Friday, October 28, 2011

Kerinduan Yang Teramat Untuknya

Assalamualaikum buat muhadhir blog ana. Lamanya ana tak meniti lalu menukilkan apa-apa pada wajah blog ana ni. Sunyi sepi sungguh walaupun sebenarnya memang sunyi selalu. Ana lah penterjah tetap blog ana sendiri. hehehehe :D

Alhamdulillah, buat awwalan ana kembali ke dunia blogging ni. Syukur ana panjatkan pada TUHAN ana, Tuhan sekelian makhluk kerana telah masih memberikan ana nafas untuk terus hidup dan menyiapkan diri sebagai seorang hambaNya. Ini bermakna ana masih ada ruang lagi untuk mengislah diri yang makin lama makin ana rasa kosong. InsyaAllah, masih ada ruang lagi.

TAPI,

Yang sebenarnya ana tak mampu sendiri dalam menempuh ranjau-ranjau hidup ni. selepas ana mengenalinya, ana tak sanggup berpisah dengannya. Cinta ana dalam untuknya. Rindu ana amat teramat untuknya. Dan ana pohon cinta dan rindu ini, ana susurkan untuk meraih cinta Allah.

Tanggal 26 Oktober 2011,
Ana berangkat utk meninggalkan Ehya Asshariff. Bukan Ehya Asshariff yang sedih sangat ana nak tinggalkan. Tapi ukhti kesayangan ana sorang ni "si kechit". huhuhu. . .sepatutnya ana habis STAM pd 19 Oktober haritu. Kemudian, cadangnya ana nak la jalan-jalan ke Bukit Merah. Dalam waktu sama, sekolah ada buat rombongan ke Kedah dan Perlis. Ukhti pergi rombongan, ana pergi Bukit Merah. Hmm, ana rawan nak meninggalkan dia sebenarnya. Jadi ana amek decision, ana sertai rombongan, biarlah kali terakhir dapat ana jalan-jalan dengan dia. Ana tak dapat bagi apa-apa macam orang lain bagi kat pasangannya. Cukup apa yang ada pada ana, iaitu sesuatu yang memberi kesan dalam hatinya iaitu sebuah memori yang tak mungkin sama dengan orang lain.

Alhamdulillah, sepanjang berjalan memang ana dengan dia je. Berpaut ke mana-mana dengan dia. Ana rasa ia terisi. Kami ziarah ke Padang Besar, membeli-belah. Beli blouse sama-sama. Beli key-chain sama-sama. Key-shain bukan key-chain yg comel2 gambar teddy bear ke ape ke. Dia pilih patung tali yang kepala besar tu, watak ahli sihir pegang penyapu. Muka tentu-tentu la comel. Tertarik jugak, tapi ana lagi tertarik dengan gelagat dia. yelah, bila lagi ana nak jumpa zaman dia budak-budak kan. Rindu ~ Dan hari mahu pulang ke asrama semula dari rombongan, sayang ana dah muram monyok. Sebab ana nak balik hari Isnin (time tu Ahad), dia yang kekal kat sisi ana, diam membisu. Aduhai sayang, ana tak tenang bila dia membisu. Apapun, ana cuba untuk menceriakan suasana, hidupkan mood dia balik.

Dan mulalah Isnin yang mencerah, memang cadang ana nak balik. Tapi ana dah tukar plan, sejak malam tadi. Ana khabarkan pada sahabat ana, ana tak jadi ikut mereka. Jadi ana mahu menginap di asrama untuk beberapa ketika. Niat utama, ana tak bersedia berjauhan dengan dia. Dan kemudian ana khabarkan pada semua, ana pulang ke rumah hari Selasa. Wah, semua duk sibuk percaya. Niat ana bukan sengaja nak kelentong yee. .ana buat sengaja nak bagi suprise kat dia yang sebenarnya ana balik Rabu sebab ada sebab. :) Untuk hari-hari terakhir yang mereka sangkakan ana pulang, kami macam tak nak berpisah. Mana-mana, dia kawal ketat diri ni. Bukan tak bagi ke mana-mana, tapi untuk ana tetap bersamanya. Bukan baru tahu dia sayang ana, tapi ana terharu dia masih menyayangi ana. Rasa nak nangis waktu-waktu dia tarik tangan ana macam budak kecik tarik kakak dia suruh temankan dia nak pergi ke mana-mana. Kalau ikutkan hati ana, biar ana dakap pulak dia. Tak longgar sikit pun. Tapi sengaja ana tak buat, sebab ana tak nak ana yang nangis depan dia. Kalau ana tak kuat, siapa lagi yang nak kuatkan dia ? Jadi analah yang kena tabah. . .

Selasa menjelma, semua ingat ana dah balik kut. . .ana pun duk bilik diam je. Tak sangka pulak, lepas Zohor budak kechit tu mai bilik ana. Muka tak nampak terkejut pun, tapi tak tahu la hati dia. Apapun, ana tengok dia senang bila ana masih ada kat Ehya tu. :) Dan esoknya, terpaksa ana mengangkat kaki meninggalkan Ehya tu jugak. Sebelum tu, ana melangkah masuk ke biliknya. Matanya mengintai ana, lepas tu terus menekup muka ke meja study. Ana ingat sekejap je, rupanya tak angkat-angkat kepala tu. Tahulah ana bahawa hatinya luluh. Ana ambil posisi di sebelahnya. Ana angkat wajahnya, wajah yang bakal ana rindui sangat-sangat. Dia membisu, ana yang rawan. Ya, ana rawan dengan kebisuannya. Ana dakap tubuhnya, ana tahu ada bahasa jiwa dan bicara hati yang kami sedang ungkapkan. Ana tak dapat menahan air mata ni. Titis demi titis ia jatuh ke bahunya. Alhamdulillah, sehingga ana melangkah kaki ke dalam bas, dia sungguh menemani ana. Maka dari situ, ana merinduinya amat sangat-sangat !

Sekarang ni, Alhamdulillah. Allah taqdirkan dia masih mengingati ana, telefon ana. Ana rindu suaranya, malah lagi rindu dakapannya. Lagi beberapa minggu lagi, si kechit ana tu nak SPM. InsyaAllah, ana doakan semoga yang terbaik untukNya. Semoga tabah hidupnya. Ana tahu, kesulitan yang dia hadapi, Allah sudah sediakan ganjaran besar di akhir penantiannya. Menangislah sekarang wahai adindaku, esok kau pasti tetap tersenyum melihat hikmah Allah :)

Ya Allah, titipkanlah rasa senang serta bahagia kami terus menuju ke syurgaMu. Semoga ini jalan-jalan kami untuk terus berada di dalam agamaMu. Untuk terus kami yakin dengan cintaMu. Semoga dengan rabitah ini jua kami tidak akan terpisah dan terasing dari sisiMu.

Wahidatul Akmar Ahmad Kamal,
Ketahuilah bahawa engkau adalah sebahagian dari hidupku. Seandainya engkau tiada, maka aku kekurangan sesuatu dalam hidupku. Aku akan kekurangan cinta untuk mencintaiNya. Oleh itu, aku mengharapkan engkau terus berada bersamaku, bersama di dalam hati, berada terus menuju jalan redha Allah. Syurga Allah. Rindu ukhti amat sangat-sangat. <3

Sekian ini sahaja coretanku setelah lama tak mencoret :) sbg warm up utk yang seterusnya insyaAllah ^^

Salam alaykumullah,
Ma'assalamah wa Ilalliqa' ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^