Thursday, June 23, 2011

Apa Yang Untung ?

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh ~



Sehat antum muhadhir blog ana ? Syukran kerana masih sudi menghadhirkan diri ^^ pada sesiapa yang bersinggah , belom follow blog ana. Ana sangat-sangat mengharapkan kesudian antum untuk men'follow' blog ana. Syukran kathiran , uhibbukum fillah :)

Hari ni , sempena ana kebizian. Tidaklah ana nak panjangkan posting ana yang dah lama tak menjelma. Tapi sekadar perkongsian dalam hidup. Agak-agak macam diari la. :)

Semenjak beberapa hari ni, ana tidak selalu duduk di rumah. Ana tidaklah bekerja. Tetapi hanya mahu menolong ayah berjualan. Kerja jugak lah tu kan. Ayah bagi ruang niaga air kelapa depan gerainya. Pada mulanya , ruang niaga itu kepunyaan abang saudara ana , Abang Ale. Namun, mungkin dia mahu berbisnes yang lebih banyak untungnya, ana lah pengganti jual air kelapa dan goreng pisang disebabkan terlalu banyak permintaan mahukannya.

Ana mulakan hanya dengan berjualan air kelapa. Pisang goreng, tidak lagi kerana kebiasaannya Abang Ale akan menggoreng pisang diruang khemah. Jadi kalau untuk ana , satu masalahnya adalah mengangkat gas. Huhuhu :) Mungkin kalau kosong tong gas tu, ringan sikit untuk ana mengangkat. Mahu minta pertolongan ayah , ana merasa tidak mahu menyusahkan ayah. Jadi ana biarkan dulu.

Alhamdulillah, untuk permulaan perniagaan ana Allah nak uji. Ana tidak mendapat untung. Namun, ana ingatkan diri bahawa jangan putus asa. Keesokan harinya, ana orang singgah. Tapi dia tak nak beli pulak. Mungkin dia lihat takde pisang goreng. Dan ada juga yang bertanya semasa membeli air kelapa. Allahuakbar ! Ana rasa , ana perlu mempelbagaikan jualan. Hahaha :D Nampaknya sudah kembali cita-cita ana mahu berbisnes. Ana mula memikirkan sesuatu supaya bisa membuat keuntungan dalam perniagaan.

Bak kata ustaz ana , cuba rujuk dalam surah As-Saff ayat 10 11 dan 12. Ana suka pendapat ustaz "walaupun perniagaan itu pada pada sudut keimanan, kamu boleh praktikkan dalam bisnes kamu" wah , saya teruje ! Syukran ustaz.

Ibrahnya, ana akan mendapat keuntungan apabila keimanan sentiasa ada, mengingati Allah sentiasa perlu. Jangan tinggal solat !

Ha , sempena bulan Rejab , dan Ramadhan yang akan datang. Ana nak ajak sahabat antum semua jom kita semarakkannya. Ana cadang nak mulakan pembacaan Quran, dan khatamkannya dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah mendapat keberkatan. Ikhlas :) Sahabat ana, jom !

Ma'assalamah Wa Ilalliqa,

Assalamualaikumullah ~

Saturday, June 11, 2011

Cerita Hantu : Antara Seram , Takot Dan "Suka"

Salam sesejuk dingin tengahari ana mulai. Semoga antum sihat dalam lindungan Allah hendaknya , InsyaAllah :)

Posting kali ni , ana nak cerita sedikit tentang kisah-kisah yang hakikatnya berlaku kat sekeliling kita. Kisah apa ? Kisah HANTU. Bukanlah kisah hantu apapun , cumanya sedikit analisis atau pandangan ana tentang cerita-cerita hantu sebegini. Tidak kiralah samada ianya cerita dalam lakonan , mahupun cerita yang dikisah benarkan. Ataupun ia bercerita hanya rekaan benar-benar ! hehehe :D Jom kite terjah !

