Monday, December 24, 2012

Barakallahu Lik, Kak Mie !

Assalamualaikum.

Seluas cinta, meski sedikit bicara inginku terjemah di laman ini. Alhamdulillah. Baru beberapa jam tadi, ada seorang sahabat ana telah melaangsungkan pernikahannya dengan suami tercinta.

Rohani a.k.a Kak Mie !

Okey, firstly ~

Ana nak oyak sini, ana kenal Kak Mie hanya melalui Facebook sahaja. Dia adalah sahabat @ mutual friend Syauqah Mawaddah, kesayangan ana tu. Dia add ana pada mulanya besar kemungkinan kerana ana selalu mengomen kat wall si Syauqah Mawaddah tu, agaknye laa ~ Hehe. Apapun, bersahabat dengan Kak Mie memang best. Mula-mula ana memanggilnya hanya dengan panggilan "Kak Mutiara Hikmah" sebab nama Facebook dia tu, Mutiara Hikmah. Hehe. Lepas je dapat tahu bahawa nama dia Rohani, ana terus memanggilnya "Kak Ani". Ehmm, meskipun macam orang tua sikit (eh, sesedap aku je..), tapi nak buat macam mana ye tak ? Hehe ~ Then, memang kitorang tak pernah jumpa pun. Setibanya ana menapa ilmu di Bumi Serambi Mekah, Kelantan ni, yang mana tempat asal kelahiran Kak Mie, dan ditakdirkan dia sedang bercuti semester pada masa tu. Ada bersama sahabat-sahabatnya, Kak Mie mempelawa ana untuk menginap bersama di rumahnya di Pantai Cahaya Bulan. Dari situlah ana kenal dia sebagai Kak Mie. Huhu ~

Okey, habis dah cerita first know and first meet !

Hari ni tanggal 24 Disember 2012, dia sudah pun bergelar isteri orang !
Tahu tak, ana tak pernah pun syak-syak yang Kak Mie rupanya seorang yang bersedia awal untuk bernikah. Ana dapat tahu berita ni pun daripada seorang rakan. Ceritanya begini, satuhari tu sahabat ana memberi satu mesej yang berura "seorang lelaki yang bergelar al-hafiz sedang mencari seorang calon isteri yang bersedia untuk memakai purdah atau yang sudah memakainya". Aha, ana ? Ana senyap je la sebab ana tahu, ana bukan. Jadi ana biarkan mesej itu selain dari sebab my credit was expired date ! Huhu :P Tidak lama selepas apa yang berlaku, sahabat ana yang hantar mesej tadi tu memang sebenarnya dah lama nak berbicara dengan ana melalui telefon. Baru satuhari tu, kami dapat berbual. Tengah dok cot cet cot cet, berbicaralah tentang hal "Ustaz al-Hafiz". Sahabat tadi memberitahu, ustaz tu dah pun mendapatkan jodohnya dan tak lama lagi mereka akan bernikah. Dan insannya ialah, Kak Mutiara Hikmah. Huh ? Terkezzzuttt ! Alhamdulillah sangat. Siyess ke Kak Mie ? Seronok rasa jiwa. Lepas tu ana mesej Kak Mie, bertanyakan tentang hal ini. Kak Mie agak malu-malu memberitahu ana, dan meminta ana mendoakannya. InsyaAllah Kak Mie, semoga itu yang terbaik. Dan tarikh hari ini ialah, dia memang terbaik untuk Kak Mie ! (walaupun najah tak kenal siapa orangnya) Takpe la, mereka dah tahu, ana tak tahu :) InsyaAllah semoga berbahagia hingga ke syurga ye ?



Respon sendiri terhadap posting ni ?

Hmm, memang ramai sangat dah kawan-kawan ana kahwin. Ana pun kadang-kadang rasa nak nikah awal-awal. Dapat zuriat awal. Aduhai seronoknya Jannatul 'Ajilah ! Tapi, ana cuba menahan sambil mencari-cari. Jadi sesiapa yang berkenan ana tu, tunggu ana habis tahun dua dulu boleh ? Hahahaha :D okey, Najahah perasan tan tan tan ! Tapi, kalau dah sampai jodoh awal, apa salahnya kan ? Hee ~ suka kau Najah kalau bab nikah ni. Mungkin, itu jelah jawapan ana, mungkinlah. Hehe ~

Ma'assalamah Wa Ilalliqa ~
Assalamualaikum :)

Tenang Yang Datang



Bismillahirrahmanirrahim.

Salam seindah ukhwah buat antum para muhadhir blog ana. Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk menarik nafas dengan sempurna, semoga sihat hendaknya. :)

Hmm….

Lama rasanya ana tak update blog, kan ? Rasa macam dah berusang, berkepuk, bersawang-sawang lelangit blog ana ni. Tapi insyaAllah, kali ini ana cuba untuk update something yang tidaklah sehebat mana ceritanya berbanding cerita blog yang pernah antum semua lihat. Hehe ^_^

Alhamdulillah, syukur sekali berbanyak kali kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam, Tuhan AGUNG ana !

SEMESTER 2

Masuknya November 2012, ana dan rakan lain mula mendaftar pelajaran untuk semester dua. Semuanya berjumlah 7 subjek. Berapa jam kredit ? Hmm, tak usah dikira laa..yang penting, sikit je kalau ana nak bandingkan dengan ujian Allah yang lain. Apapun, ana masih mahu mengungkap syukur kerana masuknya sem 2 ni, ana dan sahabat ana semasa sem 1 dulu, still be there with me. It SYAHIRAH SHAFIE. Hahaha :D Sorry to mention bedo’oh gitu ^^, Dan pertambahan beberapa sahabat ana lain yang  sememangnya rapat dengan kami. As SALLEHA, Rohani, Alia dan ramai lagi la. Oh, and one more. Sahabat ana si SALLEHA tu, Alhamdulillah. Allah bagi petunjuk padanya untuk tutup sebahagian wajahnya. Maksudnya ? NIQAB ~ Ana jadi malulah pula nak berjalan dekat dengannya. Hehehe ~ Dah tu, ada kawan yang lain pulak yang tegur ana “Najah, bila pulak ?” Hah, fahamlah ana apa yang dia maksudkan. Ana katakana, “Mungkin kena banyak mujahadah dulu kot…hamba orang hina, belum padan untuk memadankan pakaian yang hebat sepertinya.”

OK, stop ! Jangan tanya ana pasal tu lagi eh ? Hihi ~ Ana ada alas an tersendiri kenapa dan kenapa.

BE A STRONG GIRL, NAJAHAH !

Masa sem lepas, Alhamdulillah sekali lagi ana angkat SYUKUR pada Allah sebab masih ada ujian buat ana. Ujian untuk mempertingkatkan sabar ana, iman ana, INSYAALLAH. Allah menguji ana dengan perkara yang agak berat untuk ana tanggung. Sehinggakan ana pernah mahu terjatuh tersungkur lalu berputus asa dengan hidup.

Putus asa dengan hidup ? Maksudnya ?

Putus asa dengan Allah lah maksudnya. Astaghfirullah. Dalam waktu yang sama juga, ana memohon Allah memberikan ana bantuan, memberikan ana jalan dan memberikan ana pedoman sedang ana tahu pedoman yang terdekat sudah ada iaitu Al-Quran. Entah mengapa ana masih tidak tenteram. Kalau tenang pun, sekejap saja. Mungkin memikir banyak. Kottt..
Ana berjalan dalam kehidupan ana dengan longlai. Ana rasa setiap langkah ana, tiada tujuannya. Hafalan pula ? Entah. Tak habis pun. Ana merasa Allah tidak kabulkan doa ana. Ana merasa Allah tidak memberikan bantuannya. Ana banyak berdiam diri, ana banyak makan hati sendiri. Sedang dalam waktu sama, Allah sebenarnya telah meletakkan seorang insan sebagai penjaga ana di sini, jauh dari keluarga dan tempat kelahiran ana.

Insan itu, bukanlah insan kedua selepas insan kesayangan ana. Tapi insan ini adalah insan bukan pilihan ana, tapi pilihan Allah. Ana tak mahu pun dia, ana cuba untuk buat biasa dengannya. Tapi entah ye, merasa ada kuasa agung yang mendekatkan hati ini dengannya. Dia tidaklah sehebat orang lain, namun tetap menjadi ketenangan bila ana melihatnya.

MENGAPA ?

Mungkin itulah yang dinamakan PILIHAN ALLAH. :)

Tapi kenapa jadi tenang tu Acik Najah ?

