Saturday, January 1, 2011

Pastiku Merinduimu.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdan lillah dapat lagi ana bersama-sama memposting untuk dikongsikan buat muhadhir blog ana yang tak berapa ni. Ana sebenarnya di saat ini terlalu sukar untuk mengungkap sesuatu. Hanya satu perkataan yang bisa ana huraikan.

RINDU !

Ya, ana rindukan semuanya pada tahun 2010 ni. Ana tak tahu la macam mana nak khabarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu hati ana bagaimana. Mungkinkah nisbahnya seumpama bintang di langit ? Ahh, lebih dari itu ! Yang ku yakin, cinta Allah itu lebih dari segalanya. Allah lah yang telah menemukan ana dengan dunia 2010. Tahun 2010 adalah tahun penghijrahan ana. Hijrah dari sekolah ke sekolah, hijrah dari cinta ke cinta jua hijrah dalam perlembagaan diri ana. Peribadi ana. Ana bertemu dengan kesayangan ana, yang Allah anugerahkan dia untuk ana. Ana tak mahu siakannya. Hargai pemberian Allah ini.

Hati membisik kesunyian, makin sunyi dan terlalu sunyi bila kesayangan ana jauh dari ana. Tapi ana pasrah. Ana tahu Allah meletakkan hati-hati kami dekat dengan taliNya. Ana sayang dia. Berjuta kali pun ana khabarkan, dia tak pernah berubah dalam hati ini. Moga ukhwah ini ke syurgaMu Ya Allah ! Panjangkan rabitah ini yakni keranaMu. Semata-mata keranaMu Ya Allah ! Ukhti, sayang ana tak pernah padam. Cinta ana tak pernah terputus untuk ukhti. Ana harap untuk tahun 2011 ni, belajarlah elok-elok ye ? Ana tak dapat bersama di sisi ukhti lagi. Tapi ketahuilah ana selalu dekat di hati ukhti. Dekat sangat..... Yakin dengan Allah, jaga hubungan antaraNya, antara hamba-hambaNya jua jangan leka dengan nafsu mainan syaitan :) Doa ana sentiasa mengiringimu wahai kesayanganku ~

Kepada temanku, teman seperjuanganku, teman sekelasku, teman jihadku, teman syahidku, teman istikharahku, jua teman hidupku :) Ketahuilah cinta pada seorang teman itu pasti akan lebih setia dan semakin rapat erat andai cinta Allah mendahului kita. Ana mohon ampun maaf pada kalian andai ada bahasa-bahasa ana merungkai kecacatan emosi antum. Ana tidak bisa memberikan apa-apa kepastian janji. Hanya Allah lah sebaik-baik perancang dan penentu. Antum bisa lebih faham kan ? Letakkan dunia di dalam genggamanmu, yakinlah kamu yang bisa mencanangkan dunia itu. Takluk duniamu untuk menakluki syurga. Hadirnya kalian membuahkan rasa ingin lebih dekat dengan Allah. Semoga cinta kita keranaNya sehingga ke syurga Allah :) Ana akan merindui antum. Jua dia yang pasti ana rindui.

Apa yang ana harapkan, semoga kalian berada dalam naungan dan pemeliharaan Allah hendaknya. Lihatlah contoh suri yang telah Allah tunjukkan pada Rasulullah. Ikutlah apa yang terkandung dalam kalamNya, jua sunnah kekasih Allah itu. Kita siapa ? Kitalah insan yang akan memenangi syurga Allah ! Khalifah yang Allah cipta untuk mentadbir muka bumi ini. Jangan lalai wahai mujahid mujahidah. Kibarkanlah panji-panjiMu menegakkan kalimah Allah. Jangan jatuh, jangan rebah dengan hasutan syaitan nirrojim !

Berjuanglah kerana Allah !

Salam Seindah Ukhwah ~

Ma`assalamah wa ilalliqa` (^^,)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^