Tuesday, November 29, 2011

Bukan Aku, Bukan Dia

Tidak aku,
kerana bukan aku,
dan yang terbaik bukan aku,

Tidak dia,
kerana bukan dia,
dan yang istimewa bukan dia.

Mungkin lain,
aku yang sendiri pilih,
bukan sendiri-sendiri,
tapi Allah yang membolak-balikkan hati.

Suka,
itu senang pada lafaznya,
itu mudah pada penzahirannya,
tapi kalau CINTA,
sukar dan sulit,
ia bukan datangnya dipaksa,
ia bukan hadirnya disogok sukma,
ia tidak selaju nova.

SAYANG pula,
terdedah pada sekelian hamba,
bebas pada sekelian mahlukNya,
hanya pada hak-hak dalam jiwa,
MAHU atau TIDAK,
bila ianya terpaut,
ia tidak reput untuk dipatahkan.

Kita tidak sama,
aku yakin aku yang berubah,
jika kau mencariku kerana menjumpai aku sefikrah denganmu,
maka aku belum menjumpai dirimu sefikrah denganku,
dan aku lihat,
jiwamu bukan pada hala tuju tujuanku.


Maafkan aku,
jika ini rugi buatmu,
namun aku mengharap ia bukan rugi untukku,
kerana Allah masih menjaga,
kerana Dia masih ada :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^