Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 3

Hidayu membuka tudungnya yang disentap ke belakang seketika tadi. Dia mengambil port di tepi kolam dalam taman laman. Tiba² menitik airmatanya.
.
"Ayah....." rindu kepada ayahnya tiba² menerpa.
.
Darah luka dileher dilap menggunakan tudung. Kemudian dilap juga airmatanya dengan tudung. Sedihnya hati. Dia tidak mahu pun digelar pengkid kerana dia bukan pengkid. Dia perempuan. Dia cuma mungkin agak kelelakian sedikit, freehair rambut pendek, seluar dan baju lelaki. Dia masih bernafsu pada lelaki, namun kerana lelaki jugalah dia jadi benci untuk menjadi seseorang yang disayangi lelaki. Disayang dan diluka lagi, dia tidak sanggup. Dalam hidupnya hanya ada dua insan lelaki yang paling membahagiakan dan tidak pernah melukakan, iaitu ayahnya dan paksu. Namun ayah, Allah telah ambil bawa pergi dari hidupnya.
.
"Ayu...." satu suara garau menyapa.
.
"Pergilah...." Hidayu masih tunduk menangis. Dia malas melayan keadaan sskeliling.
.
"Hidayu..." panggil lagi suara itu.
.
"Apahal ? Aku malaslah...." Hidayu masih tidak melihat.
.
"Paksu ni..."
.
Hidayu angkat kepala melihat lelaki yang sedang mencangkung disebelahnya.
.
"Hah, paksuuu...."
.
Terus dipeluk erat paksu. Paksu iras muka ayah. Tapi Paksu muda lagi. Paksu tak kahwin lagi. Sedang mencari mungkin. Tapi apa² Paksu pasti akan bercerita dengannya kerana mereka terlalu rapat.
.
"Dah jangan nangis, pakai tudung tu." Arah Paksu.
.
"Hah ? Nak pergi mana ?" Soal Hidayu.
.
"Pakai, pergi cafe Paksu belanja." pelawa Paksu.
.
"Pakai tudung ?" soalnya lagi. Tak puas hati sungguh dia.
.
"Ya. Pakai tudung. Kejap, Paksu nak pergi kat kawan Paksu tu kejap. Pakai tudung tu  jangan lupa !" pesan Paksu.
.
Paksu atau Razman berjalan menuju lelaki yang bersamanya tadi. Lelaki itu jugalah yang menegur dan menghalang tangan Zahid dari menamparnya. Kacak juga. Bercermin mata, berkumis nipis, sebiji macam Hami Asraff. Cuma yang ini kurus dan tinggi. Mereka bercakap sebentar, kemudian bersalaman dan pergi. Hidayu sempat memerhati mereka. Lelaki itu mempunyai lesung pipit apabila senyum. Hai, kalaulah hati aku ni aku bukak, dah lama aku ni jadi isteri orang agaknya. Benak hatinya bersuara. Kemudian dia tergelak sendirian. Kelakar pula bila memikirkannya.
.
"Dah siap ? Jom." ajak Razman.
.
Hidayu bingkas bangun membuntuti Paksunya.
.
..................
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^