Sunday, November 23, 2014

Organ Cinta : EP 2

Assalamualaikum

Apa khabar korang ? Aku nak cerita pasal semalam, tapi flight awal sangat so aku cerita harini. Ekceli aku dah taip dah, tapi tak tersimpan pun. Yang ada kat draft cuma tajuk. Ciskek.

Ok apa apa je lah. Aku nak sambung sikit pasal perbualan kedua.

Pasal kemaruk nak nikah.

Hahahaha.

Dulu, yup aku memang pun ada la rasa macam tu. Tapi sekarang tak dah. So aku nak cerita sikit apa faktor, kesan dan langkah-langkah nsk mengatasinya. Peh, macam karangan bahasa Malaysia kot. Hihi.

Faktor KEMARUK NIKAH ?

Sebab ko nak nikah sangat ni sebab apa ? Kebanyakannya la kan, yang nak nikah sangat ni bukannya ada pakwe/awek pun atau bahasa ringkasnya kekasih hati. Haha. So sebab apa ? Meh aku bagitau sebab apa.

1. Sebab ko tengok kawan-kawan sebaya ko yang dah kahwin. Masa belajar pun boleh kawen. Eh apesal aku takleh pulak kan ? So ko pon nak.

2. Ko sebenarnya nak berkasih, tapi ko taknak kapel sebelum terjalinnya hubungan yang halal. Cewah ! Kan kan kan ? Yelah, ko tau kapel sebelum nikah tu boleh mengundang dosa, so ko ameklah jalan nak bernikah. Hehe.

3. Last ni last, sebab ko nak tunjuk dekat bekas kekasih ko yang dulu yang dah kapel dengan orang lain tu berbahagia bersenang berkasih sayang, maka ko amek jalan nikah untuk tunjukkan yang sebenornya engko pon boleh bahagia macam dia. Aha ! Kan ??

Meh aku tunjuk kesan KEMARUK NIKAH ni.

1. Kalau ko tengah study, opkos pembelajaran  ko terganggu. Yelah, dah tersangat nak kahwin sampaikan malas dah nak belajar. Beb, aku pun pernah rasa. Haha.

2. Aku pun sure la, tapi almost la yang bernikah sebab nak tunjuk or nak sesaja nikah, diorang tak bahagia sangat. Bukan takde langsung, tapi tak sangat. Yelah, kalau cuma sebab nak menunjuk, u are loser lahhh ! Lagi-lagi perempuan. Sori la aku cakap camni, tapi aku nak nasihat, kalau cuma sebab nak menunjuk, ko rasa ada perasaan jujur ke dengan dia ?

Langkah-langkah mencegah KEMARUK NIKAH ?

HAHAHA. Lawak woi macam penulisan BM dah.

Ok ok, camni la cara dia ko nak lepaskan kemaruk ketagih nikah kahwin ko tu. Aku sajes je ye. Sebab ini yang aku buat dulu. Haha.

1. Aku nekad, aku cakap dekat diri aku ko ni sebenarnya nak belajar ke nak kahwin ? Kalau ko belajar ko dapat apa, kalau ko kahwin ko dapat apa ? Kesimpulannya, ko pikirlah sendiri dada jiwa jantung dan limpa ko tu siyes ke ko nak kahwin ni ?

2. Beb, fikirlah masa muda ko ni. Banyak lagi kesempatan untuk enjoy dan beribadah tanpa memberatkan diri kepada tanggungjawab yang luar biasa lepas ko kahwin nanti. Kesimpulannya, fikir-fikirkanlah.

3. Berserah pada Allah. Dia dah letak dah ko ni ada jodoh ke tak. Tapi tak bermaksud ko tak payah usaha dah. Kalau ko nak kahwin aku taknak halang, tapi aku cuma cakaplah kan berpada. Tak susah, angkat tangan, doa banyak-banyak kat Allah. Tak perlulah post banyak-banyak dalam pesbuk tuiter bagai "dimanakah jodohku, ku menunggu imamku, ku harapkan tulang rusukku sampai" . Gelilah lama-lama dengor. Aku taktau la siapa yang mulakan dulu ayat geli geli tu. Haha.

Ok tu je la aku nak cakap pasal organ cinta ni.

Oh ye, bila dah jumpa jodoh. Tak kemaruk cinta, tapi aku nasihat cecepatlah nikah. Hehe. Sebab bila waktu kita dah ada pasangan ni, kita dah bermaksud bersedia la tu. Go on je la. Takut bergayut dalam telepon tu, lama-lama naik bulu pulak. Takut jadi beruk. Hahahahaha.

Ok babai.

Maassalamah wa ilalliqa ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^