Tuesday, July 12, 2011

Pemuat Barisan Rakyat



Aku tidak pernah mencelah

Tentang langsung soal politik

Yang ku tahu hanya membenci

Susuk tampang yang tidak berhati

Memakan harta rakyat seperti duti


Ku ikuti sambil mulut membisu

Malas mencanang hal ehwal sang kutu

Masih dalam atma Nik Aziz yang ku mahu

Menjadi pemimpin penggerak Islam dahulu

Akanku langkah bangun bersamamu


Semakin hari semakin kelaparan

Simpati diri melihat mereka kebuluran

Kekurangan ketiadaan kerana harga dinaikkan

Aku benci ketidakadilan

Aku benci mereka ditindaskan


Sahutanku kali ini menggerak sasa

Menyiapkan segagah atma

Ilmu ku dokong sebagai perisai dada

Islam ku sanjung menjadi bendera

Allah ku taat , Dia penguat keyakinan cinta


Berdentum suara bak halilintar di langitan

Laungan rakyat meminta keadilan

Aku waja jalanan

Akulah pemuat barisan

Korupsi dunia , rakyat hancurkan !

Biar bersih negara , selamanya aman.


Biarpun diasak dengan tendangan kasar

Tidak menjauh bukan bermakna lebih besar

Tapi renjatan membuat tiada yang gusar

Memarak diulung meski ditembak kepedihan

Rakyat memantul masih ke depan.


Aku dan kau juga dia,

Adalah pemuat barisan rakyat !


TAHNIAH !

Sunday, July 10, 2011

Perjuangan Demi Keadilan [edisi huruf kecil]

salam seindah ukhwah buat muhadhir blog ana.

apa khabar antum sekalian ? harapnya sihat dan semoga sentiasa dibawah lindungan Maha Besar Allah. posting ana kali ini, semungkinnya pasti ada yang tidak bersetuju. pasti jua ada yang sedia menyokongnya. apapun, ana jua ada hak kebebasan bersuara sebagai rakyat walaupun diri ini belum layak mengundi. semoga posting kali ini sedia memberi banyak maksud pada antum sekalian.

untuk pertama kalinya, ana menyertai sebuah perhimpunan aman yang dimaksudkan oleh rakyat, namun haram yang diertikan oleh golongan yang senang. BERSIH 2.0 pada tanggal 9 julai 2011 sangat memberi sejarah pada ana.

ana ini bukanlah seorang yang mengambil kepentingan atas semua ini sebelum melalui pembelajaran di sebuah institusi barakah. namun kini ana merasainya, ana melaluinya bersama sahabat yang merupakan rakyat bernama rakyat. sebenarnya ana tidak kesah apapun tentang bersih 2.0 ni. ana pun merasakan tidak ada apa dalam bersih 2.0 ini. ana menyokongnya tanpa mengetahui apa yang diperjuangkan. dan ana langsung tidak mengetahui siapa dan siapa yang terlibat. semakin hari , jam dan saat detik berlalu terus berlalu. harga minyak naik, harga gula naik. polis semakin ganas meng'aman'kan rakyat. namun rakyat tidaklah merasa aman apabila berdepan dengannya walaupun tidak punya sebarang kesalahan.

ana mula meneliti sisipan bersih 2.0. melihat kepuncaan apa yang mereka mahukan sehingga mahu sekali lagi bersih ini dihimpunkan. 8 tuntutan didalam bersih. mantap dan sangat diperlukan rakyat. ana yang sedia tahu puak-puak BN UMNO ini adalah sebuah puak yang sangat tidak menyenangkan rakyat bernama rakyat. semakin hari, ana meminati dan tertarik pada bersih 2.0. ana melanjutkan cita-cita untuk bersama mereka menuntut keadilan. meskipun ada yang berkata keadilan boleh dituntut melalui musyawarah, tapi musyawarah sudah tidak releven pada mereka puak pengampu. semua yang didepan mata adalah pendusta.

