Sunday, November 23, 2014

Organ Cinta : EP 2

Assalamualaikum

Apa khabar korang ? Aku nak cerita pasal semalam, tapi flight awal sangat so aku cerita harini. Ekceli aku dah taip dah, tapi tak tersimpan pun. Yang ada kat draft cuma tajuk. Ciskek.

Ok apa apa je lah. Aku nak sambung sikit pasal perbualan kedua.

Pasal kemaruk nak nikah.

Hahahaha.

Dulu, yup aku memang pun ada la rasa macam tu. Tapi sekarang tak dah. So aku nak cerita sikit apa faktor, kesan dan langkah-langkah nsk mengatasinya. Peh, macam karangan bahasa Malaysia kot. Hihi.

Faktor KEMARUK NIKAH ?

Sebab ko nak nikah sangat ni sebab apa ? Kebanyakannya la kan, yang nak nikah sangat ni bukannya ada pakwe/awek pun atau bahasa ringkasnya kekasih hati. Haha. So sebab apa ? Meh aku bagitau sebab apa.

1. Sebab ko tengok kawan-kawan sebaya ko yang dah kahwin. Masa belajar pun boleh kawen. Eh apesal aku takleh pulak kan ? So ko pon nak.

2. Ko sebenarnya nak berkasih, tapi ko taknak kapel sebelum terjalinnya hubungan yang halal. Cewah ! Kan kan kan ? Yelah, ko tau kapel sebelum nikah tu boleh mengundang dosa, so ko ameklah jalan nak bernikah. Hehe.

3. Last ni last, sebab ko nak tunjuk dekat bekas kekasih ko yang dulu yang dah kapel dengan orang lain tu berbahagia bersenang berkasih sayang, maka ko amek jalan nikah untuk tunjukkan yang sebenornya engko pon boleh bahagia macam dia. Aha ! Kan ??

Meh aku tunjuk kesan KEMARUK NIKAH ni.

1. Kalau ko tengah study, opkos pembelajaran  ko terganggu. Yelah, dah tersangat nak kahwin sampaikan malas dah nak belajar. Beb, aku pun pernah rasa. Haha.

2. Aku pun sure la, tapi almost la yang bernikah sebab nak tunjuk or nak sesaja nikah, diorang tak bahagia sangat. Bukan takde langsung, tapi tak sangat. Yelah, kalau cuma sebab nak menunjuk, u are loser lahhh ! Lagi-lagi perempuan. Sori la aku cakap camni, tapi aku nak nasihat, kalau cuma sebab nak menunjuk, ko rasa ada perasaan jujur ke dengan dia ?

Langkah-langkah mencegah KEMARUK NIKAH ?

HAHAHA. Lawak woi macam penulisan BM dah.

Ok ok, camni la cara dia ko nak lepaskan kemaruk ketagih nikah kahwin ko tu. Aku sajes je ye. Sebab ini yang aku buat dulu. Haha.

1. Aku nekad, aku cakap dekat diri aku ko ni sebenarnya nak belajar ke nak kahwin ? Kalau ko belajar ko dapat apa, kalau ko kahwin ko dapat apa ? Kesimpulannya, ko pikirlah sendiri dada jiwa jantung dan limpa ko tu siyes ke ko nak kahwin ni ?

2. Beb, fikirlah masa muda ko ni. Banyak lagi kesempatan untuk enjoy dan beribadah tanpa memberatkan diri kepada tanggungjawab yang luar biasa lepas ko kahwin nanti. Kesimpulannya, fikir-fikirkanlah.

3. Berserah pada Allah. Dia dah letak dah ko ni ada jodoh ke tak. Tapi tak bermaksud ko tak payah usaha dah. Kalau ko nak kahwin aku taknak halang, tapi aku cuma cakaplah kan berpada. Tak susah, angkat tangan, doa banyak-banyak kat Allah. Tak perlulah post banyak-banyak dalam pesbuk tuiter bagai "dimanakah jodohku, ku menunggu imamku, ku harapkan tulang rusukku sampai" . Gelilah lama-lama dengor. Aku taktau la siapa yang mulakan dulu ayat geli geli tu. Haha.

Ok tu je la aku nak cakap pasal organ cinta ni.

Oh ye, bila dah jumpa jodoh. Tak kemaruk cinta, tapi aku nasihat cecepatlah nikah. Hehe. Sebab bila waktu kita dah ada pasangan ni, kita dah bermaksud bersedia la tu. Go on je la. Takut bergayut dalam telepon tu, lama-lama naik bulu pulak. Takut jadi beruk. Hahahahaha.