Aikk, nak tahu jugak ? hehehe. ^__^ Nak tahu, insyaAllah ana buat posting yang baru. Cukup setakat itu ana beritahu, dia tenang bagi ana. :) Dan ana juga tidak pernah melupai insan kesayangan ana, Wahidatul Aqmar yang sentiasa merindui ana. Ehehehe ~ Ana tahu tu, ukhti. Aseef kerana kita semakin kurang bicara. Alhamdulillah, ana katakan kini, ana tenang. Cumanya, tak larilah diri setiap manusia ni dengan ujian, ye tak ? Jadi begitu juga ana, terkadang ana menjadi runsing. Mungkin terkena sampuk hantu kott. Haha ;D Ok, gurau je ~ InsyaAllah , bila kita letak kebergantungan kita pada Allah semata, segalanya akan reda dengan seredanya. InsyaAllah !
Baiklah, mungkin setakat ini posting yang lama dah tak posting. Nampak macam caca merba pulak, kan ? Hmm, apa-apa jelah. Aseef ala kulli hal jika posting ana sebelum atau selepas ini tidak dapat memuaskan hati kalian. Banyak lagi perlu ana pertingkatkan. :)



Ma’assalamah wa Ilalliqa ~
Assalamualaikum.

Monday, October 8, 2012

Saya Rindu Mereka (edisi entah pape)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Setelah 2 minggu ana menjalani kehidupan sebagai pelajar IPT, ana merasai kesibukan yang mereka-mereka bergelar mahasiswa dan mahasiswi lalui. Namun ana agak ketidakpuashatian kerana makin lama, makin berkurang pula duit ana. hee..sebab makan makan makan. Sekalipun puasa, ia tetap mengeluarkan duit. Tapi tak mengapa, ana kira ini suatu pembelajaran yang indah. InsyaAllah.

Hari demi hari ana di KIAS ni, makin banyak ana belajar. Terutama belajar redha. Walaupun kelihatan macam pasrah. Tapi semoga rassa-rasa pasrah itu menjadi redha. Posting apa-apa tah kali ni. Ana pun tak tahu. Macam toink-toink. MasyaAllah, semakin hari mahu menghadapi peperiksaan semester yang pertama kali akan ana lalui, ana merasa kegerunan pula. Bayangkan nak capai pointer de best tu pun ana tak tahu camne. Belajar je la. Mungkin habis sem ni, baru ana tahu camne semuanya.

Rindu mereka.

Siapa ?

Allah.

Rasulullah.

Sahabat ana yang tu...

Siapa ?

Yang sudi bercinta dengan ana sampai syurga.

Sayalah tu.

Ha'ah. Awak la tu. Hehehe.

Serius ! Ana memang sayang awak. Tak kisahlah awak tak sayang saya pun, tapi saya kalau dah sayang orang. Hehehehe ~

Eh, okeylah ! Ana takde posting best. Esok esok la. ahaha. Oppss..

Salam alayk ^^

derak kb sopmo
 

Sunday, August 26, 2012

Nikah Sokmo

Assalamualaikum. Salam berinti ukhwah kepada muhadhir blog ana. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan ana untuk mengutus tinta dalam hamparan teknologi ni. Lama sangat rasanya ana dah tak posting apa-apa cerita kan ? InsyaAllah kali ni ana bawak satu cerita. Tapi mungkin agak ringkas. Kerana ana sengaja tidak mahu memanjangkannya. Sebagai ibrah, cukup mungkin ^^

Raya Ke 4, bersamaan hari Rabu hari tu, ana dan keluarga serta keluarga sebelah ayah telah bertolak ke Terengganu bagi melaksanakan rombongan bertunang sekaligus majlis pernikahan abang sepupu ana di Dungun. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, tidak banyak masalah.

Fokus Utama : TUNANG dan NIKAH



Ala...nikah lagi Najah ni. Takde mende lain ke ?

Aikk ? Nikah kan ibadah. Kenapa nak tolak pasal hal nikah ni ? Kalau dah mampu, teruskan je la. Allah kan dah bagitau macam tu. Kan ? Kat FB tu, halnya macam ni. Kat FB tu, ana rajin pulak tetiba post pasal nikah reraya ni. Kenapa ? Kenapa eh ? hehe..yang tu takde pape kot. Mungkin rasa nak dekat, atau ada yang dekat. atau akan ada yang mendekati. Allahualam. Tapi tegasnya ana di sini, ada la pulak orang tak senang dengan status fb pasal nikah ana tu. Kenapa ?

Sebab nikah bukan untuk orang muda ? Untuk orang umur 25 ke atas ? Umur lepas SPM tak boleh dah ke ? 20 pun ? Tapi Allah kata, nikah je la kalau dah mampu bagi orang bujang. Aishh, terellah kalau boleh tafsirkan umur berapa.

Macam ni la. Bagi ana, nikah memang bukan benda main main. Tapi kalau dah ada, segerakanlah. Elak fitnah. Pasal mampu tak mampu, kena mampukan juga. Kalau tak mampu, jangan bercinta. Yelah, sebab majoriti orang sekarang nak nikah, bercinta dulu kan ? Jadi, ana pesan awal jangan bergewe. hihi. kelate masuk doh..ha, gitu la. Sebab, ia akan memakan hati anda sedikit demi sedikit. Makan hati, tau ? Tau tak ? Kalau tak tau cek kamus peribahasa. ^^ Dan Allah kata pun, Allah akan cukupkan rezeki antum kalau antum kahwin. Siyess ! Jadi kenapa nak takut untuk melakukan sesuatu yang halal ? Kenapa digelar gatal ?

Mana lebih memberi virus :

"Bercinta sudah tentu dengan nafsu"

ATAU

"Menikah dan bernafsu"

Bertindak bijak. Anda mampu mengubahnya. Jadi, jangan hairanlah kalau sekarang memang trend orang kahwin awal. Biasakan. Bukankah kita ni kembali ke zaman nenek moyang kita. Kahwin awal, kan ? Jangan jadikan kahwin awal sebagai suatu ketakutan. hehe. Ok, lepas ni. Sokmo kahwin deh. Antum bila lagi? Jemput ana ye.

Ana ?

Ana .... krik krik krik ~ hehe

Wallahualam.
Ma'assalamah Wa Ilalliqa' ~

Tuesday, June 12, 2012

Aku Dan KIAS

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Kepada muhadhir blog ana apakhabar ? Ana sihat alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang telah menempatkan ana di suatu kawasan yang tak lama dahulu ana mengharapkan untuk bersimpuh pauh di situ. Sekarang, ana di sini.

Di sini, di Kelantan. Alhamdulillah, ana sebenarnya tidak menyangka bahawa ana akan memasuki Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ni. Seawalnya ana merasakan, ana tidak mampu untuk menghadapi situasi keadaan di sini. Yelah, persekitaran yang syadeed membuatkan ana rasa malu. Ana sampai-sampai sahaja waktu mahu berdaftar, kelihatan ramai wajah-wajah bersih. Awal-awal lagi, segala salinan potostat ana tertinggal. Allahuakbar ! Memang gabrah habis waktu tu. Ish, apa ana ini ! huhu..


Mujur umi beri ikhtiar lain memandangkan ana bawa kesemua sijil asal. Ana fotostat sekali lagi. Memang gelabah waktu tu. Selesai je fotostat, terus beratur untuk mendapat giliran. Masuk saja, ramainya orang. Allahuakbar. Ana punya nombor giliran sahaja, sudah mencecah 200. Seorang sahabat ana, muslimin memberitahu yang dia juga hadir lewat, sudah mencecah 180 lebih. Mungkin lebih dari itu selepasnya. Allahua'lam. Habis daftar, kami semua dikehendaki memasuki Dewan Yayasan Islam Kelantan belakang KIAS. Untuk program MUI. Orentasi le tu. 

Kemudian, asramanya pula. Bukan dipanggil asrama. Untuk pertama kalinya ana didengarkan asrama dipanggil 'sakan'. Sakan dalam bahasa arab. Maksudnya penempatan ataupun kediaman. Ana dan pelajar baru lainnya diletakkan di Sakan Aisyah. Memang kelihatan uzur. Tapi, keuzuran ini adalah untuk mengajar insan seperti ana ini agar lebih bersyukur. Allah :') Untungnya, Alhamdulillah.

Untuk seketika ini, ana yang mengambil ijazah jurusan syariah masih menunggu kelas kuliah pada 1 Julai. Namun kelas intensif bahasa arab adalah pada 17 Julai. Penting tu. Ana kena berkejarlah juga. huhu. Baru berapa hari, ana dah rindu umi ayah dan adik-adik. Takpe, ana simpan. Raya nanti baliklah. hehe. Apapun, bagi ana KIAS adalah tempat yang sangat menenangkan. Alhamdulillah. :) Biah Solehah dah tersedia. Ana nak wujudkan lebih mantap ukhwah islamiyyah speerti yang dimaksudkan semasa orentasi. Allahualam bissawab. Doakan kejayaan ana ya.
Salamullah alayk :)
Ma'assalamah wa ilalliqa' ~

Saturday, May 19, 2012

Untungnya Orang Yang Diuji

Assalamualaikum, sihat antum muhadhir blog ana ?