mengenali DPP dan NISA' , ana menghadirkan diri meskipun sebenarnya amat pemalu untuk bersemuka dengan mereka. malu kerana sebelum ini ana tidak pernah menyertai perjuangan mereka. malu kerana selama ini ana hanya menyokong dibalik kesenangan. hanya bersama kata-kata yang tidak dikota. namun kehadiran ana sangat disambut baik oleh kakak-kakak NISA'. keramahan dan kelembutan mereka amat-amat menarik cinta kepada perjuangan mereka.

dan kisahnya bermula. . . . . . .

ana dan 6 orang lagi sahabat nisa' bergerak dari rumah seorang ukht nisa' , kak aimi. bersama 3 kenderaan, kami bergerak pada haluan yang berbeza. menyediakan strategi untuk memasuki kuala lumpur yang dikatakan sudah ditutup jalan-jalannya. alhamdulillah, akhirnya kami selamat memasuki ke bandaraya kuala lumpur bersama jalan-jalan yang sudah Allah persiapkan. melangkah ke pusat penginapan dengan segera meskipun ramai special branch berada di sekitar situ.

sebaik memasuki bilik penginapan, alhamdulillah sekali lagi kami selesa. tapi beringat kami, selesa ini adalah ujian untuk sukar esok. ingat Allah daeman. selepas maghrib, kami diberitahu kemungkinan polis akan membuat serbuan atau spotcheck bilik ke bilik. alhamdulillah untuk seinfinitinya, kami tidak punya unsur apa-apa tentang bersih melainkan headband. itupun, Allah menakdirkan ianya diletakkan di bawah katil. hehehe. .ana pun menunggu la kalau-kalau ada polis datang ketok-ketok bilik. dekat 11.30 malam, mata semakin ngantok. kakak-kakak nisa' yang mulanya mahu mengikuti rancangan di televisyen sudah lena mendamaikan diri di atas katil yang empuk. ana yang sedang memesej dengan pejuang bersih 2.0 juga ingin melelapkan mata.

12.10 pagi , 9 julai 2011. pintu bilik kami diketuk ganas. seorang kakak nisa' mengintai siapakah gerangannya. "polis-polis. .cepat pakai tudung" ana yang terbangun bersama mamai-mamai terus mengambil tudung. kak zan , ukht nisa' segera mengelak sedikit pintu bilik. polis mula menyoal siasat kak zan DENGAN KASAR. tapi kak zan cuba selembut-lembutnya berhadapan dengan polis. diminta kad pengenalan, namun kak zan hanya memberikan tunjuk pada mereka. tidak diterima pada mereka. bila diminta kad kuasa, hanya beberapa polis yang menunjukkannya. yang lain sudah mencabutkan diri. yang tak boleh BLAHHHH nya apabila polis berkenaan berkalam seperti ini "saya polis, saya ada kuasa. samada awak nak beri atau saya bawak awak semua ke balai." tidak terkira bencinya ana pada sikap angkuh si polis. ana kira keangkuhan itu berada diatas nama "kuasa" yang mereka pula rasa lebih hebat daripada kuasa SANG PENCIPTA ! qunut nazilah serta ayat-ayat Allah kami bersama alunkan di bibir lestari, di hati nurani. Ihzimhum Ya Allah !!

selesai berbicara, polis perempuan masuk ke bilik untuk check beg-beg kami. alhamdulillah, polis tidak jumpa apa-apa yang mencurigakan. ucapan terima kasih diberikan, kami menerima dengan senyuman ikhlas. ana panjat setinggi-tinggi syukur pada Allah, tangisan ini bukan kerana gembira berjaya kaburi polis, tapi gembira kerana Allah menolong kami dari mulanya perjalanan kami sehingga malam itu. namun mungkinkah semasa berhimpun kami nanti selamat juga ? Allah bersama kami, bersama kami yang menjunjung erti kebenaran dan keadilan. kak zan yang bermati-matian memberi kekata pada rejim polis laknatullah akibat hasil kekejaman mereka, turut mencari tangis kesyukuran atas kudrat Allah yang membantu kudratnya. Juga buat semua akhwat nisa' di situ, bersujud syukur. tidak sampai 5 minit, polis datang semula mahu check kereta. alhamdulillah, sekali lagi rejim polis laknatullah akibat hasil kekejaman mereka kecewa tidak peroleh sebarang bukti.

