Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 2

Buka sahaja topi kaledar, semua mata memerhati susuk tubuh itu. Ada mata yang memandang jelek, ada yang ketawa sinis, ada juga yang memandang secara kasihan. Masalah sekarang, apa yang peliknya ?
.
Hidayu membalas pandangan mereka dengan jongketan kening tanda 'apahal?'. Sudahlah jalan serupa lelaki, kengkang, seluar jeans, baju kemeja berlapik jaket kulit, pegang helmet Shoei 3 Series. Tapi, tudung bidang 50 lekat atas kepala.
.
"Woi, pengkid !" jerit seorang student lelaki diikuti gengnya.
.
Srapppp !!!
.
Tudung Hidayu disentap kuat ke belakang sehinggakan pin di leher tercabut dan mencederainya. Maka, nampaklah rambut pendek kelakian Hidayu.
.
"Pengkid pakai tudung siotttt !" laung lelaki tadi. Sengaja dilaungkan agar semua pelajar mengambil perhatian.
.
Zahid, pelajar tahun akhir sem akhir sem ulang-ulang. Senior kolej. Senior paling nakal. Serupa sebijik macam Farid Kamil dalam cerita Lagenda Budak Setan. Wajah dan perangainya sama. Tapi yang ini, tak tahu bila nak jadi baiknya. Mungkin tak muncul lagi scene Lisa Surihani kot. Kira scene Hidayu kena tarik tudung ni mungkin ada, tapi dipotong sebab aib. Ah, melalut.
.
Di kejauhan, tidak jauh juga setakat boleh dipandang, tidak mampu dikejar, ada dua pasang mata memerhati kelakuan mereka.
.
"Hidayu ?" lelaki yang sedang diam memerhati tadi seperti kenal tampang yang sedang dikelilingi lelaki 'samseng' kolej. Insan yang disebelahnya hanya memerhati tidak tahu apa².
.
"Kau nak apa, setan ?!" jerit Hidayu. Bergema satu laman masuk kolej.
.
"Wahahaha, aku ingat pengkid dah pakai tudung dah bertaubat, alim dan sopan santun gitu. Rupanya tak. Hahahaha" berdekah-dekah mereka mentertawakan Hidayu.
.
"Woi, pengkid ! Ko dengar sini eh ? Kau tu pengkid, berlagak macam lelaki tapi takde barang. Nak awek orang, tapi takde barang. Mira tu awek aku. Ko jangan berangan nak rampas." jari telunjuk Zahid tepat ke arah matanya.
.
Hidayu mendengus marah.
.
"Siapa pengkid ? Dah kalau ko tu lelaki sejati sangat, apasal Mira tu taknak kat kau ? Eh, terima jelah kalau perempuan tu dah tak sukakan kau ! Jangan asyik nak cari salah orang je. Mira tu yang dekat dengan aku. Dekat dengan aku bukan sebab dia sukakan aku sebagai seorang pengkid. Dia dekat dengan aku sebab dia kawan aku. Dia dekat dengan aku, sebab dia dah taknak kau !" balas semula Hidayu. Perit dia berlawan dengan Zahid. Ditahan luka dilehernya. Pedih.
.
Zahid terlalu cemburu apabila Mira kekasihnya mendekati Hidayu. Mira cuma berkawan, namun tetap disalahsangka oleh Zahid. Akibat terlalu cemburu buta, Mira meminta putus hubungan dengan Zahid. Ya, memang Zahidlah paling kacak dan diminati ramai di dalam kolej. Tapi, Mira juga yang paling lawa dan kaya di kolej itu. Kedua mereka adalah pasangan popular di dalam kolej.
.
"Dah la pengkid, aku muak la dengar jawapan kawan² ni. Dengar sini eh, mulai harini kalau ko dekat lagi dengan Mira ko tunggu. Ko tunggu dan tengok apa aku akan buat." Ugut Zahid.
.
"Buat apa ? Aku tak kisah. Ko ingat ko yang paling agung kat sini ? Kalaulah ko ni mati pun, orang tak akan kisah. Sebab ko setan !" Hidayu membidas Zahid.
.
"Haaaa.... !" Tangan Zahid dilayang tinggi mahu melemparkan penampar kepada Hidayu yang hanya tinggi dada lelaki itu.
.
"Hei ! Apa awak buat tu ?" jerit pula seorang lelaki menghentikan layangan tangan Zahid. Zahid memandangnya dengan pandangan benci.
.
"Ok, takpe. Pengkid, harini hari kau. Kau tak boleh buat apa² tahu lepas ni. Sedar diri sikit, kau tu pengkid bukan lelaki." bisik Zahid.
.
Kemudian beredar sambil melemparkan pandangan benci pada lelaki yang menjerit ke arahnya tadi.
..........................
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^