Wednesday, January 14, 2015

Langkawi : Seken Day

Assalamualaikum

Apa khabar iman ? Apa khabar badan ? Apa khabar yang sesuka hati terjah blog aku ni. Terima kasih sebab sudi singgah. Harini aku nak sambung sikit pasal trip family ke Langkawi. Untuk Seken Day punya la. Apa tu SEKEN ? HAHAHHA. 2nd la itu pun taktau. Ok I will start from pagi la eh.

Pagi (16 Disember 2014) :

About 6.45 a.m aku telah bangun dari pembaringan. Ekseli dah set jam dah nak bangun Subuh pukul 6, cuma terlajak la sebab penat sangat malam tadi, lepastu bilik pulak ekon punyalah sejuk. Lena betoi habaq hang ! Kahkahkah. Ok start pagi dengan solat subuh, then kejut adik-adik yang terbongkang lagi. Payahnya nak kejut diorang, tapi bila aku sebut je "Sape nak mandi kolam ?" Semua pakat bangun. Yelah, Tempat kitorang menginap tu Apartment Sri Lagenda ada kolam. Syok gak la.

Lepas aku solat subuh, aku tanya umi ayah mana nak pergi pagi ni. Lepas decide apa semua, siap dan terus pergi sarapan. Alah, tak jauh pun dekat-dekat je dengan apartment. Aku tak ingat apa jalan dia. Ok what, roti canai, nasi lemak, teh tarik. Teh tarik dia, pekat gila kaw-kaw. Harga ok standard la. Taklah mahal. Sebab aku boleh telan 2 bungkus nasi lemak, satu roti canai biasa, dan teh tarik kaw. Perghhhh ! Gemok gemok si Najahah ni jugak karang. HAHHAHAHA.

Tengoklah tu. Bukan main sampai mulut pun ada eksen. Kahkahkah.
Lepas sarapan apa semua, masing-masing dah tak sabar nak naik cable cab. Ayah kata tak bukak lagi masa ni. Umi kata bukak dah. Aku kata, hmm mesti dah ramai orang ni. Mana aku tau ?? Review blog orang la. Hahaha. Then, throw by Jalan Padang Mat Sirat (popular jalan ni), kitorang terus ke kawasan airport sebab dari airport baru akan jumpa jalan nak ke sky cab ni. Jauh jugak perjalanan. Siap jumpa dulu Porto Malai macam dalam tv klip video nasyid-nasyid tu. Ahahaha !

Selamat Datang ke Oriental Village

Camni la sedikit rupa OV ni. Best jugak. Sevenior banyak.
Sampai je sana, akan jumpa Oriental Village ni dulu. Sebab dalam OV-singkatannya- baru ada tiket untuk naik skycab. Best gak OV ni. Cantik pemandangannya, sejuk je. Kebanyakan kedai-kedai kat sini jual sevenior macam spek, sliper, seluar mandi, topi, baju mandi. Ayah sempat gaklah tangkap sebijik topi. Huhu.

Sampai je tempat nak beli tiket untuk skycab, MAKAIHHH ramai gila orang beratur panjang pulak. Perati punya perati, rupanya bukan orang beratur untuk beli tiket, tapi untuk nak masuk dalam kawasan dia tu. Macam flight, ada la jugak masa boarding dia tu. Teratur la kira dia.

Lepas dapat tiket, beratur apa semua tu, dapatlah kitorang naik cable car tu. Takut gak sebab lama-lama makin tinggi kan. Ok, kat sana ada 2 station sky trail. Yang kat tengah tu takde pape pun. Biasa-biasa je. Adalah kalau nak lepak-lepak sekejap. Tapi wajib turun. Sebab orang lain nak naik pulak dari station tu. hahaha. Then, sambung ke station atas sekali, ada jambatan yang dipanggil sky trail. Tapi takleh masuk situ sebab dia tengah buat penambahbaikan. Amboi BM kau Najahhh ! Tapi kat station atas tu station paling best la. Paling tinggi dan sejuk. Huhuhu. Cumanya masa kitorang naik tu, hujan turun. So, kena pada-pada sikit. Licin. Ada cafe juga kat situ. Harga ? Nak terkencing jugaklah. Tapi umi layankan aje. Bonus hujung tahun kot. Lalalala ~

Layan gambar jap.....

Pemandangan dari Skycab
Beribu riban orang nak masuk Skycab. Diorang ni taknak duduk ke ? Lama kot nak tunggu.
Hureyyy ! Tak cukup, Ajib takde. :'(

Yeyyy dah sampai Sky Trail

Bagi la gambar romantik ni masuk jugak. Hihi

Pemandangan dari atas.

Hahaha. Aku kalau nampak gambar ni, mesti nak gelak guling-guling.

Layan lu cafe Sky Trail. Sejukkk

Acah-acah VACAY la konon si Seha ni. Kahkahkah

"Jemput..." kata umiku.
Puas ada kat atas tu, then turun bawah balik. OV la mana lagi. Nak cari jalan keluar tu sampai tersesat kat pintu masuk lain. Hahaha. OV macam-macam ada. Korean Village pun ada. Best best ! Pakej la kira dia. Tapi sebab time tu hujan, so tak dapat nak enjoy mana la. Krikk krikk krikk.

Keluar dari OV still hujan. Ingat nak ke Telaga Tujuh, tapi tak dapat sebab hujan takut licin la apa la. So ayah bawak pergi tengok tempat je dulu. Memang, macam review, kena daki dulu nak naik Telaga Tujuh tu.