pagi mula dicurahkan cahaya, kuala lumpur mula mencerah seperti biasa. yang tak biasanya hanyalah, kekosongan pada bandaranya yang sangat sibuk kebiasaannya menjadi luar kebiasaan. di luar pusat penginapan kami, polis beratur panjang. akan menahan sesiapa sahaja yang mereka syaki sebagai penuntut bersih 2.0. terutamanya muslimah. yang bertudung labuh inilah yang mereka syaki penuntut bersih 2.0. apa maksudnya ? ANDA PASTI PAHAM ! akhirnya kami diberi arahan oleh muslimin agar tidak keluar-keluar dari bilik. kerana special branch sudah menunggu di lobi hotel. kami bersarapan roti dan jam kaya. isi perut. alhamdulillah, masih hidup.

setelah mendapat arahan keluar secara berdua bertiga, ana dan kak zan memulai langkah bersama. dengan gaya yang ceria meskipun debar bergelora didada. masyaallah ! sungguh hebat bila nama Allah disebut, ketenangan menyerap-serap ke dalam diri. ada juga terlihat dua pemuda, dua pemuda. "kita ikut budak laki ni." kak zan berbicara seperti seorang penuntun yang baik. team nisa' yang lain mengikuti haluan yang berbeza. alhamdulillah, kami bersama kak faizah dan kak min dihadapan masjid jamek. terkilannya ana apabila masjid sudah dikunci oleh rejim polis laknatullah akibat kezaliman mereka mengurung sebahagian yang sedang solat didalamnya. MENGURUNG YANG SEDANG SOLAT DI DALAM MASJID, harap maklum ! kami terus mengikuti segerombolan penuntut bersih berjalan menuju ke jalan hang jebat bersama hujan. HUJAN, harap maklum ! alhamdulillah, hujan telah Allah limpahkan di kuala lumpur. kemudian kami bertemu semula bersama-sama. duduk seketika sambil menikmati aiskerim. agak popular lah pulak team nisa' kuala langat makan aiskerim dalam hujan, dalam walk for democracy. dengan keadaan yang ceria.

bersama dr hatta, bersama berarak sambil melaungkan reformasi ! REFORMASI ! menggegar seluruh ruang jiwa-jiwa insan yang menuntut keadilan rakyat. ke puduraya, walaupun kaki sudah penat. "Ya Allah, Kau sahaja yang memberi kekuatan. Maka kuatkanlah kakiku untuk terus berjalan bersama keadilan." sebelum sampai ke puduraya, kami sudah ditembak gas pemedih mata. ALLAHUAKBAR ! mata ana pedih, dan pastinya mata mereka penuntut bersih 2.0 pedih. apapun ana terus melintasi asap berkepul-kepul itu terpisah seketika dengan kak zan. garam menjadi penawar. lawak seketika, kak zan diberi garam. mungkin oleh kerana sudah tidak tahan kepedihan, disuap segenggam garam. hehehe. .ampun kak zan. kami terus bergerak ke stadium merdeka. penat, jangan dibicara. kerana bila mengadu penat, maka makin penatlah kita. ana diberitakan, air water cannon sudah disembur sebelum kami sampai di puduraya. FRU sangat kejam.




kemudian kami terus berarak ke KLCC. jauh, namun memaksa kegagahan kaki untuk terus berjalan. berhenti di KLCC, di kaki lima, kami menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. solat zohor dan berdoa agar rejim UMNO BN jatuh ! kemudian kami berhimpun dihadapan klcc, mendengar ucapan pejuang tertinggi bersih 2.0. amat malang sekali apabila rejim polis laknatullah akibat kezaliman mereka melegarkan helikopter agar rakyat tidak bisa mendengar ucapan pejuang tertinggi berucap. ZALIM LAKNATULLAH ! di situ sudah menampakkan mereka kecut ! Kemudian FRU dan polis datang menyerbu. kami berarak laju menuju ke tepi-tepi bangunan TANPA MENCACATKAN SEDIKIT PUN BANGUNAN TERSEBUT.