SELAMAT HARI GURU ! 
 Maaf, lambat wish. hehe.

Ok. Hari ni ana nak cakap pasal UJIAN. Memandangkan ramai yang tanya ana (poyonye la..), jadi ana cuba rungkai sikit la. Ilmu kan, kongsi-kongsi ^^

Untungnya siapa yang menerima ujian. Orang yang menerima ujian, adalah orang yang disayangi Allah. Siapakah orang yang menerima ujian ? Anda, saya dan kita semua. Makhluk Allah yang kerdil inilah yang asyik ditimpa ujian. Besar atau kecil, harganya tetap sama. Boleh dibayar dengan wang ringgit ? Oh, tidak sama sekali ! Hanya boleh dibayar dengan sabar dan redha.

"Atau kamu mengira bahawa kamu aka...n memasuki syurga sedangkan kamu belum ditimpa ujian seperti kaum-kaum terdahulu ?" - Surah Baqarah, 214.

Nah, ini buktinya. Kadang-kadang, kita selalu mengeluh dengan musibah yang kita hadapi. Kita lihat orang lain, yang lebih warak dan 'alim, kita katakan mereka sudah jauh elok daripada kita. Mereka sudah lama mendapat hidayah Allah. Mereka hebat dan ujian kepada mereka kecil. Sebab itu mereka seperti tidak mempunyai masalah.


Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya - peribahasa Melayu.

Mereka hebat, maka ujian mereka hebat. Awak tahu, sebenarnya harga ujian setiap orang ini sama. Yang hebat warak 'alim, ujian mereka itu. Dan mereka tenang kerana mereka kenal Allah dan percaya adaNya. Kerana sabar, mereka indah. Ujian orang biasa, bila dia ditimpa musibah, kebanyakannya mengeluh bukan ? Biasa, fitrah. Tapi, sama juga. Kalau tempuh dengan sabar dan percaya Allah menolong kita, saya katakan sekali lagi bahawa harganya sama.

Untunglah orang yang diuji Allah. Kerana setiap ujianNya adalah pertimbangan Allah untuk menambah atau mengurang iman seseorang :) Semoga berjaya, awak ! ^^ dan jangan lupa senyun :)

Ma'assalamah wa ilalliqa' ~~
Salam alaykumullah.

Saturday, May 12, 2012

Masih Ada Cinta

Assalamualaikum ^__^

Keifa hal ? Semoga sihat ye. Semoga tertambah juga iman dan amalnya. Semoga terletaknya kita dalam keredhaan Allah semata. InsyaAllah :)

Harini, nak cerita pasal apa eh ? Hmm..nak cerita pasal 'takde cerita buat cerita'. hehe :) Sebenarnya aku (harini bahasakan aku jap, lepak derr..) , agak ter- hakikatnya tak leh nak cakap ter apa. Yang pasti semacam rasa sedih ada, terharu ada, suka ada, gembira ada, resah gelisah pun ada. Nak jadikan cerita macam ni la...

Tadi ni, aku baru menziarahi BLOG dia. Siapa dia ? Dia itu kesayangan abadiku. Wahidatul Akmar a.k.a Syauqah Mawaddah. Wallahualam, samada dia selalu ziarah blog aku atau tak, its up to her. Aku jalan-jalan kat BLOG dia. Ada posting barulah ! Posting pasal imtihan syahadah dia yang lepas. Owhh ~ Alhamdulillah, dah berakhir katanya. Tak ubah perangainya (membaca buku pagi petang siang malam). Dan memang patut pun kalau kelebihan pandai tu ada pada dia. Man jadd wajadd, kan ? :)

Rindu ?

Rindu juga. Tapi awak rindu saya tak ? Terima kasih kalau awak rindu. (monolog).

Aku scroll sampai bawah. Ada nota. Tak perasan pula sebelum ni. Kalau dah lama, maaf ye ukhti. Ana tak perasan. Kalau baru, aku rasa perlu wajibul ghunnah untuk senyum :)) namaku tersemat didalam notanya. Indah.


Sedikit tinta untuknya - Syukran ukhti. Sejujurnya, ana sendiri berasa hambar dengan kita. Kenapa ? Ana sendiri tak tahu. Entah. Tapi ana hanya tahu satu perkara sahaja, Allah tak pisahkan kita. Maafkan ana, ukhti. Ana elak tentang apa yang diperkatakan Ayum. Sini ana jujur, sememangnya ana sayang pada seorang hamba Allah. Umurnya tidaklah sebaya Huda. Dia sebaya dengan Suhail. Darjah 5. Tergelak ? Patut pun tergelak sebab ana sendiri tidak pernah menyangka. Allahua'alam. Ana sayang dengan insan yang bernama Anis Arisya tu. Comel ? Tidak pun. Tak sama macam Syafiqah. hehe. Entah. Namun, ana mendekatinya tidak sama tuju dan niat seperti ukhti. Apapun, ada lain. Ana tak kisah. Ana semakin memahami 'cinta itu bukan pilihan'. Dan ana tidak tersenarai lagi sebagai seorang yang mahu menagih 'cinta sang lelaki'. Datangnya pasti akan pergi. Jadi ana ignore dan deny. Alhamdulillah :) Ukhti, hanya ana pasti. ^__^ Moga menjadi mujahidah yang terus istiqamah <3



Salam 'alayk ~
Ma'assalamah wa ilalliqa' ~

Friday, April 27, 2012

Aku Percaya Dan Kisahnya - 2

Aku percaya
Yang datang hanya terbaik menjadi anugerah
Aku percaya
Ini suratan yang telah tertulis di qada' qadarku

Undian nasyidnya, terakhir. Amat mendebarkan dia dan rakan-rakannya. Entah siapa dia. Aku belum mengenalinya, apatah lagi mahu sibuk-sibuk ketahui tentangnya. Aku sekadar disamping mereka, untuk memberi semangat. Memberi pandang dan senyum agar mereka buat dengan sehabis baiknya.

"Baca selawat banyak- banyak. Surah Al-Ikhlas banyak-banyak." ujarku. Bukan padanya. Tapi pada mereka yang lainnya.

"Siapa ketua nanti ?" aku sekadar bertanya.

"Tu..." tunjuk seorang rakannya. Aku kalih. Dia di sisiku. Masa tu, aku hanya melihat dia dengan pandang sisi sahaja. Pandang dengan aplikasi tinggi rendah.

"La..kecik je.." gurau aku.

"Haa la...kecik je, tapi insya-Allah." ujar guru pembimbing mereka, Ustazah Noraini.

"Yup, kecik je. InsyaAllah hebat." aku sekadar senyum. Senyum yang tiada maksud, namun Allah menjadikan ia sebagai tawaran hebat atas apa yang berlaku.

______________________________________________________________________________

Aku rakam, dan aku main semula video nasyid mereka. Aku ulang lagi. Apa yang tak puas hatinya ni ? Aku sendiri tertampan ragu. Rasa hati merasa berdetak. Rasa hati merasa mahu mencari seseorang. Sehabis majlis penutupan KAMIL Peringkat Zon, mereka menjuarainya. Ya, hasil usaha mereka. Aku kagum, sangat kagum. Sebelum meninggalkan dewan, kelihatan kumpulan mereka sahaja yang berkumpul di situ bersama guru pembimbing yang lain. Aku datang dekat.

"Tahniah..." ucapku pada Ustazah Halimah. Dia sekadar tersenyum sambil menepuk bahuku. Kemudian mengeladeni anak-anak buahnya. Sebelum aku berlalu, hanya dia yang duduk di kerusi tidak menyertai sorakan mereka. Aku dekatinya.

"Solo nasyid tadi, ye ?" aku sekadar bertanya. Dia mengangguk. Aku juga mengangguk. Senyum kemudian beredar.

Apa tujuan sebenar ? Entah, aku tak tahu. Apa yang mendekatkan aku ? Entah, aku tak tahu. Kenapa semua tu terjadi ? Aku tak tahu. Yang aku tahu, semua yang menggerakkan kejadian itu adalah Allah. Aku percaya Allah. Aku percaya Allah. Aku percaya Allah. Kerana itu aku percaya yang memberi ruang untuk aku berjalan dan mendekatinya, dan membenarkan ruang untuk dia ada disisiku, semuanya Allah. TAK SENGAJA dari aku. Tapi DISENGAJAKAN dari Allah.

