Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 7

Hari minggu, biasanya Hidayu keluar melepak dengan rakan² sekepalanya. Tapi haritu dia hanya melepak di rumah. Hosmet yang lain semua keluar, kecuali Yasmin. Yasmin nak keluar ? Orang sewarak Yasmin nak keluar ? Boleh, tapi dengan kaum sejantinanya.
.
"Hai, ada orang tak melepak la harini." perli Yasmin sambil menyidai pakaian di tepi halaman rumah.
.
Hidayu yang sedang mengunyah kacang sambil menonton movie di laptop berpaling melihat orang yang bercakap dibalik tingkap.
.
"Hek elleh. Perli kita la tu." bibirnya menjuih.
.
Yasmin sudah tergelak sakan di luar.
.
"Ai, keluar jom. Teman cari barang." Alang² Hidayu ada di rumah, baik dia tambat dulu.
.
"Alahhh, aku takleh keluar la."
.
"Aik, apasal ?" Yasmin sudah melangkah masuk ke rumah. Diletaknya bakul basuhan tadi dibelakang pintu. Dia terus duduk di depan laptop Hidayu.
.
"Aku takde baju la." alasan Hidayu.
.
"La, kan berlambak baju. Apasal pulak."
.
"Hmm, ko ni. Tak kisah ke keluar dengan aku pakai seluar shortpant, baju lengan pendek, tak pakai tudung ? Bukan ko kata dosa ke kalau ikut aku macam ko bawak aku tayang aurat kat orang lain ?" Hidayu dengan selamba ingatkan semula tolakan Yasmin saat dia mengajaknya keluar.
.
"Kau ni, sekarang kan lain. Dah pakai tudung. Takpe la, nanti aku bagi pinjamlah sweater. Tutuplah lengan tu. Pakai seluar panjanglah."
.
"Ala, ketatlah nanti. Malu."
.
Yasmin agak terkejut. Aik, semenjak bila pula sahabatnya ini pandai malu. Mengadu ketat pula.
.
"Min, baju kurung ada ?" dipegang tangan Yasmin.
.
"Err...baju kurung takde. Sebab aku basuh dah semua. Jubah ada la." Tawar Yasmin.
.
"Jubah ? Heee, ko ni. Aku taknak la alim alimah sangat. Lainlah kau, ustazah." dibuat mimik muka jelek.
.
"Alah, jubah bukannya menentukan kita ni alim ke tak. Jubah ni satu pakaian yang sopan, tak ketat dan tutup aurat. Sambil² tu dapat pahala. Nak tak ? Aku nak cari barang untuk presentation ni. Sekejap je. Bolehlah. Bolehlah eh eh ?" pujuk Yasmin.
.
"Hmm....ok lah. Tapi taknak yang labuh sangat tau. Aku taknak jadi ustazah. Hehehe"
.
Terkekek Hidayu. Yasmin hanya menggeleng. Dia faham sahabatnya itu. Semakin hari, semakin pulih jiwa seorang muslimah dalam dirinya. Kadang-kala, ada malam² di mana orang lain tidur, Hidayu tidak. Dia mengisi masa itu dengan menangis sambil berteleku seorang. Mungkin begitulah jiwa yang cuba menerobos cinta Tuhan. Tidak sengaja, namun kepayahannya tetap mahu dilalui.
.
Hidayu, bakal menjadi seorang Hidayu.
.
.............
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^