Singgah kemudian di kedai mamak, membeli minuman. sambil berkata "mak cik , banyak untung ?". "dari pagi kedai tak kosong." .ADA YANG NAK MENIPU KATA KEDAI ALAMI KERUGIAN ? penuntut bersih 2.0 yang menguntungkan. kemudian kami dipanggil semula muslimin untuk menunggu di bangunan evenue k, agak simpati muslimin yang menjaga kami. kami meninggalkannya jauh. huhu. kemudian mengambil jalan untuk pulang. secara berdua-dua. ana bersama kak faizah terus berada di belakang beberapa meter daripada kak zan dan kak aya. adalah jugak kehilangan mereka, di depan-depan FRU buat-buat selamba sumbu. hehehe. kemudian terus berjalan sehingga ke stesen monorel bukit nenas. menaikinya sehingga ke stesen monorel medan tunku. dan berjalan secara selamat ke hotel. walaupun dari jauh sudah kelihatan polis. alhamdulillah seinfinitinya kami selamat. SEMUA INI ATAS KUDRAT ALLAH !

syukran kepada team nisa' , kak zan , kak faizah , kak min , kak aimi , kak aya , kak lin dan sahabat ana naz juga buat muslimin@DPP yang sentiasa menjaga kam. bersama berjuang. semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah. Istiqamah, semoga kita terus ISTIQAMAH. InsyaAllah kalau ada lagi bersih 3.0 , ana nak turut serta. bukan sengaja, namun sedar sebagai rakyat bernama rakyat ! Takbir !
















InsyaAllah kita berjumpa lagi dalam perjuangan-perjuangan yang akan datang.

Ma'assalamah wa Ilalliqa',
Assalamualaikumullahi alayk ~

Thursday, July 7, 2011

Cuma Aku




Salam Seindah Ukhwah buat antum sekalian :)

Semoga hari ini bertambah tenang ada dalam diri , moga jua hari ini iman semakin bertambah dalam hati. Dan , dan , dan. . . .semoga hari-hari esok bakal bertambah-tambah ! Ameen ~

Sihat semua ? Ana sehat. .eh , antum xtanye ana dah jawab. .hehe :D Harapnya kalian sihatlah , ye ?

Nak cerita tentang 'SYOK SENDIRI' !


Eh ? Kenapa tiba-tiba lak ni en. Tak de udara , tak de angin , ade pulak helikopter muncul. (ape bondo ana merepek nih !).

Ha , takde la serius mana cerita ni. Ana nak bawak satu kisah benar. Benar yang agak-agak tipu sikit. hehe :) Terpulang nak percaya atau tidak. Ana tak kesah lah ! huhu. .

Macam ni, ana adalah berkawan dengan seorang tu. Cukup ana panggilnya sahabat. Sebab ana sayang dia , cinta dia , suka dia kerana dia sahabat ana. PAHAM ? Kalau ada yang tidak terang , meh ana suluhkan. Maksud ana di sini, ana mencintainya, menyayanginya dan juga menyukainya kerana atas nama sahabat. Bukan kekasih, atau berangkat-angkat atau melambung-lambung. Ceritanya (ana yang cerita) , ana sudah lama memerhati sahabat ini semenjak berabad lamanya. Ceh , takdelah ! Ana meminati wataknya, peribadinya semenjak ana menuntut di sebuah institusi istimewa (bagi ana la..). Tapi tak pernah tegur dia pun face to face , mahupun FB to FB. hehe. .Sehinggalah semenjak dua tiga empat menjak ni, dia telah menegur ana FB to FB. Eh , eh , eh ? :)


Mula-mula , terujalah jugak. Sebab orang yang kita dok perati lama, tegur. Tapi ana sebenarnya malas nak terjatuh hati ke, menjatuhkan hati ke ataupun dijatuhkan hati. Sebab ana tak sanggup dah untuk ke sejuta kalinya. Peh , macam betul pulak. hehe. .Jadi ana sekadar menganggapnya kawan, sahabat atau teman yang boleh bawak bicara. Asalkan tidak sampai melanggar tatasusila. Bukan tatasusila negara, tapi tatasusila maruah seorang perempuan. Sebulan , dua bulan , tiga bulan dan bulan-bulan yang akan muncul setiap malam dalam kehidupan ana, ana rasakan o.O ? ataupun kalau nak diterjemah dalam perkataan adalah "entahlah. . .". Ana sendiri tak tahu nak kata apa tentang ana sendiri. Ataupun tentang dia.