_________________________________________________________________________________

Hari tu, sampai hari ni. Aku rasa macam ada tak kena. Whats going on, huh ? Video nasyid tu, ulang-ulang je. Dan tibalah saat perhimpunan Isnin. Aku tercari-cari 'solo nasyid' tu. Gayanya bersahaja, hijabnya menyejukkan mata, lotehnya tidak seperti murai yang bersangkutan di dahan selalunya. Dengan rakannya, mesra. Ramah dengan senyumannya. Dari jauh pun boleh ke describe someone tu ? hehe... Aku yang tidak biasanya duduk sekali di bawah garaj teduh, hanya berdiri bersama anak murid. Entah, kenapa Allah hantar satu rasa yang aneh ini. Pengawas yang menjaga barisan anak muridku, aku perasan dia juga adalah seorang anggota nasyid.

"Eh, awak darjah berapa ?" tanyaku.

"Darjah 4."

"Oh...em, nasyid kan ?" aku tanya lagi. Dia angguk. "Sape eh yang jadi solo nasyid haritu ?"

"Anis Arisya."

"Dia darjah berapa ?"

"Darjah 5." aku angguk dengan jawapannya.

Sebelum usai perhimpunan, aku menegurnya lagi. "Nanti kirim salam, eh ?" hanya itu yang mampu ku ucap. Terjemahkan ? Sungguh berat nanang. Ini pun sudah cukup malu. Kalau banyak-banyak, bosanlah pulak. Yelah, budak kan... :)

______________________________________________________________________________

Setiap petang, sebelum pulang ke rumah. Aku mewajibkan diri aku untuk menjadi pemerhati latihan nasyid mereka sebelum KAMIL Peringkat Daerah nanti. Dan petang ini, aku berpeluang untuk perhati lebih lama. Perhati dia lebih lama. Sejuk mata, hati dan tangan. Susah ditafsirkan apa yang aku rasa. Ia membuatkan aku rasa sayang sangat mahu meninggalkan sekolah tempat aku mengajar ini. Aku jadi lebih redha dengan apa yang aku lakukan sekarang ini.

Begitu jelas saat matanya  bertembung dengan mata ini. Saat itu jua, senyumnya yang aku perlukan terukir. Ya Allah, anugerah terindahkah ? Wallahualam.

Dan saat itu, aku percaya setiap kejadian adalah aturan-Nya.
Aku tinggal percaya ^__^

Ibrah seterusnya ? InsyaAllah tunggu perenggan seterusnya. Salam penuh cinta dari ana :)
Salam Alayk maassalamah wa ilalliqa ~

Wednesday, April 4, 2012

"Eh, eh..ustazah cantik hari ni"

Assalamualaikum,
Salam seindah ukhwah buat antum muhadhir blog ana. Semoga sihat saat kalian membacanya.
Sebenarnya, posting ini ana mahu post semalam. Tetapi memandangkan ada yang di draft kan kelmarin, jadi ana langsaikan yang itu.

Tajuk atas tu ??

Astaghfirullah, Ya Allah jauhi hambaMu yang terlalu kerdil dan hina ini dari perasaan riak dan ta'jub pada diri sendiri. Ameen. Alhamdulillah, bukan ana mahu menterjemah yang ana ni cantik menawan tertarik ana memang de boom pon. hehe. Cuma sekadar mahu berkongsi rasa dan cerita.

Semalam, seawalnya dari rumah ana tidak tahu mahu mengenakan baju apa untuk ke sekolah. Balik-balik baju sama. Anak murid bosan, ana tahu tuu.. Jadi ana selongkar almari adik ana. Jumpa baju kurung merah jambu. Dulu memang sangatan ana tak suka warna pink, tapi sekarang ni kena belajarlah pakai warna yang ceria dan 'keperempuanan'. hehe. Ana pun mengenakanlah baju tersebut.

Datang ke sekolah, punch card di pejabat. Berselisih pula dengan Guru HEM. Salam dan senyum. "Najah, cantiknya baju.." ana senyum. "Bukan baju saya, ustazah. Baju seha. hihihi.." mengaku je lah, baju Seha (adik) kebanyakannya memang cantik pun. Sebab tu suka pakai baju dia. ^^ Kemudian turun dan masuk ke kelas. membuat kerja yang terbengkalai. Buat cartalah apa lagi. huhu.

Pukul 2 petang mula menjengah. Murid-murid mulai memasuki pagar sekolah. Memasuki bilik darjah masing-masing. Tiba-tiba ada seorang murid ni, datang dari belakang (waktu ni  ana di meja murid menyelesaikan kerja lukis-lukis tadi). "Eh, eh..ustazah cantiklah hari ni.." ana ter-haa ? Yang lain datang dekat lagi selain melihat kerja kami (bersama kak Dayan.) "Haah laa, pink !" kemudian tawa ikhlas mereka kedengaran. Alahai, anak ! Pujianmu ikhlas. Ana, start dari tu. Bersemangat tak sudah sampai balik, dok bercerita sampai takde suara. Murid pun suka, senyum dan tak bosan.


Ana belajar satu ilmu.
Kecantikan itu fitrah. Allah jadikan semua yang di dunia ini semuanya cantik belaka. Hanya kita sahaja yang mencorakkan kecantikan itu dengan corak yang diredha Allah ataupun tidak. Seronok bukan ada yang memuji, tapi jangan jadikan pujian itu suatu riak dalam diri. Jadikan itu suatu ujian, jadikan itu suatu semangat untuk lebih bermujahadah. Betulkan niat, kita cantikkan diri adalah untuk memberi semangat belajar dan hilangkan rasa bosan anak murid melihat kita. Islah itu dimestikan bagi mengubah kesulitan menjadi kesenangan dan ketenangan. Macam anak murid ana tadi, dan semestinya pada kanak-kanak yang memuji, hargailah mereka dengan ucapan terima kasih. Kerana pujian mereka itu pujian yang IKHLAS. Ya, meskipun keikhlasan manusia itu hanya Allah sahaja yang nilai. Namun khalifah kecil itu, belum lagi mencapai baligh Al-Faruq. Kata-kata mereka adalah kata-kata yang jujur. Dan sebenarnya, ada satu lagi ayat yang ana tinggalkan di atas. "Tapi, ustazah ada jerawatlah.." err...yang ini tertalu jujur. tapi tak kesah la, tak terasa pun. Kerana mereka berkata apa yang mereka dengar dan apa yang mereka nampak. :) *murid darjah satu ye..

Alhamdulillah, Ya Allah.
Ma'assalamah wa ilalliqa',
Assalamualaikum ~

Tuesday, April 3, 2012

Aku Percaya dan Kisahnya

Salam alayk.
Buat antum para muhadhir blog ana. Terima kasih kerana masih sudi bersinggah. Melihatkan di SHOUT BOX kiri blog, ada di antara yang mencari ilmu di blog ana. Ana minta maaf sebanyaknya kerana blog ana bukanlah blog ilmu. Blog ana cumalah blog tinta yang ternukil daripada bahasa jiwa ana. Cuma seandainya ia bermanfaat, manfaatkanlah. Sekali lagi maaf :)

Aiwah, now i just grab what can i grab from.

Ana teringin pula mahu berkongsi ibrah daripada sebuah lagi ni. Cantik sangat senikatanya. Indah lagi penghayatannya. Follow me up ^^
 _______________________________________________________________________________

"Menyingkap tabir malam yang sunyi,
Menerima takdir yang terpatri,
Tenang jiwaku restu berjanji,
Terus ku akur takdir Illahi."
  
Sunat Istikharah berakhir di situ. Doa memohon pilihan Allah. Kerana pilihan Allah itu pilihan yang terbaik paling baik buat diriku. Aku bukan insan yang baik untuk mendapat jodoh yang baik. Aku tahu, Allah juga menjanjikan orang-orang yang baik adalah untuk insan yang baik. Jadi, siapa yang tidak mahu teman hidup hingga ke akhirnya nanti "baik" ? Aku juga mahukan itu. Aku cuba menjadi insan yang baik meskipun aku belum merasakan dirinya cukup baik. Dulu aku tidak begini. Perjalanan hidupku juga punya cinta. Cinta yang dilalui memerangkap rasa cinta kepada Illahi. Cinta yang didorong nafsu, mudahnya tumbang kerana ianya tidak pernah direstui Allahurabbi. Meskipun ditinggalkan seorang demi seorang, hanya kini yang terpalit rasa rindu mahu mengadu kepada Allah. Malu tapi mahu. Aku terkenan kepada seorang hamba Allah ini. Saat mata kami Allah temukan meski dalam sesaat dua, aku seakan meyakini hamba Allah itu telah membuatku jatuh rebah meminta bantuan Allah semata-mata.