Ok babai.

Maassalamah wa ilalliqa ~

Thursday, November 20, 2014

Organ Cinta

Assalamualaikum

Apa khabar semua ? Musim musim hujan ni, sejuk je seluruh tubuh sampaikan ada satu organ dalam diri yang sukar berfungsi. Tapi, organ ini, fungsi satu padanya tetap sahaja memainkan peranan dengan ohsemnya ! Ohoi, ayat !

Haha. Beb, korang tau tak organ yang aku maksudkan tu apa ?

HATI.

Organ ini tetap sahaja memperasaankan diri manusia. Jangan belitkan lidah. Perasaan dalam hati memang tak akan ke mana, tak akan lemah, tak akan sakit selagi jantung berdetak.

Amboi ayatku. Hehe.

Beb, apasal dua tiga menjak ni disaat aku kurang perasaan untuk mencintai dan dicintai, korang tanya aku pasal cinta ? Bukan nak perasan doktor cinta, tapi infact benda betul. Ada yang tanya,

"Najah, aku tak boleh lupakan dia. Tapi aku redha kalau ini takdirnya."

"Kak Najah, kenapa kita rasa nak nikah ni ? Padahal kita takde pun perasaan nak bercinta. Wohaa !"

Lebih kureng la camtu diorang tanya.

But but but,

Aku ambil ini sebagai satu persoalan ujikaji. Amboi. Ok, aku takde nak gitau pepanjang la walaupun korang rasa benda ni panjang. Just, i want to say....

Beb, kalaulah cinta tu datang. TERIMA. But, no need to couple bagai. U waste ur time ! And, kalaulah kau diluka, SABAR TABAH CEKAL ANDDDDDDD MOVE ON.

Macam mana nak terima cinta tapi tak kapel ?

Alahai, apa ke slow sangat soalan. Cinta tu fitrah. Allah bagi, melayang-layang melekat kat hati. Menatang apa kau nak tolak ? Just keep that feeling. Ok aku bagi contoh la eh...

Aku kawan dengan dia ni. Mulanya kawan je. Tapi dia ni caring sangat dengan aku. Makan minum aku, bangun tidur aku, pergi lepak aku, semua dia tanya. Even kadang² benda tu menyesakkan. Tapi, dengan sifat caring dia tu buatkan kita suka kat dia. Sampaikan bila dia tak call/mesej/whatsapp/wechat/yahoo messenger(cara lama kottt) sekejap pun kita rasa boring. Apakah perasaan itu ? Ofkosssss cinta. Tapi, aku tak bagitau dia pun pasal tu. Aku just keep it. Kenapa ? Sebab kalau aku bagitau aku akan bakal dapat dua jawapan. Sama ada aku diterima or ditolak. Kalau terima, bukan ke kapel tu tak boleh ? HARAM. Kalau ditolak, bukan ke sakit hatiku ohhhh. Kan kan kan. So, simpan je la. Dan, kalaulah rezeki, Allah akan hasilkan usaha tanam simpan perasaan ko tu dengan hadirkan dia menjadi kekasih halalmu. Pehhh ! Apa yang penting DOA DAN YAKIN !

Susah ke ?

Ok la. Sampai situ dulu. Yang pasal nak nikah tu, next entry. Hahaha.

Maasalamah wa ilalliqa.

Sunday, November 16, 2014

Cendawan Tumbuh

Assalamualaikum

Hai korang apa khabar ? Sihat ke idok ? Huhu ekceli nak cerita haritu lagi masa dapat gambar dari wasap grup family aku, tapi tak menyempat lak.

Sebenarnya, nak cerita pasal kejadian yang menggemparkan yang berlaku kat rumah baru tu. Iaitu, rumput karpet yang kitorang tanam kat tepi rumah tu dah ditumbuhi cendawan. Cantik pulak cendawan dia. Aku tanya boleh makan ke tak ? Huda kata bolehhhhh. Entahlah. Sebab cendawan ada yang boleh dan tidak boleh makan. Ewah, skemanya ayat kau najah ! Haha.

Kalau boleh makan, memang rezeki la. Boleh makan cendawan hari-hari. Hehe.

Ha, tu je lah nak cerita.

Maassalamah wa ilalliqa !

Thursday, November 13, 2014

THROWBACK : PULAU KAPAS PART 2



Assalamualaikum  semuaaaaa !

Ok la harini aku nak sambung entry lagi pasal vacation aku kat Pulau Kapas tu.

