Thursday, January 31, 2013

Tiada Dia Untuk Saya

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam seindah ukhwah, seindah pelangi, secerah mentari, sebiru langit, seputih awan, sebayu biru laut, sehijau hutan simpan tropikana, sekuning bersih dan seinfiniti cantik ciptaan Allah SWT.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Masih diberi nafas yang bisa ana menarik panjang dan menahan tanpa gangguan fungus-fungus di dalam rongga hidung. Allah panjangkan lagi umur, kemudian ditambah pula dengan kesihatan yang baik ini.

-sigh-

Faham ? Aseef untuk seketika mengapa ana mengeluh.

Ana difahamkan oleh seseorang, ana telah ditendang keluar dari padang bolasepak kerana ana adalah sebuah bola yang lusuh. Mungkin. Mengapa ? Mungkin kerana setiap bait ana bukan atas kehendak atau keperluannya. Mungkin kerana memikirkan ana untuk 'dia', jadi dia tidak patut untuk ana. Mungkin. Ouhhh, su'uzon si Najahah ni rupanya. Huh ?

Me'label' ana sebagai apapun, ana terima. Ana penat. Penat untuk bersama bermain tarik tali. Ana tidak melepaskan, ana pegang. Tapi kalau sudah ada yang melepaskan tali, dan membiarkan ana tersungkur. Sodaqallahul'azim-lah jawabnya ana ni.

Untuk dia jika membaca,

Syukran kerana pernah memberi kesempatan untuk ana bersinggah. Ana tidak berniat untuk menyinggah, bahkan ana meletakkan diri ana untuk mematri, memahat dan memakunya. Namun jika ini yang berlaku, ana redha. Katalah apa saja, mungkin ana ini seorang pendusta dengan kata. Namun, ana berhak berkata, ana menulis menggunakan tangan yang mana ia dekat dengan hati ana. terpulanglah jika ada yang berkata juga, jika ana redha mengapa begini ? Mengapa ditulis berjela begini ? Maaf, ana tidak bermaksud mahu mengguris hati sesiapa. Tetapi ana sebolehnya tidak mahu hanya ana yang dipersalahkan dan dipijak ke bawah.

Aseefah 'ala kulli hal.


Takpelah, hati.
Allah kan ada :) Ouh, lupa nak cakap satu lagi, Allah dah bagi Haneefah untuk saya. Untuk saya ? Tak, untuk semua ;P

Ma'assalamah wa ilalliqa' ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^