Sunday, May 29, 2011

Mahu Di Depan Atau Di Belakang ?

Salam bertinta ukhwah pada antum muhadhir blog ana :)




Yang manis , yang kacak , yang dah dari tadi meng-online baru terfikir menjenguk halaman sempit ana ni. Ana ucapkan selamat datang. Alhamdulillah , semuanya sihat ana harapkan. Kalau ada yang tak sihat tu , Allah nak bagi pahala lebih tu. Sabar. . .ada pahala antum di situ.



Cerita sikit ke banyak ni Acik Najah ?




Hmm. .mungkin sikit sahaja bagi ana. Tapi bagi antum mungkin terlalu sedikit. Cuma mahu antum ambil inputnya yang sedikit ini , tapi tanamkan dalam hati kita dalam-dalam.



Pernah atau tidak , setiap kali sekolah mengadakan acara Merentas Desa, kita serta sahabat-sahabat kita yang lain ada yang mahu memulai dari barisan hadapan sekali ? Atau ada juga kita mahu memulai dari bahagian yang paling belakang ?




Ada la tu Acik Najah !




Mesti ada. Tapi tahukah kita , apa tugas-tugas bila kita berada di depan mahupun di belakang ? Bila kita di depan , biasanya kitalah sebagai ketua , pemimpin bagi barisan-barisan yang ada di belakang kita. Bila menjadi salah tuju , maka salahlah semua yang mengikuti kita. Mampukah kita menjadi ikutan sedangkan kita tidak bisa pun menjadi matahari dan bulan bagi mereka ? Bagaimana pula menjadi barisan yang paling akhir , paling belakang ? Mereka inilah sebagai pendokong kepada barisan-barisan di hadapan. Penolong bagi yang tersesat dan terjatuh. Tapi , mampukah kita untuk menolong semuanya ? Mampukah kita menjadi penunjuk arah kepada yang kian tersesat ?




Ah , seringkali kita katakan kita tidak mampu. Tidak mahulah berada di mana-mana garisan. Janganlah begitu sahabat. Sememangnya sukar sangat mahu menjadi pemimpin dan pendokong kepada setiap insan-insan. Tapi , apa kata kita memulakan daripada tepi.




Tepi ??




Yup ! Tepi ataupun nama romatiknya , di sisi. Kenapa ? Kerana setiap apa yang di sisi , boleh menjadi pemimpin dan pendokong. Tidak selalunya menjadi seperti di depan dan tidak pula selalunya menjadi seperti yang di belakang. Kan ?




Baiklah , setakat ini post ana. Kesimpulannya , antara kita hendaklah menjadi penasihat satu sama lain. Barulah hidup ini ada rencahnya. Sedap bila rencah sebati bersama-sama ^^ Cuba lah resepi ni !








Ma'assalamah Wa Ilalliqa`

Salam 'Alaykumullah ~

Wednesday, May 11, 2011

Sedikit Bicara Tentang Cinta

Salam Seindah Ukhwah bertintakan kasih sayang.

Lama sangat rasanya ana tak memposting blog ni. Macam-macam hal yang berlaku di sekeliling ana. Tapi itu tidak bermaksud ana kalah. Its not a matter for me , even adalah sikit-sikit tu. Apapun , Allah yang pertama. Ingat Dia , waktu susah dan senang kita. InsyaAllah , semua problem settle !

Teringat dulu , macam tak percaya. Kadang-kadang ramai yang kita kenal. Ajak kita bercinta , ajak kita kapel. Tapi adakah ia benar-benar bermaksud cinta ? Apakah yang dimaksudkan dengan cinta. Tak payah la nak cerita pasal cinta , kalau semuanya membawa pada kemudharatan. Tak usah la mahu berkisah tentang sayang , rindu kalau ia langsung tidak mendekatkan diri pada Allah.

Tengok diri sendiri

Kadang-kadang kita yang lebih menuturkan kalimah-kalimah cinta , sampaikan kadang-kadang menjadi penasihat atau bahasa popularnya sebagai "Doctor Chenta". Alahai , tapi kita kalah juga dengan apa yang dimaksudkan dengan cinta. Kita tetap sakit hati bila dilukai. Kita tetap mengikuti apa kehendaknya bila apa yang dimahukan cinta.

Jadi tak perlulah berkata tentang cinta ?

Ah , tidaklah seperti itu ! Ana tidak kalah juga dalam memberi pandangan dan kadang-kadang diminta mencipta nasihat. :D apalah sangat yang ada pada ana ni , manusia seperti lain juga. Kalah dengan cinta. Kalah dengan rindu. Tapi , dalam masa sama jua. Cubalah kita istighfar , ingat seketika tujuan apakah kita kalah pada semua itu ? Pastikah kita cinta yang kita layarkan mendapat pengiktirafan daripada Allah ? Adakah cinta yang diulit sebelum sampainya keizinan Allah itu mendapat redhaNya ? mari sejenak kita fikirkan.

Berkatalah tentang cinta sebagai suatu ingatan pada pendamba cinta yang sejati.

Mungkin kita akan lebih matang selepas ini. Matang itu bukan pada usia , tapi pada pemikiran kita. Pandai itu bukan pada tingkat ilmu , tapi pada keberkesanan penyelesaian masalah yang dihadapi. Kuat kita bukan pada fizikal yang kebal , tapi kuat itu pada legapnya maruah yang takkan pudar. Semuanya kerana satu tujuan , Lillahi Ta'ala.



Semoga kita peroleh cinta yang diizinkan Allah , dan mendapat keredhaan dariNya.

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam 'Alaykumullah ~