Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 6

Sudah berapa hari Hidayu ke kolej dengan bertudung. Baju juga sedaya upaya dia cuba labuhkan. Ada ketika, baju kurung kawannya pun dipinjam. Panas, tak selesa, semua ada. Tapi nak buat macam mana, kalau membuka, karang adalah yang mengadu dekat paksu. Aisehmen !
.
Tengahari, masa kuliah berehat. Haritu Hidayu uzur, jadi dia tidaklah ke musalla. Terus sahaja kakinya melangkah ke cafe. Hujan pula, sedaplah kalau hirup nescafe panas.
.
Sedang Hidayu duduk menghirup air, dia ternampak susuk tubuh yang dikenalinya sedang membeli air juga. Susuk tubuh yang mana malam itu dia membidas cukup². Namun malam itu selepas pulang, paksu memberinya mesej Whatsapp.
.
'Ayu, knp Ayu bidas cakap kawan paksu ?'
.
'Lah, dah knp ? Dia yg perli Ayu dulu.'
.
'Ayu, dia engineer utk bangunan baru kolej ok. Then he is a anak Rektor. Ohmaigod ! Ayu tak kenal ke ? Dia dah banyak kali keluar tv. Pop kot sekarang."
.
'Seriously ??'
.
Sejak malam tu, Hidayu pasti akan cuba mengelak bila berdepan dengan mamat janggut nipis tu.
.
Hidayu menyorokkan mukanya ke bawah  konon² sedang bermain telefon.
.
"Eh, sorry. Macam kenallah." Suara garau menyapa.
.
Ah sudah ! Hidayu mengangkat wajahnya, senyum sambil nampak gigi.
.
"Boleh duduk ?"
.
Hidayu mengangguk.
.
"Tak makan ke ?" lelaki tadi bertanya sambil meletakkan pinggannya yang terisi penuh lauk dan nasi.
.
Terliur juga si Hidayu ni, tapi dia terlupa membawa wang saku. Hidayu geleng sambil menghirup sedikit nescafe.
.
"Tak lapar ?"
.
Tidak sempat dia mahu menanyakan lagi, selfon Hidayu berdering. Dia angkat, perlahan suaranya supaya tidak didengari lelaki di hadapannya.
.
"Hello. Ha..ha..yelah aku tau. Tapi aku tak bawak duit ni. Nanti la. Ok ok. Bai." ditekan punat merah.
.
"Tak bawak duit ke ? Kalau nak apa² ambil je la. Saya belanja." pelawa lelaki itu.
.
"Takpelah, Cik Yusri. Saya tak lapar sangat pun. Lagipun kejap lagi kelas ni. Takut makan banyak, mengantuk pula."
.
"Eh, awak tahu nama saya ? Mesti paksu awak bagitau ni. Hehe" Ketawa Yusri. Nampak benar lesung pipitnya.
.
"Haah. Haritu, maaflah ye Cik Yusri."
.
"Eh, nothing la. Saya yang patut minta maaf."
.
"Oh okey."
.
Aduh, nak buat apa lagi ni. Takkan duduk sini lagi tak cakap apa². Getus hati Hidayu.
.
"Aa..Cik Yusri, saya pergi dulu ya. Masuk kelas awal sikit." Tidak sempat Yusri mahu berkata-kata, laju langkah Hidayu meninggalkannya.
.
Hidayu, Hidayu. Geleng Yusri.
.
............
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^