Friday, February 11, 2011

Kerana Redha Allah Yang Dicari

Salam bertinta ukhwah buat sahabat serta muhadhir blog ana. Lama sangat rasanya tak meng-update blog, tak memposting kan ? Aseef kathiran....ana selain sibuk dengan hal-hal harian, ana juga terlibat dengan rasa kerendahan yang tinggi kerana sesuatu perkara tersebut.

Tarikhnya menjadi titik permulaan. Kadang-kadang ada jua rasa tidak yakin untuk meneruskan usaha ana ini. Tapi ana harap, selagi cinta Allah ana cuba kejarkan. Ana harap sangat urusan ana dipermudahkan dan dipeliharaNya. Sukar sebenarnya mahu mentadbir diri. Tapi lebih sukar menjadi diri sendiri. Hipokrit ? Wallahualam...

Dalam masa-masa yang dah ana lalui, banyaknya dugaan yang Allah uji. Menguji kesabaran seorang hamba untuk lebih mentaatiNya. Malah untuk lebih mencintai Allah. Mewujudkan rasa kesedaran bahawa hidup kita perlu dipenuhi dengan amalan. Kerana amalanlah yang bakal menjawab persoalan-persoalan di akhirat nanti. Juga satu kunci untuk membuka jawapan adalah, keredhaan Allah.

Dalam usia yang makin meneraju diri, dalam cuaca yang kadangkala hujan, panas, mendung, cerah. Semuanya bagai mengerti hati ana. Bila hujan, ana akan duduk sendiri melihat curahan nikmat yang Allah turunkan. Menyatakan syukur pada Allah, dan dalam masa yang sama ana mengakui Allah sentiasa bersama kita. Dialah penolong yang paling setia. Dan ana mengerti, keredhaan yang ana cari untuk kehidupan ini sebenarnya akan menjadi lebih tenang kalau kita berada dalamnya. Tapi kenapa sukar sekali untuk mencapai redhaNya ? Cubalah....

Ana mula memikirkan tentang jodoh dan pertemuan. Kalau ada yang menganggap ana masih terlalu muda untuk memikirkan, maaf ya. Kesimpulannya, ana memang berminat untuk membuat persediaan awal. Umur ana bakal mencecah 19 tahun dan ia masih terlalu muda untuk membuat konklusi yang lebih mantap. Kalau di usia baru hendak menjejaki usia remaja, kadang pasti ada yang terbuai dengan cinta monyet. Ataupun lebih familiar sebagai "couple". Yang tak pernah merasai pengalaman itu, ana ucapkan tahniah kerana ibaratnya masih "suci" daripada berperasaan yang tak menentu sehingga ada yang lalai dalam pelajaran. Namun, di usia yang menginjak pra dewasa ataupun dipopularkan sebagai pra-matang ni, mungkin atau kebiasaannya remaja zaman sekarang semakin rancak memikirkan hala tuju hidup mereka. Dan yang lebih komersialnya, adalah dengan siapa mereka bakal berteman dalam kehidupan berumahtangga. Fitrahnya, pasti setiap orang punyai impian untuk ditemani. Ana jua begitu.

Namun apakah yang lebih utama untuk membina mahligai rumahtangga dalam konteks Islam syumul ? Jawapannya adalah, keredhaan Allah bukan keredhaan manusia. Ya, keredhaan Allah lah yang paling kita kehendaki sebenarnya. Bukan dalam kehidupan rumahtangga sahaja, malah kehidupan sehari-harian kita. Tanpa keredhaanNya, ketenangan dalam diri yang kita miliki tak sepenuhnya dapat menjadikan kita insan yang selalu mendambakan kebahgiaan abadi. Selalu meragukan setiap yang kita punya. Meskipun yang kita punya adalah kepunyaan Allah. Lebih runcing hala tuju anak muda yang kini lebih cenderung untuk berkahwin awal tanpa paduan redha Illahi. Seterusnya, mereka hanya memikirkan kesedapan hidup bersama. Bukan kesedapan untuk lebih mendekati Allah. Sedangkan ikatan pernikahan itu adalah untuk setiap pasangan sentiasa mengingati kebesaran Allah lantas lebih padat cinta untuk mencintaiNya.

Wahai anak muda yang bakal bergelar remaja,
Wahai sahabat2 kesayangan ana yang sentiasa hatinya bergolak rasa cinta,
Jua buat hati ana yang merindukan cinta dan cinta keranaNya,

Tundukkanlah rasa cinta kalian. Pautkannya hanya untuk Allah terlebih dahulu. Ana jua remaja dan anak muda seperti kalian. Memahami kalian mungkin kerana memahami diri ana. Cintailah dia teman yang bakal kalian target sebagai suri hidup kalian dengan tidak mencintai secara lebih-lebihan. Halakan tujuan percintaan kalian pada satu ikatan yang sah dan sentiasa memohon redha Illahi. Semoga dengan itu, Allah memberi petunjuk seperti apa keredhaan Allah itu harusnya pada kita. Jangan lalaikan dirimu dengan cinta yang binasa wahai sahabat. Cita-citamu masih perlu dikejar sejauh beribu batu. Cintamu pula, simpankanlah ia dalam jagaan Allah. Semoga Allah sentiasa menjaga cinta-cinta orang yang soleh :)

Pesan sahabat ana jua....
Tiada siapa boleh tandingi iman dan aqidah kita jika Allah redha kita :D
Pesan ana.....
Marilah sama-sama kita mencari redha Allah, agar Allah meredhai kita :D

Ma'assalamah wa iLaLLiqa'

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^