Lepas tu kitorang terus je decide pergi Beras Terbakar. Macam yang review cakap, Beras Terbakar ni dia macam kat dalam sikit tak nampak sebabnya depan tu hari apa tah, ada pasar. Kira tapak pasar la. Then, depan-depan tu adalah kedai-kedai. Macam-macam kedai. Sebelum masuk , lapar ofkos. Cari nasi tak jumpa, laksa pun jadi la. Memang sedap laksa makcik tu. Hahaha. Habis makan, terus masuk kawasan Beras Terbakar tu. Memang banyak gila kedai jual baju-baju. Sempat gak sebat satu dua baju. Alah, baju RM5 apalah sangat. Kihkihkih. Aku jimat sebab target nak beli coklat. Gila apatah coklat.

Ini sedap. Kalau gi Langkawi, pi makan laksa. Baru ceroiii...kahkahkah !

Kat dalam kawasan beras terbakar tu, ada rumah orang. Cantik. Amek gambolah.

Ini la beras terbakarnya. Dah sikit dah. Duit tu, biasalah. Orang kalau percaya khurafat, camtu la.
Habis Beras Terbakar, habis jugak duit terbakar. Hahaha. Pepaham la ye. Lepas tu kitorang dah takde arah tujuan nak pi mana. Last-last ayah ajak ke Pantai Cenang. Sampai sesat-sesat. Hahaha. GPS hampeh punya pasal la ni. Sampai Pantai Cenang, ayah suruh umi cari map. Guna map je senang. Hahaha. Map RM2. ;D Ayah kata Pantai Cenang tak macam dulu dah. Sekarang Pantai Cenang terlalu banyak hotel dan mat saleh. Nak mandi situ pun rasa jijik. Hahaha. Mata weh mata. Nak cover macam mana kalau kiri kanan depan belakang semua pakai bikini dengan spender je ? Baik gi mandi Pantai Kok. Tak crowded sangat. Lepas dah takde arah tujuan kat Pantai Cenang, tetiba ternampak Underwater World. Umi pun ajaklah masuk. Aku cakap tak payah sebab mahal tiket. Umi kata dah datang sini, masuklah. Tak masuk kang kempunan. Masuklah. Betul, review kata bagi bebudak seronok la. Bagi orang muda macam kita apa kes tengok ikan-ikan ni. Nak tengok ikan, pi snorkeling, scuba sana. Hahaha. eksen kamen ! Tapi, siyes la kan. Haaa...

Masuk je la UWW tu. Sampai aku rasa nak tercabut dah kaki. Siap-siap cakap Jamak Takhir je. Huhu. Layan sikit gambar kat UWW.

Ikan kuning. Masak lemak, takyah buh kunyit. Dah ada warna. Hahaha. Hambarnya lawak kau.

Ketam spider. Pestaim nampak, UWW pun baru jumpa. Sedap ni buat bakar.

Dah hitam dah muka. :(

"Abang, kenapa buat camtu ?" umi. "Laa...kat kat dalam air ni.." ayah. Kitorang -__-
Setel Pantai Cenang, terus balik. Sebab dah pukul berapa dah tak solat lagi. Balik je terus solat apa semua, habis solat semua tukar baju mandi sebab nak mandi kolam. Cisskekk sangat. Meriah kolam renang tu sebab ramai tourist macam kitorang je menginap apartment tu. Tourist luar takdenya nak menginap tempat camtu melainkan dah full kat mana2. Kebanyakan diorang dah ada rumah sendiri. Besorrr pulak rumah. Kereta mak aihhh jangan cakap. Gambar mandi kolam terpaksa tak disiar sebab ehem-ehem.

Malam :

Malam pulak, decide nak gi cari coklat. Tapi keluar makan dulu. Makan malam pun dekat je dengan jalan nak masuk apartment tu, tepi jalan ada restoran nama Jala Restoren. Aku macam, aik dekat gila. Tak best kot. Masuk kedai tu, ok la deco dia taklah hodoh sangat seperti bayangan luaran aku tu. Haha. Tengok pulak, ada somtam bagai. Apa lagi minta la umi somtam. Order-order, makan-makan, ala Thai. Memang niat dah malam tu dinner nak ala Thai. Makanan not bad, sedap puas hati. Harga pun ok la taklah mahal macam kat setengah kedai mahal, makanan pun tah pape. Makan 7 orang, Tak habis pun RM100. Dan sebenarnya tak lebih pun RM90. Ko rasa ?? Hahaha.

Ok, ni la Jala Restoren tu. Orang Thai Muslim yang masak. Sedap.

Sape tak kenal somtam, ni la somtam. Ok la taste dia. Tapi, aku ada tempat lagi sedap dari ni. Hehe. Ada la..

Ini kerabu kaki ayam nama dia. Sedap jugak !

Sup perut. Hmm, yummy yummyyyyy !

Ni la lauk-lauk kitorang makan. Bismillah...

Ameen ameen ya rabbal alameenn....makannnn !!!
Lepas makan, konon-konon ala masih sempat tu HIG tu. So pergi la Dataran Langkawi. Yang ada patung burung besar kat situ. Kat situ macam-macam aksi diorang ni buat. Macam nak bagi burung makan la, tarik ekor burunglah. gendong burung pun ada. Gendong tau tak ? Bukak sendiri kamus dewan bahasa dan pustaka. Habis je berjoli kat situ, kitorang otw ke HIG. TAZABBARRR...sekali kau nak tutup dah. Then ayah kata kita gi esok je la. Ok, gi esok je la. Umi sempat shopping mart kat depan HIG ada kedai-kedai kecik. Dapatlah beli 2 Rittersport. OMG sedap kotttt RS ni ! Kena beli esok ni. Muahahaha !

Then balik terus tidur. Krohh krohhh krohhh.

Sambung esok pulak ok !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^