Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 11

2 tahun sudah berlalu.
.
Maka 2 tahun jugalah pengajiannya selesai. Dia kini sedang menunggu tawaran pekerjaan di mana-mana hotel yang memberinya peluang sebagai chef. Kad wangi si Yasmin pun sudah terbit. Tinggal seminggu sahaja lagi tarikhnya. Diam² rupanya Paksu berkenan dengan Yasmin ni. Entah bilanya mereka berkasih, Hidayu tidak tahu. Kerana Yasmin tidak pernah keluar malam sepanjang mereka duduk serumah. Bergayut telefon, mesej ketawa sorang² pun tidak. Razman, paksunya tu lebih-lebih lagi. Kalau jumpa mereka berdua, bagaikan pensyarah dan anak didik. Jeling² intai² nakal pun tidak. Mungkin ini yang dikatakan bertaaruf menurut Islam kot, bisik Hidayu.
.
"Hmm, kalau aku nak bertaaruf, dengan siapa ?" monolognya sambil merenung padi yang menghijau.
.
"Haaahhh !!" sergah suara wanita di belakangnya sambil matanya ditutup dengan tangan.
.
Bau inai. Perfume ni pulak. Macammm...
.
"Yasminnnnn !!" jerit Hidayu.
.
"Weh, bila sampai ? Apasal aku tak dengar bunyi kereta, bunyi bagi salam ke ? Kau masuk tak bagi salam eh ?" Hidayu menuduh Yasmin.
.
Mereka berpelukan sesama mereka. Wajah ceria mulalah bersinar bertemu sahabat sejati.
.
"Amboi amboi amboi, sorry sikit ok ! Aku dah bagi salam dah. Siap borak² dengan umi kau kat dapur tu. Yang kau ni haa termenung panjang, dari tadi aku dengar taaruf la, cinta la, apa laa..dah pandai angau dah eh !" ditonyoh-tonyoh pipi Hidayu.
.
"Eh, dengar ke ? Hahaha. Rahsia la tau, janji ! Jangan bagitahu paksu."
.
"Yelah, yelah. Tengoklah camne. Hehe."
.
"Eh, kerja macam mana sekarang ok ? Ada tak anak murid yang nakal² ?" tanya Hidayu.
.
"Alhamdulillah. Setahun dah mengajar ni, aku dah makin selesa la. Nakal tu memang ada, lagi² yang macam kau ni. Nasib baiklah dah masak perangai kawan aku ni, bolehlah handle."
.
"Amboi..."
.
Terkekek-kekek Yasmin mengenakan Hidayu. Hidayu memuncungkan bibirnya. Seperti ada sesuatu yang berat dalam hatinya.
.
"Beb, apasal ?"
.
"Entahlah. Offer job aku belum dapatlah. Boring jugak duduk rumah. Asal aku masak je, tak lain tak bukan umi je la yang puji masakan aku. Nak jugak Chef Wan puji kan kan ? Haa..."
.
"Ohh, itupun susah hati ke ? Ni haaa..ada surat sampai kat Abang Razman, surat kau. Offer job kot. Try la bukak." Yasmin menyerahkan surat yang belum dibuka kepada Hidayu.
.
Hidayu mengambil surat tersebut, dikoyakkan bahagian hujung. Dikeluarkan surat tersebut. Yasmin agak hairan melihat surat tersebut kerana ada bahasa asing dalamnya. Bibir Hidayu menyeringai. Ada sesuatu yang menggembirakannya.
.
"Yaaayyyyy !!!! Aku dapat job, aku dapat jobbb !" Hidayu melompat-lompat. Umi yang sedang membawa air turun bergoncang air. Terkejut melihat telatah anaknya.
.
"Hoi, kalau ye pun cubalah jadi perempuan sikit !" Umi memarahinya.
.
Hidayu kembali duduk di kerusi dan buat² sopan. Masih lagi bersisa senyumannya.
.
"Oversea ke ? India ?" Yasmin bertanya.
.
"India amendenya, Krabi kottt Krabiii !" Hidayu memegang tangan Yasmin kuat. Gembiranya tak terkata.
.
"Krabi ? Kat India ke ? Tulisan macam India je." Yasmin masih kehairanan.
.
Hidayu mulalah membuat matanya ke atas sambil kepalanya dipusing-pusingkan. Lembab betullah minah ni.
.
"Krabi kat Thailand la, Maksu !" panggilan maksu juga akhirnya dia panggil. Terkekek tak sudah Hidayu.
.
"Thailand je pun, beriya apanya. Balik selalu tau. Raya balik, jangan raya kat sana je." Umi pesan.
.
"Krabi ni cantik kot. Oh my God, i got it. Thank Allah." Hidayu menadah tangannya sambil mendongak ke atas.
.
"Speaking terusss ! Woi, bila pergi ? Bawak aku sekali !" suara garau Imran mencelah sambil membawa sejumlah ikan talapia hasil dari mengailnya di tepi sawah. Imran adik Hidayu, masih belajar di universiti. Minat mereka sama, suka merantau.
.
"Duit, duit. Haha. Hmm, kat sini tarikh dia lepas tarikh kenduri sambut menantu kat rumah Paksu." Hidayu sambil membuat muka serius.
.
"Paksu kahwin kat sini la, senduk" Umi, Imran dan Yasmin serentak. Kemudian ketawa berdekah-dekah.
.
"Eh ? Ha, maksud Ayu kat sini la..." Hidayu menggaru kepalanya yang tak gatal.
Krabi menunggumu Hidayu. Sawadekap kap khun kap. Ai baa ! Hahaha.
............................
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^