Tuesday, November 1, 2011

Lebih Baik Terasa Dari Tak Merasa Apapun. . .

Assalamualaikum,

Salam seindah ukhwah buat para muhadhir blog ana. Wah, ramai yang tersenyum hari ini. Tapi mengapa ada yang menunduk tu ? Resah wajahnya, muram jiwanya, sepi hatinya. Mengapa begitu wahai saudaraku ? Marilah sama-sama kita ukirkan senyuman. Walaupun dalam keadaan yang pahit.

Senyumlah !

Syukran lillah kerana telah memberikan senyuman itu. Diharapkan semoga ia ikhlas meskipun hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita :) Terasakah dengan bicara ana ? Seandainya ana tidak mengingatkan antum muhadhir blog ana untuk tersenyum, maka sekalian kita tidak mendapat faedah darinya. Semua atas kehendak dan qudrat Allah ta'ala. Jadi, terasa kalian itu mmendapat faedah daripada apa yang telah Allah taqdirkan bukan ? InsyaAllah ~

Dan alqesah pun bermulalah. . .

(ana dah terlebih skema kah ?)hihi :D saudara/i sekalian ,para hadirin hadirat yang drahmati Allah sekalian. hermm, senangnya para antum yang sempat menyinggah dan membaca penuh isi blog ana ni lah. .

PERNAH TAK MERASA TERASA DENGAN PERKATAAN SAHABAT KITA KERANA MENEGUR KITA ATAS KESALAHAN YANG KITA BUAT ?


Jadi apa reaksi korang ? (lepak laa derr. .santai dulu. .) selalunya, reaksi tidak boleh menerima kata-kata sahabat kita tu kan ? Pedih sungguh kata-katanya sehingga menerobos ke dalam atma. Mencucuk-cucuk dada, panas telinga walaupun kadang-kadang teguran bukan datang dari mulut. Sekadar di atas helaian kertas cuma. Itupun sudah kita merasa pedih. Bukan pedih ulu hati tau. .ini pedih perasaan di hati. Jadi tak payah nak minum gaviscon la ape laa. .merepek semua tu. Yang perlu adalah ?

Cara ana, dan bolehlah diikuti kalau ianya baik bagi korang. Kalau rasa macam buruk dan jelek je cara ana ni, takpe. Ana tak kesah. Gunalah cara kalian yang mana baik. Semoga baik juga dipertimbangan Allah nanti :) Ana pernah merasa ini. Ana mempunyai seorang sahabat yang sangat-sangat ana cinta iaitu dia. Dia sahabat ana yang banyak terlalu banyak membantu dan mendorong ana mencari cinta agung. Iaitu CINTA ALLAH. Dan itu kisahnya sewaktu ana berada dalam "kampus tarbawi". Apa pula kisahnya sewaktu ana sudah menghabisi zaman kampus tarbawi ana ? Ana sudah terpisah darinya. Ana terpisah dari kesayangan ana. Kehidupan luar sudah banyak merubah ana. Selepas ana menyaksikan diri ana keluar daripada kejahilan, dengan bantuannya ana dapat mengimpikan menjadi wanita solehah. Namun apabila ana jauh darinya, ana merasakan ana jauh juga dari Tuhan. Astaghfirullahal'azim ~ Hakikatnya ana tak mampu tempuh hidup sendiri, namun jiwa ana meronta mahu bersendiri. Setelah kami sememangnya jarang contact, apatah lagi berjumpa. Ana mahu pula meninggalkan dia. Bermaksud ana mahu meninggalkan tarbiyyah itu. Ana bersekitar di daerah apa, ana pun tak tahu. Dilemma ana tidak masuk akal. Impian ana untuk menjadi wanita solehah, terkoyak. Ana katakan "aku tak boleh. .". Cepatnya ana putus asa. Sedangkan kesayangan ana tidak mengetahui itu, ana sangka.

Setelah bulan berganti bulan, mungkin ana dah terkandas. Mungkin tak jauh lagi. .(mungkinlah, mungkin. .) Sahabat kesayangan ana mewarkahkan 3 helai surat. Dalamnya banyak menegur diri ana. Sedang ana mahu melupainya, yang hakikatnya ana tidak mampu untuk melupainya. Isinya tidak pernah ada yang kosong. Kosong untuk ana hayati, maka apabila ana hayati. Ana merasa terasa yang amat-amat terasa. Dalam menusuk ke dalam hati ni. Brutal2 ana, dalam hati ade taman derr ~ hee. . Tak tahu ana nak cakap apa lagi.

Cara ana bila dah terasa, ana diam. Ana bukan diam sebarang diam, tapi ana cuba muhasabah balik apa yang sedang ana lakukan. Apakah Allah itu hanya di kampus tarbawi ? apakah Allah itu tidak berada di sisi kita ? apakah Allah itu hanya memilih kasih ? TIDAK ! Benar kata-katanya, jiwa ana yang lemah dan cepat berputus asa. Ana akuinya, dia tidak pernah tinggalkan ana. Apatah lagi DIA ! Ya Allah ~ Sesungguhnya Engkau memberi lidah manusia ini tidak bertulang. Untuk berkata-kata menegakkan kebenaran, itu adalah amanahmu. Biar membuat hati ini terasa. Ya, biarkan hati ini terasa sedalamnya daripada tidak merasa apapun ! Seterusnya membuatkan ukhwah kami semakin erat. Benar, apa guna sahabat andai tidak menjaga sahabatnya sendiri. Sahabat, sayangilah sahabat. Bukan dengan membiar sahabat itu terkandas di dalam dunianya sendiri. Hulur tanganmu sahabat, capai tangannya sahabat, dakapinya sahabat, jaga dia sahabat. Semoga dia sentiasa bersamamu, jua bersama-sama Allah dan sabilNya. Sahabat ke syurga :) Ya, itulah yang namanya sahabat ke syurga.

Jadi ?

Jangan merasa terasing andai tegurannya membuat kita terasa. Dia sebenarnya menjaga kita, mahu menjadikan kita terbaik menjadi sahabatnya. Agar, kita juga mampu untuk menegurnya menjadikan dia terbaik buat kita :) Terasalah dari kau tak merasa apapun ! Ingat tu ^^

Aiwah, setakat ini mungkin. .(mungkinlah. .mungkin. .) semoga apa yang kita dapati adalah daripada qudrat Allah, yang sentiasa membawa hikmah dan faedah :) semoga apa yang diperkatakan, kita perkerjakan :) Semoga bermanfaat ~


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(Assoff :: ayat 1 & 2)

Salam alaykumullah,
Ma'assalamah Wa ilalliqa` ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^