"Adik, ke sana sikit. Kau ni dah la sesakkan jalan orang." tegur kasar seorang pengunjung pameran buku di Kuala Lumpur. Hamba Allah itu seakan kaget dengan teguran kasar dari seorang pengunjung di situ. 'Aik, bukan di sekeliling awak tu sesak ke ? Kenapa perlu tuju khas kepada dia ?' nasib baik saja dalam hatiku. Mengapa dia, ya ? Kerana dia bertudung labuhkah ? Atau kerana dia perempuan ? Aku hairan. Simpati mula muncul. Seperti mahu melindungi gadis bertudung labuh terbabit. Namun, aku rasa malu untuk melindungi gadis itu, kerana aku bukan yang seperti 'tudung labuh' itu. Ah, pedulilah. Aku mungkin berteman. Entah-entah, sudah ada suami. Gadis tadi memusingkan badannya, beralih lalu pergi seperti mahu lari dari semua orang. Dia melintasi aku. Kedengaran esakannya sederhana, tetapi terlalu menyayat hati. Sewaktu berselisih denganku, dia mendongak wajah sambil tudung labuhnya mengesat air mata. Matanya yang sayu itu memandang aku yang juga turut melihatnya. Pandangan gadis itu tentunya hanya 'involuntary action'. Mengapa aku harus merasa sangat tersentuh dengan pandangannya ? Allah. Sudah jarang aku menyebut nama itu. Nama paling agung itu terpacul jua dari rongga mulutku. Hatiku menjadi sebak seketika. Aku membiarkan gadis tadi berlari meninggalkan booth PTS yang sesak dengan ramai orang. Langkahku terus ke hadapan, tiba-tiba kaki tersepak sebungkus plastik berisi sebuah buku. Cantik kulit depan buku tersebut, berbunga-bunga. Buku WANITA JUGA BOLEH BERBISNES karya Muhammad Abu Syauqi Banna. Menarik. Menarik juga sesiapa yang berkeinginan membacanya. Selain buku, terisi juga sebuah dompet. Milik siapakah ? Mahu beri ke kaunter pertanyaankah ? Ada ke di sini kaunter pertanyaan yang memberi khidmat 'barang siapa yang hilang' ? Hmm..aku ambil keputusan untuk membuka dompet tersebut dan yakin bahawa dompet tersebut kepunyaan wanita kerana bentuknya besar gedabak begitu. Siapakah lelaki yang memakainya ? haha :D hairan bukan. Buka. Sah, wanita. Alamatnya juga tertera di kad pengenalan yang terselit di situ. Hanya gambar sahaja sudah agak kepudaran. Aku tidak lengah untuk menghantar barang itu.

"Awak ?" soalan itu pula yang tertawar dari lisanku. Gadis itu. Gadis yang menangis tadi. Gadis yang bertudung labuh dimarahi pengunjung itu. Gadis yang membuatkan aku menangis di hati. Bukan tangis kecewa dan sedih, namun tangisku tangis terharu dengan perancangan Allah ini. Hatiku mulai resah.


Dia bukan yang biasa-biasa. Segerombolan awan jua tidak mampu menyejukkan hati yang sering diacuh api nafsu. Hanya sering diingatkan, Allah itu penenang segala jiwa. Setiap huruf atas satu perkataan dan ayatnya, aku bagai merasakan. Lepas seminggu istikharah menjadi jalan keluar, aku menempelkan nota pada ummi.
- Ummi, Aidil dah sedia. Aidil tak mahu merewangi hari-hari Aidil dengan segala ingatan yang tidak bertujuan. Restui kami, ummi. Aidil mahu kita semua bersinggah ke terataknya. Aidil yakin dengan ketentuan Allah. Kalau tidak, itu hikmah. Kalau ya, itu rahmat yang amat besar. Ummi, lekapkanlah khabaran ini pada ayah. Yang benar, anakmu Aidil. -
 _______________________________________________________________________________

 Alhamdulillah. Selesai ibrah untuk perenggan yang pertama. Kenal lagu siapakah itu ? hehe. amatlah tertarik ana pada senikatanya. Ia adalah lagu ciptaan Bob Af , Hafiz Hamidun dan Izhan Kaizer.

Nak dengar ? Klik perkataan "Aku Percaya" ni.

Selamat mendengar ye ^^ tunggu ibrah perenggan seterusnya :)

Salam alaykumullah,
Maassalamah wa ilalliqa ~

Friday, March 23, 2012

Kejayaan Dunia Dan Akhiratnya....

Salam alayk.

Semoga antum muhadhir ana, sentiasa sihat pada diri dan pada iman ^^
Ana tidak banyak bicara untuk memenuhi ruangan posting ini. Ana cuma mahu berkongsi rasa hati.

Alhamdulillah,
Result SPM sudah keluar, kan ? Macam mana keputusan adik-adik ana ni ? Apapun, semoga yang berjaya cemerlang itu dijadikan suatu nikmat. Dan ingat ianya perlulah diselit ingatan sebagai ujian. Bagi yang tidak bernasib baik, jadikan itu sebagai ujian. Selitkanlah, ianya sebagai suatu hikmah :) Jangan kecewa dan berputus asa, ana juga pernah melaluinya. Pernah merasakan kegagalan dalam peperiksaan.

Aiwah, ana sebenarnya tidak ingin sangat nak berbicara panjang. Di sini, ana cuma ingin berkongsi sesuatu perkataan yang belum sampai lagi kepadanya.

TAHNIAH, YA UKHTI HABIBATI ^___^


Wallahualam, ana mendengar daripada mulut orang bahawa keputusan SPMnya "MABRUK". Jadi, ana cuma melayangkan doa 'semoga berjaya pada rintangan seterusnya'. Kerana ana tidak mendengar lagi daripada dirinya sendiri. Tunggu ? hehe...tunggulah juga. Tapi tak mengapa, ana faham. Mungkin nak sepraiss kat ana, kan ? *cewah, perasan !

Hmm...kejayaannya membuatkan ana gembira untuk pertama-tamanya. Tapi ana teriring dengan kesedihan. Sedih mengapa ?? Sedih kerana bila dia nekad untuk menyambung pelajaran ke Jordan, jauhnya dia daripada ana. Sedang kini, dia amat jauh beribu kilometer (tipu sikit) , ana amat merinduinya, apatah lagi saat itu. *err, jgn gtw dy ye..hehe.. Tapi tak mengapalah. Kalau itu takdir Allah, ana menerimanya. Ana cuma minta, kita tidak akan berjumpa lagi di suatu masa dengan definisi "JEJAK KASIH". Ana nak si kechit ana tu, bertemu dengan seadanya kita. ^^

Dia sudah melepasi ujian 'sekolah sekolah' nya. Dan, dia masih lagi belum mendapatkan ujian 'sekolah hidup' nya. Ya, sekolah hidupnya. Yang itu lebih rumit. Bukan perlukan pensel dan pen. Bukan menanda pada kertas soalan, dan menghantar kertas jawapan. Dan keputusannya bukan di dunia. Tetapi keputusannya di akhirat sana. Dia hanya memerlukan hati yang tabah. Jiwa yang sabar. Dan dia memerlukan seseorang untuk melengkapi hidupnya. Ana kah ? hehehe...tidak, ana hanya mendampinginya. Ana yang amat lemah ini hanya mampu melihatnya memapah ujian. Bantu, tetapi ana tahu bantuan ana tidak akan mampu menandingi seseorang itu yang amat lengkap untuk melengkapi dirinya.

Ingat lagi posting Kerinduan Yang Teramat Untuknya ?

Ana ulangi qoute di situ,

"Lagi beberapa minggu lagi, si kechit ana tu nak SPM. InsyaAllah, ana doakan semoga yang terbaik untukNya. Semoga tabah hidupnya. Ana tahu, kesulitan yang dia hadapi, Allah sudah sediakan ganjaran besar di akhir penantiannya. Menangislah sekarang wahai adindaku, esok kau pasti tetap tersenyum melihat hikmah Allah :)"

Ternyata, hikmah Allah itu lebih luas daripada apa yang kita jangkakan ^^

I LOVE YOU EVER,
Until JANNAH !

Sunday, March 18, 2012

Sedikit bicara, seluas fikrahnya.


Kehidupan sebagai seorang yang single tidak dapat tidak, mesti mengingati mati setidak-tidaknya sekali dalam 24 jam. Tidak perlu fokus pada soal hati, tapi fokuslah pada soal mati. Soal hati belum tentu jadi, tapi soal mati pasti terjadi!

