Tuesday, March 22, 2011

Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh :)

Salam Seindah Ukhwah yang tak putus-putus ana panjangkan untuk antum muhadhir blog ana. Wah , cinta demi cinta juga tak putus dalam berkunjung ke hati ini. Cinta apakah itu ? Cinta kepada Allah , Rasulullah , Umi Ayah , adik beradik ana , sahabat-sahabat ana , dan kesayangan ana. :)

Cerita apa "LANGKAH DEMI LANGKAH" itu ?

Huhuhu. . .ana pun tak sabar nak cerita. Tapi harap-harapnya ia menjadi doa pada ana dan pada antum semua yang mengambil langkah seperti ana. Ana kini dibayangi semangat yang agak 'berkobar-kobar' bak kata kamus dewan edisi ke empat. Untuk menghabiskan segala paper-paper exam tahun ni. Malaysian University English Test ana yang bakal berlangsung pada bulan Mei ini insyaAllah. Dan seterusnya Sijil Tinggi Agama Malaysia ana dalam me'repeat' dua paper iaitu Feqah dan Nahu Sarf. Sekarang, ana ada cita-cita baru (berapa banyak cita-cita da..). Yelah , cita-cita pertama ana kemungkinan besar tidak lagi dapat ditunaikan. InsyaAllah , ana nak upgrade cita-cita ana ni. Besar kemungkinan pulak boleh dapat ditunaikan SEANDAINYA usaha itu ana lebihkan. Dan tawaqal kepada Allah itu ana patrikan sungguh-sungguh.

Apa cita-cita baru tu ?

Cita-cita baru ana , nak pergi ke negara orang. Perkataan 'hendak' tu, jangan antum salah paham ye. .Ana merasakan ingin melanjutkan pembelajaran ke JORDAN. Sebenarnya, lepas keluar keputusan SPM yang lepas tu , ana memang ada susun 'angan' nak ke sana. Tapi memikirkan kedua ibubapa ana yang lebihkan ana pada STAM, ana mencuba ikhlas untuk terus STAM. Sebab itu , ana pasang niat nak ke negara jiran Makkah Al-Mukarramah. Tapi sedar, Madinah Al-Munawwarah kebanyakannya lelaki yang ke sana. Dan kemampuan ana terlalu kecil untuk ke sana. Apa-apa pun, ada lah jugak ana terpasang niat nak ke sana. Tak pergi sambung belajar pun, ana nak pergi Umrah dan Haji juga. InsyaAllah, semoga dipermudahkan Allah. Jadi fokus ana sekarang adalah JORDAN. Sebenarnya , ketar jugak ana nak berbicara tentang ni. Wallahualam. Segala-galanya adalah perancangan. Allah Maha Penentu. Dan ana ingat nak pergi dengan ukhti , Wahidatul Akmar. Dia yang kuatkan ana lagi untuk ke sana. Tapi semuanya bermula dari langkah pertama.

Langkah Pertama ?

Langkah pertama ana adalah , tahun ini.
2011 :: Ana mahu menyelesaikan MUET dan capai at least band 3. Kemudian ana repeat paper STAM di MEA dan capai at least jayyid. Kalau tak dapat jayyid , dapat MUMTAZ pon okey jugak. hehehehe. .apa-apa pun doakan ana , ye ?
Ana teruskan langkah kedua ana , tahun depan.
2012 :: Ana ingat ana nak kerja cari biaya untuk pembelajaran ana kat sana nanti. Tak payah ana susahkan umi dan ayah nak support penuh. Yang nak belajar ana , kan ? Kemudian , insyaAllah seandainya Allah percepatkan jodoh ana , ana tak tolak perancangan Allah. Dan semestinya ana tak tolak ketentuan Allah yang mana lebih ARIF dia tentukan. Siapa ? Namanya mahupun wajahnya , tidak perlulah ana sangkutkan di dalam blog ini seandainya ia belum tersemat sebagai jodoh ana :) Apa-apa pun , doakan ana , ye ?

Langkah seterusnya pula, ke mana lagi kalau tak ke JORDAN.
2013 :: Selagi nyawa ana Allah tak ambil , ana minta Allah permudahkan urusan ana ini. Ana cadang nak ambil kos dakwah ataupun syariah. Boleh ? huhuhu. .

semak-semak link :

Mut'ah University of Jordan
http://www.mutah.edu.jo/



Yarmouk University of Jordan
http://www.yu.edu.jo/



ada banyak lagi universiti kat Jordan. Tapi untuk sikit ni dulu lah ana sertakan. :)

Okeylah , insyaAllah kita kongsi-share lagi ye. .Selamat Berjuang !

Ma'assalamah Wa Ilalliqa',
Salam alaykumullah :)

6 comments:

  1. smg bjaye najahah :) . ko tau x ak pn ade tpikr gak nk mlnjutkn pljaran kt sne dlm islamic banking . insyaAllah sem dpn ak amek bhse arab . tp mgkn peluang ak nk ksne xsecerah ko kot . jd lakukan yg terbaek ok !!! . smg ko dpt cpai hasrat ko ni :) . ak doakn :)

    ReplyDelete
  2. smg bjaye najahah . ak pn ad gak psng angan2 ke sne dlm islamic banking . insyaAllah sem dpn ak amk bahasa arab . tp peluang ak xsecerah ko kot . jd wat yg terbaek ok !! .:). smg ko dpt capai hasrat ko :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah weh ! aku pon harap2 dapat gak. .eh , kalo ko nak pon boleh. .yg penting. .kne yakin dgn Allah !

    ReplyDelete
  4. mmg la . tp mybe peluang ak xsecerah ko . :) . jd ko wat yg terbaek :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah. .thanx for supporting me. .huhu. .apepon kecerahan tu ade pada doa kite. .selagi kite ingat Allah , Allah selalu ingat kite. .

    ReplyDelete
  6. insyaAllah . :)
    xkn pnh ptus berdoa .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana prihatin ye ^^