Wednesday, April 20, 2011

Nikmat Dan Musibah Itu Ujian

Salam Seindah Ukhwah ana suluhkan seterang-terang nur yang menyinar di sekeliling antum , mana lagi kalau tak nur dari depan skrin laptop ataupun pc antum semua kan ? hehe. .tidak , ana saja bergurau. .untuk berhibur sambil mengingati Allah.

Kelihatan sangat cerah suasana hari ini , bukan ? Seperti akan cerah sehingga ke petang. Tidak sedikit pun nampak tanda-tanda hujan. Tidak kurang pun nampak bakal berlaku banjir. Yelah , sebab takde hujan. Macam mana nak banjir , kan ? Eh , tapi siapa sangka ? Bukankah Allah yang menentukan semuanya ? Tidak terfikirkah kita , seandainya tidak hujan pun boleh jadi banjir melanda. Tidak mustahil , jika Allah tidak menurunkan hujan bahkan Allah memancarkan cerah serta terik matahari sahaja , kutub ais di utara barat , selatan atau di mana sahaja lah , ia akan cair ? Kemudian akan mengalir ke arah darat kerana di sana tidak dapat menampung ais yang mencair. Sedangkan di Jepun tiba-tiba berlaku tsunami , bukan sahaja membanjiri derasnya bahkan merosakkan segala yang ada.

Astaghfirullah , istighfarlah kita !

Kebiasaannya apabila kita ditimpa musibah atau bencana , kita tahu bahawa itu adalah ujian Allah pada hambaNya untuk hambaNya lebih mengingatiNya. Dan tidaklah Allah memberikan ujian itu melebihi kemampuan hamba itu untuk menghadapinya seperti yang Allah janjikan dalam surah Al-Baqarah , ayat terakhirnya 286 ;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Ini bermakna , Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Jadi , kita tidak boleh berputus asa dalam menghadapi sesuatu ujian. InsyaAllah ~

Abes , yang Acik Najah cakap nikmat tu ujian jugak , kenapa ?

Hmm. .kadang-kadang kita terlepas pandang tentang semua ini. Terkadang kita lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah atas segala pemberianNya. Kita alpa dan leka bila kenikmatan kita kecapi. Dan inilah yang dinamakan "kufur". Pernah suatu ketika (kisah benar yg direka dan dibeger) , seorang sahabat terlalu merendah diri atas ketidakpandaiannya dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi dalam Bahasa Inggeris (ceh , BI ana pon kantoi. .). Dia mohon pada Allah supaya memberinya kepandaian agar boleh belajar dengan mudah dan tidak lagi menjadi bahan gelak oleh rakan-rakannya. Dan ditaqdirkan Allah mengurniakan kepandaian kepadanya dalam semua matapelajaran. Lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris. Woww ! Terel la budak ni. Ana anggap ini kuasa Allah , dan semestinya ia adalah kuasa Allah. Hanya Allah yang berkudrat atas sesuatu yang kelihatan mustahil , namun sebenarnya boleh jadi. Kun fayakun !

Selepas kepandaiannya ni , sahabat ini seolah-olah bangga dengan kebolehannya atau dengan bahasa yang lebih sopan lagi iaitu "gebang". Dia lupa bahawa yang menjadikan dia pandai adalah Allah SWT. Ucap syukur serta istighfarnya sudah dilafaz dibibir sahaja. Tidak dilaksanakan dengan hatinya yang ikhlas sekaligus dalam ketaqwaan dan keimanannya. Bahkan dia melekehkan sahabat lain yang kurang pandai daripadanya sedangkan dia tidak sedar , asal dahulunya dia adalah seperti itu. Bila seseorang mahu meminta pertolongan serta tunjuk ajar , sahabat ini memilih pula siapa yang dia hendak ajar. Lebih kepada yang kaya la , nanti dapat open2 sikit harta orang tu. Yang agak kureng berduit , dia tidak pedulikan. Naudzubillah ~

Inilah yang dinamakan nikmat itu ujian.

Ya , ujian bagi setiap manusia untuk mengingati jua siapa yang menciptakan dan siapa yang berkudrat atas segalanya. Yakni Allah lah yang berkudrat dan berkehendak atas segalanya ! Tapi setelah diberi nikmat , dia lupa itu ujian buatnya. Dia kufur atas nikmat yang Allah beri. Dan ini bolehlah ana kira sebagai "ISTIDRAJ".

Istidraj ? ape tu Acik Najah ?

Istidraj ialah pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Seperti yang ana 'ibrahkan pada kisah sahabat tadi , selepas kufur atas nikmat yang diberi , nikmat mereka inilah yang Allah tidak redha ke atasnya. InsyaAllah untuk tahu lebih lanjut , sila-sila lah klik kat tulisan cantek ni ataupon kat tulisan burok ni. Alah , dua2 cantek lah ^^

Aiwah , ana rasa cukup setakat ni. Semoga input yang sedikit ni dapat memberi input yang sangat besar buat antum jua buat ana. Semoga kita di dalam redha Illahi ~

nak ada rumah beso , kete beso ,laki bini beso boleh. .asalkan tidak lupa Allah. .Zikrillah Daeman ^^

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam 'alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^