Syabab Musafir Kasih

Monday, March 12, 2012

Aku Yang Berkata

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini, ana terasa mahu refresh semula Facebook ana tu. rasa dah bersepah dengan status-status. Jadi, tanpa ana membuang status ana tu (menjadi kerinduan dan panduan juga) , ana meletaknya di sini. Berserta tarikhnya sekali.

Saya "alphabet" dan dia "jawi".
Ah, saya merindui "jawi" saya. Mereka sahabat terbaik saya, saya gelarkan sebagai jawi. Kerana jawi itu lebih baik untuk menjadi padanan huruf bila dibezakan. Saat ini, ingin sekali saya bertanya khabar. Sihatkah dia ? Sudah makankah ? Bagaimana keadaan hatinya ? Bagaimana keadaan imannya ? Risaunya saya. Tapi saya yakin, mereka dijaga baik oleh Allah. Kerana merekakan jawi :)

Wahidatul Akmar - Siti Kautsar - Nur Zakiah - Fatin Liyana - Zahidah Hafizah - Habsah - Syaharatul Aini - Nur Athirah - Fazwani - Solehah - Zarina - Shahidah Nasir - Fathin Afeqah - Akmalliyana - Rasyidah - Nur Fatin Nadhirah - Nabihah Roslan - Nur Farhana - Siti Lailatul Qadrah - Nur Mawaddah - Nurul Hanani - Siti Fauziah - Nadassyifa- - Hidayah Salleh - Nurussa'adah - Mardhiah Ibrahim - Husna Narawi. Juga sahabat "jawi" saya yang tidak tersebut.

Dan Fatimah Azzahra' a.k.a Faza,
Faza, aku pasti kau selalu bahagia di sana. Aku merinduimu. Rinduilah aku, agar aku akan mendatangimu. Kau jemputlah aku. Rindu ke syurga ♥

Love you ever !

______________________________________________________

Saya terima takdir ini dengan redha dan syukur. Ini ujian buat saya, kenapa harus saya mengeluh dan meminta untuk tidak ditimpa ujian ? Sedangkan Allah itu datangkan ujian kerana mahu menambahkan iman pada diri hamba-hambaNya.

Saidina Ali Karamallahu Wajhah juga turut merembeskan air mata kerana menyangka Allah seperti tidak memandang dirinya. Sebab dia tidak didatangi ujian dari Allah. Allah.......betapa hebatnya sahabat Rasulullah itu. Merindukan ujian sebenarnya merindukan Allah. Tidak datang ujian, seperti tidak datangnya mesej dari pasangan kekasih. Tertunggu-tunggu sehingga sanggup menitiskan airmata.

Ya Allah, aku sungguh tidak layak untuk mendapat kecintaan dariMu. Namun aku cuma mahu rasa bersyukur dengan ujian-ujianMu. Allah.... :'(

______________________________________________________

Aidil feat Bob Yusuf - Aku Percaya

Layan lagu ni kat Carta Ikim. Tersangatlah suka.
"Aku percaya yang datang hanya terbaik menjadi anugerah, Aku percaya ini suratan yang tertulis di qada' qadarku" :)

12 Mac 2012

Ya Allah, bantulah hambaMu yang bernama Nur Israf Najahah ini untuk menyambung pengajiannya kelak. Permudahkanlah urusannya, Ya Allah. Ameen.

Terima kasih :)

_________________________________________________________

Baca !

Puisi "Indah Buatmu Kelantan"

Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar segolongan cintaku..

Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulamak,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..

Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Centre, Kota Bharu,
Kelantan

9 Mac 2012.

___________________________________________________

Past is past.
Kita ni bukan macam robot.
Masuk memory card, terus ada isi. Keluar memory card, hilang semua isi. Kita ni ala-ala siput babi.
Lambat-lambat nak berjalan. Tetap tinggalkan lendirnya dibelakang. Tapi lama-lama lendir tu kering.

Sikit-sikitlah...
Yang penting, boleh terus berjalan ke depan. :)

11 mac 2012

"Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi..." Minn Edina.
"Kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi..." Jasmin.

"Its not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. Its about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is 'baik'." Jasmin.

Baik itu adalah masuk dalam Islam secara SELURUHNYA.
AlBaqarah : 208
Versus, Hlovate

____________________________________________________

Berjalan-jalan ke Facebook rakan. Yang sebaya dan sudah berkahwin. Bukan takat itu, mereka yang sudah mempunyai cahaya mata.

Subhanallah,
Bahagianya bila hidup saling melengkapi. Agak cemburu melihat rakan yang sebaya dengan kita sudah menggendong cahaya mata mereka. Bukan anak sedara, tapi anak sendiri. Semoga anak-anak mereka juga bakal zuriat kami nanti dapat menjadi manfaat dan syafaat di akhirat kelak.
Ameen !

♥ Imran Fateh :p

_____________________________________________________

Perlukah seseorang itu menyukai seseorang, dan mesti jatuh cinta pada seseorang itu yang akan menjadi pasangannya nanti ?

Percaya atau tidak,
Kadang takdir Allah itu yang datang sikit pun kita tak sangka. Dengan siapa kita bercinta, tidak pula menjadi siapa kita dinikahinya. Benarlah, jodoh Allah itu rahsia :)

Saya taknak dah jatuh cinta dengan sesiapa melainkan "suami" saya ♥

10 mac 2012

Law Kana Bainana, TV AlHijrah.
Saya tertarik dengan qoute "memohon maaf tidak merendahkan martabat, malah memuliakan sesorang dengan sifat pemaaf"

Subhanallah !
Beginilah Allah mengiktiraf hambaNya. Bukan dengan kad kuasa kepunyaan kita, bukan dengan apa keturunan kita, tapi hanya dengan sifat pemaaf, Allah akan muliakan kita. Allah...

Alhamdulillah !
Najah, kau boleh senyum sekarang :)

___________________________________________________

Okey, Najah.
Be patient, remember Allah will there for you.
Zikrillah banyak-banyak, zikrillah sedalam-dalamnya.

Senyum :)
Harini, mulakan tatacara baru kau. Kaedah kau. Orang suka tak suka, ini yang kau rasa terbaik. Go ! Asalkan Allah yang timbang, insyaAllah baik-baik. Ameen !

09 mac 2012

Saya sedar menjadi seorang guru bukannya senang.
Saya sedar menjadi seorang pendidik memerlukan lebih kasih sayang.

Dan,
Saya sedar seawalnya saya ditugaskan menjadi guru darjah untuk Tahun 1, saya seperti mengenal erti 'kejutan elektrik' manakala anak murid mengenal erti 'petir dan guruh'. Emosi saya mengatasi rasional. Itu saya seawal bertindak laksana peranan GURU DARJAH SATU. Amarah saya membuak saat melihat si kecil tidak tahu membaca, membuat tidak peduli pada pendidik mereka, berlari ke sana ke mari, bising satu darjah. Saya pegang rotan dan merotan. Saya ada tangan dan saya memiat. Syukur sahaja, saya ada kaki saya tidak menyepak dan memijak mereka. Tapi semakin lama, semakin saya sedar mereka sebenarnya memerlukan pemerhatian lebih. Dan saya lakukan kini.

Tapi dah terlambat Najahah....
Kau wanted kini ! Cerita lama kau terungkit kini, dan bakal dihakimi di Mesyuarat PIBG. Tengok Najah ! Kau kejam ! Kau belasah anak orang ! Kau tidak berdisiplin dan kau akan dipantau !!

Hah !
Selamat dunia akhirat kau, Najah !
Nak lari mana ? Ini kerja kau. Kau yang buat. Kaulah tanggung.

Wahai mak budak,
Sebelum saya dihakimi dan diadili bahawa saya memang bersalah, bolehkah saya meminta sedikit lebih permintaan daripada cik puan ?

Izinkan saya belasah anak cik puan cukup !
Dan saya mengaku saya bersalah ^_^

-------------------------------------------------------------------------------

If we can touch and smell our sins.....

-------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi ujian yang tak pernah habis ini. Meskipun mereka tidak ada seorang pun yang memahami diriku, Engkau sahaja yang ku akui cinta tak pernah luput.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang bila berkata, baik tuturnya. Bila melaku, baik tingkahnya. Bila berdiam, baik sangkaan orangnya. Sesungguhnya aku memang seorang yang tidak pernah lepas sebagai seorang pendosa. Aku juga tahu aku tidak layak untuk meminta-minta sesuatu yang baik dan kebaikan dari sesiapa.
Ya Allah, kesenangan itu jarang sekali untuk aku nikmati dengan beribu kesyukuran. Kesusahan ini yang berjuta million kali aku mengadu padaMu. Ampunkan aku, Rabbi. Aku puas melakukan dosa yang tidak ku balas dengan taubatku.
Ya Allah......

