Saturday, June 11, 2011

Cerita Hantu : Antara Seram , Takot Dan "Suka"

Salam sesejuk dingin tengahari ana mulai. Semoga antum sihat dalam lindungan Allah hendaknya , InsyaAllah :)

Posting kali ni , ana nak cerita sedikit tentang kisah-kisah yang hakikatnya berlaku kat sekeliling kita. Kisah apa ? Kisah HANTU. Bukanlah kisah hantu apapun , cumanya sedikit analisis atau pandangan ana tentang cerita-cerita hantu sebegini. Tidak kiralah samada ianya cerita dalam lakonan , mahupun cerita yang dikisah benarkan. Ataupun ia bercerita hanya rekaan benar-benar ! hehehe :D Jom kite terjah !

Antum sekalian , pernah tak tengok cerita hantu-hantu ni ? Kalau tanya ana , "uishhh , gile ke tak tengok ! mesti tengok maa. .tak lepas setiap babak" haha . itu bahasa kasor lee. .jangan ikot yee. .Ha , ni ana nak cerita. First time ana tengok cerita hantu paling seram masa darjah bape tah , ana pun tak ingat. .Tajuk cerita tu "Pengabdi Setan"
Kalau antum nak tengok , tekan je kat gambar atas nih. Kat youtube ada. Ayah yang kenalkan cerita ni kat kami sekeluarga. Waktu ni puasa , dah nak dekat raya tak silap ana lah. Kami ramai-ramai tengok dekat rumah nenek , pukul 1 atau 2 pagi gitu. Memang takut gaban bila tengok , mana taknye hantu betul-betul depan tv. huhuhu ~

Kemudian , berikutan cerita seram tu. Ana makin minat nak tengok lagi. Asal cerita hantu je , ana nak tengok. NAK je , kadang-kadang ada yang tak tertengok. hehe :D Cerita lain yang pernah ana tengok :

Sundal Bolong

Demon Wind

The Ring 2 (jepon)

Khurafat

Yang lawak pon tercalon cite hantu gak , Kak Limah Balik Rumah ! Klik je kalau nak tengok eh. .Banyak lagi cerita hantu yang dah diwujudkan. Oleh sapa ? Hantu tu jugak ke ? Hahaha :D siapa lagi , kalau tidak manusia yang membuatnya.

Apa Motif ?

Apa agaknya sebab mereka wujudkan cerita-cerita hantu ni ek ? "hantu memang wujud" , "realitinya makhluk-makhluk halus perlu diperkenalkan kepada mereka" , xkurang jugak "advanture" ! huhu. .memang agak "pengembaraan" , tapi betul tak kalau ana kata ia semata nak "melemahkan semangat anak-anak kecil" dan "semakin takut hantu , bukan takut tuhan".

Yelah , takat nak pegi tandas dalam bilik pun minta ibunya teman depan pintu pada pukul 5 petang ? apa kejadahnya ? Haa , ni para ibu. Ubah mind-set anak. Kalau anak sangat bawak anak tengok cerita hantu tu , pesan awal-awal. "takot Allah , jangan takot hantu sangat. Allah yang jaga kita , tapi kita pon kena berani. Kalau tak berani , hantu suka lah kacau kita." << berceramah pulak ibu. hehe :D

Hantu ni , sebenarnya dah di wujudkan oleh manusia sendiri. Hantu inilah yang telah digembar gemburkan bahawa ianya adalah makhluk yang menakutkan. Cuba tanya pada anak-anak kita semula , "adik takut hantu ke , takut syaitan ?" anak jawab , "adik takot hantu lah". Ha , sah-sah hantu yang ditakutkan daripada iblis syaitan. Manusia yang menceritakan , hantu adalah makhluk yang bahaya dan menakutkan. Allah kata , syaitan dan iblis adalah makhluk yang jahat dan dimurka Allah. Sedangkan HANTU dan IBLIS SYAITAN adalah sama.

"Syaitan jahat , adik kena lawan dia !"
"Hantu rambut panjang , mata merah , adik takut . ."

ibu-ibu , bapa-bapa , serta semuanya. Antumlah kena tukar semula mind-set anak-anak ini. Takkan sampai besar nanti kecut dengan HANTU ciptaan manusia ? Silap haribulan , kalau mereka jumpa HANTU tu. Mati terperanjat sebab dah takut sangat ? Jadi dari sini , mulalah takutkan anak kepada Allah. Ana tak kata tengok cerita tu salah sedangkan ana sendiri minat , lagi-lagi kalau aktiviti paranormal. Cumanya , sebagai umat Islam. Tiada apa yang perlu ditakutkan selain dari Allah. Dialah pencipta segalanya termasuk hantu yang sedang ketuk-ketuk pintu belakang rumah ! huhu :D

Apa yang penting , baca Al-quran selalu. Ingat Allah. Dekatkan diri kita agar kita tidak diganggu oleh makhluk-makhluk jahat tu.

Ma'asslamah Wa Ilalliqa'
Salam Alaykumullah ~


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^