Wednesday, June 12, 2013

Nafsu Itu Macam Cendawan Racun

Assalamualaikum.

Ahlan Wa Sahlan Ya Marhaban Bikum !

Apa khabar kalian, korang, para penerjah blog ambe ni ? Harap kalian sihat hendaknya. Lama rasanya tak update blog. Berzaman sampai berkepuk dah blog ambe ni. Puas ambe memikirkan apakah cara untuk mengatasi blog yang sikit lagi nak roboh ni. Cara-cara untuk meneguhkan balik, mengampuhkan justeru mencantikkan. Macam-macam, tapi tak tumbuh jugak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Hahaha. Apa ni, merepek pulak. Berpujangga pulak. Hihi.

Ha, cakap pasal CENDAWAN ni. Ambe ada cerita sikit.

Cendawan cantik. Gambar hiasan je. Tolong jangan salahkan cendawan ini. Isk isk isk :'(

Cendawan ni ada dua jenis kan. Satu cendawan yang boleh makan, dan lagi satu cendawan yang tidak boleh dimakan. Iaitu cendawan beracun.

Samalah juga macam RASA. Ada rasa yang boleh kita ikut dan ada rasa yang tidak boleh kita ikut. Rasa yang tidak boleh kita ikut ini dinamakan NAFSU.

Rasa nak makan sampai boleh jadi membazir, itu NAFSU.
Rasa nak membeli sampai boleh jadi papa, itu NAFSU.
Rasa nak bermain sampai boleh jadi leka, itu NAFSU.
Rasa nak bercinta sampai boleh jadi zina, itu NAFSU.

Nafsu ni ambe nak ibaratkan umpama cendawan racun. Pegang boleh, makan jangan. Kalau nak mampus cepat, silakan. Nafsu ni macam cendawan racun.

Cendawan racun, tumbuh melata. Lembab je kawasan tu, dia tumbuh. Bukan tumbuh sikit sikit. Tumbuh BANYAK BANYAK. Macam nafsu, dia tumbuh kat hati kita. Bila kita buat satu perkara ikut nafsu, nafsu makin membiak dan membiak. Memekar menjadi suatu penyakit dalam diri. Penyakit apa ? Penyakit dunia. Ya, DUNIA !

Ambe tak nafikan, nafsu ni dibenarkan. Tapi jangan sesekali benarkan ia menumbuh melata dalam hati dan jiwa raga kita. Kerana bila kita didik nafsu mengikut rasa, ada makhluk lain yang dok ngaja sama. Siapa ? SYAITANIRROJEEMMM ! Syaitan yang dilaknat.

Bila syaitan dah didik dengan pelajaran yang power dan mantop, maka terjadilah NAFSU yang berkerjaya. Iaitu bila tiba bulan RAMADHAN, bulan di mana syaitan diikat dipenjara (bukan penjara PUDU), di saat itulah NAFSU memulakan misinya. Hindarkan ia dengan selalu beristighfar kepada Allah dan berzikrillah. Jangan lupa solat, ngaji baca quran.

Semoga terjamin HIDUP di DUNIA dan di AKHIRAT.

Ma'assalamah Wa Ilalliqa' ~
^__^