Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 1

Rambutnya kemas disisir tepi. Dia siap untuk ke kelas. Tiba-tiba selfonnya berdering. Dilihat skrin.
.
"Ahhh....umi lagi."
.
Ditekat punat hijau. Selfon disangkut ke telinga. Wajahnya yang ceria seketika tadi, mati dengan perasaan yang tidak menyenangkan.
.
"Hello umi, ada apa lagi ni..."
.
Berbual sambil kakinya mundar mandir di halaman rumah sewa dia dan rakan². Habis bercakap, punag merah ditekan. Mukanya masam. Masam bagaikan limau masam.
.
"Hishhhh...menyusahkan orang betullah." dia mendengus.
.
Kakinya cepat meluru masuk ke dalam rumah semula. Almari baju dibuka, dicari tudung yang paling singkat sekali. Tiada. Dia berserah, hanya tudung bidang 50 sahaja. Ahhh, apalah kata kawannya pula kali ini. Namun mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan ugutan ibu tersayang. Uminya pesan, berkelakuan elok di kolej. Kerana mulai hari ini, Paksunya bekerja sebagai pensyarah di fakulti kulinari. Ya, fakulti itu fakultinya. Lagi umi pesan, bukannya umi tidak tahu perangai anaknya itu bagaimana. Sebab itu Paksu telah berpakat untuk membuat transfer ke kolejnya.
.
Tudung coklat direntap, pantas digosok. Laju, gelojoh, marah. Situasinya sekarang.
.
"Ai, ko ni dah kenapa ? Relax laa.." Yasmin menegurnya. Kelakuan aneh itu dilihat teman serumah.
.
"Aduhhh...aku serabutlah, Min. Ko tau tak, umi aku telefon tadi dia kata Paksu aku mengajar kat fakulti aku kot." Sambil menggosok sambil tangannya beraksi.
.
"Oh, ok. So, apa masalahnya Paksu ko nak mengajar ? Lagipun ko kan rapat dengan dia." Yasmin respon macam dia tidak berfikir lebih.
.
"Arghhh, susahnya cakap dengan sorang Yasmin ni ! Aku maksudkan, how about my freedom ? I need too. Aku nak bebas, aku nak dunia aku tercipta kat sini, sorang no need another person annoying me. See, kan dah kena berhijabista la pulak." jawabnya.
.
Tudung siap digosok. Kemudian dilipat menjadi tiga segi, dipasang atas kepala, dipin dan dipin lagi.
.
"Hmm, kau ni nama je perempuan tapi tak macam perempuan. Hidayu, nama cantik tapi suruh orang panggil Ai. Acah² jelah. Tak payah nak freedom sangatlah, akhirat nanti kalau tak lepas masuk syurga, jangan salahkan aku tak bagitau ye." Yasmin mencuih bibirnya.
.
Hai, sahabat. Bilalah nak sedar. Hidayu, itulah namanya. Muka ayu, tapi watak macam lelaki. Dulu dalam kategori alim alimah, sekarang dah macam tomboy. Bukan apa pun, semua sebab lelaki. Lelaki tinggalkannya untuk yang ketiga kali, dia sudah tidak berminat. Pintu hatinya terkunci. Gitewww !
.
"Ai, ko dah lawa tau tak sebagai pompuan. Terus je la macam ni. Cantik, sopan."
.
"Eleleleleleleleeeehhhhh, memuji je kerja ko ni kan. Jadi makwe aku je lah ye. Ok takpe, petang ni aku belanja KFC ok. Dah, aku chau dulu."
.
Begitulah Hidayu. Setiap kali sahabatnya tegur, puji, dia pasti akan cepat menghilangkan diri. Kalaulah Hidayu adalah Naruto, hmm. Tak sempat cakap dia dah hilang.
.
..........
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^