Tuesday, April 3, 2012

Aku Percaya dan Kisahnya

Salam alayk.
Buat antum para muhadhir blog ana. Terima kasih kerana masih sudi bersinggah. Melihatkan di SHOUT BOX kiri blog, ada di antara yang mencari ilmu di blog ana. Ana minta maaf sebanyaknya kerana blog ana bukanlah blog ilmu. Blog ana cumalah blog tinta yang ternukil daripada bahasa jiwa ana. Cuma seandainya ia bermanfaat, manfaatkanlah. Sekali lagi maaf :)

Aiwah, now i just grab what can i grab from.

Ana teringin pula mahu berkongsi ibrah daripada sebuah lagi ni. Cantik sangat senikatanya. Indah lagi penghayatannya. Follow me up ^^
 _______________________________________________________________________________

"Menyingkap tabir malam yang sunyi,
Menerima takdir yang terpatri,
Tenang jiwaku restu berjanji,
Terus ku akur takdir Illahi."
  
Sunat Istikharah berakhir di situ. Doa memohon pilihan Allah. Kerana pilihan Allah itu pilihan yang terbaik paling baik buat diriku. Aku bukan insan yang baik untuk mendapat jodoh yang baik. Aku tahu, Allah juga menjanjikan orang-orang yang baik adalah untuk insan yang baik. Jadi, siapa yang tidak mahu teman hidup hingga ke akhirnya nanti "baik" ? Aku juga mahukan itu. Aku cuba menjadi insan yang baik meskipun aku belum merasakan dirinya cukup baik. Dulu aku tidak begini. Perjalanan hidupku juga punya cinta. Cinta yang dilalui memerangkap rasa cinta kepada Illahi. Cinta yang didorong nafsu, mudahnya tumbang kerana ianya tidak pernah direstui Allahurabbi. Meskipun ditinggalkan seorang demi seorang, hanya kini yang terpalit rasa rindu mahu mengadu kepada Allah. Malu tapi mahu. Aku terkenan kepada seorang hamba Allah ini. Saat mata kami Allah temukan meski dalam sesaat dua, aku seakan meyakini hamba Allah itu telah membuatku jatuh rebah meminta bantuan Allah semata-mata.

"Adik, ke sana sikit. Kau ni dah la sesakkan jalan orang." tegur kasar seorang pengunjung pameran buku di Kuala Lumpur. Hamba Allah itu seakan kaget dengan teguran kasar dari seorang pengunjung di situ. 'Aik, bukan di sekeliling awak tu sesak ke ? Kenapa perlu tuju khas kepada dia ?' nasib baik saja dalam hatiku. Mengapa dia, ya ? Kerana dia bertudung labuhkah ? Atau kerana dia perempuan ? Aku hairan. Simpati mula muncul. Seperti mahu melindungi gadis bertudung labuh terbabit. Namun, aku rasa malu untuk melindungi gadis itu, kerana aku bukan yang seperti 'tudung labuh' itu. Ah, pedulilah. Aku mungkin berteman. Entah-entah, sudah ada suami. Gadis tadi memusingkan badannya, beralih lalu pergi seperti mahu lari dari semua orang. Dia melintasi aku. Kedengaran esakannya sederhana, tetapi terlalu menyayat hati. Sewaktu berselisih denganku, dia mendongak wajah sambil tudung labuhnya mengesat air mata. Matanya yang sayu itu memandang aku yang juga turut melihatnya. Pandangan gadis itu tentunya hanya 'involuntary action'. Mengapa aku harus merasa sangat tersentuh dengan pandangannya ? Allah. Sudah jarang aku menyebut nama itu. Nama paling agung itu terpacul jua dari rongga mulutku. Hatiku menjadi sebak seketika. Aku membiarkan gadis tadi berlari meninggalkan booth PTS yang sesak dengan ramai orang. Langkahku terus ke hadapan, tiba-tiba kaki tersepak sebungkus plastik berisi sebuah buku. Cantik kulit depan buku tersebut, berbunga-bunga. Buku WANITA JUGA BOLEH BERBISNES karya Muhammad Abu Syauqi Banna. Menarik. Menarik juga sesiapa yang berkeinginan membacanya. Selain buku, terisi juga sebuah dompet. Milik siapakah ? Mahu beri ke kaunter pertanyaankah ? Ada ke di sini kaunter pertanyaan yang memberi khidmat 'barang siapa yang hilang' ? Hmm..aku ambil keputusan untuk membuka dompet tersebut dan yakin bahawa dompet tersebut kepunyaan wanita kerana bentuknya besar gedabak begitu. Siapakah lelaki yang memakainya ? haha :D hairan bukan. Buka. Sah, wanita. Alamatnya juga tertera di kad pengenalan yang terselit di situ. Hanya gambar sahaja sudah agak kepudaran. Aku tidak lengah untuk menghantar barang itu.

"Awak ?" soalan itu pula yang tertawar dari lisanku. Gadis itu. Gadis yang menangis tadi. Gadis yang bertudung labuh dimarahi pengunjung itu. Gadis yang membuatkan aku menangis di hati. Bukan tangis kecewa dan sedih, namun tangisku tangis terharu dengan perancangan Allah ini. Hatiku mulai resah.


Dia bukan yang biasa-biasa. Segerombolan awan jua tidak mampu menyejukkan hati yang sering diacuh api nafsu. Hanya sering diingatkan, Allah itu penenang segala jiwa. Setiap huruf atas satu perkataan dan ayatnya, aku bagai merasakan. Lepas seminggu istikharah menjadi jalan keluar, aku menempelkan nota pada ummi.
- Ummi, Aidil dah sedia. Aidil tak mahu merewangi hari-hari Aidil dengan segala ingatan yang tidak bertujuan. Restui kami, ummi. Aidil mahu kita semua bersinggah ke terataknya. Aidil yakin dengan ketentuan Allah. Kalau tidak, itu hikmah. Kalau ya, itu rahmat yang amat besar. Ummi, lekapkanlah khabaran ini pada ayah. Yang benar, anakmu Aidil. -
 _______________________________________________________________________________

 Alhamdulillah. Selesai ibrah untuk perenggan yang pertama. Kenal lagu siapakah itu ? hehe. amatlah tertarik ana pada senikatanya. Ia adalah lagu ciptaan Bob Af , Hafiz Hamidun dan Izhan Kaizer.

Nak dengar ? Klik perkataan "Aku Percaya" ni.

Selamat mendengar ye ^^ tunggu ibrah perenggan seterusnya :)

Salam alaykumullah,
Maassalamah wa ilalliqa ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^