Antum sekalian , pernah tak tengok cerita hantu-hantu ni ? Kalau tanya ana , "uishhh , gile ke tak tengok ! mesti tengok maa. .tak lepas setiap babak" haha . itu bahasa kasor lee. .jangan ikot yee. .Ha , ni ana nak cerita. First time ana tengok cerita hantu paling seram masa darjah bape tah , ana pun tak ingat. .Tajuk cerita tu "Pengabdi Setan"
Kalau antum nak tengok , tekan je kat gambar atas nih. Kat youtube ada. Ayah yang kenalkan cerita ni kat kami sekeluarga. Waktu ni puasa , dah nak dekat raya tak silap ana lah. Kami ramai-ramai tengok dekat rumah nenek , pukul 1 atau 2 pagi gitu. Memang takut gaban bila tengok , mana taknye hantu betul-betul depan tv. huhuhu ~

Kemudian , berikutan cerita seram tu. Ana makin minat nak tengok lagi. Asal cerita hantu je , ana nak tengok. NAK je , kadang-kadang ada yang tak tertengok. hehe :D Cerita lain yang pernah ana tengok :

Sundal Bolong

Demon Wind

The Ring 2 (jepon)

Khurafat

Yang lawak pon tercalon cite hantu gak , Kak Limah Balik Rumah ! Klik je kalau nak tengok eh. .Banyak lagi cerita hantu yang dah diwujudkan. Oleh sapa ? Hantu tu jugak ke ? Hahaha :D siapa lagi , kalau tidak manusia yang membuatnya.

Apa Motif ?

Apa agaknya sebab mereka wujudkan cerita-cerita hantu ni ek ? "hantu memang wujud" , "realitinya makhluk-makhluk halus perlu diperkenalkan kepada mereka" , xkurang jugak "advanture" ! huhu. .memang agak "pengembaraan" , tapi betul tak kalau ana kata ia semata nak "melemahkan semangat anak-anak kecil" dan "semakin takut hantu , bukan takut tuhan".

Yelah , takat nak pegi tandas dalam bilik pun minta ibunya teman depan pintu pada pukul 5 petang ? apa kejadahnya ? Haa , ni para ibu. Ubah mind-set anak. Kalau anak sangat bawak anak tengok cerita hantu tu , pesan awal-awal. "takot Allah , jangan takot hantu sangat. Allah yang jaga kita , tapi kita pon kena berani. Kalau tak berani , hantu suka lah kacau kita." << berceramah pulak ibu. hehe :D

Hantu ni , sebenarnya dah di wujudkan oleh manusia sendiri. Hantu inilah yang telah digembar gemburkan bahawa ianya adalah makhluk yang menakutkan. Cuba tanya pada anak-anak kita semula , "adik takut hantu ke , takut syaitan ?" anak jawab , "adik takot hantu lah". Ha , sah-sah hantu yang ditakutkan daripada iblis syaitan. Manusia yang menceritakan , hantu adalah makhluk yang bahaya dan menakutkan. Allah kata , syaitan dan iblis adalah makhluk yang jahat dan dimurka Allah. Sedangkan HANTU dan IBLIS SYAITAN adalah sama.

"Syaitan jahat , adik kena lawan dia !"
"Hantu rambut panjang , mata merah , adik takut . ."

ibu-ibu , bapa-bapa , serta semuanya. Antumlah kena tukar semula mind-set anak-anak ini. Takkan sampai besar nanti kecut dengan HANTU ciptaan manusia ? Silap haribulan , kalau mereka jumpa HANTU tu. Mati terperanjat sebab dah takut sangat ? Jadi dari sini , mulalah takutkan anak kepada Allah. Ana tak kata tengok cerita tu salah sedangkan ana sendiri minat , lagi-lagi kalau aktiviti paranormal. Cumanya , sebagai umat Islam. Tiada apa yang perlu ditakutkan selain dari Allah. Dialah pencipta segalanya termasuk hantu yang sedang ketuk-ketuk pintu belakang rumah ! huhu :D

Apa yang penting , baca Al-quran selalu. Ingat Allah. Dekatkan diri kita agar kita tidak diganggu oleh makhluk-makhluk jahat tu.

Ma'asslamah Wa Ilalliqa'
Salam Alaykumullah ~


Nak Dudok Tengah Jugak Lah !

SALAM SEMANIS-MANIS KURMA , MADU , AISKRIM ~

erk ? cokelat nak masok sekali ke ? hehe ~

Kepada Muhadhir blog ana , malam ni ana gelar antum semua "kome" la ye. .idok pon , "para penyinggah" blog ana yang makin lame makin reput. .

