Sunday, April 17, 2011

Cantik Akhlak , Cantiklah Islam Pada Kita

Salam Seindah Ukhwah ana hulurkan sepanjang-panjang ikatan ukhwah kepada antum muhadhir blog ana. InsyaAllah semoga iman serta amal kita sentiasa bertambah dari hari ke hari. Semoga jua saat ini lebih baik dari saat yang lepas. Dan jua semoga saat yang akan datang bakal mendatangkan pahala pada setiapa pekerjaan yang kita lakukan. Contohnya , amalan dalam kehidupan seharian kita. Islam juga menuturkan kebersihan bagi setiap umatnya. InsyaAllah , Ameen . . . . . .

Hmm. . .melihat kepada kebersihan yang ana perkatakan di atas tadi , ana ada cerita nak dikongsi. Sebenarnya , tadi semasa ana mengikut umi menghantar adik-adik ke Klang Sentral untuk menaiki bas pulang ke asrama , kami melalui lebuhraya bersebelahan pangsa murah sebelah jalan di Pelabuhan Klang. Di mana ? Maaf , ada la tempat tu. Nak tahu , contact la ana. Nanti boleh kita bekerjasama membuat tindakan. huhu ^^ Sambung pada cerita ana tadi , ana melihatkan suatu persekitaran yang sangat memalukan. Ana agak , orang asing atau lebih sopan bahasanya , Bangla yang melakukan kes memalukan negara kita ni. Bagaimanakah mereka boleh hidup dalam persekitaran yang mana sekeliling rumah mereka kotor dengan sampah. Tidak kiralah sampah besar kecil , basah kering. Namun semuanya mencacatkan pemandangan dan mendatangkan persekitaran yang berbau. Ana yang melihatnya pun , sangat sesak mata memandang (bahasa apakah?) hehe. .

Apakah yang menyebabkan kekotoran ini terjadi ?

Baik , pada pokok pangkalnya semua terletak pada keperiadian seseorang. Akhlak dan tabiat seseorang. Hanya antara ianya baik ataupun tidak. Jika peribadi seseorang itu indah dan mulia , tentunya kebersihan menjadi antara yang terpenting dalam hidupnya.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata:

Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”

Riwayat al-lmam Muslim.

Nah , sekarang buktinya sudah ada. Rasulullah sendiri sudah terbit menjadi contoh yang terbaik buat kita. Islam itu bersih ! Indah bila melihatnya. Namun masih bergelar bersihkah kita seandainya batang aiskrim pun kita campak ke sungai ? Hanya setakat batang aiskrim , sampah plastik jajan dan botol minuman inilah yang akan menjadi satu lembaga yang busuk timbul dalam air di sungai. Itu di sungai , seandainya di darat ? kawasan perumahan kita ? sebelah kedai ? kilang ? atau seperti di bawah ni :

Sanggupkah antum suka duduk di kawasan rumah yang jenguk-jenguk je , sudah berbau busuk ? Jenguk-jenguk je sudah ada sampah berlonggok di depan mata ? Sanggupkah antum semua ?

Ana kira , semestinya antum tidak berminat langsung mahu hidup dalam keadaan begini. Tapi takkan hanya mengatakan "tidak mahu" saja ? Apa kata , syorkanlah diadakan gotong royong di kawasan rumah antum semua. Kalau kat kampung , qariah masing-masing bertindak. Semua digalakkan turun bergotong royong dengan niat kerana Allah , memenuhi tuntutan dan sunnah Rasulullah. Jika ada yang bertanya tentang balasan , katakan padanya "ia ada pada Allah , jumlahnya sungguh tak terkira" . Ya , pada Allah la balasan dan ganjarannya.


Apa tu , Cik Najah ?! Tak nampak pun !

Pahala , sayangku. Memang tak nampak , tapi sangat-sangat bernilai. Lebih dari segala-galanya yang ada di dunia. Pahala dapat , rumah bersih , bumi subur. Ana kira , kalau kiamat esok , Allah tunda berapa lama lagi yang Dia mahu.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Surah Ar-Ra'd :: 011

Wallahualam. Bumi tidak akan sakit lagi , Islam makin indah dan bersih. Umat makin tertib berdisiplin seperti yang tercontoh oleh Rasulullah SAW.

Berbalik pada bangla yang duduk di pangsa murah tu , ana harap sangat pihak tertentu dapat ambil tindakan. Ini bukan sahaja melibatkan pencemaran udara , persekitaran dan jua air. Tapi ini jua akan memberi tanggapan buruk bagi pelancong asing yang bersinggah di negara kita. Apa pula mereka kata ,
"This is country of Islam or not ? I heard is it , but in reality. . .hmm , Islam is fake ?"
Bagaimanakah kita mahu menerangkan tentang keindahan Islam pada mereka sedangkan mata mereka sudah melihat negara ini kotor dan menjijikkan ? Juga , mereka sudah mengganggap Islam tidak seperti apa yang mereka dengar. Mahukah kita mendengar luahan mereka sebegini ? Bukan Malaysia yang mereka sebutkan , tapi kepada Islam yang mereka perkatakan.

Jadi , daripada kebersihan yang Allah suruh kita titipkan dalam kehidupan dan jua kebersihan yang Rasulullah sunnahkan pada kita. Kebersihan ini adalah peribadi dan disiplin kita. Kebersihan kita , kecantikan kita. Kecantikan kita adalah akhlak kita. Bila akhlak cantik , Islam jua akan cantik. Semestinya yang perlu diletak untuk menjadi mind-set kita adalah akhlak itu peribadi kita. Kebersihan itu adalah peribadi kita. Peribadi kita adalah untuk kecantikan Islam kita. Bila Islam kita cantik , indah dan bersih maka yang bukan Islam jua akan tertarik dengan semuanya tentang Islam. InsyaAllah , Ameen ~

Baiklah , ana rasa mungkin cukup setakat ini dulu. Segalanya terletak pada diri masing-masing. Mahu atau tidak. Ha , MUET ana pun dah selesai. Hamdan lillah semuanya dalam keadaan yang baik-baik ^^ Doakan keputusannya pun dalam keadaan baik juga , ya ? hmm. .

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam 'Alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^