LEPAS PART 1

Lepas je sarapan, kitorang terus gerak pergi Kuala Terengganu dulu sebab aku cakap nak gi bank jap. Maybank, tapi kat Marang memang takde bank. Cek GPS pun dia cakap paling dekat kat KT. Ayah pun berserah je la. Sekali ayah suruh carikan kedai pancing. Sebab ? Nak memancing la kononnya.

Ok kita upload si puteri ni nak bergambor kat KT ;P

Lepas je pergi KT, kitorang terus gi Marang sambil menyinggah kedai kedai tepi jalan nak cari seluar mandi adik aku, lepastu cari jajan sikit. Sampai je JETI MARANG, ayah terus uruskan payment yang berbaki. Dapat resit dan terus menunggu bot. Alah, tak payah tunggu bot pon. Terus je ada orang bawak. Cuma tunggu orang nak penuhkan je. Mujur masa tu dua keluarga sudah dapat penuhkan open boat tu. Bot laju kan, kecik je la. Aku dengan Seha duduk paling depan.
Haaa…tengok anak dara dan mak dara kat JETI MARANG
Aku dah macam diva-diva lak. KAH !

Ayum dan Ayah. Haaa..kan dah tak moody dah tu. Kekekeke
Pakcik sebelah tu aku xpasti dia pakai seluar pengantin
masa muda-muda dia ke hah ?

Ko Nampak tak muka diorang ni tensen ?
TAK. Sebab laut ni bagi ketenangan.
Ucaplah SUBHANALLAH !


Yang ni dah acah-acah model. KAH !
 
Dalam berapa minit je dah sampai Pulau Kapas. Merasa sekejap je lonjakan paradigma. Hahaha. Lonjakan ombak la. Tapi ok la sebab aku pun Nampak laut kat Pulau Kapas tu dah tak sabar. Tak sampai lagi aku dah Nampak lantai pantai dalam air yg tingginya paras leher aku ni. Pehhhh, tak pernah beb tengok seumpama begini. Ayatttttt !


Sampai dah. Bessssnyeee nampak warna air yang biru. Omai Omaiiiii !!

Haaa…tak caya lagi tengokkk !

Tapi ni batu karang dah mati. Banyak dah mati sebab dekat sangat
Dengan pantai dan kaki orang yang pijak. Hahaha.

Ok kitorang lepas turun terus ayah pergi receiption tunjuk resit dan dapat kunci bilik. 3 bilik. Ayah dengan umi, seha huda ngan u’an, aku ngan ayum. Lepas je masuk bilik, kitorang terus cecepat Tanya bila nak mandi. Haha. Ayah kata kalau ko nak pergi dulu pergi la. Nanti ayah gi. Apa lagi, aku terus menyembamkan diri di dalam air yang begitu ohhhh ! Siapa yang pernah rasa, memang eksaited nak pergi lagi.

Oh lupa, kitorang menginap kat MAKCIK GEMOK RESORT. Murah dan standard la. Bilik takde ekon pon. Setakat kipas, tapi kalau malam memang sejuk. Huhu. Tapi gambar bilik aku tak dapat snap. Seha pun tak.


Topi tu kitorang beli kat kedai resort. Memang ala ala bos gitu !

Ecewah !
Itu selipar pun beli kat kedai. Sebab masa datang umi ingat takpe
Kalau pakai kasut sarung dia tu je. Kahkahkah. AKu dah cakap dah, umi xnak caya.
Kan dah kena beli.

Makan tengahari kat restoran resort gak. Rasa dia biasa-biasa je,
Tapi sebab lapar, habis pun.
Kat sini, selain ikan, makanan laut memang dia takde.
So nak merasa sotong goreng tepung memang takde. SADISSSS !

Gambor makanan takde, ko tatap la gambar seha ni sampai kenyang !!

Habis makan, kitorang sewa alat snorkeling sekali dengan jaket pelampung.


Kat sini la. Lain aktiviti boleh gak buat reservation kat sini. Harap maaf, gambar diorang memang penuh kat memori.
Snorkeling ke, kayak ke, island hopping ke, semua ada.

Bila malam,takde aktiviti apa pun nak buat. Just rehat dalam bilik. Ada jugak kalau nak lepak kat tepi pantai amek angin bayu ke kan, boleh la. Rasa nak tenang-tenang, relax sangat boleh di sini. Tapi kalau korang nak enjoy, rasa korang salah tempatlah.

