Wednesday, November 12, 2014

THROWBACK : PULAU KAPAS PART 1



Assalamualaikum

Harini aku nak buat posting version #throwback pasal vacation aku 2014. Aderrr, siap hestek tu ! Ok lah. Aku tak nak start vacation aku dari aku lahir sebab ingatan aku ni dah nenek-nenek sikit. So tak berapa nak ingat la kan.

Start cuti sem 4, aku duduk rumah memang jadi penganggur terhormat. So nak keluar rumah pun macam tak best la kan sebab ongkosnya enggak ada. Tapi kaki aku ni takleh, rasa nak berjalan je. So aku try try la search apa yang viral sangat sekarang ni kat dalam IG. Search punya search, aku tengok apesal orang dok beria sangat dengan Perhentian, Terengganu ni. Sekali tengok gambar, pehhhhh ! Blue ocean beb. Aku pantang gila dengan laut-laut ni. Selain Pulau Perhentian, Pulau Kapas pun jadi tarikan jugak. Cumanya tak semeriah Pulau Perhentian la. Maybe sebab taman marin kat Perhentian lg banyak kot dari Pulau Kapas dan mungkin jugak Pulau Kapas ni takde apa sangat. Just chalet dan resort. Kedai-kedai makan or nak jenjalan takde. Pulau Perhentian ada kampong, ada dua pulau kecik besar. Entahlah aku tak singgah lagi, Tapi kira dekat gak dengan tempat aku belajar ni.

Dalam-dalam kemembaraan aku terhadap pulau ni sekali dengan kaki aku yg gatal sangat nak gi vacay, aku cuba mengorat hati ayah untuk bercuti kat sana. Tapi muka ayah macam setuju macam tak. Ayah kata jauh. Last-last aku tercakap Pulau Kapas. Ayah terus setuju siap cakap “Ko cari kat Mudah, Najah” Walaupun aku agak berat hati pasal Pulau Kapas, tapi aku turuti la and try search Pulau Kapas. Aku tengok, not bad la. Air biru jugak. Review orang yg dah pergi pun memang tak mendukacitakan. Yelah, walaupun dia kata pasal penginapan agak low standard la. Aku takde hal pasal tu. Kitorang memang dah dididik untuk menerima seadanya bila menginap kat kawasan macam tu. Ecewah !


Bermulalah perjalanan kami start dari rumah…

Ayah sekarang ni suka start driving pepagi. Dalam pukul 9 gitu. Janji selepas Subuh. Tapi anak-anak suka main janji taik. Hahaha. Pagi tu baaaruuuulahhh nak packing. Memang-memang-memang macam ni la. Haihh..dan seperti biasanya, Ajib bujang sulung tak nak ikut. Dia sayang kawan dia lebih, nak wat camne. Huhu. Biar lah yg tu.

Amboi anak anak Mail ni....

Tengah tido ponnnn kepit lagi jajan !


Hentian Temerloh. Ramai oi !

Kitorang singgah makan kat R&R Temerloh macam gambar kat atas tu. Ramai kot orang. Alah, dah nama pun rehat dan rawat kan. But, yang paling selera makan kat situ siap amek mangkuk sendiri IKAN PATIN adalah Huda. Aku tak amek-amek gambar masa ni. Seha pun sebab sakit perut, so tak banyak dia amek gambar. Eh, jap jap. Aku rasa aku yg sakit perut. HAHHAHAHAHA.

Dekat pukul 5 petang, kitorang sampai warung tepi jalan, dekat ngan Cherating tak silap. Apa yang best ? Kitorang makan sotong celup tepung. Sepinggan RM5 !!! Masa ni memang musim candat sotong, patut sangat murah. Ya Allah Ya Rabbi betapa bahagianya kitorang dapat makan sotong 3pinggan. Sekali melahap sata. Budak yang takde mood pon boleh jadi ada mood. Hahaha.

Haaa...sini la kedai makan tu. Merossss ! Diorang ni inteprem lebih.


