Tuesday, January 18, 2011

Setelah Semuanya Berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaykumullah ana ucapkan kepada muhadhir blog ana "tinta untuk kekasih" ni. Ana hargai kalian dalam hidup ana. Syukur kepada Allah, hari ni ana masih lagi dipanjangkan umur untuk bernafas di atas bola bumi Allah yang hanya pinjaman semata. Sementara ana menunggu masa abadi yang bakal tiba. Ana lanjutkan kata dan bicara ana hanya di hujung jari si pena cinta :) aiseh ! bersastera pulak ana.

Sebenarnya, tidak ada apa yang istimewa ana nak posting kat sini pon. Cumanya nak berkongsi sedikit cerita kisah mahupun ilmu :) Setelah berhari-hari ana berkhidmat, akhirnya tugas ana telah diserahkan kepada pendidik baru mendidik khalifah muda :) Semoga khalifah muda didikan ana suatu masa dulu, dapat belajar lebih baik bersama pendidik baru :)

Ana sudah melalui kisah hidup yang indah. Walaupun kelat, tapi ia tetap menjadi yang indah. Ana tak pandai berbicara panjang. Nak berpuitis pun, tiada terkesan. Cuma mahu mencoret kata hati sedikit. Terimalah ana tuju khas buat kesayangan ana, teman-teman ana, dan orang yang paling rapat dengan ana. Tak kiralah ia rapat di sisi, mahupun di hati..

This about us,
Kita bermula dari dunia yang kecil,
Dari alam yang sempit,
Untuk melangkah syurga yang luas seluasnya,

This is about us,
Kita bertemu dalam ukhwah yang sekejap,
Dalam mahabbah yang seketika,
Untuk menggapai syahidullah yang panjang sepanjangnya.

Aku dan Kau
Kita pernah sama-sama bertatih dari tangga yang bawah,
Mahu mendaki sampai ke puncak,
Adakala kita pernah tergolek ke bawah,
Aku atau Kau pasti sama-sama membantu.

Aku dan Kau kini bersatu,
Di puncak mencari puncak yang lebih tinggi,
Kadang-kadang ada yang mengeluh,
Semangat hilang mengundang derita,
Akulah yang menjelek,
Kerana jejak yang ditinggalkan ku anggap sia-sia,
Namun kau mengingatkan aku dengan cintaNya,
Jua cinta keranaNya.

Diamku bukan bermakna ku tidak menerima,
Namun ku malu untuk berada di sisimu teman,
Kau tidak pernah puas menemani aku,
Menjemput diriku untuk terus bersama,
Menjelajah landasan syuga,
Yang tak pernah tamat dalam rangka usia.

Pimpinlah diriku teman,
Akanku genggam erat padu tanganmu,
Masih lagi mahu bersama,
Tak bosan dalam meraih cintaNya,
Yang tinggi tak terkata,
Mencecah langit 7 petala.

Terima kasih teman,
Setelah semunya berlalu,
Meskipun pahit, meskipun kelat,
Bila ditelan ia menjadi manis,
Menjadi ubat jua penawar,
Aku tersenyum puas,indah kau sudi di hatiku.

Sambutlah salam seindah ukhwahku ke syurga Allah,
Temanku :)


Ma'assalamah wa ilalliQa'
Kullu hubb malikullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^