Monday, March 12, 2012

Aku Yang Berkata

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini, ana terasa mahu refresh semula Facebook ana tu. rasa dah bersepah dengan status-status. Jadi, tanpa ana membuang status ana tu (menjadi kerinduan dan panduan juga) , ana meletaknya di sini. Berserta tarikhnya sekali.

Saya "alphabet" dan dia "jawi".
Ah, saya merindui "jawi" saya. Mereka sahabat terbaik saya, saya gelarkan sebagai jawi. Kerana jawi itu lebih baik untuk menjadi padanan huruf bila dibezakan. Saat ini, ingin sekali saya bertanya khabar. Sihatkah dia ? Sudah makankah ? Bagaimana keadaan hatinya ? Bagaimana keadaan imannya ? Risaunya saya. Tapi saya yakin, mereka dijaga baik oleh Allah. Kerana merekakan jawi :)

Wahidatul Akmar - Siti Kautsar - Nur Zakiah - Fatin Liyana - Zahidah Hafizah - Habsah - Syaharatul Aini - Nur Athirah - Fazwani - Solehah - Zarina - Shahidah Nasir - Fathin Afeqah - Akmalliyana - Rasyidah - Nur Fatin Nadhirah - Nabihah Roslan - Nur Farhana - Siti Lailatul Qadrah - Nur Mawaddah - Nurul Hanani - Siti Fauziah - Nadassyifa- - Hidayah Salleh - Nurussa'adah - Mardhiah Ibrahim - Husna Narawi. Juga sahabat "jawi" saya yang tidak tersebut.

Dan Fatimah Azzahra' a.k.a Faza,
Faza, aku pasti kau selalu bahagia di sana. Aku merinduimu. Rinduilah aku, agar aku akan mendatangimu. Kau jemputlah aku. Rindu ke syurga ♥

Love you ever !

______________________________________________________

Saya terima takdir ini dengan redha dan syukur. Ini ujian buat saya, kenapa harus saya mengeluh dan meminta untuk tidak ditimpa ujian ? Sedangkan Allah itu datangkan ujian kerana mahu menambahkan iman pada diri hamba-hambaNya.

Saidina Ali Karamallahu Wajhah juga turut merembeskan air mata kerana menyangka Allah seperti tidak memandang dirinya. Sebab dia tidak didatangi ujian dari Allah. Allah.......betapa hebatnya sahabat Rasulullah itu. Merindukan ujian sebenarnya merindukan Allah. Tidak datang ujian, seperti tidak datangnya mesej dari pasangan kekasih. Tertunggu-tunggu sehingga sanggup menitiskan airmata.

Ya Allah, aku sungguh tidak layak untuk mendapat kecintaan dariMu. Namun aku cuma mahu rasa bersyukur dengan ujian-ujianMu. Allah.... :'(

______________________________________________________

Aidil feat Bob Yusuf - Aku Percaya

Layan lagu ni kat Carta Ikim. Tersangatlah suka.
"Aku percaya yang datang hanya terbaik menjadi anugerah, Aku percaya ini suratan yang tertulis di qada' qadarku" :)

12 Mac 2012

Ya Allah, bantulah hambaMu yang bernama Nur Israf Najahah ini untuk menyambung pengajiannya kelak. Permudahkanlah urusannya, Ya Allah. Ameen.

Terima kasih :)

_________________________________________________________

Baca !

Puisi "Indah Buatmu Kelantan"

Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar segolongan cintaku..

Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulamak,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..

Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Centre, Kota Bharu,
Kelantan

9 Mac 2012.

___________________________________________________

Past is past.
Kita ni bukan macam robot.
Masuk memory card, terus ada isi. Keluar memory card, hilang semua isi. Kita ni ala-ala siput babi.
Lambat-lambat nak berjalan. Tetap tinggalkan lendirnya dibelakang. Tapi lama-lama lendir tu kering.

Sikit-sikitlah...
Yang penting, boleh terus berjalan ke depan. :)

11 mac 2012

"Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi..." Minn Edina.
"Kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi..." Jasmin.

"Its not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. Its about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is 'baik'." Jasmin.

Baik itu adalah masuk dalam Islam secara SELURUHNYA.
AlBaqarah : 208
Versus, Hlovate

____________________________________________________

Berjalan-jalan ke Facebook rakan. Yang sebaya dan sudah berkahwin. Bukan takat itu, mereka yang sudah mempunyai cahaya mata.

Subhanallah,
Bahagianya bila hidup saling melengkapi. Agak cemburu melihat rakan yang sebaya dengan kita sudah menggendong cahaya mata mereka. Bukan anak sedara, tapi anak sendiri. Semoga anak-anak mereka juga bakal zuriat kami nanti dapat menjadi manfaat dan syafaat di akhirat kelak.
Ameen !

♥ Imran Fateh :p

_____________________________________________________

Perlukah seseorang itu menyukai seseorang, dan mesti jatuh cinta pada seseorang itu yang akan menjadi pasangannya nanti ?

