Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 5

"Ayu, siap. Kejap lagi paksu ambil." dengar suara paksu, menyeringai senyumannya.
.
"Ok, paksu !"
.
"Ha, lagi satu ! Pakailah yang sopan sikit. Pakai tudung tu. Paksu ajak kawan paksu sekali ni."
.
Semyuman yang tadinya menyerlah, kini kembali muram. Adui, ada kawan paksu pulak ! Desus hatinya.
.
15 minit kemudian, paksu sampai depan rumah sewa. Kereta Hilux putih tayar empat itu, dipandu oleh kawan paksu.
.
Selesai sahaja masuk ke dalam Hilux, tangan paksu disalam. Kemudian senyap. Hanya suara Razman dan sahabatnya sahaja yang bernada di atas kereta sehinggalah sampai ke restoran.
.
"Paksu, mahal kot sini." berbisik-bisik ke telinga Razman. Razman hanya senyum.
.
Masa banyak dihabiskan dengan borak antara Razman dan sahabatnya. Hidayu perasan, kawan paksu inilah tadi yang menegur Zahid. Kelihatan lebih muda dari paksu.
.
"Alamak, Man."
.
"Apa dia ?" Razman mengangkat keningnya.
.
"Bukan ini malam, malam Hidayu ke ? Kesian anak buah kau ni. Hehe." Terkekek dia memerli Hidayu yang agak menampakkan keboringannya.
.
"Apahal pulak ? Takpe la, orang dah belanja kita ikut je la. Isi perut, siapa tak untung ?" Hidayu membalas.
.
Razman menelan liur. Ya Allah, anak buah aku ni. Menjawab pulak. Dia tak kenal ke siapa orang ni ? Getus hati Razman. Dilihat sahabatnya, mengikut ketawa si Hidayu.
.
"Kalau macam tu, ajak je la Ayu ni. Dapat pulak makan free selalu, kan best." Dibalas lagi.
.
"Tak payahlah. Kita bukannya orang susah sangat pun. Takat makan nasi goreng kat restoran lain lagi sedap dari restoran ni. Mahal² pun tak guna, sama je rasa dengan masak sendiri." Hidayu membalas lagi.
.
Kali ini sahabat Razman itu terdiam. Serius nampak. Si Hidayu sudah mula menjeling tanda hatinya sebel. Razman pula semakin cuak. Dia memikirkan bagaimana mahu menamatkan semua ini.
.
"Ha, takpelah. Biar paksu gi bayar kejap."
.
"Tak payah, Man. Aku dah bayar."
.
"Huh ?" Razman hairan.
.
"Boleh bayar guna apps ni." Dia menunjukkan telefonnya.
.
Ceh, menunjuklah tu ! Konon kaya sangat. Pirahhh !
.
"Ohh, kalau macam tu jom kita baliklah. Hehehe"
.
............
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^