Thursday, June 23, 2011

Apa Yang Untung ?

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh ~



Sehat antum muhadhir blog ana ? Syukran kerana masih sudi menghadhirkan diri ^^ pada sesiapa yang bersinggah , belom follow blog ana. Ana sangat-sangat mengharapkan kesudian antum untuk men'follow' blog ana. Syukran kathiran , uhibbukum fillah :)

Hari ni , sempena ana kebizian. Tidaklah ana nak panjangkan posting ana yang dah lama tak menjelma. Tapi sekadar perkongsian dalam hidup. Agak-agak macam diari la. :)

Semenjak beberapa hari ni, ana tidak selalu duduk di rumah. Ana tidaklah bekerja. Tetapi hanya mahu menolong ayah berjualan. Kerja jugak lah tu kan. Ayah bagi ruang niaga air kelapa depan gerainya. Pada mulanya , ruang niaga itu kepunyaan abang saudara ana , Abang Ale. Namun, mungkin dia mahu berbisnes yang lebih banyak untungnya, ana lah pengganti jual air kelapa dan goreng pisang disebabkan terlalu banyak permintaan mahukannya.

Ana mulakan hanya dengan berjualan air kelapa. Pisang goreng, tidak lagi kerana kebiasaannya Abang Ale akan menggoreng pisang diruang khemah. Jadi kalau untuk ana , satu masalahnya adalah mengangkat gas. Huhuhu :) Mungkin kalau kosong tong gas tu, ringan sikit untuk ana mengangkat. Mahu minta pertolongan ayah , ana merasa tidak mahu menyusahkan ayah. Jadi ana biarkan dulu.

Alhamdulillah, untuk permulaan perniagaan ana Allah nak uji. Ana tidak mendapat untung. Namun, ana ingatkan diri bahawa jangan putus asa. Keesokan harinya, ana orang singgah. Tapi dia tak nak beli pulak. Mungkin dia lihat takde pisang goreng. Dan ada juga yang bertanya semasa membeli air kelapa. Allahuakbar ! Ana rasa , ana perlu mempelbagaikan jualan. Hahaha :D Nampaknya sudah kembali cita-cita ana mahu berbisnes. Ana mula memikirkan sesuatu supaya bisa membuat keuntungan dalam perniagaan.

Bak kata ustaz ana , cuba rujuk dalam surah As-Saff ayat 10 11 dan 12. Ana suka pendapat ustaz "walaupun perniagaan itu pada pada sudut keimanan, kamu boleh praktikkan dalam bisnes kamu" wah , saya teruje ! Syukran ustaz.

Ibrahnya, ana akan mendapat keuntungan apabila keimanan sentiasa ada, mengingati Allah sentiasa perlu. Jangan tinggal solat !

Ha , sempena bulan Rejab , dan Ramadhan yang akan datang. Ana nak ajak sahabat antum semua jom kita semarakkannya. Ana cadang nak mulakan pembacaan Quran, dan khatamkannya dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah mendapat keberkatan. Ikhlas :) Sahabat ana, jom !

Ma'assalamah Wa Ilalliqa,

Assalamualaikumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^