Percaya atau tidak,
Kadang takdir Allah itu yang datang sikit pun kita tak sangka. Dengan siapa kita bercinta, tidak pula menjadi siapa kita dinikahinya. Benarlah, jodoh Allah itu rahsia :)

Saya taknak dah jatuh cinta dengan sesiapa melainkan "suami" saya ♥

10 mac 2012

Law Kana Bainana, TV AlHijrah.
Saya tertarik dengan qoute "memohon maaf tidak merendahkan martabat, malah memuliakan sesorang dengan sifat pemaaf"

Subhanallah !
Beginilah Allah mengiktiraf hambaNya. Bukan dengan kad kuasa kepunyaan kita, bukan dengan apa keturunan kita, tapi hanya dengan sifat pemaaf, Allah akan muliakan kita. Allah...

Alhamdulillah !
Najah, kau boleh senyum sekarang :)

___________________________________________________

Okey, Najah.
Be patient, remember Allah will there for you.
Zikrillah banyak-banyak, zikrillah sedalam-dalamnya.

Senyum :)
Harini, mulakan tatacara baru kau. Kaedah kau. Orang suka tak suka, ini yang kau rasa terbaik. Go ! Asalkan Allah yang timbang, insyaAllah baik-baik. Ameen !

09 mac 2012

Saya sedar menjadi seorang guru bukannya senang.
Saya sedar menjadi seorang pendidik memerlukan lebih kasih sayang.

Dan,
Saya sedar seawalnya saya ditugaskan menjadi guru darjah untuk Tahun 1, saya seperti mengenal erti 'kejutan elektrik' manakala anak murid mengenal erti 'petir dan guruh'. Emosi saya mengatasi rasional. Itu saya seawal bertindak laksana peranan GURU DARJAH SATU. Amarah saya membuak saat melihat si kecil tidak tahu membaca, membuat tidak peduli pada pendidik mereka, berlari ke sana ke mari, bising satu darjah. Saya pegang rotan dan merotan. Saya ada tangan dan saya memiat. Syukur sahaja, saya ada kaki saya tidak menyepak dan memijak mereka. Tapi semakin lama, semakin saya sedar mereka sebenarnya memerlukan pemerhatian lebih. Dan saya lakukan kini.

Tapi dah terlambat Najahah....
Kau wanted kini ! Cerita lama kau terungkit kini, dan bakal dihakimi di Mesyuarat PIBG. Tengok Najah ! Kau kejam ! Kau belasah anak orang ! Kau tidak berdisiplin dan kau akan dipantau !!

Hah !
Selamat dunia akhirat kau, Najah !
Nak lari mana ? Ini kerja kau. Kau yang buat. Kaulah tanggung.

Wahai mak budak,
Sebelum saya dihakimi dan diadili bahawa saya memang bersalah, bolehkah saya meminta sedikit lebih permintaan daripada cik puan ?

Izinkan saya belasah anak cik puan cukup !
Dan saya mengaku saya bersalah ^_^

-------------------------------------------------------------------------------

If we can touch and smell our sins.....

-------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi ujian yang tak pernah habis ini. Meskipun mereka tidak ada seorang pun yang memahami diriku, Engkau sahaja yang ku akui cinta tak pernah luput.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang bila berkata, baik tuturnya. Bila melaku, baik tingkahnya. Bila berdiam, baik sangkaan orangnya. Sesungguhnya aku memang seorang yang tidak pernah lepas sebagai seorang pendosa. Aku juga tahu aku tidak layak untuk meminta-minta sesuatu yang baik dan kebaikan dari sesiapa.
Ya Allah, kesenangan itu jarang sekali untuk aku nikmati dengan beribu kesyukuran. Kesusahan ini yang berjuta million kali aku mengadu padaMu. Ampunkan aku, Rabbi. Aku puas melakukan dosa yang tidak ku balas dengan taubatku.
Ya Allah......

08 Mac 2012

Mungkin dalam hati, ada orang lain sudah menyentuhnya.
Mungkin dalam jiwa, ada insan lain sudah mengusiknya.

Namun kalbu yang sentiasa basah dengan zikrillah dilisankan, ia kemaruk didalam hati untuk asyik mengingati Pencipta Cinta. Kuatkan untuk lebih merasa setia.
Teguhkan untuk lebih mencantas duka.
Tabahkan untuk lebih memancar pada siapa 'pilihan Allah' untuknya.

Sabar,
Menjadi lebih prihatin pada mereka yang prihatin kepadanya. Hargai dia sebelum kehilangannya. Lagi.

------------------------------------------------------------------------

Percaya atau tidak,
Kalau ada orang pimpin tangan kita, pegang tangan kita, tidak kisahlah dalam keadaan yang hujung jari dengan hujung jari sahaja, mahupun genggaman yang erat. Daripada sentuhan dengan sentuhan, terasa ada kasih sayang menyelaputi, ada kekuatan yang mencucuh diri.

Saya kata, sebab saya rasa.
Bila saya dipimpin, saya malu. Biasanya saya sendiri. Bila dipegang tangan, saya rasa debar, tapi mahu rapat lagi. Saya rasa dihargai, saya rasa saya dilindungi, dan saya rasa saya dikasihi.

