Friday, February 10, 2012

Menjadi Penulis Novel ?


Assalamualaikum.

Salam seindah ukhwah buat para muhadhir blog ana yang sekali lagi ana katakan masih cantik berwarna-warni. Hamdan lillah syukur sangat kepada Allah kerana masih diberikan peluang untuk ana mengepost cerita yang tidaklah ana kira terlalu umum untuk dipertontonkan. Kerana ianya tidak berpeluang mencuri pandang para penonton pun. Eh, ayat skema pula ..hihi..

Alhamdulillah.
Untuk beberapa hari ini ana berjalan-jalan di dalam FB. Melihat akan komen-komen cerah dan status-status indah mereka. Suka untuk ana menge'add' mereka. Siapa mereka yang ana maksudkan ini ? Mereka adalah, penulis dan pengarang novel. Novel yang tak pernah sekalipun ana baca, namun berminat untuk mengenali mereka. Sementara mereka belum 'terlalu' popular ni..hihihi :) Alhamdulillah, mereka prihatin ^^

Niat nak jadi PENULIS ?

Alhamdulillah, sebenarnya niat memang ada nak jadi penulis. Tapi tak serius la. Cukup untuk ana katakan sebagai saje-saje. Yelah, ana menulis berdasarkan apa yang tercapai dalam akal minda ana ni. Jadi tak cukuplah untuk mengarang yang hebat-hebat seperti mereka. Tapi InsyaAllah kalau berpeluang menulis yang lebih baik, ana akan menulis. Apapun, sedikit daripada ana yang taklah terlalu kerap menulis ni, bolehlah menjenguk nota-nota FB ana. Yang cerpen-cerpen tu, Alhamdulillah semuanya daripada hasil nukil ana.

Boleh lihat dan klik 'word' kat bawah sini -->

Awak, awak kuat kan ?


Ustaz Kopiah Putih

Kampus Tarbawi

Letakkan Tanganmu

Dan juga boleh ziarah dan ikuti cerpen bersiri ana di foto FB --->

Tiba Dalam Senyum

Ana sememangnya tidak selalu meng'update' cerita-cerita ini. Hanya bila berkelapangan, ana akan terbitkan. selalunya ana tidak sediakan dulu dalam komputer atau taip di mana-mana. Biasanya ana akan update waktu itu juga. Jadi, jangan hairan ya apabila update cerita ana begitu lama untuk dikeluarkan. hehe :)

Selamat Membaca, semoga mengisi dan bermanfaat ^^

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
Salam alaykumullah ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^