08 Mac 2012

Mungkin dalam hati, ada orang lain sudah menyentuhnya.
Mungkin dalam jiwa, ada insan lain sudah mengusiknya.

Namun kalbu yang sentiasa basah dengan zikrillah dilisankan, ia kemaruk didalam hati untuk asyik mengingati Pencipta Cinta. Kuatkan untuk lebih merasa setia.
Teguhkan untuk lebih mencantas duka.
Tabahkan untuk lebih memancar pada siapa 'pilihan Allah' untuknya.

Sabar,
Menjadi lebih prihatin pada mereka yang prihatin kepadanya. Hargai dia sebelum kehilangannya. Lagi.

------------------------------------------------------------------------

Percaya atau tidak,
Kalau ada orang pimpin tangan kita, pegang tangan kita, tidak kisahlah dalam keadaan yang hujung jari dengan hujung jari sahaja, mahupun genggaman yang erat. Daripada sentuhan dengan sentuhan, terasa ada kasih sayang menyelaputi, ada kekuatan yang mencucuh diri.

Saya kata, sebab saya rasa.
Bila saya dipimpin, saya malu. Biasanya saya sendiri. Bila dipegang tangan, saya rasa debar, tapi mahu rapat lagi. Saya rasa dihargai, saya rasa saya dilindungi, dan saya rasa saya dikasihi.

"Ya Allah, Engkau anugerahkan daku dengan hamba-hambaMu yang sentiasa mencintaiMu. Kerana bila ia memegang diriku, dia memegang hatiku. Dan bila aku terpaut pada sentuhannya, maka aku tersentuh dengan hidayahMu"

06 Mac 2012

Dia tidak pernah menyatakan ayat dan kata manis malah romantis. Picisan-picisan itu dia sembunyikan seboleh-bolehnya daripadaku.

"Aku mencintaimu"
Sekadar perlu aku tahu, dia cuba menyatakan jujurnya. Namun tidak pernah dia meminta balasan dariku. Wallahualam.

Perlukah aku juga menyiapkan kata cinta untuknya ?

-------------------------------------------------------------------------

Allahuakbar !
Ini ujian, kawan. Allah suruh kita kembali berfikir dan muhasabah apakah tujuan kita sebenar.

Apakah ?

Ujian.
Ini namanya sabar. Itu namanya penambahan Iman.
Dugaan.
Ini namanya tabah.
Itu namanya penghijrahan fitrah.
Ikhlas.
Ini yang kita cari.
Itu yang kita semua perlu. Ada orang kata "kenapa itu" dan "kenapa ini" , sedang dia tidak tahu Allah itu pernah berkata mafhumnya, jangan katakan seseorang itu beriman selagi dia tidak diuji. AlBaqarah ayat 214.

04 Mac 2012

Remaja 21 tahun ke atas, pastikan anda sudah mendaftar sebagai pemilih.

Mengundi WAJIB untuk memilih pemimpin yang adil. Dan memelihara agama Allah.

------------------------------------------------------------------------

Negeri Kelantan MISKIN sebab dimiskinkan.

Exco Pembangunan Wanita,
YB Wan Ubaidiah.

-------------------------------------------------------------------------

Kedinginan tergigil mencucuk diri.
Aku seorang. Di sisi mereka yang berpengalaman.
Memeluk tubuh. Sendiri.
Sakit. Datangnya waktu ini.
Sakit. Perginya bila ada yang mengganti dengan bahagia.

Senyum, Najah.
Datangkan bahagia. Agar pergi segala puncak sakitmu. :)
Ya Allah, biarkah diri yang bernama Nur Israf Najahah ini sakitnya ada, bahagianya menyembunyikannya.

03 Mac 2012

Dengan suasana bilik darjah hingar-bingar, bersama suara-suara khalifah muda bertanyakan tentang soalan masih kecil samar di otak akal mindanya.
Aku cuba keluarkan nafas dan suara.
"Hey, diam sikit ! Macam ni, soalan ni nak..."
Seorang khalifah muda mendekatiku "Ustazah, tengok tu dia buat kite.."
Yang lain masih di hadapanku "Ustazah, macam mana soalan ni..?"
Arghh, mana satu ni ! Dan ketika ini, wajahku aku sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimana.

Mereka gelak. Mereka ketawa. Mereka tersengih.

"Kenapa ?" Aku tanya. Aku serius, diorang boleh rasa ada jenaka pula.

"Muka ustazah macam raksasa la.."
"Ha'ah, macam raksasa." Dan mulalah cerita Otomen mereka.

"Dah-dah, pergi duduk tempat masing-masing. Siapkan kerja cepat. Nasib baik raksasa ni baik. Kalau jahat, ustazah dah makan kamu dah." Muka serius. Malu di sebaliknya. Tipu kalau tak MALU !

^_^ Nasiblah macam raksasa Otomen, tak macam raksasa Ben 10. Buruk ! ^_^

-----------------------------------------------------------------------

Ada orang tanya,
"Kahwin ni mudahlah...tapi tanggungjawab rumahtangga tu yang susah. BERAT. Kalau tengah belajar, macam mana nak uruskan semuanya ?"
Saya jadi terbeku. Saya tidak pun berpengalaman. Apatah lagi mahu jadi pengulas tentang hal 'nikah muda' ni.

Jawapan sayalah yang tidak terucap.
"Kalau dah kahwin, maksudnya mahu tidak wajib bertanggungjawab. Itu amanah. Kalau rasa tidak mahu dipegangkan dengan amanah yang berat, tak payah la kahwin. Allah kata, kalau tak mampu puasa. Tahan diri. Tak payah bercinta. Kalau nak cakap pasal kewangan rumahtangga takut merosot lepas berkahwin, itu alasan. SEBENARNYA, pertumbuhan ekonomi yang paling cepat umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan' adalah ekonomi rumahtangga. Kenapa risau, Allah dah kata bagi sesiapa yang MISKIN, Allah akan tambah. Allah Maha Pemberi Nikmat."

Sekian. Pandang depan belakang kanan kiri. Itu yang saya nampak dan saya rasa.
Alhamdulillah :)

01 Mac 2012

Sampai sini sahaja mungkin. Ada lagi, ana akan postkan :)





Thursday, March 1, 2012

1 Mac Dan Itu Kembali.


Mungkin sejak pertuturan kita yang tidak serupa itu,
Membuat masing-masing menggelapkan hati,
Tidak aku terangkan padamu,
Tidak jua kau terangkan padaku,
Bukan maksudnya tidak mempunyai cahayanya lagi,
Cuma malap dan kelam.

Aku cuba bersabar dengan ujian hati,
Mendiam sebegini bukan mudah untuk terisi,
Apatah lagi untuk diisi,
Aku cuba berkawan dengan segala permasalahan diri,
Merapatkan persahabatan dengan ketenangan,
Walaupun hakikatnya jiwa ini gundah kesukaran.

Man La Yarham, La Yurham.
Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak dikasihi.
Benarlah !
Cuma sedikit taburkan rasa cinta,
Akan dibalas dengan cinta juga.
Sikit pada waktu belum dijadikan yang halal,
Banyak pada saat sesudah termeterai lafaz indah.

Semoga aku tahan dengan ujian hati,
Ujian Illahi.
Semoga Allah menjaganya untukku,
Menjagaku untuk kehidupanku.

1 Mac ini,
Sebenarnya sebelum ini,
Aku mengambil masa menambahkan tabah di hati.
Aku sangka tidak ada yang akan menerima kembali setelah gagal diuji.
Rupanya seperti 'repeat STAM' aku,
Ada yang berjaya kembali.
Cerah dan harmoni.
Alhamdulillah ^___^

Wednesday, February 29, 2012

Hilal Asyraf Patut Dapat Award !

Salam seindah ukhwah buat para muhadhir blog ana yang masih mengesot untuk merangka posting ini. Susahnya mahu mencernakan cernaan minda di sini. *bukan susah, malas sebenarnya. :D

Apa khabar tubuh anggota kalian ?
Apa khabar iman dan taqwa kalian ?

Semoga keduanya tercerita indah, dan tertambah sempurna :)

Ok.

