Sunday, May 29, 2011

Mahu Di Depan Atau Di Belakang ?

Salam bertinta ukhwah pada antum muhadhir blog ana :)




Yang manis , yang kacak , yang dah dari tadi meng-online baru terfikir menjenguk halaman sempit ana ni. Ana ucapkan selamat datang. Alhamdulillah , semuanya sihat ana harapkan. Kalau ada yang tak sihat tu , Allah nak bagi pahala lebih tu. Sabar. . .ada pahala antum di situ.



Cerita sikit ke banyak ni Acik Najah ?




Hmm. .mungkin sikit sahaja bagi ana. Tapi bagi antum mungkin terlalu sedikit. Cuma mahu antum ambil inputnya yang sedikit ini , tapi tanamkan dalam hati kita dalam-dalam.



Pernah atau tidak , setiap kali sekolah mengadakan acara Merentas Desa, kita serta sahabat-sahabat kita yang lain ada yang mahu memulai dari barisan hadapan sekali ? Atau ada juga kita mahu memulai dari bahagian yang paling belakang ?




Ada la tu Acik Najah !




Mesti ada. Tapi tahukah kita , apa tugas-tugas bila kita berada di depan mahupun di belakang ? Bila kita di depan , biasanya kitalah sebagai ketua , pemimpin bagi barisan-barisan yang ada di belakang kita. Bila menjadi salah tuju , maka salahlah semua yang mengikuti kita. Mampukah kita menjadi ikutan sedangkan kita tidak bisa pun menjadi matahari dan bulan bagi mereka ? Bagaimana pula menjadi barisan yang paling akhir , paling belakang ? Mereka inilah sebagai pendokong kepada barisan-barisan di hadapan. Penolong bagi yang tersesat dan terjatuh. Tapi , mampukah kita untuk menolong semuanya ? Mampukah kita menjadi penunjuk arah kepada yang kian tersesat ?




Ah , seringkali kita katakan kita tidak mampu. Tidak mahulah berada di mana-mana garisan. Janganlah begitu sahabat. Sememangnya sukar sangat mahu menjadi pemimpin dan pendokong kepada setiap insan-insan. Tapi , apa kata kita memulakan daripada tepi.




Tepi ??




Yup ! Tepi ataupun nama romatiknya , di sisi. Kenapa ? Kerana setiap apa yang di sisi , boleh menjadi pemimpin dan pendokong. Tidak selalunya menjadi seperti di depan dan tidak pula selalunya menjadi seperti yang di belakang. Kan ?




Baiklah , setakat ini post ana. Kesimpulannya , antara kita hendaklah menjadi penasihat satu sama lain. Barulah hidup ini ada rencahnya. Sedap bila rencah sebati bersama-sama ^^ Cuba lah resepi ni !








Ma'assalamah Wa Ilalliqa`

Salam 'Alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^