Friday, March 18, 2011

Istighfar Lah Wahai Hati

Salam Ukhwah bertinta Mawaddah Wa Sakinah Wa Rahmah ~

Petang ni agak mendung , hujan agak renyai-renyai di kawasan tempat tinggal ana ni. Tapi ia tetap tak dapat menenangkan hal yang baru terjadi pada ana tengahari tadi. MasyaAllah , Astaghfirullah. Ana mahu mengucap istighfar beribu kali rasanya.

Ce cite , ce cite !

Macam ni , tengahari tadi ana boleh dikira amat M.A.L.A.S sangat nak bangun dari pembaringan disebabkan sakit perut yang sedikit cuma (entah mengapa , baru-baru ini ana asyik sakit perut je). Kebetulan ayah ana call untuk minta bantuan ana menjaga gerai nasi ayam dia. Ana ada juga menyuruh adik ana pergi , tapi mereka jua buat-buat dek je. Jadi ana 'pakse rela' la. Ana pergi dalam keadaan yang tiada mood langsung. Marah pada siapa ? Entah , ana pon tak tahu. Sebelum ana pergi , basikal adik ana yang menyesakkan laluan motor ana jatuhkan. Selipar adik ana pula ana kebas (pakai) , boleh dikira ana tengah baran juga la waktu tu. Ana pandu motor pon macam nak melayang dah (dekat 60 km/sejam). huhuhu. . . Walauapapun , ana tak lupa baca Bismillah.

Sampai satu selekoh , ana brek mengejut ! Grand Livina yang besar gedabak tu entah bila datangnya ana tak nampak , sipi sahaja lagi nak melanggar ana. Sempat ana elak daripada melanggar cermin kereta mpv tersebut. Ana dengan perasaan yang tengah baran tadi , mengucapkan atau dengan kata sopan lagi menghamburkan perkataan yang tak sepatutnya. Antum tahukah apa itu ? huhuhu. . Tak perlulah tahu , nanti mengajar antum pula. Lagi berdosa. huhu. . Sampainya ana di gerai ayah , selesai berbasa-basi dengan ayah tentang step-step nak sediakan nasi ayam. Ana duduk sementara tunggu pelanggan , menenangkan hati yang kacau. Ana teringat sungguh akan peristiwa tadi. Tiba-tiba ana teringat jua dengan apa yang ana ucapkan. 'aku sumpah orang tu ? sedangkan orang tu mengangkat tangan tanda maaf' . Ana diserbu rasa bersalah sangat-sangat dekat orang tu. Orang tu tak salah pun sebenarnya. Ana yang salah. Ana bawa motor yang macam orang gila , ana pulak yang salahkan orang. Astaghfirullah , Astaghfirullah , Astaghfirullah. Ya Allah , ampuni dosaku ini. Aku telah menganiaya orang dalam tidak sedar.

Ya , Allah mahu mengingatkan ana !
1. Dengan Bismillah , selagi mana kita ingat Allah , Allah akan ingat kita. Selagi mana kita jaga Allah, Allah jua akan menjaga kita.
2. Bawak motor dalam keadaan yang tidak stabil mood jua boleh mengundang padah kerana kebanyakan hati yang tak ikhlas.
3. Allah nak ana selalu istighfar selalu. Ingat Allah ! Bahawa tiap sesuatu adalah taqdir dariNya. Dan punya hikmah disebaliknya. Tak kira waktu senang atau susah :)

Sampai situ je ?

Haah ! sampai situ je ye sahabat-sahabat ana. hehe. . Ana rasa kerdil sangat. Cuba kalau waktu tu ana tak sempat elak , berlanggar dengan kereta mpv tu ? Masihkah ana menyumpah orang tu ? Dan apa pula orang dalam mpv tu buat kat ana ? Ana dapat rasakan orang tu bawa ana ke hospital secepat mungkin. Sebab apa ? sebab kalau dah ana tak melanggar dia pun dah minta maaf , apatah lagi kalau ana yang eksiden. Istighfarlah Wahai Hati. Hati ini sentiasa dahagakan didikan iman dan taqwa. Ya Allah , syukran mengingatkan ana :') Tak terhingga buat Allah yang selalu jaga ana. Sayang Allah ! Baiklah , ambillah teladan daripada cerita ini ye. .

xsanggup ana jd camni ::


Ma'assalamah Wa Ilalliqa' ,
Salam alaykumullah :)

2 comments:

  1. .istighfarlah setiap masa, moga diampunkan dosa-dosa kita (^_^)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah :)
    zikrillah daeman ~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana prihatin ye ^^