Thursday, March 17, 2011

Kesempitan Dan Keluasan

Dengan nama Allah Yang Mencipta Segala-galanya.

Salam mawaddah bertinta ukhwah pula ana balikkan pada antum yang sudi seikhlasnya menyentuh penglihatan dengan blog ana ni. Syukur setelah beberapa minggu ana sesat dalam sempitnya dunia , masih lagi Allah beri masa untuk ana mengintai diri sendiri. Aseef kathir , mungkin yang biasa menyinggah blog ana ada yang menunggu posting seterusnya. Tapi tak pula sampai-sampai posting tu kan. Maaf sekali lagi ana panjangkan. Selain masa menjadi kesuntukannya , ana terpempan dan terbeban dengan suatu dunia. Dunia yang kebanyakan orang sesat di dalamnya. Ana harap antum paham-paham lah ye. .huhu. .

Duhai hatiku yang masih mahu bergelora,
Mencatat dunia , melukis pada dada. .

Aduhai. .kasihanlah pada hati kita. Ana turut kasihan pada hati ana. Mengapa berkehendak dunia itu yang sudah diketahuinya fana' ? Siapa yang mendidiknya ? Ana bersesak dengan rimba kepahitan. Ya , sudah namanya fana'. Maka , ia sentiasa menipu. Menipu mata hati kita seandainya ia tidak dididik dengan utuh. Jangan salahkan Allah andai kesempitan yang kita lalui jatuh menyempitkan kita lagi. Bukan takat itu , malah ia bakal menutup segala penglihatan hati kita. Bersangka baik dengan Allah sentiasa. Didik hati menjadi kuat , tabah dan utuh bila menempuh segala ujian yang Allah beri. Tidak tahukah kita bahawa ujian yang Allah bagi itu adalah untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepadaNya ? Sesungguhnya , betullah apa yang selalu dikatakan. Setiap sesuatu punya hikmahnya. Ya Allah , hikmah yang Allah selitkan dalam ujian yang secubit cuma adalah sebesar-besar hikmah. Jadi , apa yang ana nak buat pada hati yang selalu rapuh ni ? Istighfar dan mencuba ikhlas dalam melaksanakan sesuatu.

Waktu oh waktuku. .
Seandainya Allah mengembalikan waktu dahulu , aku mahu semuanya indah. .

"Past is past , tomorrow never die" huhu :) mesti antum semua pernah dengar pepatah itu kan ? Apa motifnya ana letakkan pepatah yang 'entah pape' ni ? Sebenarnya , kadang-kadang ana pun tak ambil kisah sangat pasal qoute tu. Tapi sekarang ana seakan paham kenapa ada pepatah tu. 'Ibrah ~ hmm, yang dah berlalu tu biarkan berlalu , esok tak akan mati. Ya , yang semalam dan dahulu-dahulu kala semestinya tak dapat kita hadirkan. Lambaikanlah tangan pada kenangan lalu. Bila yang manis kenanglah ia sebagai kemanisan. Yang pahit , jadikan pedoman. Bukan ratapan menghina diri , bukan untuk kelemahan jiwa pada hati yang sentiasa rapuh. Dan esok jua hari seterusnya akan hidup bersama usaha-usaha kita. Jangan pernah putus asa , jangan pernah kecewa dengan apa yang kita lakukan dahulu. Sebaliknya bersyukurlah pada Allah Pencipta Segala. Ya , kerana Dia yang membuatkan kita mengingat kenangan pahit manis kita dahulu. Kerana apa ? Kerana untuk kita bermuhasabah kembali siapa kita. Apa sebenarnya tujuan hidup kita ? Di situlah letakknya matlamat kita. Find and search !

Keluasan !
Ku Yakin Berlaku , Mencuba dan Bukalah Hatimu. .

Celiklah mata hati, jangan sekadar mata kasar. Ana pesan untuk ana dan untuk antum :) Sebenarnya punya lebih lapang dan luas lepas apa yang kita tempuhi ujian yang Allah berikan. Sepertinya yang Pencipta kita janjikan , ada syurga yang menunggu setelah berjaya tempuh kesulitan ini. Yakinlah pada setiap yang antum lakukan , dan yakinlah pada Allah. Letakkan matlamat hidup kita semata-mata hanya pada Allah dan keranaNya. Mengharap keredhaan Allah sentiasa , semoga kerosakan di dalam jiwa dan hati dapat dijauhi. Di mana-mana pun kita berada , bila keredhaan Allah kita harapkan dengan seikhlasnya. Kita mampu berdiri utuh bersama hati yang disangka selama ini rapuh. Ya, manusia itu sifatnya berubah sentiasa. Tapi kenapa perlu kita berubah kepada yang tidak kita perlukan ? Kenapa kehendak yang kita panjangkan dalam kehidupan ? Fikirkanlah hati. .balikkan rasa menghendaki sesuatu dengan mengasihani hati. Dia rapuh , perlu utuh. Dan keperluannya untuk terus padu berdiri tegak adalah dengan mengingati Pencipta kita. Pencipta Cinta. Khasnya untuk hati yang selalu sahaja mencintai segala bentuk kesukaan.

Syukran ana ucapkan pada adik kesayangan ana merangkap teman ke syurga ana. Teman abadi ana , teman segalanya pada ana. Dia umpama matahari yang sentiasa menerangi kehidupan ana yang gelap ini. Dia penyah gelita bak perumpamaan yang tersingkap di dalam novel Matahari Hilal Asyraf. Ana sayang dia sangat , meskipun kadang-kadang ana tak ingat dia. huhu :) Maaf ye ukhti. .ukhti tahu kan ana lagi perlu untuk ingat siapa ? sama-samalah kita ingat Dia :) ana dah letakkan ukhti kat Dia , jadi ? mesti selamat punyeee :D dan syukran jua pada sahabat ana sorang tu. Tak pernah jua ana terbeban dengan dia. Meskipun ramai yang mencuba bebankan ana tentang dia. Tapi ana rasa tak berjaya. Sebab , ana yakin ! Dia matahari ana jua.

Kepada Tuhan ana , Allahu Rabbi. Satu daripada seinfiniti penghargaan ana padaMu. Ya Allah, terima kasih ! Kau sentiasa ada denganku. Waktu susah dan senang Kau tetap peluk dan amankan hati ini. Ya Allah, Kau tak pernah jemu meskipun ana sebegini. Maafkan khilafku Ya Rahmanirrahim. Syukran Lillah ~



Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam alaykumullah , antum jua sentiasa berada di hati :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^