Friday, April 27, 2012

Aku Percaya Dan Kisahnya - 2

Aku percaya
Yang datang hanya terbaik menjadi anugerah
Aku percaya
Ini suratan yang telah tertulis di qada' qadarku

Undian nasyidnya, terakhir. Amat mendebarkan dia dan rakan-rakannya. Entah siapa dia. Aku belum mengenalinya, apatah lagi mahu sibuk-sibuk ketahui tentangnya. Aku sekadar disamping mereka, untuk memberi semangat. Memberi pandang dan senyum agar mereka buat dengan sehabis baiknya.

"Baca selawat banyak- banyak. Surah Al-Ikhlas banyak-banyak." ujarku. Bukan padanya. Tapi pada mereka yang lainnya.

"Siapa ketua nanti ?" aku sekadar bertanya.

"Tu..." tunjuk seorang rakannya. Aku kalih. Dia di sisiku. Masa tu, aku hanya melihat dia dengan pandang sisi sahaja. Pandang dengan aplikasi tinggi rendah.

"La..kecik je.." gurau aku.

"Haa la...kecik je, tapi insya-Allah." ujar guru pembimbing mereka, Ustazah Noraini.

"Yup, kecik je. InsyaAllah hebat." aku sekadar senyum. Senyum yang tiada maksud, namun Allah menjadikan ia sebagai tawaran hebat atas apa yang berlaku.

______________________________________________________________________________

Aku rakam, dan aku main semula video nasyid mereka. Aku ulang lagi. Apa yang tak puas hatinya ni ? Aku sendiri tertampan ragu. Rasa hati merasa berdetak. Rasa hati merasa mahu mencari seseorang. Sehabis majlis penutupan KAMIL Peringkat Zon, mereka menjuarainya. Ya, hasil usaha mereka. Aku kagum, sangat kagum. Sebelum meninggalkan dewan, kelihatan kumpulan mereka sahaja yang berkumpul di situ bersama guru pembimbing yang lain. Aku datang dekat.

"Tahniah..." ucapku pada Ustazah Halimah. Dia sekadar tersenyum sambil menepuk bahuku. Kemudian mengeladeni anak-anak buahnya. Sebelum aku berlalu, hanya dia yang duduk di kerusi tidak menyertai sorakan mereka. Aku dekatinya.

"Solo nasyid tadi, ye ?" aku sekadar bertanya. Dia mengangguk. Aku juga mengangguk. Senyum kemudian beredar.

Apa tujuan sebenar ? Entah, aku tak tahu. Apa yang mendekatkan aku ? Entah, aku tak tahu. Kenapa semua tu terjadi ? Aku tak tahu. Yang aku tahu, semua yang menggerakkan kejadian itu adalah Allah. Aku percaya Allah. Aku percaya Allah. Aku percaya Allah. Kerana itu aku percaya yang memberi ruang untuk aku berjalan dan mendekatinya, dan membenarkan ruang untuk dia ada disisiku, semuanya Allah. TAK SENGAJA dari aku. Tapi DISENGAJAKAN dari Allah.

_________________________________________________________________________________

Hari tu, sampai hari ni. Aku rasa macam ada tak kena. Whats going on, huh ? Video nasyid tu, ulang-ulang je. Dan tibalah saat perhimpunan Isnin. Aku tercari-cari 'solo nasyid' tu. Gayanya bersahaja, hijabnya menyejukkan mata, lotehnya tidak seperti murai yang bersangkutan di dahan selalunya. Dengan rakannya, mesra. Ramah dengan senyumannya. Dari jauh pun boleh ke describe someone tu ? hehe... Aku yang tidak biasanya duduk sekali di bawah garaj teduh, hanya berdiri bersama anak murid. Entah, kenapa Allah hantar satu rasa yang aneh ini. Pengawas yang menjaga barisan anak muridku, aku perasan dia juga adalah seorang anggota nasyid.

"Eh, awak darjah berapa ?" tanyaku.

"Darjah 4."

"Oh...em, nasyid kan ?" aku tanya lagi. Dia angguk. "Sape eh yang jadi solo nasyid haritu ?"

"Anis Arisya."

"Dia darjah berapa ?"

"Darjah 5." aku angguk dengan jawapannya.

Sebelum usai perhimpunan, aku menegurnya lagi. "Nanti kirim salam, eh ?" hanya itu yang mampu ku ucap. Terjemahkan ? Sungguh berat nanang. Ini pun sudah cukup malu. Kalau banyak-banyak, bosanlah pulak. Yelah, budak kan... :)

______________________________________________________________________________

Setiap petang, sebelum pulang ke rumah. Aku mewajibkan diri aku untuk menjadi pemerhati latihan nasyid mereka sebelum KAMIL Peringkat Daerah nanti. Dan petang ini, aku berpeluang untuk perhati lebih lama. Perhati dia lebih lama. Sejuk mata, hati dan tangan. Susah ditafsirkan apa yang aku rasa. Ia membuatkan aku rasa sayang sangat mahu meninggalkan sekolah tempat aku mengajar ini. Aku jadi lebih redha dengan apa yang aku lakukan sekarang ini.

Begitu jelas saat matanya  bertembung dengan mata ini. Saat itu jua, senyumnya yang aku perlukan terukir. Ya Allah, anugerah terindahkah ? Wallahualam.

Dan saat itu, aku percaya setiap kejadian adalah aturan-Nya.
Aku tinggal percaya ^__^

Ibrah seterusnya ? InsyaAllah tunggu perenggan seterusnya. Salam penuh cinta dari ana :)
Salam Alayk maassalamah wa ilalliqa ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^