membisik kesunyian, makin sunyi dan terlalu sunyi bila kesayangan ana jauh dari ana. Tapi ana pasrah. Ana tahu Allah meletakkan hati-hati kami dekat dengan taliNya. Ana sayang dia. Berjuta kali pun ana khabarkan, dia tak pernah berubah dalam hati ini. Moga ukhwah ini ke syurgaMu Ya Allah ! Panjangkan rabitah ini yakni keranaMu. Semata-mata keranaMu Ya Allah ! Ukhti, sayang ana tak pernah padam. Cinta ana tak pernah terputus untuk ukhti. Ana harap untuk tahun 2011 ni, belajarlah elok-elok ye ? Ana tak dapat bersama di sisi ukhti lagi. Tapi ketahuilah ana selalu dekat di hati ukhti. Dekat sangat..... Yakin dengan Allah, jaga hubungan antaraNya, antara hamba-hambaNya jua jangan leka dengan nafsu mainan syaitan :) Doa ana sentiasa mengiringimu wahai kesayanganku ~

Kepada temanku, teman seperjuanganku, teman sekelasku, teman jihadku, teman syahidku, teman istikharahku, jua teman hidupku :) Ketahuilah cinta pada seorang teman itu pasti akan lebih setia dan semakin rapat erat andai cinta Allah mendahului kita. Ana mohon ampun maaf pada kalian andai ada bahasa-bahasa ana merungkai kecacatan emosi antum. Ana tidak bisa memberikan apa-apa kepastian janji. Hanya Allah lah sebaik-baik perancang dan penentu. Antum bisa lebih faham kan ? Letakkan dunia di dalam genggamanmu, yakinlah kamu yang bisa mencanangkan dunia itu. Takluk duniamu untuk menakluki syurga. Hadirnya kalian membuahkan rasa ingin lebih dekat dengan Allah. Semoga cinta kita keranaNya sehingga ke syurga Allah :) Ana akan merindui antum. Jua dia yang pasti ana rindui.

Apa yang ana harapkan, semoga kalian berada dalam naungan dan pemeliharaan Allah hendaknya. Lihatlah contoh suri yang telah Allah tunjukkan pada Rasulullah. Ikutlah apa yang terkandung dalam kalamNya, jua sunnah kekasih Allah itu. Kita siapa ? Kitalah insan yang akan memenangi syurga Allah ! Khalifah yang Allah cipta untuk mentadbir muka bumi ini. Jangan lalai wahai mujahid mujahidah. Kibarkanlah panji-panjiMu menegakkan kalimah Allah. Jangan jatuh, jangan rebah dengan hasutan syaitan nirrojim !

Berjuanglah kerana Allah !

Salam Seindah Ukhwah ~

Ma`assalamah wa ilalliqa` (^^,)