Thursday, April 7, 2011

Ada Latest Ke ?

Salam seindah ukhwah , salam semanis senyuman ana hadiahkan buat muhadhir blog ana.

Sekali lagi ana ucapkan ribuan syukran sebab menyinggah blog ana yang masih dalam renovate la katakan. Hmm. .bercakap pasal renovate ni , actually memang ana dalam memilih background latest untuk blog ana ni. Kalau dulu hijau , aman bak kata orang. Sekarang ana nak tukar konsep , mudah dan ringan je. Tapi kalau ada yang tak berkenan , sila-sila la komen ye. .Customer first la katakan. hehe :)

Sebenarnya , ana mencari yang terbaru ni tak ada pulak. Terbaru mungkin ada , tapi nak terbaru memikat hati ana nak memilih tu yang tak ada. Susah bila kita dah berkenan kat satu tu. Ana memang berkenan kat background belakang tu. Ada kisah dia. Tapi takpe , kisah dia biar ana simpan ye. .Kat sini ana nak cerita sikit pasal "latest" ni.

Latest apakah yang ana maksudkan di sini ?

Latest tentang perasaan. Huihhh. . .jangan main-main dengan perasaan. Perasaan ada banyak. Namun ada had-had untuk merasainya. Jika suka pada seseorang tu , janganlah taksub suka padanya. Takut ia memberi benci padamu. Suka qoute ni , tak sama tapi ala-ala. Perasaan yang ada dalam keikhlasan seseorang mana boleh latest-latest , mana boleh nak baru-baru. Jadi , perasaan yang dalam keikhlasan , hanya akan terbenam kalau ia tak diendahkan. Ia tidak akan hilang sekalipun ia dilupakan oleh empunya perasaan.

Ana nak masuk topik latest jugak ni !

Hmm. . .cerita baru dari ana pulak , pada rabu lepas bersamaan 6 April 2011 , Alhamdulillah ana selesai menghabiskan peperiksaan 'speaking' untuk MUET ana. Memang mula-mula agak kalut sedikit , sebab ana bukanlah pro sangat dalam berbahasa Inggeris ni. Cakap pun tunggang langgang. Walau bagaimanapun , ana gunakan seluruh keyakinan ana untuk habiskan 'speaking exam' tu. Apa nak jadi , jadilah. Ana tawakal pada Allah sahaja. Yang ana ingat , perkataan yang banyak keluar dari mulut ana ialah "what , what we can say ?" dan "okay , right ?" . hehehe :) itu kononnya dah pro sangat la tu. Padahal , menggigil seluruh anggota. Subhanallah. Apapun , semuanya ana buat InsyaAllah keranaNya. Kalau tak dengan Bismillah dan keranaNya , mesti dah membisu ana kat dalam group member tu. .hihi ^^ Rasa dah lepas satu beban , tapi ada lagi 3 paper menanti. Yang ini tidaklah menggunakan lisan , tapi lebih kepada bertulis. Penat pada otak nak berfikir , penat pada tangan yang nak menulis. Ana kena study lebih sikit la nampaknya. :)

Apa-apa pun , latest update blog ana ni taklah latest sangat sebenarnya. Dan tak advantage pon. Tapi cukuplah ada isinya. Kalian 'ibrahkanlah atas cerita-cerita ana ini dalam kehidupan seharian antum. Kot kot lah ada , mana tahu. Perancangan Allah tak ada siapa tahu kan , rahsia tu ^^ Jadi , apa jua cabaran yang datang adalah sepatutnya kita kena lebih mengingatiNya. Mencari redhaNya. Bila semuanya keranaNya , InsyaAllah segala perlaksanaan yang kita lakukan adalah semuadah-mudah urusan. Hati pun senang ~ Baiklah , sehingga berjumpa di lain masa ye. . .Doa ana sentiasa mekar untuk kalian :)



Ma'asslamah Wa Ilalliqa' ,
Kullu Hubb Malikullah ,
Salam 'alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^