Dia ni okey la. .Sahabat ana ni ceria, Alhamdulillah. Tapi setahu ana dia ni mungkin dah takda 'awek' kot. Sebab dulu status sahabat ni, in relationship bersama seseorang. Tapi sekarang takde dah. Then, sahabat ana ni bagitau kat ana. Dia sebenarnya dah lama dah dengan 'awek' dia. Dekat 4 tahun.


4 TAHUN ????


Lama tu. .Ana dengar dengan hati terbuka. "oh. ." itu saja yang mampu ana katakan. Dia pun tak sanggup nak lepaskan. Sebab mereka menjarak hanya kerana si gadis mahu struggle dalam exam. Alamak , ana pulak yang tak menentu. Kenapa ana ? Mengapakah ? Oh TIDAK ! huhu. .Ana mula tak menghiraukan dia. Kesian sahabat ana. Ana dah kata takda simpan perasaan apa-apa, ana pulak yang over. huhu. .

Tak mengapalah. Mungkin cuma ana yang syok sendiri. Hari ni, ana akui memang ana pernah minat dia. Suka dia. Cinta dia ? Ahahaha. .yang itu ana nak simpan untuk suami tercinta. Biarlah ana. Cuma ana yang syok sendiri. Best jugak ! hehehe :) Sekarang, ana masih berhubung dengannya. Cuma makin senyap. Oh , lupa. Ana nak jadi penyenyap kan. Di atas pemergian cinta ana pada seorang insan yang sudah mendakap impian baru. Hmm. .ana hadiahkan untuk sahabat ana ini juga dengan senyuman. Ubat hatiku yang rawan. Cewah ayat !

Hmm , in fact. .this nothing. Tak ada apa pun, cuma merepek dari ana sahaja. Nak ibrah ? Ibrahnya, pendam je la kalau ada minat kat orang tu. Kalau tau dia ada teman lain ke, at least kita tau kita ni tak mengharap apa pun daripada dia. Cuma suka-suka je. Think positive :) U can do it. .(ceh , speaking. .) Ha , lupa pulak result MUET ana dah keluar. Eh , tapi rasa macam ana dah bagitau kat posting lepas. Em, apapun Alhamdulillah. ! Dah nama pun orang jawa kan. .hehehehe :D Okey , semoga berjumpa lagi di lain waktu. Ana sediakan lagu Heliza Helmi untuk santapan deria dengar antum ye. .Terimalah "Cuma Aku". .by clicking the word. .dengor kat utube jo lah ye yoep ! hehe. .


Ma'assalamah Wa Ilalliqa'

Salam alaykumullah ~

Wednesday, July 6, 2011

Kerana Penasaran, Aku Jadi Bisu

Salam Seindah Ukhwah

Semoga pagi ini , petang ini mahupun malam ini , antum semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik-baik dalam jagaan Allah. Alhamdulillah , ketika ini ana merasakan tenang. Walaupun ana kira sekejap sahaja ketenangan itu bersinggah , meskipun ada lagi gundah yang akan melanda. Biasalah tu kawan. . .Apapun , senyuman anda amat diperlukan dalam berjuang menempuh hidup seharian sehingga Allah mengambil nafas ini nanti.

Minggu Penyenyap !

Ana sediakan minggu ni untuk ana jadi pendiam. Eh , boleh ke ? Boleh la kot. Bukan senyap apa , ana cuma mungkin tidak mahu ambil tahu sebanyak-banyaknya tentang sesuatu yang pasti akan membuat ana tak sedap hati , tak senang duduk. Tak senang nak tidur. Tidur jugak ana letak. .hehe.

