Wednesday, February 8, 2012

Istikharah Laaa......

Assalamualaikum
Salam seindah ukhwah buat para muhadhir blog ana yang terlalu lama sangat tidak di'update' ni :) Semoga Allah menambah kesihatan dan menambah keimanan pada setiap diri kita sebagai muslim dan mukmin yang redha atas segala ketentuanNya.

Ya Allah

Lama betul kan ana tak posting apa-apa ? Tetap cantik blog ana ni..hehehe..perasan pulak ana.. mungkin masih belum ada rezeki. Ni pun ana ambil sekejap masa untuk update sesaja. :)

Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.


Pertamanya ana bersyukur pada Allah kerana telah dianugerahkan keputusan yang baik dalam peperiksaan ulang kertas Feqah dan Faraid ana yang gagal tu, dan memperbaiki Nahu dan Sarf ana yang cukup-cukup makan tu. Alhamdulillah, dua-dua jaid. Seronok tak terkira sebab dalam seluruh sepanjang hidup ana, ana tak pernah capai keputusan jayyid bagi subjek Nahu Sarf. Dan tak sangka Feqah yang gagal tu, terus ke pangkat jayyid. Alhamdulillah sangat-sangat.

Masa pergi ambil keputusan di Maahad Ehya Assharif sekolah ana tu, ana jumpa ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kesayangan ana. MasyaAllah, rindu pada mereka semuanya. Merekalah yang telah mendidik ana bersabar dan tabah. "Najah, kalau hari ini gagal, esok ada lagi untuk lulus." Pastu ana sambung. "Kalau esok tak kiamatlah.." Nadanya, macam gurau. Tapi bila ana fikir semula, terasa macam betul. Ataupun, memang betullah. Gagal harini bukan gagal selamanya kan ? Esok gagal, esok lagi boleh lulus. Usahalah banyak-banyak. Allah tu nilai usaha kita.

Penat.
Tapi puas hati.


Wonderpet, wonderpet ! hehehe...alhamdulillah, semenjak ana berkhidmat sebagai guru sandaran di sekolah umi, errr....,sekolah tempat umi berkerja. iaitu Sekolah Rendah Agama Sijangkang, ana telah belajar banyak erti sabar dan redha. Ana pasang satu momen di mana, ana mengajar darjah satu. Murid sudahlah baru masuk sekolah, ada lagi yang tidak kenal huruf. Tidak tahu membaca. Bahasa rumi pun tak tahu. Dengan kebisingan mereka yang bak halilintar. ehh, melampau pulak kiasan ana ni..hehe..tapi cukup untuk ana katakan, suara ana yang ala-ala storm rider ni pun tak dapat mengalahkan mereka. Suara anak muda ! hah !! itulah, suara anak muda penuh kebangkitan. Penat, tapi berbaloi. Bukan sebab duit tau, tapi sebab puas hati. Betullah apa umi ana cakap "Najah, kalau kita dapat fahamkan budak walaupun satu huruf, dan budak tu dapat mengulang apa yang kita ajar, kita rasa puas, Najah." Ana angguk. Mula-mula tak faham. But, I agree. Indeed mom ! Yess !

Hah, sorry to Nisa' :D Najah guna trademark kalian pulak. Tapi takpe kan..hehe.. :D But, inilah sesuatu yang best. Ana join Nisa' baru sekejap. Boleh dikira sewaktu ana ke Bersih 2.0 tu la..*eishh, tak kena tangkap kan..hehe.. Ana banyak belajar daripada kakak-kakak Nisa'. semangat juang mereka tinggi, kental dan tabah. Kemudian ana sambung belajar semula untuk repeat paper STAM. Sekembalinya ana, ana masih di ajak untuk berjoin dengan mereka. Ibarat usrah <3 suke ^^ Haa, bila usrah pulak. Subhanallah, tak terkira happy hati ni ikut usrah. Usrah ni sebenarnya pupuk kita untuk kenal lebih dalam tentang Islam. Tengah ana dalam bodoh-bodoh ni, diajak usrah. Ada lapang, ana pergi. Ana merasai nikmat iman di situ. InsyaAllah, Alhamdulillah :) Bahagia sangat dengan wonderpets Nisa' Kuala Langat !

Kini,
Mengapa tajuk itu yang menjadi tajuk ?

Istikharahlah, wahai insan yang didaftar sebagai Nur Israf Najahah.


Ana, bila dapatnya result. Dalam mindset ana terus kepada "Mesir, Najah !" Ana sememangnya rindukan tempat itu. Daripada umur ana 13 Tahun, Mesir ana nobatkan dalam ruang nano yang berkepul di atas SEKOLAH MENENGAH. Ustaz Wafir, ustaz feqah ana. Dia datang dan sarankan ana. "Jumpa ustaz Awi..." Ustaz Wafir gesa ana. hehe..Jumpa ustaz Zawawi, ustaz Nahu Sarf ana. Terserempak je, ustaz terus kata. "Haa, hang dah ok no..dapat jayyid dua-dua. Dah lepas lah tu..pi mana ? Mesir ?" gulppp ~ ustaz, memang itu nak ditanya. Ana senyum. "Camna ustaz, saya ni selangor. Nak pi ikut selangor, saya tak tau cara." Tanpa panjang-panjang, Ustaz Awi *gelaran dia, "Ti bulan 3, hang isi borang kat Ustaz. Haa, bak sini nombor hang. Ti keluaq borang, ustaz suh hang isi." Gitu ja, ustaz ? Ana terasa yakin. Allahuakbar. Tapi setelahnya ana pulang ke rumah, ana menyatakan hasrat hati mahu ke Mesir. Ayah, umi, dan jawapannya. Membuatkan ana sedikit demi sedikit luntur daripada rasa ingin ke sana. Tapi hati masih mahu. entah la..(biaselah ana, entah..)

Biarkan ana istikharah dulu. Ana mahu. Tapi umi ayah ? Wallahualam.....

Dan ana selitkan kisah yang memerlukan lebih mujahadah untuk ini. Tentangnya rasa hati. Ana pupuk untuk lupakannya. Tapi sampai satu masa, ana seakan mahu menamatkan keyakinan. Segerakan cara Siti Khadijah. Walaupun jawapan ana hampa, tapi hati ana cepat-cepat memulangkan dengan rasa redha. Redha tu kan syukur :) Ya, Allah itu Maha Mengetahui. Meniti sahajalah di atas caturanNya. Dengan usaha kita. Baiki diri, Najah.

----> Keputusan STAM ana, hanya makbul.

----> Kanak-kanak semangatnya memang lebih. Dewasa, jadilah seperti kanak-kanak. ^^

----> Mesir atau ? Istikharahlah...

----> Jodoh itu di tangan Allah. Yakin denganNya :)



Setakat ini, semoga mengisi.
Salam muhasabah, salam ukhwah fillah, salam hubblillah...

Ma'assalamah wa Ilalliqa'
Salam alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^