Thursday, June 9, 2011

Demam , Ujian Dan Nikmat Allah

Salam seindah ukhwah buat antum muhadhir blog ana. Keifa halukum ? Harap semuanya sihat dan dalam keadaan baik jua sentiasa mengingati Allah , InsyaAllah.


Ana tidak punya topik yang seronok untuk dibicarakan. Cuma sedikit yang berlaku di sekeliling ana. Cuba ibrahkan dengan apa yang berlaku.




DEMAM !!!!


Astaghfirullah. Berat rasanya nak bangun subuh pagi tadi. Badan dah merengkuk , sejuk satu badan. Menggigil seluruh anggota. Ana rasa seperti tak mahu turun daripada katil. Bayangkan bila mencecah lantai , Allahuakbar ~ Apapun , ana cuba bangun. Bila dah rasa lesu satu badan , otak pun menerawang apa yang ana buat malam tadi.


Pukul 4.oo pagi , ana dengar bunyi bising di atas siling. Dan tak semena-menanya ana menjerit. Sebab dalam fikiran ana , itu Abu ( kucing ana ). Memang pun dia. Tapi seisi rumah bangun bila ana menjerit. Ya Allah , macam mimpi. Ayah sampaikan nak bawa tangga tengok apa yang terjadi. Kemudian , ana kembali tidur.


Mengigau ? Kena sampuk ?


Pagi mula mencerahkan suasana. Adik ana mula bercerita apa yang berlaku awal pagi tadi.


"Kak , engkau yang tunjuk-tunjuk syiling. Takkan tak perasan"

Sepengetahuan ana , ana taklah tunjuk-tunjuk syiling. Ana hairan sungguh. Sudahlah tidak boleh fokus , nak buat sarapan pun lutut menggigil. Kemudian fikiran ana hanya menampakkan inilah kifarah tentang apa yang salah sudah dilakukan oleh ana. Ujian Allah untuk ana yang selalu alpa sebagai hambaNya. Tentang apa yang adik ana katakan , mungkin ana mengigau. hehehe :D tidak pun , kena sampuk ? sampuk ? Allah ~


Apapun jua , demam ini suatu nikmat jua bagi ana. Nikmat pada ujian yang Allah berikan untuk lebih mengingati Allah. Terima Kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk mengingatinya. Naudzubillah andai Dia tidak memberikan apa-apa ingatan. Astaghfirullah Al'Azim ~




Zikrillah Daeman , ya Sahabah !



Ma'assalamah wa Ilalliqa'

Salam Alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^