Sebenarnya , ana jugak menyinggah ke blog sendiri setelah melewati blog2 rakan lain. .hehe ^^ seronok bace blog2 dakwah , blog2 ibrah dan ade jugak blog2 yang menceriakan suasana malam ataupun boleh dikire pagi-pagi buta. Nak kate buta , takde mate pulak. .hoho :D

Hmm , malam ni. .eh , salah ! Pagi bebuta ni ana dah terjah dah blog kesayangan ana. Amboi , dia buat gambaq baby. .bukan baby dia , baby orang lain. .hehehe. .ukhti ana ni , layan korea. .semua baby , baby korea je. .tapi ana rase kalau dia dah ada baby nanti. .mestilah gambar baby , eh silap. .melayu sikit "bayi" dia yang melekat kat blog tu. .hehe :) sukanya ana ~ (kenape la ana ni. .)

Tak lama tu , ana jenguk pulak blog ukhti sape tah nama dy. .hawa kot. .hehe. .dia cerita pasal mase die kecik-kecik laa ~ seronok-seronok. .

Dan yang sebenarnya , ana nak kabo kat sini. .ana rasa macam diorang tu best sangat gune line center je ni ~ cam cantek , tapi ke tengah sangat. .ana pon , mencuba la. .sekarang ni la ! nampak tak , nampak x ? hehe. .saje mengetest ! Sekarang dah besar-besar , tak suka dah duduk tengah-tengah. .suka duduk tepi sini , tak pon tepi sane (mane2 je la !) haha :D dulu kecik-kecik sebab takot , sume nak menyempit dekat tengah. .ana yang paling sulung , terpaksalah buat-buat berani kan. .hehe. .

jadi sampai sekarang tak takot ! :D iye la tu. .hehe. .

Ni kalau dah besar-besar nak duduk tengah , namanya nak manje-manje ~ tolonglah paham siket yee. .hehe. .



Aiwah , ana rasa sampai setakat ni lah nak duduk tengah. .besok2 kalau best lagi dok tengah , ajak ana sekali yee ~ boleh la kite berkelah same2 dalam blog ! hehehehe :D merepek ape aje la ana malam ni. .eh , salah. .pagi bebuta. .huhu. .




Semoga sehat semuanya , jenaka-jenaka jugak sedare. .jgn sampai lupe Allah taw ^^


Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam Alaykumullah ~

Thursday, June 9, 2011

Demam , Ujian Dan Nikmat Allah

Salam seindah ukhwah buat antum muhadhir blog ana. Keifa halukum ? Harap semuanya sihat dan dalam keadaan baik jua sentiasa mengingati Allah , InsyaAllah.


Ana tidak punya topik yang seronok untuk dibicarakan. Cuma sedikit yang berlaku di sekeliling ana. Cuba ibrahkan dengan apa yang berlaku.




DEMAM !!!!


Astaghfirullah. Berat rasanya nak bangun subuh pagi tadi. Badan dah merengkuk , sejuk satu badan. Menggigil seluruh anggota. Ana rasa seperti tak mahu turun daripada katil. Bayangkan bila mencecah lantai , Allahuakbar ~ Apapun , ana cuba bangun. Bila dah rasa lesu satu badan , otak pun menerawang apa yang ana buat malam tadi.


Pukul 4.oo pagi , ana dengar bunyi bising di atas siling. Dan tak semena-menanya ana menjerit. Sebab dalam fikiran ana , itu Abu ( kucing ana ). Memang pun dia. Tapi seisi rumah bangun bila ana menjerit. Ya Allah , macam mimpi. Ayah sampaikan nak bawa tangga tengok apa yang terjadi. Kemudian , ana kembali tidur.


Mengigau ? Kena sampuk ?


Pagi mula mencerahkan suasana. Adik ana mula bercerita apa yang berlaku awal pagi tadi.


"Kak , engkau yang tunjuk-tunjuk syiling. Takkan tak perasan"

Sepengetahuan ana , ana taklah tunjuk-tunjuk syiling. Ana hairan sungguh. Sudahlah tidak boleh fokus , nak buat sarapan pun lutut menggigil. Kemudian fikiran ana hanya menampakkan inilah kifarah tentang apa yang salah sudah dilakukan oleh ana. Ujian Allah untuk ana yang selalu alpa sebagai hambaNya. Tentang apa yang adik ana katakan , mungkin ana mengigau. hehehe :D tidak pun , kena sampuk ? sampuk ? Allah ~


Apapun jua , demam ini suatu nikmat jua bagi ana. Nikmat pada ujian yang Allah berikan untuk lebih mengingati Allah. Terima Kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk mengingatinya. Naudzubillah andai Dia tidak memberikan apa-apa ingatan. Astaghfirullah Al'Azim ~




Zikrillah Daeman , ya Sahabah !



Ma'assalamah wa Ilalliqa'

Salam Alaykumullah ~