Sebab apa ? Mungkin kerana ana merasakan terlalu bersalah bila ana menuturkan bicara-bicara yang terkeluar daripada mulut ana ni. Hmm. .antaranya kepada siapa , tidak perlulah ianya diawamkan. Cukuplah sekadar mengetahui , mereka-mereka itulah orang yang paling ana sayang. Cukup-cukup sayang. Biarlah ana yang lebih rela mendengar , menerima apa sahaja yang diberikan daripada mereka. Samada ianya manis ataupun manis. This is bittersweet life. Macam cerita Korea tu. .huhu. .

Mungkin sebab penyenyap ni jugak, Alhamdulillah ana merasakan damai di antaranya. Lagi-lagi Ramadhan dah nak mula, ana perlukan semangat yang berkobar-kobar ! Tak sabar rasanya. Mari kalian bersama-sama kita khatam Quran Ramadhan nanti. Berkat Allah melimpah ruah tau !

Kemudian ketenangan yang selama ini antum cari-cari tu , mungkin akan terbit di dalam bulan barakah tu. InsyaAllah. Allah sayang hamba-hambaNya. Dia tahu yang mana terbaik buat hamba-hambaNya. Cuma kita perlulah sentiasa bersyukur. Jangan kufur. Bila ada ujian , sambutnya dengan positif. Anggap hikmah berada di sekeliling kita. Kalau ada yang bermasam dengan kita , hadiahkannya senyuman ikhlas. Kerana yang ikhlas itulah biasanya menjadi penyelamat terulung. Eh, dah macam main game Empires and Allies pulak ..hehe



InsyaAllah semoga ana dapat menyediakan kisah kehidupan ana dengan lebih menarik , advance dan meletop ! KEBABOMM ! kehkehkeh. .Tunggu cerita ana selepas ini. Ada yang lagi menarik !


Ma'assalamah Wa Ilalliqa'. .

Assalamualaikumullahi alaik ~

Friday, July 1, 2011

Tak Perlulah Menangis. . . .

Salam secerah sang mentari menyuluh bumi. Moga siang tidaklah selalunya terik dan berbahang. Harap awan selalu berada menenteramkan lagi kehidupan.


Ana lama tak memposting.


Dan hari ini ana nak memposting.


Tapi posting ana hari ini tidak berbaur keindahan yang melampau. Untuk sikit , boleh laa. .


Apa yang ana nak cakap kat sini adalah , sesuatu yang sulit. Tapi bukan rahsia. Cuma sukar sedikit. Bagi ana , tapi bukan bagi antum.


Ceritanya agak cantik , tapi ana bosan nak cerita. Tapi ana nak cerita , sebab cantik sikit bagi ana.


Kalau ana nak cerita mungkin makan masa yang lama. Tapi ana rasa ana nak pendekkan sependeknya. Sebab kalau pendek saja , mesti lama jugak dimakan.


Bermulalah cerita ana , sediakan tisu untuk mengelap. Mengelap apa ? Lap lah apa-apa yang mencelakan wajah , tangan atau PC yang ada didepan antum semua.


Ana rasa ana sudah sedia untuk bercerita. Jadi sediakah anda ?


Ana rasa ana tidak perlu menunggu kesediaan antum. Sebab sebaik antum bukak blog ana , tulisan ini sudah sedia ada bukan ?


Jadi , inilah cerita ana. . . . .


Seseorang yang pernah menanam rasa cinta dan impian , dan ana sudah menyuburkannya. Terkubur di tepi jalan. Siapa yang meninggal ? Cinta ana kepadanya. Ana tak perlu menanamnya sehingga 7 kaki dalam. Cukup untuk 7 inci jari kelingking ana. Bunga kemboja ana jadikan nisan. Ana tinggalkan nota , semoga dirinya sentiasa berbahagia bersama impian barunya. Ana redha apa sahaja. Terima kasih memberikan segenap ruang untuk ana mengenali sebuah cinta yang tidak pernah ana jumpa.




Dan itulah cerita sependek-pendek cerita. Kalian tidak perlulah mengibrahkannya. Tapi kalau nak pun apa salahnya.


Bagi ana , jodoh itu semua ditangan Allah. Allah saja berhak menentukan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita.


Ana balas dengan senyuman :) Tak perlulah air mata yang mencucuri dan mencela wajah.


Ma'assalamah Wa Ilalliqa'


Assalamualaikum. . .