Saturday, January 31, 2015

Langkawi : Tet Day Dan Fot Day

Assalamualaikum.

Ok sambung eh cerita Langkawi yang tak habis-habis ni. Haha. Terus aku masukkan hari ke empat sekali. Biar tak payah dah cerita lagi. Hahaha.

Ok hari ketiga :

Pepagi lagi kitorang dah menyelam dalam kolam. Sejuk woi, tapi tak buat macam mana, esok esok dah tak boleh dah. Haha. Lepas je naik dan siap-siap, we all bertolak untuk pergi breakfast dulu. Dari Jalan Sri Lagenda tu, arah nak ke HIG Kompleks, ada satu warung sarapan dan roti canai. Roti canai tak boleh dipisahkan la kat Langkawi ni aku kira. Haha. Masa kitorang makan tu, hujan memang turun renyai-renyai, tak renyai, lebat kekadang. Memang dalam hati, macam mana la nak berjalan macam ni. Huhu. Jahat aku ni. bukan nak reti bersyukur ke apa ke. Hee..

Lepas je sarapan, terus ayah memandu ke arah nak pergi Geoforest Kilim tu ha. Sebab umi kata pergilah, dah sampai sini pergi. Aku la eksaited nak pergi ni dengan umi sebab Island Hopping tak dapat. So memang harapan untuk mangrove je la. Tapi tak dapat jugak sebab masa tu hujan dan ramai gila orang. Lepastu satu bot caj RM 300++ tak silap. Memang mahal la tapi aku ingat tu harga standard la tu kot. Ayah kata hujan-hujan ni tak seronok. Kita pergi tempat lain dulu la, petang2 sikit baru mangrove. Aku pun ok je la.

Lepas tak jadi pergi Geoforest Kilim tu, kitorang pergi Telaga Ayer Hangat. Sekarang masih lagi Free Entrace, takde tiket sebab masa tu tengah dia buat baik pulih, renovate apa tah. Tapi still ada kolam air panas yang boleh  masuk dan rendam kaki. Kalau Jacuzzi, yang tu kena bayar. Yang tu sesapa nak bermandi boleh la. Dalam RM200++ tak silap. Kitorang tak, just rendam kaki je. Ya Allah, memang segar. Dan hotspring situ satu-satunya hotspring air masin kat Malaysia ni. Aku tak caya, aku rasa. Memang betul. Hahaha.

Telaga Ayer Hangat

Lepas tu, pergi Tanjung Rhu pulak. Tempat dia agak kedalaman sikit. Memang tak macam Pantai Cenang. Sebab tak crowded. Lepak2 situ kejap, main celup kaki kat air laut. Ya Allah tenangnya tengok air laut luas dan hijau tu. Memang takde orang mandi dah situ sebab pasir pantai tak landai. Adalah dekat 20 minit hirup udara segar, ada sorang kakak ni offer mangrove. Dan masa tu cuaca elok sangat. Umi memang berminat so umi dengar. Ayah dah pergi jalan jejauh dah mana tah. Lepas tu tanya-tanya, dia bagi pakej RM180 untuk sejam, RM200++ untuk 2jam. Aku tan berapa ingat sebab dah lama sangat dah tinggalkan kenangan bayar2 tu. Hahaha. So bincang2, then setuju. Naik la bot tengok Kilim Geoforest, Gua Buaya, Eagle feeding, Fish Feeding, Tengok ikan dalam sangkar. Ok la memang sampai rasa mengantuk duk dalam bot sebab terlalu nyaman !

Lepas je mangrove, kitorang terus cari makan. Sebelum tu pergi Pantai Pasir Hitam. Sempat la snap-snap gambar.  Pasir Hitam tu dah tinggal sikit je. Hitam tu sebab mineral apa kejadah tak kuat tu, tapi kan sekarang negara kita cuaca makin tak elok so mineral kat pasir tu dah semakin terhakis la. Wallahualam. Kat PPH tu, ada medan selera. So dah kelaparan sangat, makan kat situ je la. Alhamdulillah ok je. Lepas je PPH, Kitorang pergi Makam Mahsuri. Tak silap, dewasa RM10, kanak-kanak RM8 gitu la. Bayarrr lagi. Hahaha. Dah la kaki dah penat, mata dah ngantuk, jalan la jugak Makam Mahsuri sebesar-besar tempat tu. Macam-macam dah ada kat situ. Umi kata masa dia hanimun dengan ayah dulu, takde lagi rumah-rumah Tok Penghulu, Rumah apa-apa lagi la ada kat situ. Kalau nak pi, baik pergi sebelum penat la. Kalau dah penat, input tak berapa nak dapat la pasal sejarah Mahsuri ni. Then, habis Makam Mahsuri, we all pun balik sebab dah penat dan tak solat lagi. Dannnn apa lagi menyelam je la kerja diorang ni.

Malam pulak, kalini keluar awal sebab nak sempatkan pergi HIG. Makan nanti-nanti. Hahaha kelako kelako. Ya Rabbi, coklat memang melambak-lambak. Aku borong Daim dan Pepero je. Sikit Rittersport dan Whittakers. Tapi sayang, Rittersport dengan Whittakers tertinggal rumah masa nak balik Kelantan. Sedih gila. Mana nak cari sini woi, coklat sedap tuuuu ! Then kitorang makan dekat kedai mamak. depan HIG tu. Boleh la.

Balik dan tidur.

Hari ke 4 :

Siap-siap untuk balik. Sempat gak mandi kolam tu. Kahkahkah. Disebabkan apartment tu ada mesin basuh, so boleh la spin kering dan tak la risau masa naik flight nanti. So siap-siap dalam pukul 9 keluar. Cari sarapan sambil menuju ke arah airport. Sarapan kat tepi sawah. Alhamdulillah, boleh tahan la nasi lemak makcik tu siap tudung aku ni makan sambal dia. hahaha. Sengal betol !

Alhamdulillah sampai situ je la Throwback Langkawi aku dan Famili. Bukan Bekpek eh ni. Ni dah kira holiday membazir. Hahaha. Lepas ni kalau pergi Langkawi lagi, sasaran hanyalah naik cable car, makan laksa, beli coklat. Dan kalau banyak duit dan masak, Pulau Payar tu InsyaAllah. Dah yang tu je ! Hahaha.

Ok bai.
Ma'assalamah wa ilalliqa' ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^