HARI KEDUA

Lepas je sarapan  kat dalam bilik, sebab umi dah bawak segala periuk dan kuali, so sarapan nasi dan sardin. Ahhh, tak kisah yang pasti kenyang beb. Jimat. hehehe. Kitorang siap-siap untuk turun laut. Macam nelayan pulak caranya. Hahaha. Tak kisahlah. Ok then, kitorang bawaklah bekal roti, air kotak dan keropok-keropok jajan-jajan lah untuk berpiknik. Layan je la gambar kitorang kat bawah ni.

.
.
.
.
.

Umi ayah jadi leader. Anak-anak bontotkan aje lah.

 Haaa...kalau tengok gambar tu, ada penjalan kaki kan ? Penggunaan dia adalah untuk orang jalan kaki untuk ke pantai sebelah. Kalaulah ko ikut je penjalan kaki tu, ko akan pusing satu pulau ni. Cumanya, sekali sekala kena berenang la jugak. Hahaha ! Lawak ke derrr...

Selfiaq dulu anak-anak dara. Muka semua bermekapkan sunblok.

Yayyy, mandi ! Mandi pantai ni tak ramai orang macam pantai depan Makcik Gemok resort tu. Kat sini macam private beach sangat. Yang bestnya, takde batu-batu macam kat Qimi Private Beach tu.

Pemandangan yang arhhhhhh !!


Otw nak snorkeling depan Pulau Giam. Tak ingat pantai apa nama dia.
Masa petang lepas mandi, relax jap tengok sunset sambil makan keropok sebelum masuk bilik.

Malam terakhir. Macam ni la. Takde apapun. Tapi malam ni kitorang makan sotong panggang ngan jagung bakar. Sedappppp !
 Ok geng, tu je la cerita Pulau Kapas kitorang. memandangkan ni versi throwback je, so segala aktiviti agak tak tersusun dan aku lupa segala bajet. Sebab bajet family urusan mak ayah kan. Hehehehehe. Anak-anak cuma menikmati sahaja. Lalala ~

Last, nak balik dah. Sempat lagi layan ABC kat Genting Sempah.
Ok, ni je trip yang sempat aku kongsi. Lepas ni lain trip pulak. Tapi versi throwback jugak. Cuma gambar tak sampai lagi. Ada kat makcik Seha tu.

Geng, tata...

Maasalamah Wa Ilalliqa :)

Wednesday, November 12, 2014

THROWBACK : PULAU KAPAS PART 1



Assalamualaikum

Harini aku nak buat posting version #throwback pasal vacation aku 2014. Aderrr, siap hestek tu ! Ok lah. Aku tak nak start vacation aku dari aku lahir sebab ingatan aku ni dah nenek-nenek sikit. So tak berapa nak ingat la kan.

Start cuti sem 4, aku duduk rumah memang jadi penganggur terhormat. So nak keluar rumah pun macam tak best la kan sebab ongkosnya enggak ada. Tapi kaki aku ni takleh, rasa nak berjalan je. So aku try try la search apa yang viral sangat sekarang ni kat dalam IG. Search punya search, aku tengok apesal orang dok beria sangat dengan Perhentian, Terengganu ni. Sekali tengok gambar, pehhhhh ! Blue ocean beb. Aku pantang gila dengan laut-laut ni. Selain Pulau Perhentian, Pulau Kapas pun jadi tarikan jugak. Cumanya tak semeriah Pulau Perhentian la. Maybe sebab taman marin kat Perhentian lg banyak kot dari Pulau Kapas dan mungkin jugak Pulau Kapas ni takde apa sangat. Just chalet dan resort. Kedai-kedai makan or nak jenjalan takde. Pulau Perhentian ada kampong, ada dua pulau kecik besar. Entahlah aku tak singgah lagi, Tapi kira dekat gak dengan tempat aku belajar ni.

Dalam-dalam kemembaraan aku terhadap pulau ni sekali dengan kaki aku yg gatal sangat nak gi vacay, aku cuba mengorat hati ayah untuk bercuti kat sana. Tapi muka ayah macam setuju macam tak. Ayah kata jauh. Last-last aku tercakap Pulau Kapas. Ayah terus setuju siap cakap “Ko cari kat Mudah, Najah” Walaupun aku agak berat hati pasal Pulau Kapas, tapi aku turuti la and try search Pulau Kapas. Aku tengok, not bad la. Air biru jugak. Review orang yg dah pergi pun memang tak mendukacitakan. Yelah, walaupun dia kata pasal penginapan agak low standard la. Aku takde hal pasal tu. Kitorang memang dah dididik untuk menerima seadanya bila menginap kat kawasan macam tu. Ecewah !