Senyumlah umiku senyum. Hahaha. Senyum terrrrr kot sebab lepas ni umi kena drive pulekkk. haha
Sata ! Poryoinfomesen, masa kitorang tengah makan ni, diorang kat belakang tu tengah buat lagi. Banyakk !


Nah ! Budak moody kat mana-mana kawasan yg kitorang nak holiday. Muahahaha

Nak jugekkkk...ha weh, cuba tengok iklan belakang tu, sotong RM5 je kot sepinggan !
Habis je makan dan kenyang, memang puas hati la makan sotong. Yelah, pergi Terengganu tak makan sotong apa kejadah, kan ???

Umi pulak sambung drive kereta. Itupun sebab ayah suruh. Yelah kata suami kan, jangan derhaka. HAHAHA. Dan masa tu kitorang sempat la tengok laut kejap sebelum matahari terbenam. Tak Nampak matahari terbenam sebab persisir pantai ni belah timur. Matahari terbenam sebelah timur, kiamatlah apa lagi. Astaghfirullah.

Dan gelap pun menjelma. Ayah pesan, solat jamak takhir je. So, kitorang pun terlelap la. Kesian umi bawak kereta sosorang. Aku dengan sebab kesian, aku bangun je la kadang-kadang. Borak ngan umi ke apa ke. Tapi dah nak sampai tu ayah pulak teman umi. Ayah Tanya aku, cari mana tempat transit nak bermalam dekat-dekat dengan Marang tu. Aku pun search la.

Tak ingat apa nama homestay tu. Tapi yang aku ingat, homestay tepi pantai dekat Kampung Kelulut. Ayah la tepon. Mula-mula nak tepon yang lagi murah kurang dari RM100, tapi tak diangkat. Ayah terus tepon homestay tepi laut tu. Dia angkat terus then terus setuju dan bagi diskaun sebab kitorang lewat malam baru sampai kan. Aku lepas tu, terus terlelap.

Bangun-bangun dah sampai rumah tu. Tepi jalan je. Mana pantainya. Ayah kata, tuuuu. Aku Tanya lagi, mana ? Umi kata gelap tak Nampak la. Siyes ke ? Aku turun kereta, bau laut pehhh ! Dengar ombak pun sangat menggiurkan. Muahahaha ! Tapi sebab penat, kitorang masuk dulu rumah tu. Ok what. 2 bilik. Ada dapur belakang. Ada yang kelaparan, so kitorang pun belilah nasi bungkus kat kedai makan sebelah. Yang pasti, aku terus takleh tidor malam tu. Something je rasa. Huhu.

Tu la homestay kitorang. Semalam RM100 je ok. huhu

Ni la Pantai Kelulut tu. Haaa, yang kat sebelah sana tu lahhh Pulau Kapas. Dekat bakhanggg !

Lepas Subuh, aku la paling semangat kejut diorang. Aku Tanya Seha nak tengok sunrise tak, dia kata nak. Dia pun siap-siap. Memang pagi lagilah senang cite. Orang baru nak gi kerja kot time tu. Hahahaha. Last tu baru umi dan huda ikut. Best kottttt, air dia jernih amat-amat. Memang rasa nak mandi, tapi umi tak bagi. Main air je lahhh. Aku dah tak sabar nak berjimba pulak kat Pulau Kapas. Jommm !

Lepas keluar dari homestay tu, kitorang terus memandu arah untuk isi perut. Dekat area tu jugak, bolehlah. Ada nasi dagang, nasi lauk, nasi kerabu. Standard la orang Timur kan. Tak berapa rasanya, tapi sebab lapar, makan je la. Lagipun memang kitorang tak masak kat homestay tu sebab ayah nak pergi cari benda lain kat Kuala Terengganu dan bolehlah bertolak awal ke Pulau Kapas.

This is our sarapan. Tak berapa la, tapi ok kot nak isi perut lapiaq.

Si Jejaka Tahi Lalat

Seeeeee !! Budak takde mood pun dah mula ceria. HAHHAHAHA

Muka ayah macammmmm.....



Ok lah. Panjang gak aku rasa ni. Kita jumpa dalam entry lain la bro !


Maassalamah wa ilalliqa` :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^