Rasa tajuk posting tu macam "TAKJUB" sangat ke dengan insan yang sedang dimaksudkan ? Ataupun sesiapa merasa ana ni fanatik sangat dengan mamat yang "NTAH SAPE" tu ? hahaha :D

Ana mengaku, ana tidak TAKJUB atau FANATIK dengan mamat yang NTAH SAPEE tu. Tapi ana KAGOOM dengan mamat tu. Meskipun berjambang, bermisai, berjanggut, bercermin mata, ber ber, ber lagi la..dia seorang berani. Berani menulis dengan perasaan dirinya tanpa memerlukan kehendak orang. Kerana orang itu memerlukan apa yang dikehendak Pencipta Sekelian Alam. Ana jatuh CINTA dengan dia. Ehhh ??? SILAP !! dengan PENULISAN dia. Allah, kalau cik puan dia tahu ni, habiss ana. haha :D Hmm, tak mustahil kalau dia tu tak berpunya, ramai yang berkenan dengannya. Hmm, tapi ana biasanya tak suka pon orang yang ramai peminat ni. Ramai sangat admirer dia. huhu ^^


simfoni cinta

Nak cerita ni, e-Book Simfoni Cinta yang baru haritu ana beli nukilan mamat "bujang tak lama" dah tu dah siap-siap ana download. Pertama download, tersimpan dalam phone. Tapi, akibatnya dari selfon ana yang tak power macam iPhone dia tu, tak bolehlah ana buka. Jadi, ana buka email pula. Alahh, email yang ana dok balas terima pasai hal pembelian baju tu. Banyak songeh ana, yang sanggup dilayan oleh moderator yang entah siapa. Dah kahwen ke belum dia tu...ahaha ! err, dah melampau ni..cerita secret ni, aisehh ! Berbalik pada cerita ana buka email tu. Ana download lagi dalam laptop. Dan ana download pula Adobe Digital Edition yang dia suruh tu. Pertama "open with" kali dengan benda alah tu, ku lihat cover e-book Simfoni Cinta, dan ku selak sehelai demi sehelai sehingga tamatnya bahagian "Langitilahi Store". Alhamdulillah ! Teruja ! Akibatnya masa untuk membaca terhimpit dengan masa untuk bergegas ke sekolah. Biasalah, kena be panctual ! *betul tak eja tuu..hehe.. Dan ana close terus. Sebaliknya ana dari sekolah, tercari di manakah e-book kesayangan ana tu. TAK JUMPA ! Astaghfirullah. Tu la, kau BATAK sangat tadi. *maaf, bahasa tak sopan.huhu.sedih. Ana cuba download semula, tak disangka memang benar hanya boleh download 2 kali sahaja. Sedih sangat. Berfikir, ana belum download 2 kali. Berfikir, di phone tu ?

Ana bluetooth fail tu ke dalam laptop. Open with......

Alhamdulillah, kali ini ana sanggup mengkopi teh di setiap folder yang berada di laptop. HAHAHAHAHA :D Tak sanggup dapat "musibah" tu untuk kedua kalinya. Jadi, ana teruskan pembacaan. Baru sedikit, tidak sempat menghabiskan cerpen yang pertama. Teringat benda yang perlu disiapkan segera. Aduhh, leka juga Simfoni Cinta ni..hehe.. Soalan ujian prestasi budak-budak (darjah satu) tu tak siap lagi. STOP lagi. Tapi pastikan tidak hilang. uhuhu.. Alhamdulillah, siap ! Tengahari tu, ana bawak laptop ke sekolah. Layan Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf (dialah mamat tu..) , dengan dinginnya angin mendung. Sendirian di bilik guru. Habiskan cerpen pertama, CINTA tajuknya. Tidak sedar. Air mata yang jarang sangat menitis, ini menitis. Sebak di dada sudah tidak dapat ana tahan. Subhanallah !

"Apakah tanda Allah masih menerimaku ?"

"Aku"

Ana pernah tanya pada atma ini. Ukhwah itu boleh kekalkah ? Entah kuasa agung apa yang menyebabkan ana yakin bahawa, ukhwah yang dinamakan ukhwah itu kekal. Bila ianya sahabat kerana iman. Ia sahabat iman. Nah, ini buktinya. Meskipun ini hanya cerita, yang orang akan anggap sebagai angan-angan. Sungguh tiada mustahil bagi orang-orang yang beriman ! Sekurang-kurangnya ia bukan cerita cinta yang tuju tembak niahnya konon kerana Allah, tapi dongeng tak bersahih kerana Allah pun. Sebab tu, ana tak minat baca novel dulunya. Kerana novel jiwang yang "TAK BERSIH" . Kritik terang-terang, sebab itu sebenarnya. Bukanlah ana punya penulisan pun bersih. Tapi ana tak berniat menjadikannya top di mata pembaca, kerana penulisan ana juga masih berada dalam awang-awangan. Apapun, para penulis novel di Malaysia ni. Good job sebab kalian dah mencuba. Cuba lagi yang terbaik eh ^^ Tulis apa yang "PERLU" , bukan apa yang "MAHU".

Ana pernah menyentuh novel pertama yang menyentuh hati, novel "Adam Dan Hawa" karya Aisya Sofea. Memang menggarit segala rasa. Entah kenapa ye..nak tahu, cuba baca sendiri :) Kemudiannya ana diperkenal dengan novel-novel cinta. Tapi lali dengan biasa. CINTA. Alahai... Dalam diri waktu ana berada seperti seorang yang putus harapan dan cinta, selepas SPM pula, tidak berminat untuk mendalami agama. Maksud di situ, tidak berminat untuk meneruskan belajar hal-hal yang "FANATIK" agama. Apalah ana ni kan, dah la jahil, tambah jahil la bila ana MALAS nak ketahui hal-hal agama ana sendiri. Allahuakbar ! Akhirnya, ana dipaksa dan terpaksa menerima "HIKMAH" suruhan umi. Masuk belajar di STAM. Ehya Assharif, Semanggol. huhu ^^ Satuhari, ana ternampak. Lagi senang, ana dinampakkan oleh Allah sesuatu bahan bacaan yang tidak berapa tebal. Berkulit hitam, berlatarkan kegersangan persekitarannya. Membaca tajuknya "TERASING", membuatkan ana mahu membaca sinopsisnya. Membaca sinopsis, Allah menggerakkan hati untuk terus merampas minda dan meletakkannya di sudut bacaan itu. Pergghhhhh ! So so so so.......novel apakah ini ? Angan-angan atau cita-cita ? Kenapa sampai begitu plotnya ? Seperti aku yang berada di saat both of Saifullah itu berdiri. Berdebar mencari penyelesaian mendapatkan "maruah" agamaku semula. AGAMA ? Lama ana tidak menyalakannya terang. Satu, keadaan di sini (Ehya Asshariff, Semanggol). Dua, mereka yang ana temui (kesayangan-kesayangan hingga kini). Tiga, kau (Terasing) ! Ini bukti apa ? "Bukti untuk kau kembalikan rasa cinta pada Allah, Najah" Ana..........

terasing

Selepas baca TERASING, ana membaca nukilannya. Matahari. Sinergi. Takdir. Batu-Bata Kehidupan. Hero. Tinggal VT dan Relasi yang ana teringin nak baca tu, tak dapat baca lagi. InsyaAllah satu masa. Keyakinan pada Allah, pada Islam, pada Iman, membuatkan kehidupan dan nukilannya sentiasa hidup di hati ana. Kenapa ada orang sepertinya ??? Luar biasa. Yang kita anggap seperti "berangan je mamat poyo ni" kalau kita tak cuba baca dulu novelnya. CUBA BACA DULU, baru boleh cakap mamat tu poyo, bajet atau berangan-angan. Kalau korang rasa tersentak, tu maksudnya Iman tengah di asak masuk la tu. Allah tengah berbicara dengan hati jiwa korang la tu. ^^ Ini KEJAYAAN. "Macam lekeh kat dunia, tapi dipandang terang-terang dekat AKHIRAT." kata seorang kawan, iman :)

inilah dia rupa mamat poyo tu..kikiki..sori akh Hilal. gunting gambar dr belakang novel. lalala ~

So, cuma nak cakap kat sini laa...
Hilal Asyraf si mamat poyo, bajet, berangan sangat tu, anda memang patut dapat AWARD !
Tapi........
Ana tak suka la bila seseorang yang ana minat, tak kiralah penulisannya, atau penyampaiannya, atau apa sahaja yang melibatkan orangnya, ramai sangat peminat. Ana taktau nape..kedekut taik masin. hahahaha :D Tapi, yang tu takpe lagi. Lagi, jelesss. Kalau SUAMI saya digila-gilakan orang.huhu..(macam mana perasaan buah hati HA tu eh ? hihi)

Apapun,
Ini sedikit kupasan ana tentang insan yang bernama Hilal Asyraf. Mungkin lain hari, lain waktu, ana ceritakan pula tentang penulis MISTERI. Siapa ? Teka sendiri. hahaha :D ok, moga mendapat sikit walaupun tak banyak. Isikanlah yang mana kosong :) Kerana Allah, aiwah ^^

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam alayk ~