Friday, February 15, 2013

Mencari Yang Redha

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam seindah ukhwah, secerah mentari, setenang angin. Semuanya mendambakan keredhaan Allah SWT.

Yups, siapa sahaja yang berkehendak Allah dalam hatinya, maka dia perlulah redha.

Memulakan langkah dengan bismillah supaya kita sentiasa meletakkan segala pergantungan kita hanya pada Allah Azza Wajalla. Apa khabar blog ana ni ? Sihat tak ? Dah makan minum ? Hihi :D Tanya blog buat apa, kan ? Bukan dia ada mulut pun. Apapun, semoga blog ana ni sihat lah hendaknya. Semoga terisi dengan makanan yang baik. Makanan apa ? Makanan ilmu yang  bermanfaat. Sebab walaupun kadang-kadang ana sangka takde orang baca, ada lain yang tahu. Siapa ? Allah ! Allah tahu dan Allah nilai semuanya. Kecewa ana ke, gembira ana ke, bual kosong ana ke, atau apa sahajalah apa yang ana tulis dalam blog waima facebook atau twitter atau whatapps sekalipun. Aikk ? Haha :D Pasal whatsapp tu, private sikitlah. Takde benda pun. Tapi ceritanya ada. Cuma ana kena hold.

Hari ini, hari yang ceria gembira bersama. (bosan sebenarnya --__-- ) Ana takdelah isi sangat dalam post kali ni. Tapi pengisiannya tak lain tak bukan adalah...............................jeng jeng jeng. "CINTA NIKAH CINTA NIKAH" hahaha :D

Mencari Yang Betul Betul Betul Redha !

Adakah mencari jodoh itu salah ? Man jadda wa jadda. Ada setengah orang kata, Allah dah tetapkan jodoh kita, tak perlulah mencari. Ya, memang Allah dah tetapkan. Itu semua ketentuan Allah. Tapi, Allah tak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Allah jadikan kita atas muka bumi ni untuk berusaha. Berdoa sahaja juga tidak cukup. Kalau nak tunggu melangut, turun jodoh dari langit, alamatnya sampai berjanggut la tak muncul-muncul.

Pencarian seorang teman hidup ada kaedahnya.

Banyak yang telah kita baca dan kaji bagaimana cara mencari jodoh. Jodoh sebagaimana ? Jodoh yang tentunya baik. Baik dari segi agamanya, akhlaknya justeru peribadinya. Kadang-kadang bila mengenali seseorang, dari luarannya kita telah nampak segala kebaikan yang terpamer. Hensem sudah tentu, berharta apatah lagi, berilmu dunia dan akhirat usah dikira. Semua ada dalam genggaman dan kepala otak. Tapi, bila ditinggalkan seseorang yang dia cintai, dia sukai, dia kecewa dan seolah-olah menyalahkan takdir yang menimpa. Aisehhh ! Macam poyo ayat ni. tapi siyesli, kadang-kadang akhlak tak digambarkan dengan peribadi.

Cuba kita lihat kembali pada niat dan segala keserahan atau pergantungan hati kita ini dengan siapa ?

Runsing. Siapa sebenarnya harus kita serahkan ya ?

Allah lah yang selayaknya kita serah dan kita bergantung semata-mata padaNya. Dari segala soal, soal jodoh, soal hati, soal makan, soal sahabat, soal keluarga, soal hidup, segala-galanya kita mesti serah kepada Allah. Ini yang dinamakan REDHA.

Jadi pencarian kita kepada seseorang yang betul betul betul redha macam mana ?

Bagi ana, jawapan sebagai seorang perempuan. Ana juga mencari. Sejujurnya, ana mencari. Dan di dalam pencarian, ana memohon Allah meredhai ana. Ana memohon Allah jangan tinggalkan ana dalam pencarian ini kerana ana bergantung penuh padaNya. Kita betulkan niat. Mencari untuk apa ? Ana jelaskan, ana mencari untuk menjadikan seseorang itu teman hidup sekaligus melalui sunnah Rasulullah. Justeru jika diberikan kelebihan, ana akan melalui sunnah isteri baginda iaitu Saidatina Khadijah. Dan mencari untuk melaksanakan rumahku syurgaku bermatlamatkan Allah. Allah semata-mata.



Sahabat muslimah sekalian,
Ana bukan mahu mengajar "perigi cari timba" atau sebagainya yang antunna fikirkan. Tapi sebaiknya jika antunna yakin dan berkenan pada seorang lelaki, yang pastinya lelaki itu baik dan bisa mendorong kita kepada Syurga Allah, apalah salahnya kita menyatakan harapan suci kita ini padanya. Dan, REDHA seandainya dia tolak waima terima sekalipun. Jika si dia menolak "lamaran" kita, anggaplah ini suatu hikmah yang besar. Jangan berputus asa, teruskan mencari. Allah ada lagi baik untuk kamu. Ingat kata Hilal Asyraf ? Takdir itu dihujung usaha hamba. Maka, usahalah. Dan usaha terakhir itu adalah takdir kalian. Bila usaha terakhir ? Bak kata hukama, bila kamu sudah tidak lagi memohon sesuatu daripada Allah, maka itu Allah mahu memperkenankan permohonan kamu. Jadi, teruskan berdoa dan berusaha. Sampai satu saat, Dia pasti akan sempurnakan hajat kita. Namun, janganlah kita memesongkan niat kita. Jagalah dan perelokkan kerana kita tetap berada dihadapan Allah. Allah tetap melihat segala kelakuan kita. Sampai satu masa yang diyakini, dan Allah takdirkan, si dia pasti milikmu. Jika tidak, REDHA itulah yang pasti kau guna suatu masa nanti. :)

Aiwah, sampai sini sahaja dulu cerapan minda tentan REDHA pada ana. hehe :)

Jangan runsing, teruskan berusaha.
Allah bersamamu !

Ma'assalama wa ilalliqa' ~