Bermulalah perjalanan kami start dari rumah…

Ayah sekarang ni suka start driving pepagi. Dalam pukul 9 gitu. Janji selepas Subuh. Tapi anak-anak suka main janji taik. Hahaha. Pagi tu baaaruuuulahhh nak packing. Memang-memang-memang macam ni la. Haihh..dan seperti biasanya, Ajib bujang sulung tak nak ikut. Dia sayang kawan dia lebih, nak wat camne. Huhu. Biar lah yg tu.

Amboi anak anak Mail ni....

Tengah tido ponnnn kepit lagi jajan !


Hentian Temerloh. Ramai oi !

Kitorang singgah makan kat R&R Temerloh macam gambar kat atas tu. Ramai kot orang. Alah, dah nama pun rehat dan rawat kan. But, yang paling selera makan kat situ siap amek mangkuk sendiri IKAN PATIN adalah Huda. Aku tak amek-amek gambar masa ni. Seha pun sebab sakit perut, so tak banyak dia amek gambar. Eh, jap jap. Aku rasa aku yg sakit perut. HAHHAHAHAHA.

Dekat pukul 5 petang, kitorang sampai warung tepi jalan, dekat ngan Cherating tak silap. Apa yang best ? Kitorang makan sotong celup tepung. Sepinggan RM5 !!! Masa ni memang musim candat sotong, patut sangat murah. Ya Allah Ya Rabbi betapa bahagianya kitorang dapat makan sotong 3pinggan. Sekali melahap sata. Budak yang takde mood pon boleh jadi ada mood. Hahaha.

Haaa...sini la kedai makan tu. Merossss ! Diorang ni inteprem lebih.


Senyumlah umiku senyum. Hahaha. Senyum terrrrr kot sebab lepas ni umi kena drive pulekkk. haha
Sata ! Poryoinfomesen, masa kitorang tengah makan ni, diorang kat belakang tu tengah buat lagi. Banyakk !


Nah ! Budak moody kat mana-mana kawasan yg kitorang nak holiday. Muahahaha

Nak jugekkkk...ha weh, cuba tengok iklan belakang tu, sotong RM5 je kot sepinggan !
Habis je makan dan kenyang, memang puas hati la makan sotong. Yelah, pergi Terengganu tak makan sotong apa kejadah, kan ???

Umi pulak sambung drive kereta. Itupun sebab ayah suruh. Yelah kata suami kan, jangan derhaka. HAHAHA. Dan masa tu kitorang sempat la tengok laut kejap sebelum matahari terbenam. Tak Nampak matahari terbenam sebab persisir pantai ni belah timur. Matahari terbenam sebelah timur, kiamatlah apa lagi. Astaghfirullah.

Dan gelap pun menjelma. Ayah pesan, solat jamak takhir je. So, kitorang pun terlelap la. Kesian umi bawak kereta sosorang. Aku dengan sebab kesian, aku bangun je la kadang-kadang. Borak ngan umi ke apa ke. Tapi dah nak sampai tu ayah pulak teman umi. Ayah Tanya aku, cari mana tempat transit nak bermalam dekat-dekat dengan Marang tu. Aku pun search la.

Tak ingat apa nama homestay tu. Tapi yang aku ingat, homestay tepi pantai dekat Kampung Kelulut. Ayah la tepon. Mula-mula nak tepon yang lagi murah kurang dari RM100, tapi tak diangkat. Ayah terus tepon homestay tepi laut tu. Dia angkat terus then terus setuju dan bagi diskaun sebab kitorang lewat malam baru sampai kan. Aku lepas tu, terus terlelap.

Bangun-bangun dah sampai rumah tu. Tepi jalan je. Mana pantainya. Ayah kata, tuuuu. Aku Tanya lagi, mana ? Umi kata gelap tak Nampak la. Siyes ke ? Aku turun kereta, bau laut pehhh ! Dengar ombak pun sangat menggiurkan. Muahahaha ! Tapi sebab penat, kitorang masuk dulu rumah tu. Ok what. 2 bilik. Ada dapur belakang. Ada yang kelaparan, so kitorang pun belilah nasi bungkus kat kedai makan sebelah. Yang pasti, aku terus takleh tidor malam tu. Something je rasa. Huhu.

