Thursday, November 13, 2014

THROWBACK : PULAU KAPAS PART 2



Assalamualaikum  semuaaaaa !

Ok la harini aku nak sambung entry lagi pasal vacation aku kat Pulau Kapas tu.

LEPAS PART 1

Lepas je sarapan, kitorang terus gerak pergi Kuala Terengganu dulu sebab aku cakap nak gi bank jap. Maybank, tapi kat Marang memang takde bank. Cek GPS pun dia cakap paling dekat kat KT. Ayah pun berserah je la. Sekali ayah suruh carikan kedai pancing. Sebab ? Nak memancing la kononnya.

Ok kita upload si puteri ni nak bergambor kat KT ;P

Lepas je pergi KT, kitorang terus gi Marang sambil menyinggah kedai kedai tepi jalan nak cari seluar mandi adik aku, lepastu cari jajan sikit. Sampai je JETI MARANG, ayah terus uruskan payment yang berbaki. Dapat resit dan terus menunggu bot. Alah, tak payah tunggu bot pon. Terus je ada orang bawak. Cuma tunggu orang nak penuhkan je. Mujur masa tu dua keluarga sudah dapat penuhkan open boat tu. Bot laju kan, kecik je la. Aku dengan Seha duduk paling depan.
Haaa…tengok anak dara dan mak dara kat JETI MARANG
Aku dah macam diva-diva lak. KAH !

Ayum dan Ayah. Haaa..kan dah tak moody dah tu. Kekekeke
Pakcik sebelah tu aku xpasti dia pakai seluar pengantin
masa muda-muda dia ke hah ?

Ko Nampak tak muka diorang ni tensen ?
TAK. Sebab laut ni bagi ketenangan.
Ucaplah SUBHANALLAH !


Yang ni dah acah-acah model. KAH !
 
Dalam berapa minit je dah sampai Pulau Kapas. Merasa sekejap je lonjakan paradigma. Hahaha. Lonjakan ombak la. Tapi ok la sebab aku pun Nampak laut kat Pulau Kapas tu dah tak sabar. Tak sampai lagi aku dah Nampak lantai pantai dalam air yg tingginya paras leher aku ni. Pehhhh, tak pernah beb tengok seumpama begini. Ayatttttt !


Sampai dah. Bessssnyeee nampak warna air yang biru. Omai Omaiiiii !!

Haaa…tak caya lagi tengokkk !

Tapi ni batu karang dah mati. Banyak dah mati sebab dekat sangat
Dengan pantai dan kaki orang yang pijak. Hahaha.

Ok kitorang lepas turun terus ayah pergi receiption tunjuk resit dan dapat kunci bilik. 3 bilik. Ayah dengan umi, seha huda ngan u’an, aku ngan ayum. Lepas je masuk bilik, kitorang terus cecepat Tanya bila nak mandi. Haha. Ayah kata kalau ko nak pergi dulu pergi la. Nanti ayah gi. Apa lagi, aku terus menyembamkan diri di dalam air yang begitu ohhhh ! Siapa yang pernah rasa, memang eksaited nak pergi lagi.

Oh lupa, kitorang menginap kat MAKCIK GEMOK RESORT. Murah dan standard la. Bilik takde ekon pon. Setakat kipas, tapi kalau malam memang sejuk. Huhu. Tapi gambar bilik aku tak dapat snap. Seha pun tak.


Topi tu kitorang beli kat kedai resort. Memang ala ala bos gitu !

Ecewah !
Itu selipar pun beli kat kedai. Sebab masa datang umi ingat takpe
Kalau pakai kasut sarung dia tu je. Kahkahkah. AKu dah cakap dah, umi xnak caya.
Kan dah kena beli.

Makan tengahari kat restoran resort gak. Rasa dia biasa-biasa je,
Tapi sebab lapar, habis pun.
Kat sini, selain ikan, makanan laut memang dia takde.
So nak merasa sotong goreng tepung memang takde. SADISSSS !

Gambor makanan takde, ko tatap la gambar seha ni sampai kenyang !!

Habis makan, kitorang sewa alat snorkeling sekali dengan jaket pelampung.


Kat sini la. Lain aktiviti boleh gak buat reservation kat sini. Harap maaf, gambar diorang memang penuh kat memori.
Snorkeling ke, kayak ke, island hopping ke, semua ada.

Bila malam,takde aktiviti apa pun nak buat. Just rehat dalam bilik. Ada jugak kalau nak lepak kat tepi pantai amek angin bayu ke kan, boleh la. Rasa nak tenang-tenang, relax sangat boleh di sini. Tapi kalau korang nak enjoy, rasa korang salah tempatlah.

HARI KEDUA

Lepas je sarapan  kat dalam bilik, sebab umi dah bawak segala periuk dan kuali, so sarapan nasi dan sardin. Ahhh, tak kisah yang pasti kenyang beb. Jimat. hehehe. Kitorang siap-siap untuk turun laut. Macam nelayan pulak caranya. Hahaha. Tak kisahlah. Ok then, kitorang bawaklah bekal roti, air kotak dan keropok-keropok jajan-jajan lah untuk berpiknik. Layan je la gambar kitorang kat bawah ni.

.
.
.
.
.

Umi ayah jadi leader. Anak-anak bontotkan aje lah.

 Haaa...kalau tengok gambar tu, ada penjalan kaki kan ? Penggunaan dia adalah untuk orang jalan kaki untuk ke pantai sebelah. Kalaulah ko ikut je penjalan kaki tu, ko akan pusing satu pulau ni. Cumanya, sekali sekala kena berenang la jugak. Hahaha ! Lawak ke derrr...

Selfiaq dulu anak-anak dara. Muka semua bermekapkan sunblok.

Yayyy, mandi ! Mandi pantai ni tak ramai orang macam pantai depan Makcik Gemok resort tu. Kat sini macam private beach sangat. Yang bestnya, takde batu-batu macam kat Qimi Private Beach tu.

Pemandangan yang arhhhhhh !!


Otw nak snorkeling depan Pulau Giam. Tak ingat pantai apa nama dia.
Masa petang lepas mandi, relax jap tengok sunset sambil makan keropok sebelum masuk bilik.

Malam terakhir. Macam ni la. Takde apapun. Tapi malam ni kitorang makan sotong panggang ngan jagung bakar. Sedappppp !
 Ok geng, tu je la cerita Pulau Kapas kitorang. memandangkan ni versi throwback je, so segala aktiviti agak tak tersusun dan aku lupa segala bajet. Sebab bajet family urusan mak ayah kan. Hehehehehe. Anak-anak cuma menikmati sahaja. Lalala ~

Last, nak balik dah. Sempat lagi layan ABC kat Genting Sempah.
Ok, ni je trip yang sempat aku kongsi. Lepas ni lain trip pulak. Tapi versi throwback jugak. Cuma gambar tak sampai lagi. Ada kat makcik Seha tu.

Geng, tata...

Maasalamah Wa Ilalliqa :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^