Wednesday, April 4, 2012

"Eh, eh..ustazah cantik hari ni"

Assalamualaikum,
Salam seindah ukhwah buat antum muhadhir blog ana. Semoga sihat saat kalian membacanya.
Sebenarnya, posting ini ana mahu post semalam. Tetapi memandangkan ada yang di draft kan kelmarin, jadi ana langsaikan yang itu.

Tajuk atas tu ??

Astaghfirullah, Ya Allah jauhi hambaMu yang terlalu kerdil dan hina ini dari perasaan riak dan ta'jub pada diri sendiri. Ameen. Alhamdulillah, bukan ana mahu menterjemah yang ana ni cantik menawan tertarik ana memang de boom pon. hehe. Cuma sekadar mahu berkongsi rasa dan cerita.

Semalam, seawalnya dari rumah ana tidak tahu mahu mengenakan baju apa untuk ke sekolah. Balik-balik baju sama. Anak murid bosan, ana tahu tuu.. Jadi ana selongkar almari adik ana. Jumpa baju kurung merah jambu. Dulu memang sangatan ana tak suka warna pink, tapi sekarang ni kena belajarlah pakai warna yang ceria dan 'keperempuanan'. hehe. Ana pun mengenakanlah baju tersebut.

Datang ke sekolah, punch card di pejabat. Berselisih pula dengan Guru HEM. Salam dan senyum. "Najah, cantiknya baju.." ana senyum. "Bukan baju saya, ustazah. Baju seha. hihihi.." mengaku je lah, baju Seha (adik) kebanyakannya memang cantik pun. Sebab tu suka pakai baju dia. ^^ Kemudian turun dan masuk ke kelas. membuat kerja yang terbengkalai. Buat cartalah apa lagi. huhu.

Pukul 2 petang mula menjengah. Murid-murid mulai memasuki pagar sekolah. Memasuki bilik darjah masing-masing. Tiba-tiba ada seorang murid ni, datang dari belakang (waktu ni  ana di meja murid menyelesaikan kerja lukis-lukis tadi). "Eh, eh..ustazah cantiklah hari ni.." ana ter-haa ? Yang lain datang dekat lagi selain melihat kerja kami (bersama kak Dayan.) "Haah laa, pink !" kemudian tawa ikhlas mereka kedengaran. Alahai, anak ! Pujianmu ikhlas. Ana, start dari tu. Bersemangat tak sudah sampai balik, dok bercerita sampai takde suara. Murid pun suka, senyum dan tak bosan.


Ana belajar satu ilmu.
Kecantikan itu fitrah. Allah jadikan semua yang di dunia ini semuanya cantik belaka. Hanya kita sahaja yang mencorakkan kecantikan itu dengan corak yang diredha Allah ataupun tidak. Seronok bukan ada yang memuji, tapi jangan jadikan pujian itu suatu riak dalam diri. Jadikan itu suatu ujian, jadikan itu suatu semangat untuk lebih bermujahadah. Betulkan niat, kita cantikkan diri adalah untuk memberi semangat belajar dan hilangkan rasa bosan anak murid melihat kita. Islah itu dimestikan bagi mengubah kesulitan menjadi kesenangan dan ketenangan. Macam anak murid ana tadi, dan semestinya pada kanak-kanak yang memuji, hargailah mereka dengan ucapan terima kasih. Kerana pujian mereka itu pujian yang IKHLAS. Ya, meskipun keikhlasan manusia itu hanya Allah sahaja yang nilai. Namun khalifah kecil itu, belum lagi mencapai baligh Al-Faruq. Kata-kata mereka adalah kata-kata yang jujur. Dan sebenarnya, ada satu lagi ayat yang ana tinggalkan di atas. "Tapi, ustazah ada jerawatlah.." err...yang ini tertalu jujur. tapi tak kesah la, tak terasa pun. Kerana mereka berkata apa yang mereka dengar dan apa yang mereka nampak. :) *murid darjah satu ye..

Alhamdulillah, Ya Allah.
Ma'assalamah wa ilalliqa',
Assalamualaikum ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^