Tu la homestay kitorang. Semalam RM100 je ok. huhu

Ni la Pantai Kelulut tu. Haaa, yang kat sebelah sana tu lahhh Pulau Kapas. Dekat bakhanggg !

Lepas Subuh, aku la paling semangat kejut diorang. Aku Tanya Seha nak tengok sunrise tak, dia kata nak. Dia pun siap-siap. Memang pagi lagilah senang cite. Orang baru nak gi kerja kot time tu. Hahahaha. Last tu baru umi dan huda ikut. Best kottttt, air dia jernih amat-amat. Memang rasa nak mandi, tapi umi tak bagi. Main air je lahhh. Aku dah tak sabar nak berjimba pulak kat Pulau Kapas. Jommm !

Lepas keluar dari homestay tu, kitorang terus memandu arah untuk isi perut. Dekat area tu jugak, bolehlah. Ada nasi dagang, nasi lauk, nasi kerabu. Standard la orang Timur kan. Tak berapa rasanya, tapi sebab lapar, makan je la. Lagipun memang kitorang tak masak kat homestay tu sebab ayah nak pergi cari benda lain kat Kuala Terengganu dan bolehlah bertolak awal ke Pulau Kapas.

This is our sarapan. Tak berapa la, tapi ok kot nak isi perut lapiaq.

Si Jejaka Tahi Lalat

Seeeeee !! Budak takde mood pun dah mula ceria. HAHHAHAHA

Muka ayah macammmmm.....



Ok lah. Panjang gak aku rasa ni. Kita jumpa dalam entry lain la bro !


Maassalamah wa ilalliqa` :)

Air Asia Buat Promotion

Assalamualaikum

Apa khabar harini ? Aku tengah dok berbaring guling-guling ni. Bukan tak bangun lagi ok, cuma tadi lepas makan pagi, aku rasa selsema sebab habuk kain jahit tu. So beristirehatlah beta.

Yo !

Air Asia buat promosi dengar cerita. Adalah jugak aku meninjau kot² dalam masa terdekat ni dia buat flight promo tu. Tapi, takdek pon. Travel untuk tengah tahun depan sampai la JANUARI. Lama kot. Mereput dululah. Hahaha.

So, kalau korang bercadang nak travel tengah tahun depan dan ke atas, better plan cepat. 16 NOV ni dia tutup dah promo tu.

Ni pun, aku still tercari-cari flight murah nak gi satu tempat dengan my family. Ke mana ? Hehehe. Ada la. Kalau jadi, aku post lah ke mana. Kalau tak jadi, ko diam jelah toksah dok menanya. Hehehehehehe.

Babe, blah dululah.
Maybe japgi aku cerita pasal tutttt tutttt ok ? Hahaha.

Ma'assalamah wa ilalliqa'

Tuesday, November 11, 2014

GILA LAMA TAK HAPDET !

Assalamualaikum

Sawadeekappp !

Korang apa khabar ? Ya Allah gila lama aku tak jenguk blog ni. Gila tak ? Aku rasa gila. Haha. Tapi siyesli, aku rindu sebenornye nak meng-update-kan blog ni disamping ada insan yg dah buat permintaan beribu riban kali suruh "Kak Najah, blog bila update ?" Or "Kak Najah, blog ada cerita baru tak ?". Aku kalau ikut kemalasan, memang tak buat. Lagi² musim henset endroit ni kat tangan, laptop dan modem tak berkuasa lagi. Kahkahkah. Tapi, aku akan usahakan jugak.

SAJA NAK BAGI JELES. PORYOINFOMESEN, TU BUKAN CAKIO OK, TU HONEYDEW JEP.


Ah, aku bakal menghapdet blog aku dengan sekali sekala insyaAllah cerita pasal pemanas air atau periuk nasi atau mangkuk jamban yang cantik. Hahaha. Taklah, aku akan buat posting yg lebih santai dan tak berat untuk korang baca. Oh ya, boleh request jugak nak posting pasal apa. Sila tinggalkan komen anda ye. InsyaAllah kali ni beta bersedia membacanya.

Mungkin setakat tu hapdet blog. Untuk permulaan yg baru la orang kata. Kalau nak merapu, aku saran ko pergi stalk twitter aku. Kalau rasa sakit hati, ko baca je lah posting aku yg lepas. InsyaAllah kau akan merasa bergembira dihatimu. Ewah !

Ok geng,
Aku nak blah ni. Ah poryoinformesen, aku hapdet blog ni kat Thailand. So, KAPKUNKAP !

Haha.

Ma'assalamah Wa Ilalliqa' !