Saturday, March 26, 2011

MUET kejap jer lagi !

Salam Seindah Ukhwah ana panjangkan pada antum muhadhir blog ana :)
Syukran sekali lagi pada yang hadir dan kepada Allah setinggi-tinggi kesyukuran. Semoga kita berada dalam naungan dan lindunganNya.

Sebenarnya , dalam kesempatan ini. .ana nak khabarkan tentang exam Malaysian University English Test ( MUET ) ana bakal menjengah 6 April 2011 ni. Ya Allah , sebenarnya ana tak sedia apa-apa lagi ni. Cuma sempat menyemak sedikit ejaan-ejaan bahasa Inggeris. Sedikit ana susunkan jadual MUET ana ::

CODE PAPER DATE TIME DURATION
800/2 SPEAKING 6 APRIL 2011 7:30am 30 minutes
800/3 READING 16 APRIL 2011 8:00 am - 9:30 am 90 minutes
800/4 WRITING 16 APRIL 2011 10:00 am - 11:30 am 90 minutes
800/1 LISTENING 16 APRIL 2011 12:00 noon - 12:30 pm 30 minutes

Speaking tu tentang isu semasa sekarang. Sekadar bercakap personal dan berkumpulan. Tapi , ana ni mana lah nak dapat cari isu semasa lagi nak bahas dalam bahasa orang puteh. huhu. . Tapi , ana minta antum doakan ana terus berusaha jua. Tak nak berputus asa dah ! Kalau dulu ana ni tak matang , gelong-gelong je dalam belajar. Tapi sekarang ana nak buktikan ana boleh. Dalam semua hal , ana tak nak kalah. Ya Allah , kuatkan semangatku ini !

Cepatnya masa berlalu. Harap maklum , kemungkinan ana dah tak buat post untuk waktu yang terdekat ni. Nak buat cerpen ana disambungkan lagi pun , ana rasa tak berkesempatan. Ana minta maaf banyak-banyak pada yang menunggu. Kalau ada la yang menunggu. .hehe. .Tapi InsyaAllah , ana tak hampakan kalian sahabat ana. Ana akan meng-update selepas semuanya berlalu. Tak banyak pun , sedikit cukup lah kan ? Untuk tatapan antum. Menceriakan suasana kita.

Syukran tak terkira pada antum yang menghargainya. Doakan ana ye ? :) Dan doakan ana moga dipermudahkan oleh Allah dalam menghadapi semuanya ya. .

Ma'assalamah Wa Ilalliqa' ,
Kullu Hubb Malikullah ,
Salam Alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^