Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 4

"Salah ke, paksu ?" Hidayu menepuk meja.
.
Terkejut Razman tiba² meja ditepuk. Dia dapat melihat riak wajah Hidayu amat tidak puas hati.
.
"Salah tu, tak salah."
.
Tidak sempat menghabiskan kata, air yang mereka pesan sampai.
.
"Tapi kan tak ikut syariat Allah. Kita kan o.." tidak sempat menghabiskan kata, makanan pula sampai.
.
"Aney, kenapa mau hantar makanan asing² ? Hailaaa....lain kali hantar sekaligus saja la." Hidayu menegur mamak yang bekerja menjadi pelayan cafe.
.
"Sorry la.." mamak tadi meminta maaf kemudian terjeda seketika apabila melihat empunya suara.
.
"Ammaaa....awa suda pakai tudung ka Ai ? Ai ka ini muka manya cantik. Adududududu, kalu macam ini Ai la abang suda suka sama Ai." mamak tadi kembali ceria. Tidak sangka Hidayu berubab sekelip mata.
.
Razman sudah terkekek mendengarnya. Hidayu mukanya memerah. Memang mamak ini selalu rapat dengannya kerana dia selalu menonton bola lewat malam di cafe.
.
"Aneyyy, jangan buat malu aku la. Ko gi la buat kerja ko. Kang ada bola, aku cerita la. Aduhhh..." Hidayu sudah mengusap wajahnya. Malu juga bila mamak tegur, mata² lain turut memandang.
.
Mana tidak, Ai di dalam kampus adalah seorang tomboy, sejak bila dia naik haji tetiba bertudung ni. Musykil musykil.
.
"Tengok, semua orang suka kot dengan Ayu pakai tudung. Kan ayu." paksu masih berbaki ketawanya.
.
"Paksu, tak pakai tudung je kot. Ayu solat, Ayu mengaji, Ayu bagi sedekah. Ayu bukannya langgar yang berat pun. Tak pakai tudung je. Nanti kalau dah macam tua sikit, Ayu pakailah." panjang alasannya.
.
Razman menggeleng.
.
"Ayu sayang ayah ?" Tanya Razman.
.
"Opkossss sayang ! Apalah paksu ni, itupun tanya. Ayu takde lelaki lain dah Ayu sayang selain ayah dengan paksu." bersungguh dia menjawab.
.
"Kalau sayang, kenapa bagi dosa dekat ayah dengan umi ? Lagi² ayah yang dah pergi. Ayu tak terfikir ke, Allah mesti tanya ayah kenapa kau tak suruh anak kau bertudung, kenapa seluar anak kau ketat, kenapa baju anak kau ketat, kenapa kau tak ajar anak kau pasal aurat. Setiap soalan yang tak dapat dijawab ayah dalam kubur, ayah yang kena seksa tau. Sebab dosa kita kat dunia ni, ayah yang kena. Ayu sayang ayah ke macam tu ?" psiko Razman.
.
Anak saudaranya ini, amat dia sayang. Abangnya pesan sebelum pergi, sayang dia macam sayang anak sendiri. Walaupun pada masa itu umur Razman baru mencecah 18 tahun manakala umur Hidayu 10 tahun.
.
"Paksu, janganlah cakap macam tu. Bukan Ayu taknak pakai tudung, tapi Ayu cuma nak bebas. Ayu malas pakai tudung, nanti mesti diorang ingat Ayu boleh menerima dan kembali bercinta." Hidayu masih berbasi-basi.
.
"Astaghfirullah. Pendeknya akal yang fikir macam tu. Kalaulah pakai tudung tu boleh kembali bercinta, kenapa Paksu yang lelaki ni yang tak berubah watak pakai tudung tak dijemput bercinta ?"
.
"Ayu, cinta ke, kapel ke, apa² benda yang melibatkan hati ni selalu menyusahkan kita. Itu yang menyebabkan kita susah nak agungkan Allah, susah nak ikut syariat Allah. Pakai tudung pun alasan nak jadi perempuan biar dapat berkapel ? Oh goshhh ! U better change ur mind dear.  Ayu dah besar kan, dah jadi budak ipt pulak, tentu² boleh berfikir. Bukan umi dengan paksu tak ajar. Tapi Ayu sengaja buat tak tahu, buat jahil macam ni sebab Ayu taknak kembali zaman silam, tak ingat semua yang dah berlaku dan menyakiti Ayu, right ? Ginilah, balik rumah nanti, Ayu duduk sendiri², Ayu tenangkan fikiran." Razman berhenti minum.
.
Dilihat wajah Hidayu lesu. Roti Nan Cheese yang dikirim tadi juga dicubit-cubit, dipintal-pintal. Kunyahnya perlahan sekali.
.
"Ayu ingat balik pesan ayah apa. Jadi anak yang solehah. Solehah tu macam mana ? Adakah tidak menutup aurat itu solehah ? Adakah melawan kata ibubapa itu solehah ? Ayu fikirkan, ok ? Paksu ada kelas ni. Ayu ?"
.
"Ada." Sepatah dia jawab.
.
Razman tahu dia sudah menjentik hati gadis di hadapannya. Namun, itulah pengajaran yang selalu dia buat. Dan kadangkala ia berkesan.
.
"Ok, takpelah. Paksu pergi dulu. Nah !"
.
Not RM50 dua keping dihulur.
.
"Bayarkan, lepastu lebih buat belanja. Belanja yang halal ya." Pesan lagi.
.
"Ok." Cepat juga dia ambil. Hehe rezeki.
.
"Paksu " Hidayu melaung saat Razman sudah banyak langkahnya.
.
"Malam ni jom jalan² belanja Ayu eh ?"
.
"Ha, lagi satu. Jangan panggil Ayu tau, panggil Ai." terkekek dia memberi arahan.
.
"Sudah sudah. Paksu nak pergi kelas ni. Nanti paksu wassap." Hanya tangan yang memandang. Badan dan kaki sudah ke depan.
.
Hai, paksu. Bersyarah dah macam ayah. Kalaulah ayah ada lagi. Ayah....Ayu salah ke ni ? Ayah sakit ke tu ? Ya Allah, janganlah seksa ayah aku. Desus hatinya.
.
Hidayu, dia masih berteka-teki untuk menjadi Hidayu.
.
.................
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^