"Ya Allah, Engkau anugerahkan daku dengan hamba-hambaMu yang sentiasa mencintaiMu. Kerana bila ia memegang diriku, dia memegang hatiku. Dan bila aku terpaut pada sentuhannya, maka aku tersentuh dengan hidayahMu"

06 Mac 2012

Dia tidak pernah menyatakan ayat dan kata manis malah romantis. Picisan-picisan itu dia sembunyikan seboleh-bolehnya daripadaku.

"Aku mencintaimu"
Sekadar perlu aku tahu, dia cuba menyatakan jujurnya. Namun tidak pernah dia meminta balasan dariku. Wallahualam.

Perlukah aku juga menyiapkan kata cinta untuknya ?

-------------------------------------------------------------------------

Allahuakbar !
Ini ujian, kawan. Allah suruh kita kembali berfikir dan muhasabah apakah tujuan kita sebenar.

Apakah ?

Ujian.
Ini namanya sabar. Itu namanya penambahan Iman.
Dugaan.
Ini namanya tabah.
Itu namanya penghijrahan fitrah.
Ikhlas.
Ini yang kita cari.
Itu yang kita semua perlu. Ada orang kata "kenapa itu" dan "kenapa ini" , sedang dia tidak tahu Allah itu pernah berkata mafhumnya, jangan katakan seseorang itu beriman selagi dia tidak diuji. AlBaqarah ayat 214.

04 Mac 2012

Remaja 21 tahun ke atas, pastikan anda sudah mendaftar sebagai pemilih.

Mengundi WAJIB untuk memilih pemimpin yang adil. Dan memelihara agama Allah.

------------------------------------------------------------------------

Negeri Kelantan MISKIN sebab dimiskinkan.

Exco Pembangunan Wanita,
YB Wan Ubaidiah.

-------------------------------------------------------------------------

Kedinginan tergigil mencucuk diri.
Aku seorang. Di sisi mereka yang berpengalaman.
Memeluk tubuh. Sendiri.
Sakit. Datangnya waktu ini.
Sakit. Perginya bila ada yang mengganti dengan bahagia.

Senyum, Najah.
Datangkan bahagia. Agar pergi segala puncak sakitmu. :)
Ya Allah, biarkah diri yang bernama Nur Israf Najahah ini sakitnya ada, bahagianya menyembunyikannya.

03 Mac 2012

Dengan suasana bilik darjah hingar-bingar, bersama suara-suara khalifah muda bertanyakan tentang soalan masih kecil samar di otak akal mindanya.
Aku cuba keluarkan nafas dan suara.
"Hey, diam sikit ! Macam ni, soalan ni nak..."
Seorang khalifah muda mendekatiku "Ustazah, tengok tu dia buat kite.."
Yang lain masih di hadapanku "Ustazah, macam mana soalan ni..?"
Arghh, mana satu ni ! Dan ketika ini, wajahku aku sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimana.

Mereka gelak. Mereka ketawa. Mereka tersengih.

"Kenapa ?" Aku tanya. Aku serius, diorang boleh rasa ada jenaka pula.

"Muka ustazah macam raksasa la.."
"Ha'ah, macam raksasa." Dan mulalah cerita Otomen mereka.

"Dah-dah, pergi duduk tempat masing-masing. Siapkan kerja cepat. Nasib baik raksasa ni baik. Kalau jahat, ustazah dah makan kamu dah." Muka serius. Malu di sebaliknya. Tipu kalau tak MALU !

^_^ Nasiblah macam raksasa Otomen, tak macam raksasa Ben 10. Buruk ! ^_^

-----------------------------------------------------------------------

Ada orang tanya,
"Kahwin ni mudahlah...tapi tanggungjawab rumahtangga tu yang susah. BERAT. Kalau tengah belajar, macam mana nak uruskan semuanya ?"
Saya jadi terbeku. Saya tidak pun berpengalaman. Apatah lagi mahu jadi pengulas tentang hal 'nikah muda' ni.

Jawapan sayalah yang tidak terucap.
"Kalau dah kahwin, maksudnya mahu tidak wajib bertanggungjawab. Itu amanah. Kalau rasa tidak mahu dipegangkan dengan amanah yang berat, tak payah la kahwin. Allah kata, kalau tak mampu puasa. Tahan diri. Tak payah bercinta. Kalau nak cakap pasal kewangan rumahtangga takut merosot lepas berkahwin, itu alasan. SEBENARNYA, pertumbuhan ekonomi yang paling cepat umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan' adalah ekonomi rumahtangga. Kenapa risau, Allah dah kata bagi sesiapa yang MISKIN, Allah akan tambah. Allah Maha Pemberi Nikmat."

Sekian. Pandang depan belakang kanan kiri. Itu yang saya nampak dan saya rasa.
Alhamdulillah :)

01 Mac 2012

Sampai sini sahaja mungkin. Ada lagi, ana akan postkan :)





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^